Dari Blog Aloq Staq
Tuesday, December 29, 2009
TERKINI !!! LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...
Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...
MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .
Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!
Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !
Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.
Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...
Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.
Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.
Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).
Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...
GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.
Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).
Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...
beradap palotak hang.. hang tu yang xde adap.. hang tau ka yg pusat karaoke tu diluluihkan ke tidak??? tau ke operasi dye camne??? hang tau ke kenapa jomheboh diharamkan?? harussai pun cakap haram?? lu tahu ke kenpa haram?? macam sup babi.. nape ko kate haram?? sebaba ada babi.. bukan sebab bawang.. hang ni bodoih tol..
kui kui kui..PAS for all Dungu dah tak tahan marah det oii..habis keluaq kepala hotak semua ada..kepala lutut, kutu kepala tak keluaq sama ka?
det!jom kita nanyi lagu Fantasia Bulan Celaru!!Tak pun Biarlah Bulan Seronok Sendiri..Tak pun..Bulan Carut!!!Wau Bulan pun ok gak..last sekali Bulan Kesiangan!!
PAS parti orang2 tak siuman bodoh tolol bahalol dungu tak de otak otak mati ........ macam ular mak nya
klu camtu kenapa bwk anak dara org kawin lari? So mana yg xsah kat cni, kawin or lari? hehe..bodo org hamPAS ni, setiap sesuatu ada baik & ada buruk nya, klu nak kira soal babi & bwg, motorkar & motosikal pun da jadi haram sbb ada motorkar buat lumba haram smp kemalangan & mati org2 xbdosa. Begitu jg dgn motosikal, kes ragut skg ni byk guna motosikal hgga ramai yg da mati di atas jenayah ragut. Skg ni bagaimana cara kita menerima & mengunakn sesuatu itu lah yg mjadi faktor halal & haram nya sesuatu pkara itu.
Hello Anon yang cedik tapi penakut,
Aku ajak pi karaoke sbb sora ustad 'eizan depa habaq macam P ramlee. diapun minat kat P ramlee apa?. Anon 1:21 kata:
macam sup babi.. nape ko kate haram?? sebaba ada babi.. bukan sebab bawang.. hang ni bodoih tol.. INI JAWAPAN.
Sebab aku bodoh, maka INI SOALAN AKU KEPADA JAWAPAN CERDIK ALA-ALA TUMIT BABI TU; JADI KALAU DAH PERASING BABI TU DARI SUP DAN HANYA TINGGAL BAWANG, MAKA BOLEHLAH KITA MAKAN SUP TERSEBUT? CERDIK BETUL BENDUL ANON NI....
PUNYA NAK PERTAHANKAN GENG...HU HU HU....
salam. Det.
Sub babi haram kerana ada babi..PAS dan DAP bercampur perintah Negeri halal sebab hukum ulama PAS dah terbatal! Terbatal sebab PAS dah bercampur... belum bercampur dulu hukumnya haram.
Hari ini apa juga yang bercampur dengan yang haram pun dah jadi halai bila bersama PAS.Pembohng dan menipu dah di halalkan oleh pemimpin PAS hari ni.
Setakat haram sup babi itu tak ada hal!