SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Sobri Sudin via Kedah Times.

Posted by DetGuaqIV Monday, September 20, 2010

SERIBU KALI SAYANG..TELOQ UMNO KEDAH KIAN PIPIH MELAYANG (Bahagian Pertama)

Dua tiga hari ni perut memulas sungguh. Natijah dari banyaknya rumah terbuka yang diadakan merata tempat. Pi salah, tak pi lagi salah. Inilah hikmah kenapa Allah s.w.t dan Rasullulah memerintahkan puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal, agar perut manusia yang telah dioverhaul sepanjang bulan Ramadhan tidak mengalami kejutan budaya bila tibanya Syawal.

Bercakap tentang Rumah terbuka, 16 September yang lalu sempat singgah di Rumah Terbuka Mantan MB Kedah di 'istananya' di Naka. Lautan manusia kulihat, siap dengan persembahan artis kumpulan D' Aras dan Lan PET PET Senario.

Banyaknya orang menghadiri majlis rumah terbuka pemimpin UMNO membawa dua implikasi. Masih ramai yang sayangkan UMNO sebenarnya ataupun mereka mengunjungi Rumah Terbuka pemimpin UMNO disebabkan makananya lebih sedap dan lebih banyak dari rumah pemimpin Belanda PAS Kedah?.

Tujuan aku bukan nak membandingkan hidangan di rumah siapa yang paling sedap tetapi sekadar nak mencoretakan pemerhatian bahawa memang 'confirm UMNO Kedah' umumnya masih belum berubah.

Sebab itu dalam keasyikan menjamah nasi 'colour-colour' di rumah terbuka Tok Det dengan ditemani Pegawai Seranta FELDA, Amran, aku disapa oleh tokoh-tokoh UMNO yang hebat-hebat belaka termasuk Dato Bashah, bakal MB KEDA..Oops sorry MB Kedah.

Tak menang tangan nak bersalam, tang ni kena bagi kredit la pada Kedah Times yang sudi menyiarkan tulisan dan pandangan aku. Salah seorang AJK UMNO Bahagian Padang Terap mengucapkan tahniah dan seronok dengan hentaman aku pada PAS melalui entri artikel 'SATU HARI DIHARI RAYA..Bahagian 1 dan 2'.

Dalam diam, hatiku berkata, 'jangan harap kat aku saja, aku ni manusia kerdil, hangpa yang ada jawatan dalam Bahagian tak ketahuan kalu lagi ka?, buatlah sesuatu, general election is just around the corner, tak teringin ka nak ambik balik Kedah?, atau hangpa dah seronok dengan keadaan sekarang atau masih dalam mimpi kununya Kedah masih UMNO yang punya?.

Pelbagai persoalan bersarang diminda, kita yang marhein ni rasa cemas bab longlainya UMNO, puak pimpinan atasan UMNO biasa saja aku tengok.

Dalam mengelamun, tiba tiba YB Mohd Rawi Abdul Hamid, ADUN Air Hangat pula menyapa, 'apa khabar bos, lama tak jumpa?' ait..bila pula yang aku jadi bos dia?, bos dia tentulah Mahdzir Khalid sebab Rawi dulu Pegawai Khas. Sempat aku bertanya, 'bila nak buat rumah terbuka, lalu dia kata 26 hb ni, inysa Allah kalau aku teringi nak pi Pulau legenda Mahsuri aku akan singgah.

Perbualan kemudiannya terus berkisar tentang peranan UMNO sebagai pembangkang. Dia(YB RAWI) akui UMNO Kedah memang kurang agresif, takut menyerang dan lebih selesa dengan pendekatan berhemah. Bila aku tanya pasai apa? dengan selamba dia jawab, "tak boleh laju sangat nanti kita yang didepan jadi mangsa, orang lain pakat tepuk tangan'.

Ooh macam tu pulak, maknanya dalam nak berperang(kalau mahu diistilahkan politik sebagai medan perang) UMNO Kedah rupanya cukup tertib, slow and steady, amalkan defensive strategy.

Kalau macam tu alamat PRU ke-13 tak mustahil boleh kena 36-0. Minta dijauhkan.

Selain YB Rawi ramai lagilah yang minta pandangan dan bersembang dengan aku bab strategi macam mana nak ambik Kedah balik. Wooh penat la macam ni, jawatan,elaun,nama,  gaji dan kemudahan lain hangpa pakat balun, tang nak mintak idea cari kutu berahak ni jugak.

Bukan la nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi dah sampai masanya formula 'merakyat' yang kami guna(dibawah kepimpinan Pak Tuan Syed Razak sebagai MB yang dicap sebagai MB kampung dan MB cap ayam) masa ambil balik kerusi DUN dan Parlimen yang PAS sapu banyak dalam PRU ke-10(tahun 1999)kini wajib disebar dan digunakan.UMNO tak mau pakai aku akan pakai tapi takat ikut kemampuan aku la, sebab biaya duit poket sendiri bro.

Inysa-allah akan ada ramai lagi pejuang tulen lagi marhein yang akan bersama. Kini masa untuk kita semua laksanakan secara bersama termasuk blogger yang ada dan pada yang masih ada sedikit rasa sayang pada UMNO.

Nak harap PEMUDA UMNO, PUTERI UMNO, WANITA UMNO biarlah dulu depa kelubung dalam KELAMBU dan selimut puasa-puas, mimpi indah belum berlalu.

 Aku pernah menulis dalam Utusan Malaysia dibawah tajuk 'FORMULA MENAWAN SEMULA KEDAH' tidak berapa lama dulu berhubung pendekatan praktikal dan gerakerja mudah menawan Kedah.

Malangnya Kedah yang ada dua Pegawai Khas PM(Tok Lat Shariman, dan Tok Li Brahim) lebih banyak pentingkan prosedur, mesyuarat berbanding gerakerja.

Soalan bodo yang paling simple aku nak tanya hangpa semua, majlis berbuka puasa UMNO Kedah dah dua tahun tak dibuat,begitu juga ada ka hangpa dengar RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UMNO ATAU BN KEDAH?.

Sebab duit tak dak ka atau tak reti nak buat? Boleh dibuat sebenarnya tapi ubah pendekatan, jangan lagi harapkan hidangan makanan mewah atau khemah yang anggun lagi berstatus VIP.Jangan lagi harapkan duit minyak atau imbuhan dari Ketua Bahagian.

 Apa salahnya setiap Bahagian hantar 20 biji kereta(satu keta lima orang, minyak dan tol pakat kongsi la, ni baru nama perjuangan). Maknanya kalau 15 bahagian dah 1,500 orang. Makan untuk juadah berbuka kita pakat bawak kuih atau nasik dalam mangkuk tingkat tapi menunya antara Bahagian biar berbeza supaya boleh bertukar-tukar rasa. Majlis boleh dibuat diperkarangan stadium Darul Aman,(tapak kita sewa la, bayar ja sewa kat kerajaan PAS, depa mesti bagi sebab depa pun nak duit).

Kemah kita pakat angkut dari Bahagian masing-masing, khemah kenduri kendara yang tiap-tiap tahun Cawangan UMNO dok dapat kan banyak. Stiap kemah pakat tulis nama UMNO Bahagian masing-masing. Lepas berbuka, pakat bentang tikar, hampar sejadah kita solat magrib berjemaah, kemudian Isyak dan Terawih beramai-ramail.

 Imam kita gilir antara satu Ketua Bahagian dengan Ketua Bahagian yang lain. Kalau tak boleh jadi imam, suruh saja Ketua penerangan UMNO Negeri MEJAR JENERAL(B) USTAZ JAMIL KHIR BAHAROM JADI IMAM.

Lepas terawih suruh puak pemuda yang pakai kepiah dan baju  t-BERKOLAR BERLOGO UMNO pakat pi belonggok kena teh tarik di pokok ceri. Baru la terkedu puak PAS tengok UMNO, mesti depa akan pakat tanya, 'Puak UMNO ni depa buat apa pulak dah? ramai macam ni?.Mesti puak PAS naik cuak dan dalam tandatanya?

La ni nak tengok orang muda pakai baju cap UMNO lalu lalang kot Pekan Rabu sekali dalam seminggu pun susah. Benarlah UMNO Kedah bukan sahaja ketandusan semangat, wang ringgit, sikap perjuangan namun kian tandus segala-galanya. Mereka hakikatnya masih koma,teloq kian kecut.

Jentera penerangan sibuk sebab Ketua Penerangan dia Menteri jaga bab halal haram pasai tu tak berapa boleh mengata kat orang. Unit media baru dan Bahagian Perhubungan Awam kurang kreatif sebab masih dipimpin oleh orang lama, Dato Bakri dan Nasir Murad(puak ni jugalah yang bentang hasil kajian kat Tok Det dan Pak Lah dulu kata Kedah dijamin menang sampai kawasan Sungai Limau dan DUN Tokai pun menang). Pengerusi UMNO Kedah juga sibuk sebab dia kena jaga kawasan luar bandar dari Perlis sampai ke Sabah.

Ketua Pemuda UMNO Kedah lagi sibuk sampai tak tau menatang apa yang dia buat. Tak sibuk macam mana , banyak sangat jawatan, dialah Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian, EXCO PEMUDA MALAYSIA, Setiausaha UMNO Bahagian Padang Terap, Pegerusi Pemuda BN Bahagian dan Negeri,Penyelaras Parlimen Padang Terap,Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Kuala Nerang dan banyak lagi lah jawatan pendek kata.

Sebab tu lah program ciput seperti 'JOM MINUM TEH TARIK dan PEKENA APOM BALIK DENGAN ANAK CUCU UMNO' yang boleh menarik anak muda bermotor atau generasi belia disimpang gerai atau laluan utama yang sibuk pun tidak mampu dia adakan..

Nanti aku sambung lain bab gerakerja simple ni, perut dah memulas pulak dah..INSYA-ALLAH AKU SAMBUNG LAIN KALI,
..KITA TOK SAH DOK SALAH DAH UMNO KEDAH, NAK BUAT MACAM MANA, PAK KITA YANG SORANG TU DAH KOMA, TIBA MASA UNTUK KITA AMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB JAGA KELUARGA.

Oleh : SOBRI SUDIN


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/09/seribu-kali-sayangteloq-umno-kedah-kian.html#comment-form#ixzz0zzaLBTnK

17 Responses to Sobri Sudin via Kedah Times.

  1. AloQStaQ Says:
  2. Sani Sudin via Kedah Times ? Kenapa tajuk posting hang ni sebut Sani Sudin bro? apa kaitan Sani Sudin dengan Kedah Times punya artikel kali ni (yang hang cut+paste ni) ??? ... Hmmm ...

    Selamat Hari Raya sahabatku!

     
  3. Anonymous Says:
  4. Ada rasionalnya..itu hal kedah..di penang, UMNO mcm dah berkubur, hidup segan mati tak mahu je...dah berbuih mulut dok bercakap agar sekrang ini paling baguih buat kita semua bergabung serta buat aktiviti yg mana semua ahli berkumpul serta "berdebat" atas dasar bagaimana kita hendak menjalankan operasi mengembalikan kekuatan, semangat serta atur cara untuk persediaan untuk pru13 nanti. bila kita yg muda ni bercakap yg tua tua ni pulak dah tersentak hati, merajuk takut kalau kita ini nak songlap jawatan nak glamour, ini bukan isu nak glmaour atau nak jawatan tetapi hati ni dah membuak buak panas tgk betapa lembab serta tak ada inisiatif betul dlm pulau ni nak buat sesuatu, harapkan bahagian tanah besar je yg aktif serta move forward, betapa maju dan membangun kawasan sebelah sana sehingga aku tersesat jalan arah sg dua-tasek gelugor-bertam

     
  5. Detguaq Says:
  6. salam bro Aloq Staq,

    Mungkkin kekalutan Syawal menyebabkan tangan aku juga sama kalut sampai tertekan salah key. Ralat sudah di perbetulkan. Maaf di pohon atas kekhilafan sbg layman.

     
  7. subaru Says:
  8. Kalau nak menang PRU 13 nanti.Kena tukarkanlah semua ketua bahagian yg tak tau buat kerja jaga UMNO.Depa ingat pulut dengan pisang nak menang PRU 13 nanti.Ketua Pemuda,wanita dan pu3 serupa.Masaalah dalam bahagian pun serabut tak habis lagi.Terok lah Dato Najib.Semua yg ada tu geng si kitol la.Ada teloq macam tak ada.Yang mereka tahu berlagak dengan kemewahan mereka.LBila lagi nak kerja kuat.Masa tak cukop ini.

     
  9. AloQStaQ Says:
  10. Det,

    No hal ... sikit punya cer - kesilapan tu adalah lumrah manusia ... aku just heran sebab tajuk hang sebut Sani Sudin , aku kekadang terpaksa berfikir 250 kali (ala-ala keuntungan Kedah 205% gitu! ahaksss) bila membaca artikel kat Pelantaq sebab bunga bahasa yang tinggi dan banyak pengertian tersirat ...

    Sebab tu aku tanya pasal "Sani Sudin" tu, manalah tau kot-kot hang ada maksud tersirat berkenaan nama tu ... :-)

    Bukan apa, setahu aku Sani Sudin yang aku kenali adalah geng Kopratasa yang anginnya agak melencung ke arah perjuangan "rakyat marhaen" ... tu yang aku tanya ...

    Sori kalau pertanyaan aku menyusahkan hang bro ! ...

    Salam Aidilfitri ....


    AloQStaQ

     
  11. Anonymous Says:
  12. Det, sapa Sobri Sudin ni?

     
  13. Anonymous Says:
  14. Ooooo... baghu aku ingat Det, Sobri Sudin ni sapaaa..? Dulu pensyarah UUM, berhenti, pi jadi Press Sec DSR masa jadi MB. Kawan Dato Man Pin dan Dato Raman, pi KL tak tau kerja apa, dengaq sat ada di UMNO Malaysia di unit apa tak tau. La hang kenai ghapat ka dengan dia.

    Aku ingat2 ada aku dengaq sikit2 latar belakang dia dan rumah tangga dia. Tapiiii... tak pa lah, tak baik cakap pasai orang.

    Tapiiii... dia tulis pasai UMNO Kedah, dia ikut perasaan sikit lah. Banyak fakta tak betoi, contohnya pasai BN Kedah kalah, dia kata pasai Tok Det tak buat macam Syed Razak MB Kampong. Ni, Dato Bakri dan Nasir Morad baca yang dia tulis ni, mesti depa tak syioq. Tak patut dia cakap macam tu, Det nooooo...?. Tak pa Det, nanti aku kontek hang, kita cakap panjang pasai dia ni. Aku kenai sangat2 lah dia niiii.... Tanya Hj Mat dia tau banyak lah pasai dia niii....

     
  15. Anonymous Says:
  16. Det ..aku pun nak habak kat juga laa. Dalam UMNo dikedah ini kalau hang tau cerita.Hang akan rebah.Dari ketua bahagian sampai perhubungan banyak yang belemoih dan berdaki.Depa kira asyuk je.Pilihanraya kecik macam kapal pecah le.Jangan Tok Det di persalahkan begitu rupa.Dia bukan pengerusi UMNO kedah.UMNO kedah jadi leteh kerana bahagian di Kedah tidak bergerak seperti yang sepatutnya.Nampak amat slow macam kereta moris minor burok.Orang tengok pun tak minat dan menarik.Inilah fungsi semua Yang Amat Berhormat Ketua Bahagian.Bukan kerja merayau tak tentu hala dengan kroni dia sahaja.Buat majlis kalau 60 program pi mai pi mai muka tu yang ada.Aku ikuti dua tiga majlis UMNO hambar sahaja tak bersemangat.Itu lah Sdr Detguaq.Aku harap Tok Det janganlah jadi mangsa keadaan hari ini.

     
  17. BPUNK semakin lemah, masalah dalaman bahagian2 dalam negeri Kedah pun tak dapat selesaikan dengan bijaksana. Rakyat/pengundi dok perati bab ni. Semasa saya dok sembang2 dgn ahli PAS (MKK)di Sungai Petani dan DUN Pantai, depa kata wakil rakyat depa kan buat apa pun walaupun dah lebih dua tahun jadi wakil rakyat, nak tengok muka pun susah. Kata depa lagi nak harap UMNO pun tak boleh, asyik dok berkelahi saja.

    Sepatutnya BPUNK lebih agresif...baru2 ni Dato' Mukhris turun kat DUN Pantai, ramai ketua2 cawangan menyertai pertemuan tersebut. Harap2 lepas ni ada perubahan dalam UMNO SP

     
  18. mambo Says:
  19. Agaknya Shafie Afdal dah angkat bendera puteh.

     
  20. Anonymous Says:
  21. Depa kata Shafie Afdal sibuk, almaklumlah dikhabarkan baru saja buka cawangan baru (cawangan kedua). Mohd Bashah nak bertindak pun susah juga sebab yg dok buat kacau di bahagian2, antaranya rakan dan taulan

     
  22. baguih la dato mukriz mai pantai merdeka atas jemputan ali yahaya.Dia sedang cuci dosa dengan Tun Det masa Tun Det tanding G7 dulu di kubang pasu.Masa ada jawatan dulu gelojoh.Habis la ni baru tahu langit tinggi rendah.

     
  23. abuarif Says:
  24. Ketua2 bahagian yg ada di kedah la ni semuanya GENG DET KHALID,,BALACI PAKLAH dan TALIBARUT KJ,,,,,,,,DEPA menang dulu semua orang tau kerana FULUS dan JUGA TEKTIk KOTOR,,apacara GENG DEPA MENANG,,,,,,,ZAMAN PAKLAH DULU ,,SIAPAKAH YG KHIANATI TUN MAHATHIR?????? DET KHALID dan GENG yg MENYEBABKAN KEDAH JATUH pada PAS,,,,,,,,,,,MEREKA INI MEMANG TIDAK LAYAK MENERAJUI KEDAH,,,,,,,,,,,SANGGUP MENGKHIANATI TUN MAHATHIR semata2 nak AMPU PAKLAH,,,,,,,,,,GOLONGAN SEPERTI INI TERBUKTI "TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN" DI KEDAH,,,,,,,,,,,,"SINGKIRKAN SEMUA PENGKHIANAT INI DI KEDAH,,,Rakyat akan kembali MENYOKONG UMNO,,,,,TURUN CARI RAMAI PEMUDA2 YG SEMANGAT MELAYU TINGGI,aklak baik,berilmu,profesional,bersih,amanah menjaga bangsa,,,,,,,,ada,,ramai,,,,,,,,sama2 kita usha,,,,,,,,,,"BEBAN YG KITA TANGGUNG HARI INI ANGKARA PEMIMPIN YG TAK AMANAH dan AKLAK BUROK",,,,,,,,,,,,,,,

     
  25. Anonymous Says:
  26. Selain dari ketua bahagian juga kaki kemut bila ada peruntokan dari umno negeri atau malaysia.

     
  27. albab Says:
  28. aku baca sorat habak sinar: Ahli Parlimen SP Johari Abdol pi majlis jamuan raya shahnim punya kat peladang Inn.Ambil gambak pe.Ketua bahagian Ali yahaya tak pi sama ke anjuran PU3 Sp kali ini.Itulah politik Kawan jadi lawan.Kemudian lawan jadi kawan.

     
  29. BILLYtheKID Says:
  30. IJM Corporation Berhad bakal dianugerahkan sebagai ‘Total Sub Contractor’ Kampus Baru KUIN, di Kuala Ketil oleh Bina Darulaman Berhad (BDB)?.

     
  31. Detguaq2 Says:
  32. Semua komen ini saya hormati. Ada isi. Nampaknya Najib kena ambil langkah segera.

    Subaru, tukar ketua bahagian adlah tanggungjawab pemimpin di cawangan-cawangan.

    Anon, stroke penulisan anda buat saya macam kenal.

    APM, Najibtak boleh tunggu lagi, kesian UMNO Kedah.

    mambo, setuju!!!

    PSTD, selagi hidup dosa dan pahala umpama uda dan dara, laut dan pantai.

    abuarif, saya amat setuju dgn perenggan akhir anda, mantap(yang lain di atas tu semua pkt dah tau).

    albab, begitulah perangai ahli politik, bukan politik yang kotor...

    Billy! Baguslah...satu pengiktirafan!!!

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO