SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Jika dilihat komen-komen mengenai hak keistimewaan Melayu oleh generasi baru kaum Melayu yang memandang enteng hak-hak yang perlu dipertahankan dan mengimbau kembali sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan seterusnya pembentukan Malaysia, apakah respon mereka mengenai kehambaran terhadap hak keistimewaan Melayu berkaitan juga dengan sikap yang telah diwarisi dari datuk nenek kita? Kalau dulu sikap toleransilah yang membuatkan Cina dan India diterima dengan mudah bukan sahaja sebagai rrrrakyat, malah mengganggap pula mereka seolah-olah saudara kita. Dan kini apakah sikap toleransi generasi komputer telah mengalami evolusi bersama perubahan masa?

Malangnya, evolusi toleransi Melayu bakal membuatkan mereka akan tercungap-cungap merenangi arus kehidupan. Dan evolusi 'demand' Cina serta India Malaysia sebenarnya memacu begitu rakus kerana melihat evolusi penuh toleransi era baru yang agak jelas tidak begitu kukuh generasi Melayu muda dalam mempertahankan 'social contract' yang telah dimeterai oleh datuk nenek kita dahulu. Dengan sikap mereka yang terus menekan untuk mendapatkan bahagian yang lebih besar dalam kesemua kek-kek perkongsian yang ada, maka dalam masa yang terdekat mungkin apa yang baru hendak kita suap kemulut bakal disambar oleh Cina Malaysia dan India Malaysia atas peluang yang kita beri hasil evolusi kepada toleransi orang Melayu.

Aku rasa begitu setelah membaca komen-komen yang 'buas' dari komentator-komentator bukan Melayu apabila sahaja idola mereka dihi-lightkan dalam sesuatu isu. Lihat sahaja bagaiman mereka memuntahkan komen buas mereka disini. Apakah kita sanggup berterusan menerima cacian tidak berasas begitu? Atau evolusi toleransi Melayu akan terus proggresif kearah yang lebih 'mild', manakala evolusi 'demand' kaum pendatang akan terus 'aggresif'?

Bayangan ini adalah pandangan peribadi aku setelah membaca blog Bro Ron tadi.

PERINTAH BERKURUNG AKAN DIKENAKAN
KEPADA YANG ENGGAN KELUAR MENGUNDI!!!

Aku nak ucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi yang hendak keluar mengundi besok. SELAMAT!!!!!!

Kepada yang tidak mahu mengundi ini ada satu pengumuman.

ADALAH DENGAN PERINTAH PEMEGANG MOHONG-MOHONG TERBESAQ MENGUMUMKAN PERINTAH BERKURUNG KEPADA RAKYAT YANG ENGGAN KELUAQ MENGUNDI BESOK!!!

*Pejuang demokrrrrrasi konon!
*Pejuang hak kebebasan konon!
*Pejuang kebebasan berrrrrsuarrrrra konon!
*Pejuang rrrrrakyat konon!

PIRRRRRAHHHHH!

**************************************************************************************
Rujuk berita ini.

Bila Depa Kata habaq dlm blog dia berkenaan hasrat baik dan bermanfaat Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk menganjurkan kursus berblog kepada seluruh Bahagian-Bahagian UMNO Kedah dengan matlamat untuk mengujudkan sekurang-kurangnya 4 buah blog bagi setiap UMNO Bahagian dan disahut pula oleh komen-komen yang pelbagai dan aku nak petik satu dari komen yang ada iaitu:

Blogger

princess jiji said...

jangan hangat-hangat tahi ayam sudah..baru post 3-4 artikel dah sunyi tanpa berita..nak kekalkan momentum tu tak semudah nak memulakan yer..good luck!

27/5/09 1:46 PM




sepatutnya diambil berat. Sikap begini akan menyebabkan ilham cantik tetapi perlaksanaan hampeh.

Sebagai contoh ialah hasrat Pendidikan Negeri untuk menggalakkan sekolah-sekolah diNegeri Kedah mempunyai laman wab sendiri tidak tercapai sepenuhnya. Dari 527 sekolah rendah dan 31 sekolah menengah yang tersenarai dalam http://www.zoom-a.com dimana pecahannya adalah seperti berikut,

Baling (64)
Bedong (2)
Kota Setar (S) (32)
Kota Setar (U) (68)
Kuala Muda 1 (61)
Kuala Muda 2 (33)
Kubang Pasu (54)
Kulim (84)
Langkawi (21)
Padang Terap (22)
Pendang (36)
Sik (21)
Yan (29)

untuk sekolah rendah dan,

Baling (2)
Bandar Baharu (1)
Kota Setar (3)
Kubang Pasu (7)
Kulim (1)
Padang Terap (6)
Pendang (11)

untuk sekolah menengah.

Sebelum meneruskan tulisan ini, berapa agaknya saya menganggar peratus sekolah-sekolah yang telah ada laman web sendiri dan aktif meng 'up-date'kannya? Saya jangka hanya dalam 10% secara kasarnya. Jadi marilah kita lihat fakta yang ada.

1. Baling(64): Tiada satupun sekolah rendah yang ada laman web sendiri.

2. Bedong (2) :Tiada

3.
Kota Setar (S) (32) :Tiada

4. Kota Setar (U) (68) :Tiada

5. Kuala Muda 1 (61) :Hanya ada dua sekolah sahaja

6. Kuala Muda 2 (33) : Tiada

7.
Kubang Pasu (54) : Hanya satu sekolah

8.
Kulim (84) : Hanya satu sekolah

9.
Langkawi (21) : Hanya satu sekolah

10.
Padang Terap (22) : Hanya satu sekolah


11.
Pendang (36) : Ada lapan sekolah!


12.
Sik (21) : Tiada

13.Yan (29) : Tiada

Ini bermakna dari 527 hanya 14 sekolah sahaja yang berjaya mengujudkan laman web mereka sendiri. Atau 2.65% sahaja yang proaktif dalam menyahut cabaran! Jauh dari apa yang saya bayangkan.

Sekarang mari kita tinjau statistik untuk sekolah menengah pula.

1. Baling (2): Satu sahaja

2. Bandar Baharu (1): Tiada

3. Kota Setar (3): Satu sahaja

4. Kubang Pasu (7): Satu sahaja

5. Kulim (1): Tiada

6.
Padang Terap (6): Satu sahaja

7.
Pendang (11): Tiada(2 sekolah yang URLnya 'pending')

Ini bermakna dari 31 sekolah yang menyertai program ini hanya 4 sahaja yang proaktif atau 13% sahaj yang memberi respon.

Apakah kesimpulan yang dapat kita gambarkan dari tinjauan ringkas yang saya buat ini?

**tinjuan ini mungkin kurang tepat diatas beberapa sebab seperti ada sekolah-sekolah yang telah mengujudkan sendiri laman web mereka tetapi tidak menyertai program ini, juga perubahan angka menikut peredaran masa.

Sila beri komen dan idea anda bagaimana untuk memupuk minat mereka(pihak sekolah dan pelajar) agar proaktif terhadap sesuatu program yang dianjurkan agar dapat dilihat mereka sensitif dan positif terhadap sesuatu kempen atau program.

Saya mohon pandangan kerana jika dilihat kepada kempen oleh pihak zoom-a kepada pihak ysnh berkaitan bukannya tiada, tetapi kebersanannya yang menjadi persoalan. Anda boleh melihatnya disini.







AWAL RANCANGAN

SOBRI AHMAD: AKTIVIS BELIA

HOST RANCANGAN, FERIZ AZIZ

TEKUN MENDENGAR



SALAH SEORANG PENONTON SEDANG BERTANYAKAN SOALAN.

**************************************************************************************
Sesudah kita dihidangkan dengan kotak-kotak surat dalam hujah, kemudiannya diikuti oleh B-Spot dalam TV9 tadi. Dihostkan oleh Feriz Aziz dan ahli panel terdiri dari bloggerterkenal Syahril A Kadir dan aktivis belia yang berpengalaman iaitu BRO Sobri Ahmad.

Setelah diperkenalkan secara ringkas, Abg Sobri Ahmad di beri sepak mula dan seterusnya bola bicara ditendang pula oleh Adik Syahril dengan begitu garang! Bukan suara sahaja yang garang, malah wajahnya juga begitu aggresif, petunjuk kepada jiwa muda yang mudah meruap.

Tetapi sedikit sebanyak beliau berjaya meluahkan apa yang terbuku dihati sebahagian besar anak muda yang semakin segan untuk dikenali sebagai belia.....takut di cop 'skema'. Aku juga bersetuju dengan pandangan beliau terutamanya mengenai medium untuk meluahkan pandangan oleh generasi yang begitu akrab dengan sesawang maya, tetapi aku juga setuju bahawa luahan mereka sepatutnya juga dikikuti dengan pertanggungjawapan iaitu blogger dengan pengenalan diri seperti Syahril sendiri. Bukannya blogger yang berssembunyi disebalik tirai maya sambil melontar batu-batu beracun yang membawa petaka. Jadi pada aku perlu ada panduan agar tidak terbabas kerana kecetekan pengalaman hidup.

Dan ketenangan serta senyuman penyejuk suasana Abg Sobri hangpa buat aku tersengih sama. Jawapan spontan beliau dengan alasan yang rasional menyebabkab Syahril yang pada awalnya agak aggresif sudah mula menemui rentak yang dimahukan oleh penonton-penonton yang rata-rata dari golongan remaja(Belia?).

Wahai remaja! Hidup perlu bermasyarakat hatta dimaya sekalipun. Walaupun kita merasai bahawa kita keseorangan dan bebas meluah pandangan dalam premis maya kita, namun selama mana kita boleh bermonolog? Sudah fitrah bahawa manusia itu perlu berdialog dan perlu kepada berkawan juga bermasyarakat. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran mengenai dakwaan Syaril bahawa berblog tidak perlu kepada respon, kerana secara hakikinya walaupun pengunjung sesebuah blog itu membaca, kerana bagi aku tidak semestinya jika artikel berkenaan membawa kepada sebuah pertanyaan yang memerlukan jawapan segera, pengunjung itu akan bertanya disitu, mungkin beliau bertanya kepada orang atau blog lain dan sudah tentu akan ada jawapannya. Maka jika sesuatu artikel itu memberi faedah, maka berbaloilah, tetapi jika mempawa padah apa pul;a kejadahnya? Lalu disitulah perlukan mekanisma seperti pengawalan waima secara minima terutamanya oleh pemilik premis sendiri.

Dan aku lihat gaulan rencah kedua-dua panelis boleh menjadi ramuan kepada yang boleh di'jamah' oleh remaja yang selam ini agak menjauhkan diri dari hidup berpesatuan kerana stigma yang melekat dibenak mereka mengenai 'politiking' dalam persatuan-persatuan. Semoga generasi baru akan lebih idealis dalam berpersatuan berbanding orang lama macam aku dan bri.

*Sobri membesar bersama-sama aku dan kemenara gading bersama-sama walau dalam jurusan berlainan. Aku tumpang bangga dengan pencapaian(kecapaian? he he he) beliau. Dan aku juga berharap dapat berdailog dengan Syahril yang aku lihat dapat mengupas sedikit sebanyak kebukuan dihati golongan remaja dan juga boleh menjiwai pemikiran orang dewasa dalam masa yang sama. Belajar dari Sobri kot?

**Feriz Aziz(maaf kepada adik, jika tersalah eja nama anda) juga telah menonjolkan kematangan sebagai seorang moderator/host. Tahniah!


SDR SOBRI AHMAD, PENGERUSI GPMS MERANGKAP
NAIB PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA YANG JUGA
SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS KERJASAMA BELIA ASEAN
anak jati Guar Chempedak.


ANAK-ANAK MUDA YANG HADIR


MENYAMPAIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH
TERIMA CENDERAHATI DARI HJ KARIM


1. Aku memang agak lama tak ziarah Pejabat UMNO Bahagian. Memang kalau tiada urusan aku tidak kesana. Pagi ini atas urusan untuk membantu beberapa anak 1Melayu yang ada potensi dalam akademik dan vokasinal aku pergi kesana dengan hasrat untuk bertemu dengan NKUBJ, Sdr Ikmal untuk urusan berkenaan.

2. Sampai kepejabat aku agak terkejut kerana pejabat dipenuhi oleh orang ramai dengan pelbagai urusan. Rupa-rupanya masih ramai rakyat Jerai yang terus memberi kepercayaan terhadap UMNO untuk membantu dalam urusan mereka. Rakyat bertali arus keluar dan masuk untuk berjumpa dengan beliau sehinggalah ketengahari.

3. Rentetan dari itu aku disyorkan oleh beliau untuk menguruskan pertemuan beliau dengan mereka-mereka yang berkenaan pada Ahad hadapan, InsyAllah.

4. Kebetulan rakan lama aku juga ditakdirkan bertandang ke pejabat UMNO Jerai. Beliau yang aku maksudkan ialah Sdr Sobri Ahmad, seorang aktivis belia yang terkenal diperingkat kebangsaaan. Tujuan kehadiran beliau adalah atas permintaan Sdr Ikmal meminta untuk memberi ceramah dan meresmikan penubuhan persatuan belia di Taman Seri Jerai, Gurun.

5. Aku pula diminta menemani beliau untuk kesana kerana aku tahu tempat itu. Majlis diadakan pada pukul 3.30ptg.

6. Tepat pada waktunya kami sampai kesana dan telah menunggu Haji Karim, isteri beliau Kak Milah, Faruddin seorg pegawai jasa dan Pengerusi Penaja dan juga pemuda-pemuda, pemudi-pemudi dan beberapa orang wanita yang membantu perjalanan majlis berkenaan.

7. Kehadiran kira-kira 30 orang pemuda/pemudi menyebabkan Sdr Sobri begitu terharu. Tanpa berlengah majlis dimulakan dan seterusnya Sdr Sobri diberi peluang untuk menerangkan peri pentingnya belia menyertai pertubuhan yang bersifat begitu.

8. Sebagai orang kuat belia, penerangan beliau ternyata begitu berkesan kerana selepas beliau memberi ucapan dan sessi soaljawab dibuka ramai yang bertanya pelbagai hal mengenai belia.

1. Pagi tadi berkesempatan bertemu dgn Maelkoporat, pemilik blog medanMas - tempursakti yang disuntik dgn sedikit 'virtual botox' untuk nampak lebih menarik blog beliau. Dapat juga belajar dgn beliau sedikit sebanyak. TERIMA KASIH.

2. Kawan aku, pemilik NOBLE harap tempat maya dia tu boleh jadi 'one stop centre' yang menghimpunkan seluruh blogger-blogger dari utara tidak kira apa 'genre' blog mereka. Dia kata hasrat dia buat tu hanya semata-mata nak mempermudahkan surfer/netter menggagau sekiranya mereka hendak mengetahui atau mengenali blog-blog dari Utara Malaysia. Sebab tu dia tak banyak letak syarat mahupun peraturan.

3. Bila ada orang gamak mengkastakan B A B I sebagai pemimpin *****(aku tok brahey nok sebuk), pada pandangan peribadi aku sekoq ni langsung tak layak untuk dihalakan dgn gelaran setinggi tu. Sekoq ni layak untuk jadi selibriti politikus yang menyertai sarkas dlm rangka lawatan kekampung-kampung dipedalaman aprika, itupun sebagai objek yang 'string'nya dikawal oleh tangan halimunan.

4. Sebab apa aku kata lagu tu? Kerana rentetan dari siaran surat saman oleh pegoam sekoq ni, sangkarang nyair. Isinya seolah-olah mengakui itulah dia B A B I yg sebenar. La la ni yang kita dok tengok adalah watak bertopeng yang berjaya merobak-robek kesetabilan politik lalu merebak kepada kegawatan ekonomi.

5. Liihat sahaja andaian-andaian dari sangkarang nyairnya:

a. sisekoq ni adalah seorang yang ‘dishonest’ dalam kapasitinya sebagai individu dan seorang yang berjawatan;
b. sisekoq ni adalah seorang ‘pembohong’ dan penipu (conman?);
c. sisekoq ni adalah seorang ahli politik yang ‘unfit’;
d. sisekoq ni adalah seorang tidak mempunyai prinsip dan korup;
e. sisekoq ni adalah tidak beretika;
f. sisekoq nitelah melakukan kesalahan yang mampu dibawa ke penjara;

6. Cuba kita semua lihat dengan matahati yang terbuka, jika Dato' Anifah hanya kata dia ditawarkan untuk sesuatu tawaran dan menyatakan sebab musabab tawaran itu, yang depa dok pi bayangkan andaian-andaian yang bakal timbul itu, adakah andaian ini tidak ujud secara benar?

* Dia memang dishonest bila menjanjikan sesuatu yang belum pasti. sisekoq ni memang dishonest dengan ramai orang baik semasa sebelum menertai UMNO, semasa dlm UMNO dan sehinggalah sekarang. Jgn kita lupa bagaimana sisekoq ni telah belaku curang dgn Encik Ghafar Baba(sekadar satu contoh).
*Dia memang pembohong lagi penipu, sebagai contoh kerap berdolak-dalik mengenai 16Sept, depan melayu cakap lain, depan cina cakap lain, depan india cakap lain.
*Dia memang 'unfit real politician'. Sebab tu dia hanya layak jadi badut dlm sarkas politik.
*Memang sekoq ni tidak berprinsip bila menganjurkan MP BN melompat kepkr, dan BN berjaya menghalang, tetapi bila sekoq ni gagal menghalang ADUNnya 'pulang' kembali kepangkuan UMNO punyalah pederaih sora dok dendang lagu tak beretika yang dia sendiri gubah dan susun.
*Bab korap aku tak mau sentuh, takut berjangkit..........
*Etika? Dia tau ka apa erti etika? Seterika belakang baru tau!!!!
*Penjara? Tak kan tak biasa? sekoq ni rasa aku lebih layak untuk berada di'Taman Asuhan' yang dikawal untuk mententeramkan dia dan untuk mengembalikan kestabilan politik serta mengamankan kembali Malaysia supaya fokus kerajaan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta kemajuan negara tidak lagi terbantut!

Kesemua andaian tadi merupakan pengakuan secara tidak langsung sisekoq tu.

Seorang sahabat yang baru aku kenali, telah mengambil satu inisiatif untuk menghimpunkan bloggers dari utara aka NORTHERN BLOGGERs dibawah satu 'site'. Apa kata bloger-blogger dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Taiping/Perak Utara?
Aku rasa patut digabungkan kerana mudah utk surfer mencari dan membaca blog2 dari utara terutamanya netters dari sebelah Utara khasnya dan seantero donia amnya......

Untuk makluman buat masa ini Blogger dari Pahang(1 dan 2) dan Blogger dari Kelantan(1 dan 2) sudah ada direktori mereka.

Kawan aku tu memperkenalkan blog berkenaan sebagai NORTHERN BLOGGERS LEAGUE atau NOBLE secara akroniumnya. Kalau diterjemah bermaksud Liga blogger-blogger Utara(LABU?....he he he tak sesuai gitu).

Aku rasa bolehlah NOBLE berkolabrasi dengan sesiapa sahaja asalkan dari Utara atau blog yg beroperasi dikawasan utara. Pada Duke, aku ingat boleh juga BLOGGERS UTARA COMMUNITY atau KOMUNITI BLOGGER-BLOGGER UTARA berkolabrasi dengan NOBLE untuk penyatuan maya.

Sesiapa yang inginkan blognya disenaraikan dlm NOBLE hanya perlu menghantar e-mail kepada northernbloggerleague@gmail.com. Tolong beri URL anda kepada beliau.

1. Anak jantan peRePeK politik kena tangkap! Ada yg sukar percaya. Ada yg kata konspirasi dan ada yang kata perangkap! Ada tu yg kata tak mungkin kerana dia anak raja. Peguam terkenal, Dato' Shafie Abdullah kata ini Raja Pariah Kakikelentong kerana cakap tapi tidak mahu bertanggungjawab. Aku percaya manusia tetap manusia. Sedang Nabi Nuh sendiri tidak dapat menyelamatkan anak isterinya.....

2. Bila Najib tegur toksah boh gambaq pemimpin dalam iklan dan promosi termasuk gambaq dia, ramai yang ambil tindakan dgn mengubah iklan yang baru. Pun salah juga dimata pembangkang tahap fanatik pasai depa boh pula yg penukaran tu juga satu pembaziran....duit rakyat kata depa. Balik-balik duyit rakyat, balik balik duit rakyat....hi banyak sangatlah duit depa bagi kat LHDN? Atau tak pernah bayaq cukaipun.....Dah namapun pembangkang......semuaaaa kira nak bangkang! Maklumlah pembangkang sahaja la ni rakyat Malaysia, yang dok sokong kerajaan bukan rakyat juga ka?

3. Pro BN kata tak perlu BN sertai PRK Penanti. Puak pembangkang kata Najib tak dak teloq. Aih tak kan kerana satu kerusi yg ADUN dia letak jawatan dgn alasan yang buat aku gelak boleh menjadi indikasi kepada persepsi depa. Atau sebenaqnya depa dah gila umpama sang teruna yang bertepuk sebelah tangan dek kerana sidara tak mau layan.....nak layan camne? siteruna tu sebenaqnya lebih minat pada sidarai!

4. Pada aku apa juga keputusan PRK Penanti samada disertai atau tidak oleh BN tiada memberi kesan langsung kepada jentera BN sebagai sebuah kerajaan yg bertanggung jawab! Lainlah pula diPerak, kerana aku mempunyai pandangan yang berbeza, kembalikan kepada rakyat Perak. Biar padan muka Nizar, jgn harap dapat jadi Menteri Besar kalu diadakan PRN @ Snap Election.
*Apakah isi titah Sultan terhadap Nizar dlm pertemuan terbaru? Harap Nizar tidak cuba memanipulasi titah Sultan. Bila Sultan kata 'A', biar 'A' lah juga yang di beritahu oleh Nizar yg berdarah Cina tu.

5. Kesian Daud Iraqi yang menerima kalah dalam pemilihan Ketua Dewan Ularmak gara-gara pendedahan beliau mengenai rasuah politik dalam pas. Nak kata tak dak, nik ajis kata ada.

6. Cerita menarik mengenai ADUN Merbau Pulas yang dikatakan dah pulaih duit peruntukan PKWR. Menarik lagi komen penyokong taksub depa. Tu yang Mat Sabu seronok sangat tu.

7.

PAS BAKAL MEMPUNYAI KOMPLEKS MODEN DAN CANGGIH

Vs

Kompleks canggih dan moden - keperluan ka kehendak?


8. Aku terkezut dengan artikel dari blog ini. Begitu juga dengan komen-komennya.... Hanya elitis PAS sahaja yg dok nafi. Marhaen bersuara dgn jelas dari hati. Seropa gaklah dgn UMNO, suara marhean umpama suara anak kecil yang tidak tahu berbohong.....
**Ropanya depapun dok keliru juga.....sindrom yg di bawa oleh pelaq APEK TO-a telah menular keserata jiwa yang bernama Melayu!

9. HINDRAF wajib disekat kerana provokasi mereka boleh mencetuskan perseteruan kaum. Pihak berwajib sudah tidak boleh berlengah lagi untuk mengharamkan Pertubuhan yang sememangnya haram ini. ISHTIHAR HARAM kepada hindraf!

10. He he he.....kalau tengok dalam poll beberapa blog pembangkang sepatutnya DSNTR tidakpun menjadi Perdana Menteri yang ke 6! Realitinya? he he he.....

11. HINGAR BINGAR DALAM DUNIA BLOG TERUTAMANYA PEMBANGKANG YANG MENGATAKAN KECENDERUNGAN UNTUK SNAP ELECTION DIPERAK. Kalau jadi tentu penat hantu-hantu yang 'layak ' mengundi untuk naik-turun bas nanti!!! he he he....

Dibawah ini adalah sebahagian CnP surat peguam B A B I kpd Menteri Luar, Dato' Anifah Aman. Perkataan berwarna merah adalah cetusan reaksi seorang rakyat yang tidak pernah 'terbeli' cerita muhong seorang ahli politik bertaraf penghibur jalanan.

The Impugned Article and the Impugned Words were and are defamatory and or libellous of our Client and in their natural and ordinary meaning and or by implication mean, meant and were understood to, inter alia, mean that:

i) our Client is a dishonest person both in his private and official capacity; sememangnya dia tidak jujur, seluruh rrrrakyatt telah jelas melihat ketidakjujurannya baik ketika didlm UMNO dulu, mahupun ketika meracuni seluruh parti pembangkang ketika ini.

ii) our Client is a liar; Betul pada aku, memang dia liar(wild) dan penipu

iii) our Client is an untrustworthy person as well as an unfit politician; sememangya tidak boleh dipercayai percakapannya maka tidak juga layak sebagai ahli politik yang bertanggungjawab dalam menjaga nama baik Malaysia yang sebelum ini telah terpahat dipersada dunia.

iv) our Client is unfit to hold public office; Tepat, memang dia tidak layak ada pejabat awam(he he betoi ke apa yg aku faham dari terjemahan terus ni?)

v) our Client is unprincipled and corrupt; Tepat setepat-tepatnya, memang dia takdak prinsip dan cenderung kepada rasuah. STP ada principal ke dia ni? Korap aku tak tau, mungkin sapa yang rapat tau korap dia tang mana!

vi) our Client has committed a criminal offence punishable with imprisonment; komitmen tu nampaknya macam ada kearah tu.

vii) our Client is unethical; and Siapa lagi yang dapat nafikan ttg ketiadaan etika politikus ini. Karpal boleh sahkan.

viii)our Client wantonly abuses his position in public and private office. Memang gitu sikap dia, kat privat opis…huh….lagilah wanton!. Dia suka ka makan mee wantan?


Yang lain tu aku malaih ulaih, pasai ulang balik yang hatataih tu...buat habeh dakwat dan khetaih saja. Nak baca full version ada disini.


Pasal tulah agaknya Dato' Anifah kata tak mau layan........




Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Hari Guru yang disambut diseluruh negara semalam(kemarin). Dan aku nak ucapkan Selamat Hari Guru secara khusus kepada

1. Keluarga Allahyarham Tok Jasin dan Allahyarham Tok Gayah kerana jasa kedua mereka tidak dapat aku lupakan sehingga akhir hayat kerana mengajar aku huruf-huruf Arab sehingga aku kenal dan mahir membaca Al-Quran dan kini aku sentiasa belajar secara harfiah dan lafziah sedikit demi sedikit untuk tujuan memahami kandungannya pula InsyaAllah. Hanya bagi Allah seluruh Haq terhadap jasa Tok Jasin dan Tok Gayah yang tidak pernahpun menetapkan upah terhadap tanggungjawab mereka. Pemberian ibubapapelajar kepada mereka berdua terdapat dalam pelbagai bentuk seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan daging, kain batik dan pelikat termasuklah juga wang-ringgit yang sekadarnya.

Paling aku ingat ialah bila ada pelajar yang baru, maka dapatlah kami makan pulut kuning dengan kari daging atau kurma ayam.....sesuatu yang jarang dapat dirasai pada masa itu. Begitu juga ketika majls khatam AlQuran, juga dapat rasa pulut kuning....enak dalam kenangan......

2. Guru-guru semasa tadika yang begitu ikhlas mendidik dan sanggup menjadi ibu angkat kerana begitu akrab dengan aku. Terima kasih kerana mengenalkan aku dengan huruf-huruf rumi.

3. Guru-guru semasa aku di'primary school'. Terutamanya guru yang mengajar bahasa inggeris yang begitu tegas mengajar kami kerana sekolah kami adalah sekolah beraliran Inggeris pada masa itu.

4. Guru-guru diperingkat menengah yang mengajar aku terutama guru sejarah aku yang begitu spontan mendampingi kami sehingga terasa seolah seperti kawan sebaya dan begitu rapat sehingga kini iaitu Cikgu Samad Salleh(adik kepada Prof Awang Had Salleh). Aku belajar di3 buah Sekolah Menengah yang berlainan sepanjang pengajian peringkat ini.

5. Pensyarah dan Tutor yang amat berdedikasi semasa 'tune' aku diPre-Diploma in Engineering UiTM diArau dulu. Aku yg tiada asas kukuh dlm bidang teknikal berbanding kawan-kawan yang lain terutama dari SMT-SMT namun dgn dorongan dari mereka aku berjaya melanjutkan dalam kursus penuh peringkat Diploma.

6. Pensyarah-pensyarah di 'School of Engineering' ITM(pada masa itu) sehingga aku dapat tamatkan pengajian peringkat Diploma dan kini mampu praktikkan apa yang aku pelajari disana dalam kerjaya dan kehidupan.

7. Paling tidak dapat aku nafikan ialah majikan mereka iaitu kerajaan Malaysia secara amnya yang telah menyediakan dasar-dasar yang pragmatik dan positif dalam membantu meningkatkan kualiti hidup dan taraf ilmu rakyatnya. Alhamdulillah. Polisi inilah yang mengubah pemikiran tipikal Melayu namun setelah ramai Melayu menjadi begitu berilmu ada yang menjadi tamak semasa menyokong, ada yang menjadi tidak bersyukur lalu menjadi pembangkang dan ada yang tidak mengenang lalu menafikan jasa kerajaan, jasa UMNO dan jasa BN.

Hari ini, bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak sedang diadakan Hari Keluarga Pu3UBJ. Detail akan menyusul esok.

** Diberitakan sambutan sungguh menggalakkan dengan kehadiran memberangsangkan serta meriah dengan pelbagai aktiviti berunsurkan kekeluargaan.



Kelmarin(semalam), 15/05/2009 telah diadakan majlis berkenaan didewan SMAY. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj Shuhaimi Abdullah yang juga KUBJ. Melihat kepada sambutan dari jumlah kehadiran pemimpin-pemimpin akar umbi dapatlah disimpulkan bahawa UBJ telah melangkah menuju penyatuan selepas MPUBJ yang lalu. Alhamdulillah. InsyaAllah UBJ akan terus kukuh utuh dan terhindar dari perpecahan.

Turut hadir ialah TKUBJ Tn Hj Fadillah Ali, NKUBJ Sdr Ikmal IsmailUBJ beserta AJK2 Bahagian. Begitu juga dengan kehadiran YB ADUN Guar Chempedak, Dato' Dr Ku Rahman, Ketua Wanita , Kak Chik dan AJK Wanita UBJ, Ketua Pemuda UBJ Sdr Bassori dan AJK Pemuda, Ketua Puteri Che Aton dan AJK Puteri menunjukkan kesepaduan UBJ. Kehadiran istimewa oleh bekas TKUBJ yang juga bekas ADUN Guar Chempedak, Dato' Abdul Razak nyata menyemarakkan lagi semangat perpaduan dlm UBJ.

*Terimakasih pd Naib KPUBJ, sdr Zolkifli aka Mat Jun kerana telepon peringat aku yang konpom terlupa ttg majlis ini.

**Pujian khas buat Man Burma yg jugas Setiausaha Kerja PUBJ yang sentiasa komited dlm menjlnkan tugas.

***Sanjungan juga kpd petugas-petugas yang membantu melancarkan majlis pada kali ini, terutamanya abg Omar, wanita-wanita dan puteri-puteri.

1. UMNO dan PAS adalah Pertubuhan siasah orang Melayu. Tiada dalam perlembagaan yang membenarkan aktiviti rasuah

2. Perlakuan rasuah dalam UMNO dan PAS memang berlaku.

3. Perkara keji ini perlu segera di sekat dengan penuh kesungguhan.

4. Kedua-dua parti perlu singkirkan ahli-ahli/pemimpin yang begitu cinta dengan rasuah dari masa kesemasa.

5. Presiden UMNO perlu tunjuk kesungguhan menyekat perlakuan keji ini walaupun ahlinya sudah bergelar pemimpin demi untuk meredamkan rasa gelisah ahli, kerana ahli merasakan Presiden dan tulang belakang UMNO tidak serius. Ada pemimpin yang nyata bersalah amalkan rasuah terus aktif seperti biasa seolah-olah rasuah itu hal remeh. Tidak akan hancurpun UMNO kalau pelaku rasuah disingkirkan dari kerusi kepimpinan.

6. Kita lihat pula langkah seterusnya dari PAS mengenai rasuah dalam parti mereka.

7. Kalau rasuah, sex, kong kali kong, sex luar tabi'e dan segala mak nenek kekalutan, kecacamerbaan, keharubiruan dan kekecohan nak berlaku dalam PKR BIARLAH! Kerrrrana apa? Kerana PKR hanya ujud utk agenda APEK TO-a nya iaitu B A B I.

8. Wahai BN, percayalah PPP hanya melukut ditepi gantang.

9. Aku cuba 'read between the line' kenyataan terbaru TDM mengenai kemelut politik Perak, tetapi tak dapat baca kerana belum nampak. Hari tu tak sokong cara BN ambil alih Perak. Hari ni bunyi macam sokong. Mungkin nak kena tengok dalam mangkuk yang ada ayaq......

10. Kalau lagu tu aku cadang jalankan satu undian terhadap rakyat Perak, samada nak di adakan 'snap election' atau stay dgn kerajaan sekarang atau biarkan Perak terus terumbang-ambing macam Yo-Yo.

11. Mekanisma pengundian boleh pakat fikir dan ambil yang terbaik. Setakat kalau pembangkang sahaja yang dok kata rakyat menentang, rakyat menentang, bagaimana pula dengan rakyat yang menyokong? Awat kalau menyokong bukan rakyat ka? Kalau menentang, menderhaka dan kurang ajar dengan Sultan, itu barulah rakyat? Pelaq besaq betoi pemimpin pembangkang jenih hapraq ni!

1. Kaebas buat hal lagi. nak undurkan PPP dari BN....HELLOOOO! Silakan. Dengan kadar segera!
2. Setuju dengan desakan oleh UMNO Bahagian Cheras yang diketuai oleh KUBnya iaitu Datuk Wira Syed Ali Alhabshee
3. PKR Perak goncang lagi. Lama-lama runtuh le. Dasar memperjuangkan seorang gila kuasa akan hancur akhirnya.
4. Bertambah seorang lagi blogger yg byk info mengenai APEC TO-a B A B I.
5. Kesihan Zamri, kerana hanya memetik kata-kata dari mandela dan ghandi, beliau dianggap cuba menyamakan diri dengan tokoh2 berkenaan. manipulsi yg murah!
6. Sila lawati blog PANEH MIANG untuk undi SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.

1. Aku amat menyokong gagasan 1 sekolah 1 aliran 1 bangsa........1 Malaysia
2. Nanti bolehlah kita lihat berok2 racist terlompat2 spt beruk terkejutkan biawak
3. Kononnya saranan ini berbau racist. Hoi! bangunlah dari mimpi! Lihat asal Tanah ini.
4. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung!
5. Kembalikan kuasa memilih kerajaan kepada rakyat Perak kini semakin kuat gemanya.
6. Biar rakyat Perak selesaikan kemelut ini dengan segera melalui pilihanraya kecil.
7. Sudah ada kedengaran suara yang mahukan sistem pemilihan UMNO dikekalkan
8. Alasan mereka mencurigai 3 juta ahli tidak berasas, kerana yang dipilih nanti sudah tentu ahli UMNO sendiri.
9. Tidak sama dengan tindakan sesetengah ahli semasa PRU12 yg memangkah pembangkang
10. Seluruh ahli UMNO wajar diberi peluang memilih pemimpin Pusat.

1. Selamat ulangtahun ke63 UMNO.
2. Selamat Hari Ibu kepada emak aku dan mak mertua aku serta emak/ibu/umi/mama/amma di seluruh dunia.
3. Selamat Hari Guru.
4. Dalam PAS mana ada rasuah politik, yang ada hanyalah sedekah termasuk sedekah sex.
5. YB PAS bukan ambil komisyen, tetapi ambil upah sahaja.....wahalalku waharrommu!
6. Seperti biasa ahlul bawahan tetap tidak percaya kerana tentunysa mereka merasa amat rugi kerana duit tiket kesyurga sudah dibayar setiap tahun kpd 'gate keeper'.
7. Cerita ini satu MALAYA dah tahu. Tetapi berapa kerat ahlul marhien PAS mahu telan kebenaran ini?
8. Dan SEANTERO DONIA juga tahu tembelang APEK TO-a B A B I dlm mengucar-kacirkan iklim politik dan ekonomi Malaysia. Semuga DSNTR diberi kekuatan untuk memulihkan iklim ini.

1. Ilham ni dah lama aku nak apply
2. Ilham dari idola aku dlm menyampaikan tulisan, pendek, padat dan tepat, iaitu TDM.
3. Hari-hari baca blog, tetapi kekangan kesihatan buatkan aku kurang menekan papan kekunci
4. Apa yg berlaku hari-hari, baik dalam politik, sosial, jenayah dan lain-lain isu sentiasa aku ikuti
5. Politik Perak: aku berlainan pandangan dengan arus perdana.
6. Tertarik dengan hamburan ikhlas dari nurani blogger Locengwangsa.
7. Menunggu dan melihat episod seterusnya antara asam pedas dan walkdtalk.
8. Penanti kena ditandingi
9. Adun Bukit Lanjan sedang dipermainkan oleh (de facto)APEK TO-A B A B I agar ada satu lagi pilihanraya kecil selepas Penanti.
10.Ramai yang yakin APEK TO-A tu akan terus menggunakan DUN untuk 'refresh' populariti.
11.Pembebasan ketua pertubuhan haram tidak patutpun diberi publisiti.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO