SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PENGANUT PIS MAZHAB N.AJIS KATA ANGGUR TU MASAM..... DATUK ZUBIR!

Posted by Detguaq Saturday, January 23, 2010

Aku baru terjumpa(secara tak sengajalah tu...) mengenai pengkisahan datuk Zubir yang di'potray' secara salah terhadap keperibadian beliau dan keterampilan politik beliau,menyebabkan aku rasa aku perlu menjawab bukan mewakili beliau, bukan mewakili UMNO atau sesiapa, aku menjawab dari sisi yang aku pandang.  Yang aku rasa patut aku zahirkan disini.....



KISAH ZUBIR ZUFFA FARMASI .......


Apabila Zubir Farmasi Zuffa bercakap dan keluarkan kenyataan kepada bernama, bermakna dia mencungkil sejarah sendiri...DI Sungai Petani, sapa tak kenai Zuffa Farmasi. Semua orang tau. Kedai ubat yang jadi kebanggaan Melayu Sungai Petani. Dia mampu bersaing dan menjadi farmasi yang tersohor. tapi itu dulu. Farmasinya bermula dari pekan Sungai Petani mula bercambah dan berkembang sampai Guar cempedak, Bukit Mertajam dan di beberapa lagi lokasi di utara.


Aku kenai dia ketika dia buka Farmasi dekat Guar Cempedak. Masa zaman reformasi (1998-1999), dia adalah penyokong kuat DS Anwar Ibrahim..Dia sanggup berdemonstrasi sehingga hampir menggadai nyawa. Semangat dia kuat. Mcm2 dia kata kat UMNO. Maki hamun kpd UMNO adalah perkara biasa baginya. Lagi banyak dia maki UMNO, kedainya lagi laku. Sebab yg banyak support Zuffa Farmasi adalah penyokong dan pendokong reformasi. Kedai dia laku dan bertambah.


Dia sanggup bagi percuma Tingkat Satu farmasinya di Gurun untuk dijadikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai (pada masa tu Ust Nasharuddin). Hampir satu penggal di bagi guna secara percuma. Begitu juga Tingkat 3, Farmasinya di Taman Ria Indah dia bagi YB Dr Hamdan guna buat Markas Pemuda Merbok. Tapi itu semuanya dulu. Pendek kata takdak sekog pun kawan dia dari UMNO.


Zubir mula masuk kem UMNO, apabila Mahadzir Khalid balik ke Kedah dan dicanang nak jadi MB Kedah. Waktu tu baru semua pakat tau yg Zubir ni rupa2nya kawan baik Mahadzir masa di Sekolah Sains Mohd Jiwa dan USM. Time tu semangat dan jiwanya pada PAS dan PKR koi kendog. Kalu dulu Zubir ni lah yg banyak support Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin. Pendek kata duit langsung dia tak kisah. Dia mudah hulog bila diminta untuk lawan UMNO dan BN.


Tapi semasa pilihanraya 2004, kelibatnya koi hilang. Rupa-rupanya dia dok pi tolong Mahadzir Khalid di DUN Pedu. Kot belah ulu banat sana. Duit dia banyak hambog kat UMNO pulak. Dia mula himpit Mahadzir Khalid. Kononnya kalau Mahadzir jadi MB dia ada chance jadi calon dan exco. Paling tidak dia akan dapat banyak projek daerah. Memang betoi. Tak salah jangkaan kawan2 pada time tu. Bila Mahadzir Khalid jadi MB, banyak projek Zubir sapu. Maklumlah kawan rapat..Berjuta-juta di kantau. Antaranya tanam tiang lampu seluruh bandar Sungai Petani. Banyak juta jugak dia dapat. Selain tu ada banyak lagi projek yg aku rasa dia dapat menyebabkan dia jadi kaya.


Bila dah kaya, dia mula lupa asal usul. Kalau dulu dia banyak bagi sumbangan kpd perjuangan ISlam dan bantu golongan agama. Tapi la ni dia dah mula banyak bantu penyangak2 UMNO. Cikgu Tajul Urus Mat Zain, yang la ni Ketua UMNO Bahagian Merbok bijak menangkap si bodoh Zubir ni. Cikgu Tajul mula kikis dan buka lorong mcmana nak gabuih duit Zubir. Maka dilantiknya Zubir jadi Ketua Penerangan UMNO Merbok. jawatan yg tak perlu ada pertandingan. Maka jadilah Zubir orang yang berjawatan walaupun dia sendiri bercakap dan berceramah pun tak reti dan tak boleh.


Ketika banyak projek Kerajaan Negeri di bawah BN, Zubir diatatang oleh UMNO pasai dia duit banyak. La ni bila PAS dah memerintah, duit dia koi kurang. Koi lama koi habis. Projek koi takdak. Kedai dia koi tak laku. Orang UMNO mana ada pi beli ubat di farmasi dia sbb UMNO selalu pi hospital dan klinik, sebab dapat ubat free. Yang dok support dia sejak dulukala adalah orang Pakatan Rakyat.


La ni kedai dia koi malap. farmasi lain koi naik dan koi maju. Amat silapla bila dia kata bisnes di kedah merosot. Yang merosot bukan bisnes di Kedah, tapi farmasi dia yg merosot. Puncanya orang ramai dah tak mau pi dan dah boikot. Sebab ramai dah meluat dengan jenis manusia yang takdak pendirian dan sanggup juai agama demi perut sendiri. Dapat hasil daripada sumber yang tidak sah dan ambil peluang daripada hak rakyat demi kekayaan diri sendiri.


Aku tau setakat tu saja...kalau hampa nak tau lebih lanjut, hampa boleh rujuk kat geng2 Guar Cempedak yang rapat dengan dia dulu. terutama orang yang dok kira bicara nak jadikan kedai dia tu Pejabat Khidmat Parlimen Jerai dulu. Depa banyak tau cerita. Aku dengag dari angin2 tepi telinga saja...Sekian adanya kisah makhluk ajabi yang diberi nama ZUBIR ZUFFA FARMASI.

****************************************************************************
****************************************************************************
Apabila mencari pekerjaan, yang paling senang ialah kerja mengutuk orang, kerana yang perlu ialah mulut, kalau bercakap atau jari apabila menaip. Senangkan?


Jika kita membaca dengan hanya mengambil satu sisi yang berpihak kepada kita, maka betul lah kita dan salahlah orang.  Maka jika Datuk Zubir masih lagi menganut agama PIS mazhab N.ajis, maka cerdiklah ia, namun jika dia berfikir bahawa dengan meninggalkan anutan pengikut PIS dan berjuang didalam UMNO maka dungulah ia kononnya....nampaknya kamus bahasa Melayu kena dibuat kajian semula berkaitan makna-makna perkataan yang apabila diucap oleh penganut PIS bermazhab N'ajis tersasar jauh dari maksud asal perkataan itu.  Kerana makna sebenar perkataan tertentu lari amat jauh dari makna sebenar bila ditutur dan ditulis oleh penganut PIS mazhab N.ajis yang ‘cerdik’ kononnya hasil meminum ayaq ‘kasut jepun’(selipar) tok nyang tu.


Memang semasa diluar UMNO Datuk Zubir tidak reti berceramah, tetapi dia tahu bercakap kerana dia bukan bisu dan dia juga ahli perniagaan yang berjaya, ini kerana PIS sebenarnya bukannya mahu dia menjadi pemimpin, tetapi hanya mahu mengikis duit dari usaha titik peluh beliau, dan aku jamin jika dia bertanding atas tiket PIS dan tetiba kalah, dia akhirnya akan jadi kupang tembaga yang disisih setelah poketnya hanya tinggal 'kulit kerang' untuk membeli jantung pisang...itulah yang telah terjadi kepada beberapa calon PIS yang diusung bagai dah jadi ADUN atau MP semasa pilihanraya, tetapi bila kalah disimpan disebalik ‘barzah’... dan aku tak fikir dia akan diletak sebagai calon jika dia masih didalam PIS. Mereka bukannya hendakkan dia sebagai pemimpin sebenarnya, depa nak kukut sampai tinggal kulit kerang sahaja…Depa nak 'kencing' Datuk Zubir saja.....



Sebenarnya jika dilihat dari sudut lupa diri yang dilihat dari biji mata mereka, makna sebenarnya bagi bidalan ini ialah kenang jasa, kerana semasa memulakan perniagaan, bukan PIS yang bagi modal, bermula dengan sedikit modal sendiri mereka suami isteri kemudiannya dengan bantuan dana dari MARA sehinggalah ia beroleh kejayaan dan berjaya memperkembangkan perniagaan beliau dengan 14 cawangan(depa marah sebab Datuk patut war-warkan 14 ‘ranting’ farmasi…baru nampak isle sikik bunyi dia) farmasi di Kedah. 

InsyaAllah akan bertambah lagi beberapa cawangan baru bukan sahaja diKedah, malah akan berkembang keseluruh Negara berkat doa pecah perut dan doa bala dari penganut PIS mazhab N.ajis yang ‘bijak-bijak’ kepala lutut depa dan berhati mulia umpama kerengga bila melihat Melayu lain Berjaya dalam bidang perniagaan….  Mulia sungguh hati depa dan murni sungguh doa penganut-penganut PIS mazhab N’ajis yang tahu ‘seba-serbi’ kononnya. Ya kehebatan N.ajis yang pada beliau dalam PIS hanyalah HARUS dan HALAL sahaja. Tetapi selain dari itu seperti HARAM hanya ada diluar PIS! He he he…sekali lagi makna-makna beberapa perkataan didalam kamus kena dirombak!


Mengenai semasa zaman reformasi, sebagai manusia biasa yang hanya memandang dari satu sisi ketika itu, dia adalah manusia biasa yang ada kelemahan. Dia hanya nampak apa yang terzahir, namun apabila mengetahui apa yang tersirat dan yang berselirat serta ber’palat’ yang ada pada B A B I, maka tindakan beliau ‘mufarakah’  adalah langkah tepat kerana beliau lebih mengutamakan survival bangsa Melayu yang masih perlu terus dibantu baik dari segi politik mahupun dari segi ekonomi hasil dari pengalaman beliau berniaga dipasaran tebuka dan penuh persaingan.


Dalam pada penulis mendakwa bahawa Datuk Zubir tidak reti bercakap dan berceramah hatta tidak tahupun, tetapi dalam masa yang sama juga penulis mendakwa dia memaki hamun UMNO(inilah tarbiah PIS yang paling HEBAT!...memaki hamun dalam mazhab N.ajisadalah afdal!) ,apakah maki hamun yang kononnya beliau hamburkan itu dalam bentuk isyarat seperti isyarat yang digayakan oleh orang bisu?


Namun setelah berada didalam UMNO, Alhamdulillah, kini beliau telah mulai "sembuh" dari penyakit tidak tahu dan tidak reti bercakap hasil dari terapi dan rawatan bersistem yang paling mujarab yang ada dalam UMNO kini isi pidato, ceramah dan ucaptama beliau nampaknya terhindar langsung dari penyakit maki hamun yang ada dalam mazhab N.ajis anutanPIS.Isi-isi ucapan beliau kini lebih terarah bagaimana untuk memantapkan UMNO dalam kerangka sebagai JUARA RAKYAT, isu-isu kebajikan rakyat, isu-isu PENDIDIKAN, isu-isu agama ISLAM yang penuh toleransi baik antar sesame ISLAM mahupun dengan penganut agama selain dari ISLAM, isu kesetabilan Malaysia dari segi ekonomi, poltik dan sosial serta isu-isu antarabangsa, malah selepas dari aku membaca tulisan liar dengan tuduhan yang sembrono oleh penulis aku yakin yang tulisan itu bukanlah racun, tetapi ia adalah menjadi  pemangkin kepada semangat juang Datuk Zubir yang sentiasa bersemangat untuk lebih berketerampilan dan kematangan yang jitu.


Jika disatu ketika kononya dia sanggup memberi secara percuma tingkat atas farmasinya di Guar Chempedak(bukan Gurun seperti dakwa penulis yang kononya kenal rapat)kepada Ustaz Nasharudin begitu juga tingkat tiga kedai beliau di Taman Ria Indah di Sungai Petani kepada Dr Hamdan(belum YB pada masa itu), maka itulah sifat pemurah beliau. Tentunya menjadi suatu yang pelik jika sifat semulajadi dalam diri beliau itu hilang apabila menjadi ahli UMNO!  Malah secara lojiknya beliau kini sepatutnya(sememangnya) menjadi lebih pemurah hasil rezeki yang Allah anugerahkan kepada beliau hasil dari perjuangan beliau dalam UMNO, pentas politik yang lebih signifikan.  Bukan seperti sesetengah ahli-ahli UMNO yang lama dalam parti dan kaya hasil pertolongan UMNO tetapi lokek dengan pelbagai alasan untuk bersedekah, berderma dan beramal, *ada ‘bau’ kedengkian disini rupanya dari penulis*.


Dan Dr Hamdan sehingga kini patut terus bersyukur dan berterimakasih kerana hasil bantuan dari Datuk ketika mula-mula beliau hendak mengusahakan kliniknya dahululah  Dr Hamdan boleh memulakan operasi kliniknya dengan agak selesa.  Kerana memikirkan kesusahan rakannya yang juga Melayu Islam untuk menapak dalam alam perniagaan seperti mana ketika beliau mahu memulakan langkah dalam perniagaan beliau dahulu maka pertolongan dihulur. Atau mungkinkah kini Dr Hamdan sudah lupa untuk bersyukur dan berterima kasih apabila sudah hampir dua tahun memolok elaun wakil rakyat yang di bayar oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN?


Kenapa bunyinya macam hendak menyanggah ketentuan Allah bila nama Det Khalid dikaitkan dengan sejarah hidup Datuk Zubir? Memang mereka ditakdirkan untuk sama-sama belajar di Sek Sains Muhd Jiwa dan kemudiannya sekali lagi berjuang mencari ilmu di USM? Berdosa rupanya pada pandangan penganut PIS mazhab N.ajis kerana sejarah lalu Datuk Zubir dan Det Khalid.  Rupanya didalam kitab penganut PIS mazhab N.ajis adalah dosa dan haram untuk menolong memajukan dan menyejahterakan kawanrakan apabila ada sedikit kuasa, padahal melalui pertolongan itulah maka Datuk Zubir dapat pula membuka peluang rezeki kepada manusia lain dan dapat meneruskan sikap pemurah beliau tetapi diatas platform yang berlainan?Kenapakah kalau bukan kerana sakit hati? Kaya dia sebagai usahawan bidang farmasi adalah anugerah Allah, itu usaha dia bersesuian dengan perjuangan beliau ketika menuntut ilmu dan adalah amalan biasa ahli perniagaan untuk mengembangkan perniagaan dengan mengujudkan bidang baru yang berpotensi sebagai cabaran dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan, maka yang dia tidak lupa ialah terus mengamalkan sikap pemurah beliau sehingga kini dan ini dakui oleh penulis jika kita lihat dari tulisan beliau. SO WHAT?


2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.


2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.


2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


Maka apakah satu dosa jika Datuk Zubir menyalurkan harta beliau (termasuk wang ringgit hasil dari uaha titik peluh sendiri) kepada mereka-mereka yang Allah sebutkan didalam AlQuran? Ya…berdosa kerana beliau kini bukan lagi penganut PIS mazhab N.ajis yang menerima segala kata-kata dia  secara bulat-bulat, manakala tanpa mereka sedari sumbangan Datuk Zubir terus mengalir menyirami mereka secara tidak langsung melalui cukai dan zakat yang di bayar dan jelaskan kepada pihak kerajaan dan badan pemungut zakat.Hatta ada pemberian langsung beliau yang terus di terima oleh pihak mereka dalam program-program bersama rakyat terutamanya di Merbok dan Kedah amnya.


Rupa-rupanya tulisan yang panjang lebar ini akhirnya diragui kebenarnanya bila penulis mengaku hanya mendengar sipi-sipi melalui telinganya yang dibawa angin sebenarnya….apakah angin itu angin tiupan 'MALAIKAT'?


Kepada Datuk Zubir aku hendak beliau teruslah berjuang memperkasakan UMNO jika dia berpendaapat bahawa UMNOlah platform yang betul untuk beliau berkhidmat dalam politik.   


TERUSKAN PERJUANGAN!

KESIMPULAN AKU MUDAH SAHAJA……
SERIGALA YANG KEMPUNAN ANGGUR LAZAT akan berkata APA?

4 Responses to PENGANUT PIS MAZHAB N.AJIS KATA ANGGUR TU MASAM..... DATUK ZUBIR!

  1. Anonymous Says:
  2. Panjan amat ceritanya Datuk Zubir di tulis oleh penulis cemburu di Kedah Lanie online. Ceritanya amat menarik, mula memuji lepasnya mengutuk.

    Ttiba saterusnya Datuk Zubir di bela dengan banyak fakta kebenaran dan kemurahan hatinya Datuk Zubir ini mengurbankan harta bendanya demi ugama, bangsa dan tanah air. Alhamdulillah.

    Jika di ingat sepintas lalu, penulis awalan mengutuk dan menghina perubahan perjuangan Datuk Zubir ka bumi UMNO, apakah matlamat sabenarnya?, sedangkan masa beliau berjuang bersama partai mazhab N.Ajis dulu pengurbanan beliau sama juga.

    Dahulu beliau murahati memberi percuma bangunannya untuk di guna Nasaruddin dan Dr Hamdan, sekarang dalam UMNO demikianlah juga kemurahanhatinya dengan menderma kapada anak yatim, menderma kenduri kanak2 bersunan dan berQURBAN untuk diderma daging2 QURBAN kapada orang ramai.

    Dengan hilangnya Datuk Zubir dari senarai penderama mereka, dan Datuk Zubir pulak terjun ka bumi UMNO, mereka cemburu dan marah. Perangai baikkah mereka terhadap Datuk Zubir?. Itulah dia nama penganut partai mazhab N.Ajis yang berpura2 berjuang demi ugama Islam kununnya. Sabenarnya perangai serupa itulah yang sangat2 di kutuk Allah.

    Astaghafirallah.... Na'uzubillah.

     
  3. detguaq Says:
  4. Aku sebenarnya agak sedih, kerana walaupun statistik menunjukkan peratusan kaum Melayu lebih besar dari bangsa-bangsa lain, namun jika kita terus-terusan begini, maka kita akan terjerumus kekancah sengsara seperti palastin dan arab dibumi sendiri, banyak umpama buih...Israel sikit tapi setiap hari memperlekahkan bangsa Arab yang jauh lebih banyak disekililing mereka...Apa takut? Arab lemah dan sentiasa bertelagah.....

     
  5. nash Says:
  6. Biasalah bagi pengikut PAS,segalanya halal dan baik bila termasuk mazhab depa...apa yang dibuat oleh UMNO walaupun ternampak membawa kebaikan tetap akan dilabel haram dan jahat...inilah akibatnya apabila agama dijadikan umpan dalam menarik sokongan.Dalil dan firman Quran ditafsir mengikut kesesuaian dan keuntungan parti politik depa sahaja.

    Semoga Allah s.w.t. membuka pintu hati depa untuk berubah kepada perpaduan melayu islam demi survival bangsa dan generasi akan datang.

     
  7. Detguaq Says:
  8. Mana boleh berNash oii...

    Lagi puak-puak depa tak dapat jadi balaci kepada pemerintah baru, selagi tu depa dok teran cara politik songsng depa tu.

    Depa ingat depa boleh pegang kuasa penuh ka bila PR menang? Yang aku nampak depa akan jadi kerbau tarik anoq ada la...

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO