SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Sejarah Tua Kedah: Ambillah I'tibar wahai Orang Muda!

Posted by Detguaq Thursday, March 1, 2012



Jangan Malukan Melayu Di Kedah

Kedah negeri tua. Malah sejarah Kedah jauh lebih tua dari mana-mana negeri di Malaysia. Kedah juga pernah menjadi pusat ibu kota Langkasuka dan Kedah jugalah pencetus kepada kewujudan Gangga Negara.
Negeri ini juga menjadi fenomena agama. Orientalis mengatakan penduduk Kedah pada zaman sejarah, menganuti agama animisme, kemudian beragama Hindu dan sesetengahnya Buddha. Islam hanya datang kemudian.
Itu kata kaum Orientalis…
Tetapi tidak pernah sekali, mana-mana pendokong teori sejarah Orientalis yang dapat menerangkan mengapa terlalu banyak pengaruh Iran, sama ada daripada perkataan, ungkapan mahupun pengenalan kepada sesuatu objek. Tidak pernah pula ada mana-mana penyokong teori Orientalis yang dapat menerangkan mengapa Muzaffar Syah I bergurukan Syeikh Abdullah Al Yamani walaupun sebelum itu sudah ada Syeikh Kuala!
Maka bagi yang kurang memahami apa yang ingin diperkatakan bersandar kepada faktor di atas, ia sekadar ingin menerangkan penduduk Bumiputera sebenarnya sangat kaya dengan sejarah yang amat unik.
Begitulah, pada ketika negeri-negeri lain, penjajah mereka hanyalah Inggeris dan Siam manakala Melaka pula mempunyai tambahan dua lagi penjajah iaitu Portugis dan Belanda. Namun Kedah lebih dari itu.
Kini, selepas merdeka, Melayu-Bumiputera nampaknya berdepan dengan penjajahan berbentuk baru terutama sekali di kawasan selatan.
Kekurangan dan harga tanah yang tinggi di Pulau Pinang, selatan Kedah mulai tededah kepada satu lagi bentuk pelaburan iaitu PELABURAN KE ATAS TANAH-TANAH PERKUBURAN SWASTA. Ditambah pula dengan kegilaan orang Melayu yang gemar menjual tanah, akhirnya menjadikan kawasan tanah pemilikan Melayu di selatan Kedah semakin mengecil.
Sebenarnya tidak ada sebarang akta yang boleh mencegah orang Melayu selatan Kedah daripada menjual tanah-tanah mereka kepada pihak yang sanggup menawarkan harga yang sedikit tinggi atau kerana ‘kawan-kawan’ lain telah menjual tanah mereka, jadi trend itu juga ingin dituruti.
Dalam banyak keadaan, Melayu Kedah hilang tanah kerana gelagat-gelagat seperti inilah. Berapa ramai Melayu Kedah yang akhirnya tersadai di KEDA-KEDA di seluruh Kedah kerana tidak lagi mempunyai tanah sekalipun pada masa yang sama, mereka jugalah yang bertukar menjadi penyokong kuat PAS di Kedah?
Tanah merupakan maruah yang paling tidak ternilai. Namun berapa ramai daripada orang Melayu Kedah yang mampu menilai atau masih beranggapan bahawa tanah adalah ‘penyelamat’ generasi mereka pada masa hadapan, berbanding Melayu Kedah yang melihat tanah sebagai saluran mendapatkan keuntungan dengan cara yang amat mudah?
Dari Bukit Kayu Hitam, sehinggalah ke Selama, Kedah, tanah-tanah Melayu semakin mengecil. Kalau ditanya kepada orang PAS, sudah pasti yang dipersalahkan adalah UMNO. Kononnya UMNO yang telah memperkecilkan tanah milik Melayu. Namun sedar tidak sedar, kebanyakan marhein PAS yang begitu marah kepada UMNO kerana kehilangan tanah adalah mereka yang sebelum itu, begitu gila menjual tanah sehingga akhirnya menjadikan mereka sebagai muflis tanah.
Beranggapan dengan menyokong PAS akan membolehkan mereka memperolehi tanah-tanah baru atau terpukau dengan janji Pakatan terutama kepada kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA yang mudah termakan pujukan dan hasutan, membuatkan mereka yang hidup berangan-angan berfikir, mengubah kerajaan bermakna mereka akan memiliki tanah baru.
Hakikatnya, tanah hanyalah modal untuk kempen pilihanraya semata-mata. Tiada mana-mana kerajaan yang waras akan menyediakan tanah untuk dibahagi-bahagikan sesama ahli secara pukal. Kalau ada yang membahagi-bahagikan tanah, hanyalah sesama kroni yang dilihat mampu memberikan keuntungan besar sama ada kepada pucuk pimpinan mahupun kepada parti. Nama kata, membahagikan sesama ahli, ia bolehlah diibaratkan sebagai mimpi yang tidak berkesudahan.
Kampung Kebun 500, Kampung Sungai Kob, Langkawi dan beberapa bahagian lain di Kedah merupakan contoh terbaik bagaimana Melayu kehilangan tanah kerana ketamakan dan kurang berakal dalam mempertahankan apa yang mereka ada. Hanya dengan sedikit tawaran harga yang lebih tinggi dan dalam tempoh jangka pendek, keuntungan boleh diperolehi, tanah-tanah Melayu akhirnya bertukar tangan.
Dan sekarang, apabila tanah-tanah tersebut sudah bertukar menjadi tanah perkuburan bukan Melayu di tengah-tengah perkampungan Melayu, maka seharusnya Melayu sudah boleh mendapat iktibar bahawa kehilangan tanah tersebut adalah bersifat selama-lamanya. Mereka terpaksa hidup dengan apa yang mereka sendiri lakukan!
Justeru, Melayu tidak seharusnya memalukan Melayu dengan penjualan tanah seperti yang sedang dilakukan secara berleluasa sekarang ini. Hanya mereka yang tidak bermaruah sahaja akan menjual tanah yang mereka miliki kerana inginkan sedikit keuntungan!

0 Responses to Sejarah Tua Kedah: Ambillah I'tibar wahai Orang Muda!

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO