UMNO cawangan Tunas Baru tentunya bertuah bilamana YB Senator Mejar General(B) Dato' Jamil Khir Baharom telah sah menjadi ahli cawangan berkenaan seperti yang diumukan dalam satu majlis anjuran Biro Penerangan Bahagian UMNO Jerai pada 15hb November 2009 yang lalu.
Pada majlis itu dimana YB Senator adalah Tetamu Khas telah sudi merasmikankannya. Ketika menyampaikan ucapan, Datuk Suhaimi, Ketua UMNO Bahagian Jerai telah mengumumkan sendiri mengenai taraf keahlian YB Senator dan pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh dari ahli-ahli UMNO yang hadir. Dalam ucapan Datuk Ketua Bahaggian berharap adu-domba yang mengatakan bahawa beliau menjadi penghalang kepulangan YB Senator keJerai terjawab dengan sendiri. Tohmahan ini sengaja ditimbulkan hanya kerana hendak melihat UMNO Jerai yang kini mendapat sokongan padu ahli akar-umbi dan cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Jerai kelihatan goyah pada mata pihak luar sedangkan usaha kepimpinan BahagianUMNO Jerai yang bersungguh-sungguh ingin melihat perpaduan kembali terjalin sentiasa berterusan.
Melalui ucapan itu Datuk Suhaimi menjelaskan bahawa setelah peringkat pertama rancangan beliau telah melebihi 80% berjaya diatasi seperti dalam usul dan permintaan cawangan-cawangan, pada peringkat seterusnya beliau akan lebih banyak menumpukan urusan beliau dipejabat UMNO Bahagian sepertimana yang diharapkan oleh kebanyakan alhi-ahli dicawangan. Beliau berjanji sekiranya tidak mengikuti misi kerajaan Malaysia keluar negara, setiap hujung minggu akan beliau usahakan untuk berada diPejabat Bahagian UMNO Jerai bagi menemui rakyat Parlimen Jerai yang ingin menemui pemimpin mereka.
Play88 Review – Everything You Need to Know
1 week ago
0 Responses to AHLI CAWANGAN UMNO TUNAS BARU, GUAR CHEMPEDAK