SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

TEKANAN WAJIB DITERUSKAN

Posted by Detguaq Tuesday, May 20, 2008

Saya baru sudah membaca kenyataan dari DMM. Molek benarlah untuk beliau terus berada didalam untuk terus memberi tekanan. Saya yakin bahawa bveliau juga akan medapat sokongan dan dokongan dari dalam.

Manakala Ayahnda TDM yang telahpun membuat keputusan untuk menekan pak lah dari luar bersama-sama dengan silent majority dan marhien seperti saya juga merupakan usaha yang pasti akan memberi kesan dalam memulihkan parti UMNO dalam mengembalikan kekuatannya disamping membuat pihak pembangkang 'gigit jari'.

Memanglah dipihak pembangkang amat berharap Pak Lah terus menjadi kepala UMNO agar boleh digunakan kelemahannya dalam memimpin demi survival mereka yang selama ini mereka tidak pernah mendapat comfort position selama menjadi pembangkang.

Saya sendiri tidak rela untuk membiarkan perkara ini berterusan......

Semuga ada tindakan berani dari Kepala Batas(marhein UMNO seperti saya).........

Dipetik dari Bigdog Dot Com:

Sidang media Dato’ Mukhriz
Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun akan memanggil sebuah sidang media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini.
Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar ‘bersyarat’ dari UMNO dan membubarkan Cawangan UMNO tetapi meminta agar tidak menyertai parti lain. Mereka dinasihatkan kembali menjadi ahli UMNO setelah ada Kepimpinan lain mengantikan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan.
*Perkembangan terkini 6.25pm
KENYATAAN MEDIA
UNTUK KELUARAN SEGERA
20 MEI 2008
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:
1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;
2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;
3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan
4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.
Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.
Sekian.
*Perkembangan terkini 7.15pm
Semasa sessi soal jawab, Mukhriz menjelaskan bahawa beliau belum lagi berunding pengundi Jerlun dalam isu keluar UMNO yang banyak pihak membuat jangkaan dan andaian. Beliau memilih untuk masih setia dengan UMNO kerana begitu banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan parti dan tidak akan berganjak dari terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan. Keputusan ini tidak didorong mana mana pihak.
Exco Pemuda UMNO itu juga menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir ada membincangkan tindakan beliau mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO, tetapi beliau tidak pula membincangkan sebaliknya. Beliau mengaku bahawa keputusan beliau untuk terus bersama UMNO akan mengecewakan ayahandanya dan akan bertemu ayahandanya untuk menjelaskan tindakan beliau.
Beliau menegaskan bahawa menurut tradisi UMNO, Timbalan Presiden akan mengambil alih seorang Presiden. Apabila ditanya siapa yang paling layak menjadi Presiden, beliau berkata atas ahli UMNO untuk menentukan calon itu.
Apabila ditanya apakah tindakan ini (terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletak jawatan) akan memporak perandakan UMNO, beliau menjawab “UMNO sekarang ini sudah pun porak peranda!”. Beliau terus menjelaskan bahawa dengan Kepimpinan yang lemah, Malaysia tidak lagi menjadi destinasi menarik untuk pelaburan asing langsung (FDI) dan antara buktinya pengumuman Tun Dr. Mahathir semalam memberi kesan negatif kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk soalan kenapa beliau gagal menghadiri majlis makan tengahari bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diParlimen siang tadi, beliau menjelaskan bahawa beliau sedar ianya dianjurkan hanya untuk MP BN menyatakan terus sokongan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan beliau memilih untuk setia kepada parti dan Perjuangan, bukan Kepimpinan.

0 Responses to TEKANAN WAJIB DITERUSKAN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO