Aku teringat mengenai seorang kawan aku, pemuzik professional diKuala Lumpur. Beliau adalah seorang Gitaris yang bagi aku mempunyai skil permainan yang unik. Gaya lenggok badan dan bunyi nyaring gitarnya begitu harmoni sekali, ditambah lagiu dengan mimik mukanya yang selari dengan liutan tali gitar. MUS Satira. Mungkin ramai pemuzik generasi kini kurang mengenali beliau, tetapi bagi mereka yang pernah buat rekording, kemungkinan besar menemuinya addalah perkara biasa.
Aku pernah duduk bersembang santai dengan dia beberapa tahun dahluu mengenai perkembangan industri muzik yang tidak pernah menjanjikan pulangan lumyan tidak seperti diBarat. lalu tercetuslah idea beliau untuk mengumpulkan bakat-bakat baru dengan mengumpulkan mereka disatu tempat bagi menreka mengasah bakat. Manakala tempat itu hanya menyediakan makanan dan minuman halal dan makan luar tidak dibenarkan bagi mengawal peraturan. Dan Beliau sambil ketawa tersengih menyebut, nama yang paling sesuai ialah HALAL PUB.
Tadi semasa aku menggagau imej aku temui satu kisah di UnitedKingdom bahawa disana juga telah ujud HALAL PUB yang dibuka pada 10hb Apr 2008, manakala kawan aku ni buka HALAL PUB dia akhir 2007 di Pandan Indah...Kalau macam tu, dia awal lagilah!
Aku lihat ramai juga dok beri komen, tapi semua komen tu bagi aku tak membantu sangatpun dari segi ekonomi, semua komen politik jer....So, aku nak ajak semua pelawat-pelawat, tak kira fahaman politik supaya turut beri pandangan untuk pengisian terhadapa HALAL PUB, mana tahu ada saranan-saranan menarik sehingga sesuai(viable) untuk di francaiskan....
0 Responses to HALAL PUB: SILA BERI CADANGAN