Beberapa hari lepas, aku berada diKuala Lumpur atas urusan kerja. Namun aku sempat singgah sebentar dikawasan Masjid India, kawasan dimana Melayu berniaga secara pasar lambak yang hampir sama konsepnya dengan Petaling Street. Dalam ramai-ramai peniaga tidak satupun yang menarik hati aku kecuali dengan seorang hamba Allah yang bernama Abdul Halim Bustaman.
Aku terus tertarik dengan cara beliau memasarkan produk beliau walaupun penampilannya akan secara spontan dianggap "tidak betul" atau "tidak berapa betul" atau "betul ke ni?". Aku telah lama mendidik diri aku agar tidak terus berkonklusi hanya kerana "kulit" dengan apa yang aku temui. Tambah-tambah dengan manusia hebat seperti beliau. Aku kata hebat kerana dia adalah antara manusia yang tidak takut langsung dengan momokan sesetengah ulama ugama yang melarang manusia dari menggunakan potensi akal, sebaliknya hanya menurut secara total arahan mereka.
Beliau adalah antara manusia yang berjaya memahami serta memanfaatkan perintah Allah yang Allah ulang-ulangi dalam AlQuran.
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?" - 21:10.
2:76. Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya"; dan apabila mereka menyendiri kepada satu sama lain, mereka berkata, "Adakah kamu menceritakan kepada mereka apa yang Allah telah membukakan kepada kamu supaya mereka dengannya berdebat dengan kamu di sisi Pemelihara kamu? Tidakkah kamu faham?"
2:242. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya bagi kamu supaya kamu faham.
6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?
Aku secara biologi menjadi tertarik tanpa dipaksa untuk mendengar penerangan beliau walau ketika itu panas terik, sehinggalah dia sendiri mengajak aku dan beberapa pendengar yang lain beralih ketempat yang lebih teguh. Dan aku sebak seketika......
Sebak aku kerana membayangkan mengapa kita amat sukar menghargai anak bangsa sendiri yang begitu komited dengan apa yang dia ALIM. Bila dia sendiri bertanyakan aku mengapa, aku jadi kaku. Ditambah lagi dengan pertanyaan, kemanakah arah anak seperti Adi Putra dan dimanakah letaknya taraf Zul Rawang? Dan dua soalan ini juga mewakili persoalan yang sama tentang diri beliau.
Aku mencadangkan, "Mengapa tidak didokumentasikan kaedah ini?" "Saya takut ianya diciplak" jawab cikgu Halim. Hmmm...alangkah baiknya jika kaedah beliau dipatenkan sebagai hak milik intelektual beliau. dan aku juga sempat bertanya,"Tuankah orang yang selalu bercakap diperkarangan Masjid dan diMedan Kidd Ipoh mengenai konsep baru penerokaan angkasalepas sepuluh tahun lampau, dimana konsep 'spaceshuttle' yang tuan huraikan dianggap tidak masuk akal dan tidak boleh diterima sehingga digelar 'orang tak betul'? "Ya, sayalah orangnya." Sekarang mereka boleh lihat sendiri siapa yang mendapat manfaat dari ilham saya?
Mengapa pengiktirafan sebenar tidak diberikan oleh kerajaan kepada manusia-manusia seperti beliau, Encik Makhtar, pengasas sistem MOKHDAR dan lain-lain genius MELAYU?
Semalam semasa menghadiri satu perjumpaan bersama beberapa sahabat, aku menunjukkan risalah yang aku ambil dari beliau dan tunjukkan kepada rakan-rakan. Semua mereka tercenggang kerana tidak mengetahui bahawa ada manusia hebat berbangsa MELAYU yang begitu rendah diri tetapi mempunyai keALIMAN yang hebat! Inilah ULAMA'!
AKU MENGAJAK BIRO-BIRO PENERANGAN ATAU PELAJARAN UMNO disetiap peringkat agar mendekati beliau dan kemudiannya menjadikan beliau DUTA ilmu untuk mendampingi ahli-ahli UMNO dan anak-anak kita supaya dapat mereka melihat satu persepsi baru dunia matematik dan sains dalam skop yang di'luar kotak'.
Rupanya selepas aku menggagau sebenarnya telah banyak juga posting-posting oleh para bloggers malah ada akhbar-akhbar utama yang menyiarkan kisah beliau.....
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to NIZAR BIJAK!!!