Sikap yang masih tidak berubah membuat aku tertanya-tanya kearah mana mahu dibawa pemikiran dan wawasan kita. Apakah mahu dienjak kebelakang atau mahu dilonjak kehadapan?
Perangai bila ada kemalangan maut depan sekolah beberapa kali barulah mahu dibina jambatan, bebrapa nyawa terkorban kerana dikambus tanah runtuh baru sebok nak halang (itupun hanya atas kertas) budak bergaduh sampai mati disekolah masih dianggap kes terpencil, dan pelbagai isu yang sepatutnya diberi perhatian serius dan kena ada tindakan awal sebagai penghalang tidak pun diambil tindakan. Malah kenyataan meremehkan perkara berdosa tidak kira hatta berapa kupangpun ianya terbabit membuat saya kecewa, kerana pandangan bekas pemimpin yang mungkin sudah kebas dengan wang rasuah dalam hidupnya membuatkan UMNO sebagai sebuah institusi penyelamat dan penyatuan umat Melayu seolah-olah dicurah dengan najis!!! Padahal suara kebanyakan ahli diakar umbi tidak diambil endah. Dan sekali lagi sura akar umbi tidak diambil ENDAH!!!
**************************************************************************************
SPRM tidak perlu buang masa
PUTRAJAYA 6 Mac - Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak membazir masa dan tenaga kerja dengan memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung UMNO bagi menangani gejala politik wang.
Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, badan tersebut sepatutnya menggunakan kepakaran yang ada terhadap projek-projek besar melibatkan kepentingan negara.
Menurutnya, walaupun usaha SPRM itu patut dipuji bagi membendung amalan rasuah di dalam parti, namun adalah lebih baik masalah berkenaan diselesaikan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri.
''Kenapa nak 'tembak nyamuk menggunakan senapang gajah'?
''Memandangkan SPRM kini sudah menjadi sebuah badan yang besar, sepatutnya ia menumpukan kepada kes-kes lebih besar melibatkan ratusan ribu ringgit kerana itu lebih berbaloi.
''Walaupun mungkin susah nak dapatkan bukti tapi ia sering menjadi bualan orang ramai sehingga ada gelaran-gelaran seperti 'Mr. 10%', 'Datuk 10%'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai persediaan SPRM untuk menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.
Dalam laporan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyebut akan menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon untuk memancing undi.
Hampir 2,500 perwakilan akan mengundi pada pemilihan UMNO yang menyaksikan 269 calon bertanding merebut pelbagai jawatan bagi ketiga-tiga sayap parti itu.
SPRM sebelum ini mendedahkan sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO yang diterima badan itu ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.
Sabbaruddin mengakui memang terdapat amalan memberi duit di kalangan pemimpin dan ahli setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO tetapi nilainya kecil.
''Amalan ini telah wujud sejak tahun 1990-an lagi tapi ketika itu ramai di kalangan ahli UMNO tidak mempunyai pekerjaan, sekurang-kurangnya dapat juga mereka duit poket.
''Sekarang ini duit diberi untuk beli undi tapi jumlahnya cuma sekitar RM400 hingga RM500 saja," katanya.
Justeru, katanya, adalah lebih baik masalah berkenaan dikendalikan serta diselesaikan oleh Lembaga Disiplin UMNO.
**************************************************************************************
Sepatutnya biarlah kenyataan ini berbunyi selain dari menyaiasat dan memantau rasuah politik dalam parti-parti politik, SPRM juga wajar menyiasat kes-kes besar yang lain!!!
Janganlah kenyataan anda atau sesiapa sahaja mengenai gejala rasuah membebankan lagi Parti UMNO yang sedang diusahakan oleh ahli-ahli UMNO yang lain untuk memperbaiki persepsi orang ramai terhadap institusi yang paling ramai ahlinya ini.
Jangan rosakkan proses me'remaja'kan kembali UMNO!!!
dapat habuan sikit pun rasuah namanya.... biar la sprm buat kejenya.... x nak kna tindakan jangan la buat.... rasuah tu haram... x kira la banyak ke sikit... moga org umno akan sedar dan akan bertambah maju....( maaf klu x sependapat ngan saya)
Saya menjadi Ahli UMNO ketika Tingkatan 5 dan menjadi setiausaha UMNO Cawangan Kampung Pulau Chengai Gurun. Jiwa saya memang jiwa UMNO. Perubahan berlaku apabila Orang Kedah mulai berhijrah ke Pahang Khasnya Rompin. Taraf kami disini walaupun melayu di tahap ke tiga 1. Melayu Pahang, 2. Orang Asli 3. Melayu Kedah. Tetapi demi sesuap nasi sebelum mati terpaksalah bertahan, mereka nak balik dah malu
Saya pula insyaallah kekal disini.hanya kubur saja yang taktau. Salam perkenalan.