SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Kalau tang orang salah sikitpun depa pakai segala mak nenek 'magnifier ' untuk perbesarkan kesalahan orang. Kalau tak cukup juga memperbesarkan cerita, depa edjas pula magnifier tu bagi hangat isu-isu kecil supaya terbakar, umpama kertas yang di letak di bawah kanta bersuluhkan mentari yang terik.
Tetapi bila sendiri dah jadi KERAjaan, maka terlompat-lompatlah mereka umpama terkejut dek laungan Sang Raja Rimba....sehingga kini, mereka berjaya melemparkan kesalahan lunggokkan sampah kepada e-idaman(milik siapakah kompeni ini...). Tapi nama sahaja berubah penstrukturan, dari KERAjaan kepada SWASAUTA. Mana tak SWASAUTA, segala tenaga kerja, kenderaan, kelengkapan hatta tong sampah, habis di serap oleh syarikat SWASAUTA ini tanpa perlu membeli apa-apa peralatanpun.
Rupanya tong sampah seperti yang aku jumpa ini masih gamak di 'tugas'kan oleh KERAjaan Tempatan untuk melahap dan menelan sampah sarap walaupun perutnya sudah umpama GUNDORUWO! Hello Ostad Eizan, bagilah surat pencen ka, surat buang kerja ka dekat tong seperti dalam gambar ni. Jangan takutlah, kami takkan suruh tubuh pasukan penyiasat khas ataupun yang bertaraf suruhanjaya siasatan sekiranya tong sampah ini dan yang sewaktu dengannya di tamatkan perkhidmatan mereka samada secara paksarela atau sukarela.
Melihat aksi selamba saksi yang juga rakan kepada pemandu kereta lumba jenis Iswara, aku terbau sesuatu yang amat kuat, iaitu PEMBOHONGAN. Apa ilmu yang adik pakai? Lima enam orang polis adik boleh kaw tim, tok gundu mana adik belajar? Atau adik ada 'memakai' ka???
Kalau dibandingkan wajah Alahyarham Aminulrasyid dan 'adik muke selambe' tu, agak-agak sapa influence sapa? Sapa superior? Sapa obey to the order?
Memang semenjak insiden tempohari, aku hanya lebih suka memerhati dan membaca blog-blog dari kedua-dua sisi. tetapi bila semalam aku melihat lapuran polis yang di buat oleh 'adik muke selambe' dan tadi dalam TV yang memperlihatkan bagaimana saksi memperkatakan tentang aksi dan tindakan luar biasa adik muke selambe, aku juga jadi terpanggil untuk meluahrasa apa yang terbuku dari semenjak hari pertama berlakunya insiden ini.
Pandangan-pandangan dari beberapa blog aku nampak ada rasionalnya berbanding terkaman, terjahan lompatan umpama berok liar(read in english) beberapa politikus pembangkang yang sentiasa cuba mempolitikkan isu ini asal saja boleh di kaitkan dengan KPN yang sehingga kini masih Allah pelihara dari kecaman tidak berkesudahan dek kerana dendam masa lalu atas kesalahan yang terbukti, tetapi terlepas dek kerana teknikal.
Persoalan-persoalan yang di timbulkan oleh beberapa blog-blog yang aku baca menjurus lebih kepada persoalan kewajaran dua orang budak tahap kanyiaq bergelandangan dalam kenderaan pada awal pagi yang walau apapun alasannya kesalahan tetap menala kepada mereka.
Dan aku ingin sekali melihat apa bentuk hukuman kepada PEMBOHONG. Baik yang di suruh, mahupun yang menyuruh.
Wieuw wieuw wieuw.....
Tersentot kheta tua aku pasal kaki aku tertekan brek kheta denga nagak kasar. Kekasaran kaki aku yang menekan pedal brek tu bukanlah kerana apa, tetapi hati terkejut mendengar siren dari peronda polis.
Sssiewwww
Sebiji peronda memotong laju...berdesupppp!!!
Sssiewwww......Sssiewwww......Sssiewwww
Tiga biji kereta berkuasa tinggi memotong kheta aku yang sudah aku himpit ketepi jalan sambil berusaha gigih untuk memperlahankan kelajuan kereta yang memang dari tadi aku pandudgn perlahan. 'EVO TUA' aku ni bukannya tak boleh memecut, setakat 0 -80km/j dalam masa 5 minit senang-senang, tapi kalau jalan Gurun-Sik yang semakin lebar hasil usaha Kerajaan Persekutuan, dengan suasana petang yang tenteram, memandu dengan kelajuan 65.88321km/j bagi aku amat sesuai untuk melihat keindahan Gunung Jerai dan matahari yang sedang 'mendarat.
Aku hanya sempat melihat belakang sebuah kereta yang aku tak tahu 'meka' nya...Menteri Besar Kedah tertera di plet kereta yang tentunya hebat 'meka' nya. Dalam seghejip mata kelibat kereta-kereta berkuasa tinggi itu hilang....jam menunjukkan pukul 5.48:33.00000011111 petang. Hai, dari mana pulak ni?
Ho, ho ho....baca Sinar hari ni barulah aku tew! MB Taichi Kedah pi makan angin sambil makan free(?) buah anggur montok di Ladang Anggur Tasik Beris...Hai, pi melawat sajakah? Pi polok buah anggur free sajakah? Pi bergambar sekadar untuk masuk bakui sendirikah? Atau pi makan angin sambil makan anggur free untuk tenangkan otak yang semakin berserabut serabai???? TOKSAH DOK GHISAULAH OSTAD EIZAN OIII....TAK LAMA DAH....lepas ni Dato' Seri boleh bercuti panjang, sediakan rakit ka, sampan ka, tongkang ka, vessel ka, tanker ka....janji ostad bersedia dari tenggelam dek tsunami yang melalui meter bacaan 'ahli geologi politik' yang nampaknya semakin dekat dan gegarannya semakin kuat!! Skala rithcerpun sat sat turun sat sat naik, tapi 'sat sat naik'lah yang paling kerap!!!!
Eh eh, dalam muka yang sama aku tengok YB Tajudin Abdullah, ADUN Belantek merangkap Ketua UMNO Bahagian Sik yang juga Pengerusi Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO/BN Negeri Kedah sedang bermesra dalam majlis santai serta ringkas dengan RAKYAT RAJA dalam Mukim Sok, Daerah Sik yang menjadi pekebun kecil getah di sana. Mereka sedang menerima bantuan dari YB Tajudin, yang di pohon oleh beliau melalui LGM dalam bentuk input-input pertanian.
Wow!!! Jumlah bantuan adalah RM 503, 000.00. Hmmm bunyi macam sikit, macam tak umph! Tapi kalau sebut TENGAH JUTA! Fuhhh...banyak oooo..... Ladang anggur dapat peruntukan ka???
Aku bukan nak angkat bakui YBTajudin dan akupun bukan ada daya nak 'lift' kan pula bakui YB Tajudin, maklumlah...OKU. Tetapi dia adalah antara YB-YB ADUN UMNO/BN di Kedah yang tidak menjadikan 'pembangkang' sebagai alasan untuk mengelak dari pertanggungjawapan terhadap tugas sebagai wakil rakyat. 'KEPULONAN' beliau dalam membantu Rakyat Raja di Daerah Sik yang berhadapan masaalah memang tidak dapat di nafikan lagi. Aku di maklumkan oleh kawan-kawan aku di Sik, waktu pejabat atau 'office hour ' YB selalunya tamat bila jarum pendek 'berimpun' dengan jarum panjang, malah kerap juga aku dengar jarum pendek merajuk dan berlari dua tiga langkah kedepan meninggalkan jarum panjang kerana YB buat OT.....
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terimakasih ke atas GMC kerana telah membiayai hati aku dengan layanan sebagai sahabat yang aku kira nilainya lebih dari RM 4 juta spt yang Kickdefella dapat. Kami blogger-blogger pro UMNO dan BN rata-rata hanya dapat ucapan terimakasih kerana membantu UMNO sedikit-sebanyak sekadar daya yang kami mampu. Nilaian kami bukan wang ringgit ukurannya, tetapi survival parti yang kami mahkotakan di pundak demi ABC.
Berbalik kepada isu di atas, tadi GMC aka APBdS memaklumkan aku bahawa seorang lagi ADUN dari PKR telah melompat keluar dengan kelajuan menakjubkan umpama kenderaan yang memecut di AUTOBAHN! Aku di maklumkan bahawa ADUN tersebut adalah dari Selatan Kedah. Manakala seorang lagi ADUN dari Sungai Petani juga sedang siap sedia untuk melompat kerana tenaga yang di janakan untuk melompat dengan lompatan yang berkelajuan UNLIMITED telah berada di tahap MAKSIMA. Itulah Skrip yang aku dapati dari AUTAMAN GABAN....he he he...selit sikit-sikit....
Apakah rentak TAI ICHI akan kekal dalam Kerajaan Kedah Belanda(KKB) atau rentak tersebut akan bertukar ke TAK ITCHY setelah ombak Tsunami selesai membaham KKB sehingga kesannya boleh menyebabkan Parti BN akan turut TUMBANG.......(sebagai pembangkang)?
Bila Syed Azidi mededahkan bahawa dana tunai untuk kerja-kerja beliau melanyak Pak Mentua kaki tido sampai terus lena adalah melalui GMC, aku memang terkejut. Bukan setakat terkejut biasa, Aku terkejut sampai tahap terkejut beruk. Manakan tidak akronium GMC selama ini dalam kamus aku hanya relatif dengan Gunung mat Cincang. jadi bila member aku telefon kata GMC adalah medium yang disalurkan dana tunai untuk membiayai aktiviti perangsaraf terhadap sebatang pokok yang sudahpun mereput dari dalam, pertama sekali aku terkejutlah tetapi aku lebih terkejut kerana seperti kebanyakan orang berpendapat duit sebanyak itu tidak perlupun untuk menjatuhkan orang yang sudahpun lemah.
Orang selemah Pak Loh, kalau 'mbuih' pelan-pelanpun boleh jatuh, jadi menggunakan pembiayaan sebanyak 4 juta ringgit adalah satu pembaziran pada sebelah pihak manakala yang dapat tentunya 'lompat sampai ke alang'.

Kembali kepada isu GMC, setelah aku terima panggilan kecemasan dari seorang sahabat, lalu akupun terus berlari menuju ke komputer buku nota aku yang dari pagi tadi dalam mode 'on' kerana akau lupa tutup punca tenaganya walaupun ketika aku keluar dari rumah semenjak awal pagi. Gagau punya gagau, kelebek punya kelebek akhirnya aku berjumpa dengan portal Agendadaily yang akhirnya merungkaikan cerita sebenar. Dan ketika ini barulah aku sedar bahawa aku terkena 'PANGGILAN HANGIEETTTT!'.
Nasib baik aku tak hubungi Gunung Mat Cincang untuk bertanyakan mengenai dana tunai berkenaan, bukan apa dapat beli punai dari tunai tu pun jadilah......
Agendadaily memaklumkan bahawa Syed Azidi aka kickdefella mengaku bahawa sebuah syarikat yang bernama Global Media Channel(GMC) adalah medium yang menjadi pengkalan untuk menerima dana secara tunai kerana hendak melindungi sumber yang memberi sumbangan tersebut.
OOOOOOOOOOOOOOO000 jadi bukanlah blogger Gunung Mat Cincang yang dapat duit tunai tu.....
He he he....
Rupanya kickdefella sudah berpatah arang dengan bossnya.
Ketika semalam semasa aku membuat posting mengenai sikap ahli-ahli MCA secara metafora, hari ini pemimpin nombor satu mereka yang baru memegang teraju, iaitu CSL mengakui bahawa ramai ahli MCA telah belot kepada BN. Pembelotan mereka begitu ketara sekali, kerana aku bukan hendak menceritakan secara 'hearsay' di sini, tetapi aku bercerita semalam dan hari ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Setiap hari balik dari menjalankan tugas-tugas merayu undi, petugas-petugas parti yang sesungguhnya begitu tinggi komitmen merreka terhadap tugasan setiap hari merungut kepada aku mengenai sikap sebahagian besar kaum Cina di Pekan Rasa. Amat mengecewakan bilamana jentera parti seperti kami yang datang dari jauh semata-mata ingin menolong Parti Barisan Nasional dalam menuju kemenangan tetapi mendapat sambutan dingin dari penduduk tempatan. Sudahlah lokasi rumah tidak tersusun, kerap juga sapaan kami hanya di sambut oleh salakan anjing dari balasan suara tuan empunya rumah. Hampir 60% rumah-rumah di Kampung Baru Cina Pekan Rasa sudahdi buat pengubahsuaian. Ini menunjukkan taraf kehidupan mereka amat jauh berbeza berbanding pada akhit tahun 80an dan awal 90an semasa aku kerap mengunjungi Pekan Rasa tatkala aku bekerja dengan stu kontraktor yang membina Kawasan Perusahaan MIEL Batang Kali ketika Heveafil pun belum ujud.
Aku kerap meggunakan jalan belakang yang melalui kolam atau tasik bekas lombong untuk sampai kesana. Aku masij ingat di belakang tapak pembinaan addalah sebuah kilang bata tanah. Tidak jauh dari tapak pembinaan yang aku awasi terdapat pula ladang membela ayam yang hasil sampingannya ialah lalat yang sering mudik makanan kedalam mulut, jika aku lalai semasa menghadapi juadah yang selalunya di masak oleh para pekerja aku.
Kembali kepada isu asal mengenai sikap kaum Cina Pekan Rasa yang sememangnya menyakitkan hati aku, kekadang aku bingung memikirkan sikap mereka yang sengaja mencipta isu. Dan apabila Dato' Seri Najib menghamburkan kata-kata bahawa hutang beliau telah langsai dengan kaum Cina Pekan Rasa, apakah pula reaksi mereka? Adakah mereka mahu menjawab terimakasih? Atau hanya memuncungkan mulut mencemuh? Atau hanya berseorak di belakang DS Najib dengan maksud mengejek? Tentunya ada yang berani meluncurkan kata-kata bernada kurang ajar seperti. "Apa gua peluli, talak undi BNpun wa punya olang dapat juta-juta punya plojek." Atau "Talak undi BNpun wa punya anak sikit hali dapat baca dalam bilik balu." Dan tentunya lebih memedihkan bila ada yang berkata. "Itu Melayu mana ata belani, itu undi mau kasi tuntu minang ata lalam tangan olang Cina."
Kata-kata yang berterus-terang tanpa berselindung ini nampaknya tidak langsung menggamit rasa kepada Melayu yang membangkang, malah ada juga yang menyahut dengan BERTAKBIR!!! Ahai....apa nak jadi???
Atau apakah penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional, di mana mereka yang ingin menganggotai Parti Barisan Nasional tetapi benci untuk menyertai komponen-komponen kerana 'politicking essence' yang keterlaluan mungkin boleh menjadi penyekesaian. Aku harap Pengerusi Barisan Nasional cepat bertindak sebelum terlambat.
Seawal tibanya aku ke Pekan Rasa, aku sungguh terpempan melihat kelibat empat lelaki perkasa berbangsa Cina yang aku yakin penyokong BN merangkap ahli MCA. Aku di maklumkan bahawa Gerakan tiada ahlinya di Rasa(sila maklumkan pembetulan fakta ini kpd aku).
Kumpulan Pemuda MCA ini aku lihat begitu tekun dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan tugas. Merak begitu gagah memanjat tiang-tiang talipon, pokok-pokon dan bumbung-bumbung rumah, gerai dan kedai untuk memasang poster dan banner milik BN dan calonnya.
Aku ingatkan mereka sekumpulan hanya akan bekerja memasang banner dan poster calon pada hari itu sahaja, tetapi aku lebih terpana apabila keesokan harinya sekali lagi aku terjumpa mereka sedang memasang bendera di tiang-tiang. Kali ini degan lebih tekun!!!! Tahniah kepada Barisan kepimpinan baru MCAS Pusat yang ternyata dapat menarik golongan muda kaum Cina untuk kembali menyumbang tenaga kepada MCA dan BN khususnya apabila tiba pilihanraya!!! Tahniah CSL!
Melihatkan keputusan PRK P094, Hulu Selangor yang walaupun memihak kepada BN, namun seperti biasa pihak pembangkang yang tidak dapat redho dengan kekalahan akan segera mencari 'kambing hitam' untuk di sembelih bagi menjamu para penyokong agar mulutakal mereka terpolok kekenyangan tanpa banyak soal.
Musuh luar senang di kesan. Musuh dalaman juga bukan susah sangat nak di kesan, tetapi kerana kita begitu menjunjung tepung yang ditakuti berselerak hanya kerana sehelai rambut menyebabkan 'kepala' kita berlapik ayat. Itu ayat dia. Aku juga akan bercakap seperti itu sebagai pemimpin yang bijaksana. Tetapi aku ni akar umbi, peduli apa dengan tepung yag dah kotor dengan kelimumur, lagipula rambut yang ada terlalu banyak didalam tepung itu, bukan sehelai, bukan segumpal, malah helaian rambut yang bergaul dengan tepung tu sama banyak dengan rambut di kepala, bukan sahaja banyak, tetapi panjang-panjang pula tu. Tepung tetap banyak tu juga, tetapi rambut yang bertambah kusut menyebabkan tepung jadi kotor..
Kesimpulan aku ialah Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri najib Tun Abdul Razak wajar memberi tumpuan kepada mereka yang taat di luar dan taat di dalam hati kepada Barisan Nasional. Ramai Melayu dan India Pekan Rasa merungut dengan sikap di kalangan Cina yang hipokrit dalam memberi undi kepada calon BN. Hanya sebahagian kecil Cina Pekan Rasa yang mengundi calon BN. Itu jelas, faktanya amat jelas. Statistik yang jentera BN ada dan statistik keputusan prk jelas dengan apa yang aku kata!
Ketua Penerangan MIC yang juga seorang pegawai perhubungan awam itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.
Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.
Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan sejumlah 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi pada Ahad. Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.
Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan "tsunami politik" bagi BN, Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel, yang juga merupakan Anggota Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN bersama-sama pemimpin parti komponen BN berada di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah di Kuala Kubu Bharu untuk meraikan kejayaan BN bersama-sama ribuan penyokong BN.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas dan para pemimpin parti.
Sejak pilihan raya umum 2008, sebanyak 10 pilihan raya kecil diadakan, dengan BN memenangi tiga daripadanya, termasuk kemenangan kerusi Parlimen Hulu Selangor malam ini yang sangat penting bagi mendapatkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat.
Ia merupakan kemenangan bermakna bagi BN, terutamanya kepada Najib yang semasa berkempen menyatakan bahawa pilihan raya kecil itu bukan sahaja untuk memilih seorang Anggota Parlimen tetapi merupakan pungutan suara bagi hala tuju baru negara.
Najib sendiri turut turun berkempen sebaik sahaja kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan luar negara, pergi ke kampung-kampung, bandar, kawasan rancangan Felda, bersama timbalannya Muhyidin yang saban hari berada di Hulu Selangor sejak penamaan calon pada 17 April.
Bulan depan, satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan, iaitu kerusi Parlimen Sibu, ekoran kematian penyandangnya Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hoi Chew.
Ia bukanlah satu laluan mudah bagi BN kerana pada awalnya terpaksa menempuh keadaan sukar memilih calon apabila MIC bertegas mencadangkan Palanivel menjadi calon BN manakala pucuk pimpinan BN mahukan muka baru seperti yang dikehendaki peringkat akar umbi.
Akhirnya, mereka bersetuju dengan pemilihan Kamalanathan atas dasar kompromi.
BN juga berhadapan dengan pakatan PKR-DAP-PAS yang diketuai Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sambutan dan menarik minat orang ramai namun ia tidak berupaya mengatasi parti pemerintah yang berusaha menyelesaikan banyak masalah rakyat setempat, termasuk isu-isu kebajikan dan kehendak pengundi.
-- BERNAMA
Kalau benarlah seperti yang di SMSkan oleh rakan baik yang juga sahabat aku yang rapat dengan sumber-sumber dalaman PISs, tidak mustahil yang Parti Barisan Nasional Kedah akan tumbang dari menjadi pembangkang dan akan bangun sebagai sebuah kerajaan yang baru.
Manakala tidak dapat di nafikan lagi bahawa bukan sahaja pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Kedah yang akan melompat, tetapi bukan melompat keluar parti, tetapi melompat kegembiraan, ahli-ahli parti serta majoriti rakyat Kedah yang kini telah mulai sedar akan kelemahan dan kerapuhan serta kereputanm Kerajaan sekarang sudah tidak dapat di sembunyikan lagi oleh MB yang tak tau, tak tau, tak tau.
Yang aku dengar depa tau dok pelari fail-fail dari pejabat di Wisma. Fail apa aku tak tau, ya..aku tak tau macamMB la ni tak tau....
TUNGGUUUUU.....
**Kepada semua pemimpin BN Kedah, walaupun riak dan alun sokongan rakyat telah nampak jelas sedikit demi sedikit telah kembali kepada landasan asal, kembali kepada UMNO, kembali kepada Barisan Nasional hasil dari pendekatan 1Malaysiayang di gagaskan oleh DS Najib janganlah pula lupa bahawa rakyat Kedah telah mengajar erti sebenar apa itu kuasa. Allah telah memberi pengajaran dan peringatan. Jangan di ulangi sikap dan sifat lama, jauhi amalan moral yang rendah yang membangkitkan kebencian bukan sahaja rakyat tetapi ahli-ali UMNO sendiri. Yang lepas biarlah lepas. Jangan jadikan alasan ketidaksempurnaan sebagai tiket untuk terus melakukan dosa moral, dosa manusia apatah lagi dosa dengan Allah AlRahman. Allah masih Rahim kepada kita....Hindarilah apa yang patut di hindari.
*+* Lompat, lompat juga, jangan lompat sampai kena alang........
Kini tindakan keluar dari Pakatan Reput sudah menjadi rutin. Bukan lagi menjadi kehairanan kepada rakyat di seluruh Malaysia mengenai tindakan bertali arus baik pemimpin-pemimpin mereka terutama dari parti kian reput, malah ahli-ahlinya juga. Di sana-sini ahli dan pemimpin mereka umpama lidi yang terlerai dari ikatan kerana reputnya ikatan sudah tidak boleh disekat-sekat lagi. Biarpun kenyataan demi kenyataan di buat oleh jurucakap mereka yang lebih dari kenyataan berbau kecewa yang di selindungkan denga kata-kata penghinaan dan tohmahan, ahli-ahli mereka kini sudah tidak peduli lagi dengan umpatan mahupun ugutan.
Petang ini, bertempat di CC HS kemungkinan akan berlaku lagi upcara keluar parti secara pukal oleh ahli-ahli parti mereka yang telah insaf tentang masa depan politik Malaysia yang jika di biar akan menyebabkan keparahan yang tidak tergambar dalam sejarah politik Malaysia.
Kepada yang telah keluar, TAHNIAH di ucapkan, manakala ucapan TAHNIAH juga di ucapkan kpd yang bakal keluar dan TAHNIAH juga kepada yang bercadang-cadang hendak mufaraqah dari perjuangan yang tak berfaedah kerana orang yang mereka sokong ternyata kasta KUALIti mereka setaraf bontot KUALI!

Dr Halili keluar PKR masuk Umno

Jimadie Shah Othman
Apr 19, 10
11:19am![]()
Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.
Dr Halili Rahmat (foto:kiri) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."
"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh," tambahnya.
Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.
"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.
Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.
"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."
Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.
Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.
'Mungkin diberi bedah hidung pula'
Dr Halili juga berkata keputusannya keluar parti dan menyertai Umno sudah lama dibuat.
Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:
"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.
Beliau juga memberitahu, itu kali terakhir beliau bertemu Anwar.
Sejak disebut-sebut disenaraipendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.
Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkanmembayangkan perkara itu, timbul tanda tanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.
Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.
Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.
"Memang adatlah. Tetapi kita masyarakat sivil, sangat tamadun, ada demokrasi. Jadi macam-macam pandangan ada. Jadi kita kena hormatilah pandangan yang berbeza," katanya
Beliau juga enggan mengulas mengenapi pencalonan Zaid dan calon BN P Kamalanathan atau akan turut serta berkempen di Hulu Selangor.
Sebaliknya, jelasnya, beliau akan berlepas ke Melbourne, Australia selepas ini bagi menghadiri konvokesyennya di Universiti Monash - satu keputusannya yang didakwa sudah lama dibuat dan "bukan untuk lari".
Malah di pertengahan sidang media beliau sempat berkata: "tak pernah dapat banyak kamera sebelum ini."
Bagaimanapun, di penghujung sesi itu beliau kelihatan lebih yakin apabila meminta soalan tambahan walaupun Salehudin sudah mahu menamatkan sidang media itu.
"Seronok juga, boleh tanya dua lagi, bukan selalu boleh macam ni," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 70 petugas media.
Si bawah adalah bukti bergambar, memangnya Zaid adalah kaki botol!
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL























