SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Disebalik Isu Menteri Besar Kedah Letak Jawatan.

Posted by Detguaq Thursday, February 9, 2012


Menteri Besar Kedah Dipaksa Meletak Jawatan

Tersebar berita semalam, Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah telah meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Bagaimanapun, berita tersebut tidak dapat disahkan. Namun petunjuk tentang tindakan terhadap Azizan Abdul Razak semakin ketara terutama selepas isu KUIN dan AUKU.
Berbeza daripada pemimpin-pemimpin PAS yang lain, Azizan memilih untuk menyokong AUKU terutama yang membabitkan penggantungan lima orang pelajar KUIN kerana melanggar tatatertib selaku pelajar di pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri. Malah tindakan serta kenyataan Azizan yang memperkecil-kecilkan BUKU JINGGA menyebabkan pihak yang berpegang kuat kepada BUKU JINGGA itu, memarahi Azizan Abdul Razak.
Desas-desus tentang perletakan jawatan oleh Azizan Abdul Razak telah dimulakan oleh pihak dalaman PAS Kedah semenjak dua tahun yang lain. Malah pihak dalaman PAS jugalah yang membocorkan cerita tentang Azizan Abdul Razak yang beristeri baru dan masih muda.
Berita tersebut kemudiannya menjadi bahan lawak sehinggakan cerita dalam kain dan dalam kelambu Azizan Abdul Razak bersama isteri-isterinya menjadi bahan jenaka musuh-musuhnya dalam PAS Kedah sendiri.
PEMIMPIN-PEMIMPIN PARASIT PAS
Aziz Bari merupakan suara kepada PARASIT yang ditugaskan untuk ‘memberi nasihat’ kepada Azizan Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Cetusan yang dibuat oleh Aziz Bari sebenarnya merupakan cetusan kuasa PARASIT dalam PAS Kedah yang sudah tidak sabar-sabar untuk Azizan Abdul Razak melepaskan jawatannya.
Namun selepas pelbagai cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak yang dikembangkan oleh PARASIT di Kedah dan di seluruh Malaysia, termasuklah berita yang dianggap boleh memalukan sekaligus menekan Azizan Abdul Razak, ternyata Menteri Besar Kedah itu tidak akur sebagaimana yang diharapkan.
Azizan Abdul Razak sebaliknya menempelak golongan yang telah menfitnahnya. Malah Menteri Besar Kedah itu juga merakamkan ikrar untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kedah sehingga penggal baru bermula.
Ikrar Azizan Abdul Razak sebenarnya tidak akan menutup mulut musuh-musuhnya di dalam PAS. Malah kerja-kerja jahat dari dalam PAS sedang dipergiatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Mahfuz Omar dengan bantuan Phahrolrazi Zawawi, Amiruddin Hamzah yang terbabit dalam skandal seks dengan isteri orang, serta beberapa nama lain, termasuklah Taulan Mat Rasul yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan  Tempatan yang juga sedang santak dengan pelbagai masalah penyelewengan, termasuklah kontrak serta tender E-Idaman.
Azizan Abdul Razak sebenarnya tidak terjejas dengan UMNO Kedah, sebaliknya lebih terdedah kepada bahaya pembunuhan oleh PARASIT-PARASIT dalam PAS Kedah yang sedang bergerak pantas untuk menyaingi PARASIT-PARASIT dari  negeri lain. PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mahfuz Omar kerap kali bertemu dan membincangkan tentang proses yang seterusnya untuk menghapuskan Azizan Abdul Razak daripada barisan kepimpinan negeri.
Kalau kita ingat, pemimpin PAS Kedah pertama yang berjaya ‘disingkirkan’ adalah Dr. Hayati Osman, Ahli Parlimen Pendang. Selepas Azizan Abdul Razak, orang yang paling sesuai untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebenarnya adalah Dr. Hayati Osman. Bagaimanapun, tindak tanduk serta campurtangan terutama daripada Taulan Mat Rasul yang melihat Hayati Osman sebagai pesaing utamanya, akhirnya menyaksikan Ahli Parlimen Pendang itu menjadi anjing buruk kepala.
Ramai yang menjangkakan, kumpulan PARASIT yang diketuai oleh Mahfuz Omar akan merangka sesuatu yang lebih hebat untukmenjatuhkan maruah Azizan Abdul Razak. Arahan dari Bukit Segambut amat jelas, Azizan Abdul Razak yang berjaya mendedahkan kelemahan BUKU JINGGA sekaligus mendedahkan tembelang kebodohan Anwar Ibrahim, perlu disingkirkan terus.
Cuma untuk seketika ini, ketidakmampuan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar akan digembar-gemburkan. Mahfuz Omar yang diketahui sebagai seorang penakut, akan bertindak dengan cara penakut dan bacul. Selagi Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan akar umbi di Kedah bertahan dan enggan turun dari takhta Menteri Besar, selagi itulah Mahfuz Omar sekadar menjadi seekor anjing yang menyalak bukit.
Namun satu persoalan yang kerap bermain-main di fikiran semua orang, berapa lamakah Azizan Abdul Razak mampu bertahan dan berapa lama pula, para penyokongnya sanggup menyangga Azizan Abdul Razak sedangkan pada masa yang sama, mereka terus diumpan dengan pelbagai janji-janji yang lebih menarik, terutama tentang AUKU dan kebebasan yang tidak terhingga.

KOMEN oleh Kaleh:
Baru hari ni MB Kedah Dato Sri Azizan Razak menafikan bahawa dia tidak meletakkan jawatan sebagai MB Negeri Kedah. Jawapan ini kerana menjawab kenyataan dalam satu blog yang memaklumkan bahawa Ustaz Azizan telah menulis untuk tujuan tersebut.
Yang menariknya, Azizan Razak segera memberi respond kapada kenyataan saperti itu, kerana beliau takut rakyat negeri Kedah percaya akan ada kesungguhannya, dan rakyat akan berpolimik sesama mereka ‘apa pasai’ ‘ada salah apa’ ‘ada tekanan ka’ dan macam-macam lagi andaian orang ramai. Jadi, kerana takut ada persoalan-persoalan saperti itu dikalangan rakyat, Azizan segera memberi respond bahawa beliau ‘tidak meletak jawatan’.
Bila baca artikal kedahan69, ada benarnya juga rasanya kenyataan bahawa Azizan akan berhenti dari menjadi MB Kedah. Dengan cerita-cerita disebalik kononnya dalam PAS Kedah tidak berkocak sekarang ternampak ada berlaku keberkocakkan dikalangan pemimpin mereka. Masing-masing ada peranan yang dalam sengap-sengap amat berbisa.
Dato’ Mahfuz Omar yang sudah tentu di belakang Mat Sabu ada cara peranan yang dimainkan, sebagai contoh, Azizan yang terok diseligi oleh kumpulan menolak AUKU, Datok Mahfuz diaaam tak bersuara. Begitu juga dengan Exco-Exco Kedah, termasuk Dr Ismail Alor Mengkudu.
Dato’ Fakhrurazi, yang ada angan-angan nak jadi MB, ada ayat-ayat cakap dia ‘kami pun pening dengan Ustaz Azizan…’. Pasai apa?, cuba tanya Taulan Rasul. Dia tahu cerita nii…
Apa pun, ini sadikit dari dalaman PAS yang berlegar-legar dalam market sembang-sembang dengan orang terdekat PAS Kedah.

1 Responses to Disebalik Isu Menteri Besar Kedah Letak Jawatan.

  1. rezqeen hill Says:
  2. Salam tuan,

    saya sudah pautkan blog ini dgn blog saya.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO