Ini aku petik dari sini.
16 June 2009
Mana Elaun Kami.. Mana ada orang buat Kerja LILLAH'HITAALA dah lanie...
Ketua Komuniti tuntut elaun tertunggak
KULIM - Lebih 2,000 Ketua Komuniti atau Ketua Kampung masih menunggu bayaran bulanan mereka yang tertunggak sejak enam bulan lalu.
Ketua Komuniti Taman Selasih, Halim Ismail, mendakwa beliau hanya menerima elaun yang di janjikan untuk bulan Oktober hingga Disember 2008 sahaja.
Menurutnya, apa yang dituntut itu adalah hak mereka seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri.
“Kami telah dijanjikan untuk di beri elaun bulanan oleh Kerajaan Negeri Kedah, sekiranya ia bukan satu janji, kami tidak menuntut. Saya difahamkan lebih 2,000 Ketua Komuniti belum menerima elaun mereka sejak Januari lalu.
Memang jumlah yang dijanjikan tidak besar dan kami tidak mengharapkan sangat tetapi kami menuntut janji yang telah di buat kepada kami itu sahaja,” katanya.
Menurutnya, sekiranya kerajaan negeri tidak mahu membuat pembayaran, sepatutnya sejak dari awal lagi mereka (kerajaan negeri) tidak perlu berjanji.
Beliau kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang melengah-lengahkan surat pelantikan mereka sebagai ketua komuniti.
Halim memberitahu, isu ini sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti mereka yang berperanan sebagai seorang ketua yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 7 Mei 2008 telah bersetuju dengan cadangan pelantikan Ketua Komuniti dan penubuhan Majlis Ketua Kampung atau Ketua Komuniti, katanya.
Difahamkan, tempoh berkuat kuasa pelantikan berkenaan adalah tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi dua tahun.
Bagi sesi 2008 hingga 2010, tempoh berkuat kuasa pelantikan itu ialah pada 1 Oktober 2008 dan berakhir pada 30 September 2010 iaitu selama dua tahun.
Apa yang menjadi rungutan mereka sehingga hari ini ialah surat pelantikan sebagai Ketua Komuniti masih tidak diserahkan dan kini ada yang mempertikaikan sama ada pelantikan itu sah atau tidak.
Sementara itu, Ketua Komuniti, Taman Seri Pinang, Mohd Azmi Ghazanfar, 60, mendakwa apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri tidak mengikut perlembagaan yang termaktub.
“Apa yang kami minta daripada Kerajaan Negeri Kedah adalah hak kami.
"Sekiranya mereka tidak mahu memberikan elaun kepada mana-mana Ketua Komuniti, mereka tidak seharusnya menguar-uarkan tentang pemberian elaun tersebut.
“Saya berharap kerajaan negeri mempertimbangkan pembayaran elaun sepertimana yang telah dijanjikan dahulu” katanya (Sinar Harian)

**************************************************************************************
Dan aku dengar juga berkenaan sebuah agensi khas yang ditubuhkan oleh kerajaan PAS Kedah yang beroperasi diPKNK sudah tidak mampu bayar gaji kakitangan yang majoritinya dilantik dari kalangan pemimpin PAS. Apa nak jadi? Apa dah jadi?
++Jom kita fikirkan perpaduan wathoniah!++
Detguaq!
Aku perasan puak hak dok berkeriyau, mintak elaun depa bukan Ketua Komuniti dari kalangan ahli PAS. Aku agak depa tu dari PKR kot? Tak mungkin orang PAS. Orang PAS tak buat kerja pariah macam tu! Depa ada maruah!
PAS parti Islam, buat kerja semua kira jihad kerana Allah Taala. Duit ringgit depa tak kira. Depa tak pernah minta. Nak bagi lagi kat parti adalah. DEpa tak pernah hinggut. Tapi kalau hak luruh, depa dulu yang kebas. Tu rezeki!
Tok Guru depa petua, rezeki jangan ditolak. Bala jangan dicari. Pasai tu masa Pilihanraya kalau BN bagi kain pelikat depa kebas, bagi kain batik depa sapu, bagi duit depa ambik, bagi projek depa terima. Tapi undi jangan bagi! Tu petua Tok Guru depa.
Kes elaun kat Ketua Komuniti pun macam tu. Kalangan ahli PAS, saheh tak minta. Yang hingaq ni puak PKR kot? Tapi mokalu dapat, pun depa tak tolak. Ahli PAS ni taat kat petua Tok Guru depa.
Takbir!!!
Ini kes kerbau bawak lumpur lah ni......
Yang dok pi kawan/kawin dgn kerbau ni buat apa?
Tengok la siapa tokey 'kerbau' tu kalau bukan B A B I?
tak paaaa...
tak payah bagi elaun pun tak paaa....
depa sababqqqqqq....
dok ulang alik p aloq staq tiap bulan guna duit sendiri...MKK depa ni buat keja iklas jaaa...
Sampai rumah mesra rakyat pun depa mengaku MKK mintak kat kerajaan negeri..dah rakyat pun tak tau p dok mengaku...sama2 bodo...
Aku setuju dgn falsafah yg dinyatakan oleh Tok Pa bahawa kita hanya bersaing mencari pengaruh, tak perlulah sampau bertumpah darah spt saranan tok gundu tu.