SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


AZAM?????

Dari bigdotdogcom

 

SSS: Nazri Aziz khianati Melayu, Artikel 153 dan Akta Pendidikan 1996

Nazri Aziz: Mengkhianati Bangsa Melayu dengan menyifatkan 'Perjuangan' sebagai "Bloody Racist"
Menteri DiJabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz yang baru baru ini menimbulkan kontroversi dengan kenyataan “BTN rasis”, “Tun Dr. Mahathir ‘Bapak Rasis’” dan “Teksi macam tandas awam”, yang telah menimbulkan begitu banyak kemarahan dan reaksi negatif, kini meneruskan ‘keceluparan’ beliau. Kali ini, beliau menolak usaha ‘Satu Sekolah untuk Semua’ (SSS).
Laporan The Sun:

Nazri against single stream school system

 
Kong See Hoh
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz says he is against the proposal for single stream school system as “we cannot force other (non-Malay) races to sacrifice their characteristics and become Malays (Malaynised)”.What is more, he said, the 1Malaysia concept allows the non-Malays to use and preserve their languages.
“What we want is a united people and country, not forcing all races to become Malays (Malaynised).“Malaysia is a multi-ethnic country where the various races enjoy the right to learn their own languages. Multi-culture and multi-lingual are the strong points of Malaysia, something which cannot be denied,” he added.
“Chinese and Tamil primary schools can continue to to exist, as long as these schools teach Bahasa Malaysia as it is the national language with which (Malaysians of) various races communicate and interact with one another to promote unity.”
Nazri, who is currently overseas, told Sin Chew Daily that Chinese and Tamil schools are not meant for only the Chinese and Indians respectively, the Malays can also enter these schools.
Malay parents should encourage their children to study in Chinese schools to learn an additional language, he said.
“To acquire another language, be it Chinese, Tamil, Arabic, Japanese etc is to gain an advantage.
“I am now in Chengdu, China, and because I don’t speak Mandarin I feel I am at a disadvantage.
“We should regard language as a subject and there are benefits to gain from learning additional languages. Education should not be racialised.”
On writer/poet Eddin Khoo’s remark that he missed the chance to learn Chinese because his father, historian Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim who raised the ire of many with his single stream school remark recently, was too patriotic, Nazri said such thinking be discarded.
Nazri said the government cannot compel all the races to learn only Bahasa Malaysia, forcing the non-Malays to give up their own languages.
**********
SSS adalah usaha untuk merealisasikan ‘Gagasan 1 Malaysia’ PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk semua anak warga Malaysia menerima pelajaran semua peringkat dalam satu sukatan dan bahasa penghantar, sebagai alat untuk memupuk perpaduan, mengelakan prejudis antara etnik dan mengalakan kersefahaman dan kerjasama. Ini kerana dari peringkat awal, kanak kanak didedah dan biasakan dengan hidup dalam masyarakat majmuk dalam satu sistem yang seragam. SSS tidak bermaksud kumpulan etnik tertentu seperti Cina dan India dinafikan peluang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka.
Kenyataan Nazri ini tidak melambangkan kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. UMNO sebagai organisasi Melayu berlandaskan nasionalism memperjuangkan kepentingan Melayu. Perjuangan untuk memartabatkan kepentingan orang Melayu merupakan ‘roh’ Perlembagaan Persekutuan, seperti Artikel 152, 153 dan Akta Pendidikan 1996. Sebagai seorang pemimpin peringkat tertinggi UMNO, Nazri sepatutnya mempertahankan dan bukan menyelar usaha SSS.
Jelas Nazri sedang mengkhianati Bangsa Melayu, Artikel 153 dan Akta Pendidikan 1996. Tindakan Nazri kebelakangan ini seolah olah pra-muka agar seorang lagi pemimpin UMNO berpaling tadah dan mengkhianati Melayu dengan menyertai anasir anti Melayu dan Pembangkang, menuruti jejak Dato’ Zaid Ibrahim.
Sebelum ini kami diBigDogDotCom pernah menyiarkan sms antara beliau dan seorang ahli UMNO Bahagian Gelang Patah, yang sebenarnya memaparkan sikap buruk beliau sebagai seorang pemimpin dan memalukan UMNO kerana meangkat orang sebegini.
Maka, kami diBigDogDotCom mengulangi desakan agar:

PM NAJIB MEMECAT NAZRI AZIZ DARI KABINET DAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MEMECATKAN KEAHLIAN NAZRI AZIZ!

*Dikemaskini Khamis 31 Jan 2009 0815am

**KOMEN AKU:

Tindakan berterusan nazri raja dangdut tidak menampakkan garis penamat kecuali dia disingkirkan dari kabinet. Memang dia berani menghina Tun, tetapi apa jasa dia kepada diri sendiri? Masa Tun, dialah hero, masa paklah dialah penjilat tetapi masa najib dia ternyata PENGKHIANAT!!!
Aku dengar cerita dia rajin keIndonesia terutamanya Medan untuk berdangdut, biarlah….itu hak peribadi dia kalaupun betul….Tetapi kalau dah ke Indonesia, tidakkah dia belajar dari pemerintah disana bagaimana mereka membentuk(memaksa sebenarnya) Cina Indonesia agar mengasimilisasikan diri mereka mengikut ciri keIndonesiaan. Juga diThailand, mereka dipaksa sebenarnya untuk mengasimilasi dengan bangsa Siam tanpa pilihan. Rupa-rupanya nazri sebagai pemimipn yang tidak berani untuk bertanding MT UMNO tidak tahu sejarah Indonesia dan Thai. Agaknya apa yang dia tahu mengenai Indonesia dan Thailand aka Siam….dua negara berjiran yang sering dilawati????
Konklusi: Nazri hanya tidak layak duduk dibangku pemain utama hatta bangku pemain simpanan. dia hanya layak duduk dibangku penonton atau bir sahaja dia berlegar diluar stadium….

Dari Blog Aloq Staq

Tuesday, December 29, 2009

TERKINI !!! LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR ...

Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana ...

NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas ... TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan PUB & KARAOKE dibuka, Hari ni pula ada lagi KARAOKE baru, esok lusa apa pulak yer yang nak wujud ??? ...

MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PENDEDAHAN ALOQSTAQBLOG (06hb DIS 09) ? ... Mengenai kewujudan satu PUB & KARAOKE (BLACK PUB) yang baru dibuka di Pekan Simpang Kuala pada awal bulan Disember 2009 tempohari ? ... Kalau anda terlupa atau belum tahu, bolehlah baca mengenainya di pautan ini .

Kali ini, Jom baca pendedahan mengenai STAR KARAOKE pula!


Pusat Hiburan yang di beri nama STAR KARAOKE yang terletak di tingkat atas bangunan kedai kasut Bata di Jalan Teluk Wanjah dikatakan dibuka secara rasmi pada 21 Disember 2009 (Selepas 3 Hari Umat Islam Menyambut Maal Hijrah 1431 Hijrah!!) dan dari sumber-sumber aku, ada yang mengatakan bahawa kehadiran dan sambutan pelanggan terdiri dari remaja dan anak-anak muda agak memberangsangkan !


Seronoklah orang Alor Setar ! Hanya dalam 1 Bulan sahaja dah dapat 2 Pusat Hiburan !!! ... Dari pengamatan aku sendiri, telah banyak Pusat Hiburan Karaoke yang telah tumbuh dan wujud di Bandaraya Alor Setar sejak Kedah dipimpin oleh Kerajaan PAS. Ini amat menggusarkan rakyat.


Adakah inikah cara pendekatan Parti Islam SeMalaysia PAS Kedah untuk mendekatkan para remajanya kepada budaya Islam ? ... Pusat Hiburan yang tumbuh macam cendawan lepas hujan di Bandaraya "ISLAM" Alor Setar ini, sedikit sebanyak boleh mendekatkan para remaja dan generasi muda untuk menghampiri perbuatan-perbuatan maksiat (mungkin!) ...


Nampaknya pendirian PAS Kedah dahulu, amat-amat berbeza (macam langit dengan bumi) berbanding PAS Kedah sekarang (pasca Mac 2008) ... Dahulu, PAS Kedah adalah juara menghentam Kerajaan UMNO BN Kedah kerana membenarkan Konsert SURE HEBOH di perkarangan Stadium Darul Aman dan Taman Tasek Bandar Darulaman di Jitra.


Bahkan, PAS Kedah jugalah yang beriya-iya menjadi juara rakyat untuk membanteras maksiat remaja dan dewasa khususnya di Pulau Langkawi. Sepanjang ceramah PAS berdentum dentam memaki hamun Kerajaan UMNO BN Kedah yang disifatkan tidak Islamik dalam pentadbiran negeri.


Setahu aku, PAS Kelantan pimpinan Tuan Haji Nik Aziz tidak pula sebegini caranya ... begitu juga PAS Terengganu pimpinan Tuan Haji Hadi Awang pada 1999-2004 dulu ... Setahu aku, Pusat Hiburan di dua negeri Pantai Timur tersebut yang telah sediaada, mereka cuba kurangkan, tiada pertambahan, tiada kompromi (dalam hal Pusat Hiburan macam ni).


Nampaknya, Gaya Kepimpinan ISLAM PAS PANTAI TIMUR (Versi Kelantan & Terengganu) adalah amat jauh berbeza dengan Kepimpinan ISLAM PAS KEDAH (Mungkinkah ini ISLAM PAS VERSI UTARA?). Menjadi persoalan, yang mana satu cara kepimpinan "ISLAM" yang patut diaplikasikan oleh PAS jika memerintah Malaysia ? Islam Sekadar Alat Politik ... (Na'u zubillahi Min Zaa lik) ...

GAMBAR : Banner yang banyak disimpang-simpang jalan dan di tiang-tiang lampu seluruh Alor Setar mempromosikan pembukaan STAR Karaoke pada 21-12-2009 baru-baru ini. Nampaknya, tiang lampu di jalan besar sekitar Masjid Zahir juga terpasang banner sebegini.


Nampaknya, para penduduk KEDAH SEJAHTERA dipersekitaran Bandaraya "ISLAM" Alor Setar, bolehlah menyambut kedatangan Tahun Baru 2010 dengan begitu meriah dengan pertambahan begitu banyak PUSAT HIBURAN PUB & KARAOKE di sekitar bandaraya, selaras dengan kemajuan hebat yang dicapai oleh kepimpinan PAS Kedah dalam mengurus tadbir negeri ini setelah dirampas dari Parti BN (yang dulunya PAS tuduh tidak ISLAMIK).


Kata Dulang Paku Serpih. PAS FOR ALL DUNGU ...

WAJAH YANG ANDA LIHAT




WAJAH SEBENAR AHLI-AHLI KONG KA LI KONG



Mereka sebenarnya hanyalah dummy da damn!!!

NIK AZIZ TELAH BERJAYA MENDEDAHKAN PERKARA SEBENAR MENGENAI PENYAKIT KULIT YANG DIHADAPI OLEH KAPAL SINK KEPADA UMUM......




20/12/2009

Anwar peliwat licik.

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Ketua Pembangang, Brader Anwar Ibrahim seorang pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mengalih tumpuan rakyat daripada masalah dalaman yang semakin meruncing ........

Baca seterusnya dari UMOL

**Licikkah dia bila tindakannya bukannya untuk kebaikan serta kestabilan negara darisegi politik yang akan juga memberi kesan kepada iklim ekonomi dan juga keamanan Malaysia yang telah diusaha selama ini oleh Kerajaan Barisan Nasional dengan ditunjangi oleh majoriti rakyat jelata?



Dapat aku bayangkan bebanan yang akan bertambah untuk diseret oleh aktivis parti jika Najib tidak bijak menelah, merisik dan mentafsir lalu menterjemah kehendak, keinginan dan keresahan serta kegusaran akar umbi serta silent majority yang kini kembali meletakkan harapan kebahu Kerajaan Barisan Nasional.  Parasit ini sedang bergerak dengan menunggang kuda yang sedang kelaparan untuk cuba menguasai gelanggang rumput hijau segar lagi penuh khasiat bernama KEDAH!!!  Wahai KUDA!  Jangan jadi lembu dogoi lapaq ayaq!!!

UMNO rai pengamal media di PWTC.





Kira-kira 800 pengamal media cetak dan elektronik diraikan pada Malam Penghargaan Media Massa 2009 anjuran UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu malam.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta keseluruhan barisan kepimpinan parti.

Majlis itu, yang julung kali diadakan, bertujuan memberi penghargaan kepada semua syarikat dan pengamal media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung pada 13 hingga 16 Okt lepas.

Beberapa anugerah diberikan kepada pengamal media termasuk anugerah khas Umno bagi mengiktiraf mereka yang membuat berita politik tanah air yang digondol oleh wartawan The Star, Joceline Tan.

Anugerah foto terbaik dimenangi Norafifi Ehsan dari The Star dan video terbaik oleh Buletin Utama TV3 sementara laporan terbaik Rozaman Ismail dari Utusan Malaysia.

Pada majlis itu hadirin dihiburkan dengan persembahan artis tempatan serta wakil media.

Bernama melaporkan dalam ucapannya Najib mengingatkan pengamal media mengenai kepentingan bidang kewartawanan dalam membimbing pemikiran khalayak ramai untuk mengamalkan nilai-nilai yang murni.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, antara peranan itu ialah untuk menyemai nilai-nilai murni kekuatan roh perpaduan yang kemudiannya akan mampu melahirkan semangat patriotisme dan jiwa besar rakyat merdeka.
"Apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai murni yang saya sebutkan, maka akan berlakulah gejala-gejala yang tidak diingini.
"Sebenarnya setiap daripada wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea.
"Apa yang sebenarnya disajikan dan utarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara," katanya .

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta ketua ketiga-tiga sayap parti itu.

Dalam pada pada itu, Najib berkata, nilai-nilai murni lain yang perlu disemai oleh media ialah empati, keprihatinan mendalam terhadap sesama rakyat dan bertindak secara bertanggungjawab.
"Nilai-nilai murni lain ialah kebebasan, keseimbangan dan keadilan supaya kestabilan serta kemajuan negara dapat dipelihara untuk generasi masa depan," ujarnya.
Katanya, nilai-nilai itu juga harus membabitkan semangat sukarela dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan pembelajaran, perlindungan kesihatan, membendung penyakit yang menjalar, jenayah dan fenomena keruntuhan moral.
"Saya berpendapat sudah sampai masanya kita suburkan semangat kesukarelaan dan kita buka peluang seluasnya untuk rakyat turut ikut serta dalam mengamalkan usaha-usaha baik ini," katanya.
Mengulas isu sama, beliau juga mengingatkan media supaya tidak bertindak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara kerana apabila ia terjadi, sukar untuk dibaiki daripada membangunkan sesuatu yang baik.
"Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar dari peperangan," katanya.-12/12/2009
 Dipetik di sini

Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya




Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.



Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah..... – 14/12/2009 

*************************************************************************************************************************************
WOW!  TERIMA KASIH ALOQ STAQ YANG TOLONG BAGITAU AKU MENGENAI KEJAYAAN GENTING KABINET NAJIB MEMPERTAHANKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DARI TUMBANG DISAAT-SAAT AKHIR.....IRONINYA, MEREKA MEMILIH MALAM YANG TEPAT UNTUK MELANCARKAN SERANGAN.  
SEBELUM TU AKU NAK UCAP TERIMAKASIH KEPADA Br ANVAR KERANA TELAH MEMBUKA MINDA PEMIMPIN BAHAWA MEREKA TIDAK BOLEH LEKA DARI PERMAINAN 'POLITICAL BEAST' MACAM Br ANVAR LAKUKAN.  
AKU KATA MALAM YANG TEPAT IALAH KERANA PADA ANGGAPAN AKU KEMUNGKINAN TERDAPAT AHLI DEWAN(AHLI PARLIMEN) YANG PRO KERAJAAN YANG TIDAK KEMANA-MANA DAN TIDAK BERADA DALAM TUGASAN LUAR(OUT-STATION) KEMUNGKINANNYA TERLEKAT ATAU TERPAKU DIHADAPAN SKRIN LCD TV BERSAIZ 52" MEREKA KERANA LEKA MENONTON PERLAWANAN DIANTARA MALAYSIA DAN LAOS YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG... DAN DITAMBAH-TAMBAH PULA DENGAN KRISIS MCA. BENARKAH ANGGAPAN AKU INI???  DAN PEMIKIR-PEMIKIR ANWAR(ANWAR BUKAN TAHU FIKIR SENDIRI) MELIHAT INILAH PELUANG UNTUK MELANCARKAN SERANGAN MAUT, ALANG-ALANG SERANG MUNGKIN BOLEH MENANG. 

ALAHAILAH PEMIMPIN UMNO KOTA SIPUTEH DAH SEPATUTNYA MENJADI PENGAJARAN!!!!
DAN PENGALAMAN PAHIT DI PARLIMEN SEMALAM DIHARAP MENJADI WADAH PERINGATAN YANHG PERLU DIINGATI SELAMANYA SEBAGAI PANDUAN BERGUNA...

Gambar-gambar dibawah adalah bukti-bukti jelas bagaimana anak-anak ini telah disembelih oleh algojo-algojo berlesen untuk membantu mereka melangkah kealam keterunaan dengan lebih berkeyakinan.....
(AMARAN KERAS!!!Sila hindari dari melihat gambar-gambar ngeri dibawah sekiranya anda mempunyai alahan terhadap organ kelamin kanak-kanak lelaki!!!







Walalupun disembelih sehingga putus, namun kesemua mereka berjaya diselamatkan dan kini berada dalam rawatan rapi oleh pegawai-pegawai perubatan bersama-sama keluarga mereka.  Dengan teknologi terkini, keesokannya mereka sudah boleh bebas seperti sediakala tanpa perlu khuatirkan samada akan 'bentan' atau 'temolok'(bengkak air seperti melecuh).






Dan lebih istimewa, mangsa-mangsa sembelihan ini kesemua mereka menerima pula sumbangan sebagai hadiah diatas kehebatan mereka menunjukkan keberanian mereka untuk bakal menjadi lelaki!

Semalam, kira-kira 74 kanak-kanak Islam dikumpulkan disatu kawasan untuk di'sembelih sedikit' secara beramai-ramai.  namun yang menghairankan, ibubapa mereka juga turut dikumpulkan namun tidak seorangpun dikawal secara ketat.  Lebih menghairankan wajah-wajah mereka kebanyakannya ceria walaupun  anak-anak mereka berhdapan saat kritikal.





'Penyembelih-penyembelih professional juga telah berada disekitar kawasan berkumpul sejak awal pagi untuk tugasan mereka.  'Korban' mereka seperti biasa dimandikan dengan hujanan air pancutan oleh pasukan pemadam api untuk 'memukau' mereka agar kelakuan aggresif mereka dapat dikawal.  Namun begitu terdapat juga seorang dua kanak-kanak bakal korban sembemlihan bersikap aggresif bila tiba giliran untuk menjalani upacara sembelihan.

Wajah-wajah kesukaan ketika dihujani pancutan air dari pasukan pemadam api, bertukar menjadi pucat lesi bila giliran mereka tiba, malah ada yang meraung tanpa dapat dikawal apabila mula melihat rakan-rakan mereka yang terdahulu sedang menjalani upacara sembelihan...malah ada yang menjadikan medan temapt berkumpul sebagai trek balapan untuk acara 'rally'.







11/12/2009 6:06pm

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.
Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan




Aku teringat mengenai seorang kawan aku, pemuzik professional diKuala Lumpur.  Beliau adalah seorang Gitaris yang bagi aku mempunyai skil permainan yang unik.  Gaya lenggok badan dan bunyi nyaring gitarnya begitu harmoni sekali, ditambah lagiu dengan mimik mukanya yang selari dengan liutan tali gitar.  MUS Satira.  Mungkin ramai pemuzik generasi kini kurang mengenali beliau, tetapi bagi mereka yang pernah buat rekording, kemungkinan besar menemuinya addalah perkara biasa.



Aku pernah duduk bersembang santai dengan dia beberapa tahun dahluu mengenai perkembangan industri muzik yang tidak pernah menjanjikan pulangan lumyan tidak seperti diBarat.  lalu tercetuslah idea beliau untuk mengumpulkan bakat-bakat baru dengan mengumpulkan mereka disatu tempat bagi menreka mengasah bakat.  Manakala tempat itu hanya menyediakan makanan dan minuman halal dan makan luar tidak dibenarkan bagi mengawal peraturan.  Dan Beliau sambil ketawa tersengih menyebut, nama yang paling sesuai ialah HALAL PUB.


Tadi semasa aku menggagau imej aku temui satu kisah di UnitedKingdom bahawa disana juga telah ujud HALAL PUB yang dibuka pada 10hb Apr 2008, manakala kawan aku ni buka HALAL PUB dia akhir 2007 di Pandan Indah...Kalau macam tu, dia awal lagilah!



Aku lihat ramai juga dok beri komen, tapi semua komen tu bagi aku tak membantu sangatpun dari segi ekonomi, semua komen politik jer....So, aku nak ajak semua pelawat-pelawat, tak kira fahaman politik supaya turut beri pandangan untuk pengisian terhadapa HALAL PUB, mana tahu ada saranan-saranan menarik sehingga sesuai(viable) untuk di francaiskan....

Dari posting blogger Piggy Singh:

YAB Dato' Seri Najib, Inilah Luahan Hati Kami


Assalamualaikum Warramatullahi Wabaraqatuh.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib,

Dalam beberapa minggu lepas kami penyokong setia UMNO di ruang siber dikejutkan dengan khabar angin bahawa Khairy akan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Khabar angin tersebut juga ditulis oleh blogger senior Tunku Aisha.

Apabila mendengar khabar tersebut saya mengambil inisiatif untuk mengadakan forum terbuka dalam Facebook, bertempat di wall kepunyaan Kelab Penyokong UMNO dan saya pasti tidak memihak kepada mana-mana pemimpin tertentu.

Ramai para blogger pendokong UMNO mengambil bahagian dalam forum tersebut. Suka saya ingatkan YAB Dato' Seri bahawa mereka ini merupakan blogger yang menyokong UMNO atas inisiatif sendiri demi memperjuangkan dan mempertahankan parti.

Nama-nama mereka juga tidak asing lagi seperti Parpu Kari, Khairulnizam Mohd Kasim Anti-Hipokrit, Khairul Ryzal Cucu Tok Selampit, AloqStaq dan Kelab Chedet.

Selain itu beberapa rakan FB turut mengambil, dan mereka ini juga secara aktif terlibat dalam FB mempertahan parti. Antara mereka ialah Matahati Bangsa, Pak Kamaluddin Idrus dan saudara Fadzil Mohamad.

YAB Dato' Seri,

Berikut merupakan catatan dan pandangan blogger pendokong UMNO dari sesi forum tersebut.


























YAB Dato' Seri,

Kesimpulan dari forum yang diadakan, tiada seorangpun peserta forum yang boleh memberi pendapat bernas mengapa Khairy perlu dilantik sebagai menteri atau timbalan parti. Malah majoriti berpendapatan bahawa memberi jawatan kepada Khairy sama seperti mengambil langkah melemahkan parti sekali lagi.

Tidak perlu dirisaukan mengenai reaksi penyokong Khairy jika beliau terus-menerus diketepi. Dalam ruang siber penyokong Khairy bukan sahaja tidak mempunyai kekuatan untuk menyokong UMNO, malah mereka langsung tidak mampu mempertahankan Khairy apabila dianjurkan soalan mengenai kerosakan yang telah dilakukan beliau.

Begitu juga di luar sana, Khairy tidak mampu menyatukan Pemuda. Lihat sahaja seminar yang bertempat di Janda Baik, hanya dihadiri oleh 1/3 sahaja perwakilan. Ini merupakan signal yang kuat bahawa Khairy masih lagi tidak diterima.

YAB Dato' Seri,

Saya mendokong penuh transformasi besar-besaran anjuran Dato' Seri, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Dengan adanya platform media ketiga, kami rakyat bawahan kini mampu juga bersuara.

Kami meminta agar Dato' Seri melihat sejenak ke belakang semasa PRU 2008. Antara sebab berlakunya penolakan besar-besaran terhadap BN ialah suara mereka tidak langsung kedengaran di pihak atasan.

Atas dasar RAKYAT DIDAHULUKAN, kami amat berharap Dato' Seri mengambil berat luahan dan pendapat rakyat mengenai Khairy, yang masih dilihat sebagai beban besar dan liabiliti kepada parti.

Berani saya katakan bahawa akan berlaku sekali lagi rombongan besar-besaran keluar dari parti jika Dato' Seri memberi sebarang jawatan kepada parti. Luahan ini boleh di baca di blog Tunku Aisha dan Parpu Kari.

Para blogger pendokong UMNO yang cukup cekal mempertahankan parti juga akan menjadi patah semangat apabila Khairy dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Mereka akan rasa tertipu kerana kecekalan mereka pertahankan selama ini tidak dihargai jika beban besar seperti Khairy diangkat ke status lebih tinggi.

Tambahan pula lebih sukar untuk para blogger pendokong UMNO pertahankan parti jika Khairy diangkat menjadi menteri atau timbalan menteri. Ini adalah kerana nama Khairy cukup sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Seperti kata Pak Kamaluddin Idrus:
Memberi jawatan kepada KJ samalah seperti memberi peluru kepada pihak lawan. Jangan rosakkan kestabilan UMNO kerana kepentingan dia.
YAB Dato' Seri,

Beribu ampun dan maaf jika luahan saya ini tidak mengena pada tempat. Demi memegang teguh kepada konsep satu Malaysia, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, dan dengan adanya platform media ketiga, maka saya mengambil kesempatan untuk memberi pandangan yang mewakili pandangan blogger dan rakyat bawahan.

Sekian Wassalam.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO