Semalam setelah 24jam mohon masuk balik UMNO Ezam diberitakan oleh akhbar arus perdana akan bertanding KP UMNO sekiranya ada pencalonan. Hari ini dah jadi lagu lain. Tak betul langsung akhbar diMalaysia ni. Tak boleh pakai berita dia orang. Itupun sekiranya Ezam yang betul. Aku tak fikir begitu. Penafiannya boleh disiarka nsegera secara update news kerana kita diinternet ada kemudahan sebegini. Agaknya setelah seharian lekalalai dengan keseronokan dilayan oleh pm flipflop yang tido, maka diapun dah dirasuk oleh semangat sang idolanya yang baru.
Apakah kerana memang pening lalat kerana bangun dari tido atau mamun kerana mabuk ubat resdung maka tindak-tanduk ayah lah yang mengetuai kerajaan PAHABAHU sebenarnya tidak pernah berubah-ubah walaupun dahi politiknya dah benjol kerana terhantuk rasukalang PRU12 yang lalu.
Rupa-rupanya anganan yang disorongkan oleh entah siapa kedalam impian ezam tidak berjejak umpama teratai. Sudahlah kemasukannya dipertikaikan, impian politiknya pula impian yang tidak kena pada tempat.
Apakah ini penangan dari Punasihat yang sama-sama berasa kepanasan bak cacing yang semakindicari oleh pemancing, panik sehingga tidak dapat hendak sembunyikan perasaan mereka hasil asakan akar umbi.
Buatlah kenyataan apapun mengenai kemasukan mereka-mereka ini kedalam UMNO, kononnya ada faedah. Saya percaya disebaliknya mengenai keyataan Kerismudin. Ezam hanyalah mengundang bersama perpecahan UMNO dengan kemasukannya. Itulah perasaan saya.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to FLIP-FLOP DAN DENIAL SYNDROME