Aku akan berehat panjang setelah mengalami kemalangan kecil dan terlantar selama 4 hari di HSAH sg petani. Aku terima ini sebagai rahmat Allah terhadap aku dan bersyukur kerana melalui kejadian ini, aku tahu, aku sentiasa dibawah pemerhatian Allah.
2:104. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu berkata, "Awasilah kami", tetapi katakanlah, "Perhatikanlah kami"; dan dengarlah; bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.
Dan sebagai hamba Allah, Allah telah mengingatkan aku:
29:2. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
Allah Al'AlaAm
perjuangan harus diteruskan ...
lu rehat baik2 beb, jgn buat keja berat2 plak.
Terima kasih nobisha, saya akan terus mengikuti blog anda dengan penuh minat!
terimakasih janggo, insyaAllah jumpa kat bowling fiesta yg mungkin dekat-dekat PAU. Long Life Engine!
Saya ikhlas dan redho bahawa Allah membekukan pinjamanNya terhadap penggunaan tangan kanan yang dipinjamkan sementara hidup ini entah berapa lama sebelum seluruh diri ini diambil kembali. Alhamdulillah, masih aa tangan kiri ntuk terus mengetuk keyboard, dan saya diatur olehNya sebagai lefthanded.....SubhanAllah....
Bro...
Sorry...aku tak dan nak pi melawat hang...tokwan aku meninggal...sebok dok ulang alik pi kulim dsb...camana dgn lengan hang tu? Surgery okay ke? Harap hang dah sembuh sepenuhnya...bila2 free kita jumpa...pekena teh tarik kat Guaq...hhhehehhehe...