SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Ingatkan kalau tak boleh beli diPenang, nak belilah diKedah.

Posted by detguaq12 Saturday, November 12, 2011

Dari UMNO online:

Dasar Kerajaan Kedah Punca Harga Rumah Naik

2

ALOR SETAR, 11 Nov -  Harga rumah di Kedah terutama dalam kawasan bandar raya ini meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas berpunca dasar kerajaan Pas Kedah mengubah kuota dan syarat tanah yang hendak dimajukan.
Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, Badrulhisham Hashim yang membuat dakwaan itu berkata kenaikan tersebut menyeksa dan membebankan rakyat negeri ini yang hendak membeli rumah.
Menurutnya rumah teres dua tingkat pada 2008 berharga purata RM180,000 meningkat kepada RM220,00 pada 2009 dan tahun lepas meningkat kepada RM260,000 dan RM320,000 pada tahun ini.
“Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah,” katanya di pejabat MCA Alor Setar di sini, hari ini.
Selepas memenangi pilihan raya umum 2008, kerajaan Pas Kedah mengubah kuota peruntukan rumah daripada 30 peratus Bumiputera, 70 bukan Bumiputera kepada 50:50 untuk setiap projek perumahan swasta selain mengetatkan syarat penukaran status tanah yang hendak dimajukan.
Badrulhisham yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah berkata tinjauan dan kaji selidik pasukan petugas Pemuda MCA Alor Setar mendapati kenaikan sehingga 20 peratus berlaku setiap tahun sejak 2009.
Beliau memberi contoh projek perumahan rumah teres dua tingkat Taman Saga di sini yang sedang dibina ditawarkan pada harga RM360,000 seunit dan dianggap tidak munasabah.
Katanya pendapatan perkapita penduduk Kedah kira-kira RM15,000 setahun atau RM1,300 sebulan perlu naik kepada sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan untuk layak membeli rumah tersebut.
Dasar tersebut menyebabkan pemaju tidak berani melabur untuk membina lebih banyak rumah kerana bimbang tidak dapat menjualnya, katanya.
Beliau yang kecewa dengan trend serius ini mencabar kerajaan Pas Kedah menyediakan rumah untuk rakyat terutama di luar bandar seperti di Padang Terap, Sik dan Baling.
Ketua Pasukan Petugas Pemuda MCA Alor Setar, Tan Chee Hiong pula mendakwa menerima maklumat terdapat 100 projek perumahan bernilai RM1 bilion yang dibawa untuk kelulusan Exco kerajaan negeri langsung tidak dibacakan untuk diminitkan dalam mesyuarat.
Beliau turut mendakwa banyak projek besar di Sungai Petani dibekukan sementara berikutan masalah bekalan air.

1 Responses to Ingatkan kalau tak boleh beli diPenang, nak belilah diKedah.

  1. Broker Joe Says:
  2. begitulah resam politik.zaman BN perintah PAS maki BN semua tak betul.Bila zaman PAS perintah BN pula maki PAS tak betoi.

    Zaman BN pun ramai dah kaya raya.Zaman PAS pun baru mola nak kaya.

    Pengundi moden kata itulah pemasaran politik.

    Rakyat sedang melihat mereka menari mencari pelanggan .

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO