SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
DAHSYAT! Satu kejadian ribut yang kuat telah berlaku pada petang 4/07/2009 yang lalu. Kira-kira 35 buah rumah telah mengalami kerosakan dimana ada sesetengahnya ranap terus dan ada pula bumbungnya langsung tidak boleh diguna kembali kerana diterbangkan jauh lalu berkecai. Secara pantas Ketua UMNO Cawangan Setia Jaya dan ahli-ahlinya menghulurkan pertolongan awal seperti memaklumkan kepada UBJ dan pihak berkuasa seperti membantu mangsa untuk membuat lapuran awal kepada pihak berkuasa dan agensi bantuan seperti Pejabat Pembangunan Negeri(untuk menilai kos kerosakan dan bantuan segera) begitu juga dengan Jabatan Pertahanan Awam yang membantu menguruskan pokok-pokok yang tumbang serta menghantar mangsa yang cedera kehospital. Kebetulan juga ada seorang pegawai dari Yayasan MARA turut berada di kawasan kejadian bagi meninjau bantuan yang perlu.
1. Sekitar Kampung Setia Jaya
TANDA BULATAN MERAH MENUNJUKKAN TIANG BERSAMA
PELAPIKNYA YANG MENGHALA KEATAS!
ANAK-ANAK MANGSA RIBUT. KAKAK BERBAJU MERAH YANG
KELIHATAN MASIH KEBINGUNGAN ADALAH
MANGSA YANG RUMAHNYA RANAP SAMA SEKALI.
SEBAHAGIAN KOS ELEKTRIK DAN AIR BERSIH.
ALAHAI.......
KEROSAKAN BESAR SETIAP KALI KAWASAN
RUMAH DILANDA RIBUT
HANYA MENGALAMI SEDIKIT KEROSAKAN.
SUMBANGAN PERIBADI KEPADA NENEK INI.
***
Kedapatan beberapa rumah yang tak sempat dikunjungi oleh Ketua Bahagian UMNO JERAI tetapi dalam makluman pihak UBJ dan pihak pemberi bantuan(agensi kerajaan berkaitan) harap dapat bersabar untuk dilawati bagi tujuan penilaian terhadap kerosakan.
Tahniah kepada Duke yang pulun sungguh untuk menjadikan pertemuan kali ini sebiah kenyataan dan dengan kehadiran yang amat memberangsangkan. Terimakasih pula kepada blogger Batu Putih(dengan dia kita boleh berssetuju untuk tidak bersetuju) yang membiayai kos penyewaan dewan dan makan minum blogger-blogger yang hadir dengan duit poket sendiri. Semuga Allah membalas kebaikan dengan kebaikan.
Semuga kehadiran yang lebih dapat digapai pada pertemuan yang akan datang InsyaAllah. Dengan acara yang begitu santai membuatkan blogger kecil seperti aku tidaklah berasa janggal sangat untuk merapati blogger-blogger tersohor seperti Akramsyah Sanusi dan lain-lain untuk bertukar pandangan tanpa galangan.
Beberapa perkara dapat aku kutip pada pertemuan malam itu yang menyeret masa sehingga melangkau hari sehinggalah ia tamat pada pukul 2.30pagi. Antaranya ialah kesukaran untuk pemimpin UMNO menukar gaya berpolitik mereka. Kalau sebelum ini aku tidak nampak apa yang perlu mereka kikis dan buang, semalam jelas ada beberapa perkara yang paling jelas yang perlu mereka kikis jika mahu UMNO dipandang semula oleh rakyat. Sikap aku ketua aku raja, aku tahu segala hangpa bodo segala, suka dengar yang lunak benci dengar yang hak, masuk kampung pakai kot, pijak lecah pakai kasut kulit kilat, dekat pilihanraya baru kalut cari orang lumpuh, buta, semekin dikelilin kampung, suka peleceh pendapat orang dan banyak lagi kalau nak aku senarai yang mana jika tidak disental 'daki' ini, baunya akan menyebabkan UMNO terus dijauhi.
Aku pula membangkitkan tentang kesalahan ahli-ahli UMNO sendiri juga menjadi punca pemimpin UMNO jadi kaduk naik junjung. Bila cawangan-cawangan dah memilih dan menobatkan seseorang menjadi Ketua Bahagian, depa jugalah yang menjulang kawan tadi menjadi raja, bukan menjadi pemimpin! Sikap feudalisma yang masih menebal dalam praktik politik ini adalah juga menjadi salah satu pemangkin yang merosakkan pemimpin yang ahli-ahli sendiri yang pilih. Dapat peluang, naiklah tocang! Lalu yang dok tegoq "Boss, boss hebat, boss pandai, boss cerdik, boss betoi, orang lain semua salah lama-lama jadi sebati sehingga apa kesilapan dan kekurangan mereka yang dijulang tu depa jadi takut nak tegur.
Perpaduan? Heh! Sedang retorik ini di alunkan, sesama kita tetap juga 'fragmanted'. Nak nafi tak boleh. Jerai sendiri juga masih begitu. Penat yang nak lagu perpaduan diyanyikan tetapi pasangan yang sepatutnya berduet terus menjarakkan diri, malah dengan sengaja pula menonjolkan sikap tidak mahu berpadu. Cariknya bulu ayam entah bila kan merapat selagi yang kalah terus mendendami yang menang lalu menyeret pihak-pihak lain untuk turut sama dendam-mendendami.
Pandangan yang dilontarkan oleh Batu Putih amatlah menarik perhatian. Ada buah tangan yang baru, ada juga buah yang lama namun tidak dapat dicerna dengan sempurna, ada juga buah tangan yang cuba dihulor tak dapat dijangkau oleh minda.
Akramsyah ternyata seorang figura yang amat contrast pemikirannya. Pandangan politiknya jauh mengatasi skop biasa ahli marhaen UMNO seperti aku. Pengalaman beliau bila digarap dengan santan pengalaman politik ayahndanya menyebabkan aku menjadu 'kulup'. Jeanbara umpama ayam jantan yang bersahut-sahutan dengan Batu Putih dipagi hari tatakala menghuraikan sesuatu isu bersama atas dasar lamanya tali persahabatan mereka. Diakhir-akhir perbincangan santai kami bukannya semakin perlahan rentaknya, malah semakin laju, semakin rancak, semakin ligat. Ayaq dalam jagpun sampai kerin. Kalu tak kerna disentak oleh Wan pusaka Ayahnda yang perlu bergegas balik kePenanti, mungkin kami hanya akan bersurai setelah disergah oleh pengawal keselamatan Hotel Holiday Villa yang kini ditanggung oleh amanah raya.
Namun pada aku ada beberapa cadangan yang baik pada dasarnya untuk dilaksanakan tetapi tidak bolegh dipaksa keatas setiap blogger yang kebanyakannya telah terbiasa dengan iklim bebas tanpa kongkongan. Contohnya seperti 'character assassin' yang menjadi tag kepada sesetengah blogger dalam memburu rating. Pada aku jika semua mahu jadi hero baik, tak mahu jadi sedikit 'Hang Jebat' maka kemungkinan penonton akan muak dengan 'klise' penceritaan. Aku berpandangan sebagai manusia biasa sesekali meninggikan suara, sesekali terlepas kentut dikhalayak, sesekali terbersin ketika makan, sesekali berkahak kedalam longkang atau sesekali makan petai tidak salah. Takkanlah nak pi tengok konsert rock kita perlu pakai kot dan nek tai? Takkanlah nak kena lilit serban atau berkuppeh ketika nak terjun kedalam kolam renang sedang diri bersuit renang!
Analoginya berblog ini pada aku seakan buka kedai makan. Macam aku, aku anggapkan blog aku ni macam kedai makan tepi jalan sahaja kelasnya. Menu yang aku sediakan adalah besesuaian dengan status 'hawker stall' yang aku setkan semasa membina blog ini dahulu. Aku hanya boleh janjikan makanan yang 'murah' tetapi boleh dimakan oleh setiap pengunjung. Aku tak mampu menyediakan makanan 'mahal' bertaraf 5 bintang kerana aku tidak dilatih dalam bidang itu. Tetapi aku tahu bakat aku sampai tang mana.
Lalu jika ada taukey blog yang hidangannya bertaraf 5 bintang tersinggah di blog aku dan terpandang pula apa yang aku hidangkan lalu tidak berkenan dan komplen ttg mutu masakan aku, apa aku nak kata? Takkan aku nak larang depa masuk premis aku! Dan tentunya aku juga teringin nak masuk premis 5 bintang depa untuk melihat menu walaupun tidak menjamah dek mahalnya apa yang mereka 'hidang'kan. Selalunya aku keluar dari premis depa tanpa komplen. Nak komplen apa, mmg depa ada bintang apa! Sebagai kesimpulan yang ada pada aku kalau hangpa nak berhemah dalam blog hangpa - silakan. Kalau hangpa nak bersatira dalam blog hangpa - silakan, kalau hangpa nak kari berapikan blog hangpapun - silakan. Dan mengkalu sesekali perlu ber'character assaassin' terhadap figura yang pantas diperlakukan sedemikian dalam menyampaikan 'message' hangpa maka - silakan. Kerana apa? Kerana itu premis hangpa! Harakahpun apa kurangnya? Apa yang Zunar tak 'characterize' kan TDM dahulu. Apa yang Hadi kata kat Pak Lah Bedawi, bukankah aruah Padil Noor sendiripun pernah menghina Tun berdua! Ada Tun balaih balik secara character assassin? Kalau pak lah tak taulah pulak aku ni. Najibpun hingga sekarang aku tak nampak melakukan perkara berkenaan. Sehinggakan bila di'potray'kan oleh pemimpin pembangkang mengenasi keterlibatan beliau dalam kes altantuya dengan pelbagai cara termasuklah character assassin, aku tak pernah nampak dan dengar dia membalaih yang serupa, sebaliknya memilih untuk bersumpah secara mubahalah ditiga masjid yang berlainan. Semuga rrrrrakyatttt menilai dengan sebaik-baik nilaian.
Apa yang aku nampak keperibadian TDM sudah tentu jauh lebih tinggi dan hebat dari pemimpin pembangkang termasuklah Brader sekoq tu. Yang dok main berbalas pantun dengan pemimpin pembangkang adalah blogger-blogger bertaraf 'hawker stall' macam aku ni. Sebab apa? Kerana taraf mereka sebagai pembangkang hanya setaraf dengan blogger yang macam aku ni. Akai depa sebagai pemimpin pembangkang tak dapatpun menandingi akai blogger 'hawker stall' macam aku ni.
Dan akhir-akhir ini aku memil;ih untuk menulis secara pendak tetapi padat kerana dek kekurangan sementara yang aku sedang hadapi. Alhamdulillah dengan ujian ini. Rupa-rupanya lebih sukar untuk menulis secara padat tetapi tepat dari menulis secara panjanglebar. Dan untuk segmen ini aku terpaksa menulis agak panjang sehingga segala urat dan otot bahu aku menjadi 'asem'.
Dan aku juga tertarik dengan gagasan yang disampaikan oleh sahabat semeja dengan aku yang aku belum dapat recall nama dia yang mengatakan slogan oleh Najib kurang tepat dan sepatutnya diubah kepada "rakyat diutamakan, pencapaian dipentingkan". Dia tentunya ada alasan tersendiri untuk mengatakan demikian.
Yang menjadi kejutan pada aku ialah bila rahsia sebenar kelemahan perhubungan UMNO Negeri dan UMNO Bahagian terungkai pada malam berkenaan bila isu kursus berblog dan internet anjuran mereka tertangguh(batal?) hanya disebabkan dua sebab yang pada aku tidak sepatutunya dijadikan alasan oleh organisasi terbesar lagi tersusun serta berpengalaman luas selama lebih 50tahun memerintah Negara dan Negeri(kecuali penggal ini).
Alasan pertama dan diakui serta diketahui ialah kerana hanya disebabkan lawatan Muhyiddin keLangkawi!
Alasan yang paling mengejutkan aku dan yang paling tak dapat diterima ialah kononnya alasan oleh UMNO bahagian-bahagian bahawa tidak ada calon yang mahu tampil untuk hadir kursus yang hanya berjalan selama 2 1/2 hari itu walaupun yang hanya diminta hadir kursus seramai 2 orang sahaja dari setiap bahagian! Alamak! Rupanya sukar untuk mendapatkan seorang ahli puteri UMNO dan seorang ahli UMNO dibahagian-bahagian sehingga membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menunda sehingga entah bila! UMNO! UMNO!
Isi ini juga kami bincangkan dengan panjang lebar mengenai bagaiman 'eager' nya pihak diseberang sana menguasai alam siber tanpa perlu upah dan kedudukan. hishhhh...
Eh sudahlah tewww.....
**Antara menu yang dihidangkan ialah siakap masak asampedas. Sambil salah seorang kakitangan hotel berkenaan menghidangkan ikan berkenaan diatas meja , aku melagukan, "Siakap senohong, gelama ikan duri". Dan secara sepontan dia membalas,"Bercakap bohong lama-lama jadi menteri". Alamak!!!
Pada hari yang sama(4/07/2009), pada pukul 5 petang, bertempat dirumah bekas ADUN GUAQ, Dato' Razak Hashim yang juga Ketua Cawangan Guar Chempedak telah diadakan satu kenuri kecil-kecilan pesta makan derian anjuran PUTRI UMNO UBJ yang diterajui oleh Che Ton Mat Isa dengan kerjasama UBJ.
Aku tak pasti dan tak kisah tujuan disebalik aktiviti ini, tetapi pada aku ia adalah signal yang menunjukkan Putri UBJ telah berkeputusan untuk kembali berdiri teguh bersama-sama UBJ. Aku harap pergerakan Wanita UBJ juga akan mengambil langkah pembetulan dengan segera untuk kembali bergabung dengan UBJ bagi tujuan menambahkan kememantapan jentera UBJ. Aku nampak masih ada dari kalangan AJK Wanita YBJ yang masih menjauhi UBJ.
Aku menyeru agar langkah yang sama juga diambil oleh Pemuda UBJ dengan segera, kerana tidak dapat dinafikan bahawa Pergerakan Pemuda UBJ bukan sahaja kurang mengadakan aktiviti kepemudaannya, malah bila diadakan pula ujud fragmantasi denganUBJ.
Pertandingan merebut jawatan dalam kepimpinan UBJ telah lama berakhir, sepatutnya setiap pihak yang telah berikrar untuk kembali bertaut sewajarnya menterjemahkan ikrar mereka sebaik sahaja Kepimpinan yang dipilih oleh majoriti cawangan-cawangan dinobatkan.
Hal yang sama juga pernah disentuh oleh aku sebelum ini dan selepas itu disentuh pula dengan lebih pedas oleh medanmas tempursakti dan sekali lagi aku sentuh kerana yang telah lepas semakin jauh meninggalkan kita manakala yang mendatang semakin menghampiri......PRU13!
Page kelmarin telah diadakan mesyuarat mingguan AJK UBJ yang turut dihadiri oleh Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda UBJ. Dimaklumkan mesyuarat kali ini agak panas. Panas sebab apa aku tak tau, mungkinkah pasai ekon rosak? Atau pasai kipaihpun rosak? Atau.......?
Tapi lepaih abeh mesyuarat aku jengok sikit kepala aku kedalam bilik mesyuarat rasa sejuk saja....ekon ok, tak rosakpun.....panaih dan hangat pasai lain lah tu......








Tengahari tadi berlaku satu kemalangan dahsyat. Tetapi lebih dahsyat perangai segelintir orangramai. Jika yang mengangkut gula dari lori yang terbalik tu adalah bukan Islam aku tidak hairan sangat, kerana petang nanti depa boleh tebus dosa dengan mengaku depan tuhan depa, bukan Tuhan kita, tetapi yang dok mengaku Islam tu, takkan dok nak mohon ampun tiap-tiap hari sampai gula berbungkus-bungkus tu habis dimakan?
**Gambaq kurang jelas pasai ambil gambaq guna henpon cina aku yang dakwa kamera dia 8MP.....he he.....ni kes aku lupa bawa kamera digital capayam aku. Lalu yg ada hanyalah kamera cap ayam togel made in cina ....Fuyooo....8MP beb!!!
Aku tahu agak lewat aku mengutarakan tajuk ini. Tetapi ilham yang datang semasa mendengar ucapan penuh tertib dari Dato' Mukhriz dan pidato kari berapi dari Megat Zulkarnain semasa diKg Halban tempohari menyebabkan aku siarkan juga gelodak hati ini.
Hmmm........sungguh mesra pemimpin kedua-dua serambi. Satu mempergunakan Agama dan satu lagi dipergunakan secara bijak oleh bangsa terbijak lagi terhina!
Sungguh bangga mereka bergambar dengan "rabai" dari Sing A Pork.
LKY hanya layak diajak bergambar sahaja dgn NANM yg tinggi ilmunya
melebihi ketinggian ilmu pemimpin Kerajaan Langit.
KUALA LUMPUR: Singapore’s Minister Mentor Lee Kuan Yew has guarded optimism for future cooperation between Singapore and Malaysia, after four days of meetings with top leaders here.
He found the Malaysian Cabinet solidly behind Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s new policy of cooperation with Singapore, he told reporters.
He said he emphasised to Najib that such cooperation must be long term and across the board as massive investments are involved.
“I had to emphasise that it cannot be cooperation today, non-cooperation next year and then back again, backwards and forwards,’ he said here Thursday night.
“No private investor will go into huge projects, which require decades to recoup, unless there’s long-term stability in the policy,” he added.
The two iconic projects proposed for both countries to work on together are the Iskandar Malaysia economic corridor and a third bridge linking Changi to Malaysia’s east coast.
Najib also proposed a north-south highway on the eastern side to Pekan in the state of Pahang, Lee said.
Whatever the joint projects decided upon, Lee said the final balance of outcomes must be fair on both sides.
For example, it would not make sense for Singapore to agree on a third bridge if Johor does not lift its ban on the export of sand to the Republic, in place since 1997, he said.
On outstanding bilateral issues, the Minister Mentor took a firm line, saying ‘there are no long-standing bilateral issues which cannot be resolved.’
He said these outstanding issues involve firm agreements signed by both sides, and there is no cause to either quarrel over them or forget about them.
If differences of interpretation arise, they can be referred to arbitration or adjudication by the International Court of Justice (ICJ), he added.
Lee also called on the media on both sides to play their part to support bilateral cooperation.
Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.
He asked to see her, and Najib made arrangements for them to meet.
Lee said he found Najib and his wife “warm, positive and, more than I had expected to find them - forthcoming.”
“They spoke frankly to me and I spoke frankly in return,” he said.
Lee visited Rosmah at her home in Kuala Lumpur on Wednesday afternoon.
They spoke for an hour over satay and kueh.
They were joined by the three ministers accompanying Lee on his trip - Finance Minister Tharman Shanmugaratnam, Education Minister Ng Eng Hen and Acting Minister for Information, Communications and the Arts Lui Tuck Yew, as well as senior parliamentary secretary Masagos Zulkifli.
Lee and Rosmah exchanged notes on their families.
She expressed interest in Singapore’s Gifted Education Programme and said she hoped there could be cooperation on that front.
Lee also spoke about bilateral cooperation.
He made the same point that he had earlier conveyed to Najib.-- The Straits Times/ Asia News Network
**************************************************************************************
Aku yakin LKY sengaja mengeluarkan kenyataan begitu untuk melihat respon dari rakyat Malaysia untuk kemudiannya dibuat analisis dan kemudiannya menggunakan hasil analisis itu untuk pelbagai maksud kemudian hari.
Komen aku: bukannya aku tak suka dengan Rosmah, tetapi aku kurang selesa dia diberi begitu banyak publisiti seumpama selebriti. Dan jika hendak juga diberi publisiti berlebihan, aku rasa baik sahaja diujudkan satu surat khabar khas untuk menceritakan segala aktiviti beliau sebagai isteri kepada Perdana Menteri, suri rumah tangga hatta ibu kepada anak dan juga keluarga.
Ikhlas...............
Kes kecurian kabel kini kembali bermaharaja lela. Setelah hampir 5 bulan tidak kedengaran kes kecurian kabel tiba-tiba hujung bulan lepas ianya kembali berlaku. Kalau dulu, kabel yang dipasang ditiang yang kerap dipotongcuri, kali ini depa bertindak mencuri kabel bawah tanah pula!.
Modus operandi mereka seperti yang dimaklumkan oleh pihak pekerja kontraktor telekom ialah membahagikan tugas kepada empat peringkat. Iaitu tugas peringkat pertama ialah memotong kabel-kabel tersebut, kemudiannya pada peringkat kedua ialah menarik keluar, seterusnya proses menggulung dan akhirnya barulah diangkut keluar dari tempat yang dicuri. kesemua peringkat-peringkat itu dilakukan oleh empat pasukan yang berbeza. Manakala mereka akan berkumpul pula disatu tempat yang hanya mereka ada aksesnya untuk tujuan menyiat kabel sehingga tinggal wayar. Kemudiannya wayar ini dibakar sehingga salutannya cair dan akhirnya tinggal hanya benang-benang tembaga yang di tekan sehingga membentuk sseperti ketulan ssebelum dijual kepada pembeli besi buruk yang kemudiannya pula meleburkan tembaga berkenaan untuk dijual pula jkepada pihak lain.
BILAKAH episod ini akan berakhir? Atau ianya akan terus berulang? Adakah kerana pihak kawaq labih cerdik dari penguasa? Atau telekom sendiri terlalu berkira2 untuk meningkatkan mutu keselamatan kabel2nya?
Aku difahamkan kabel yang dibekalkan itupun terpaksa direbut oleh kontraktor kerana bekalan semakin meruncing. Bekalan kabel itu terpakda di'kecek' dari setor diTaiping!
Dari perbualan aku dengan depa, sebenarnya bukan tiada peronda dari pihak telekom, ada. Malah kerap mereka tyerserempak dengan penjenayah yang merancang jenayah ini. Mereka sebenarnya sudah sampai keperingkat sendiket, maksudnya mereka bergerak dalam rangkaian. Sebab itulah peronda tidak berani bertindak kerana takutkan keselamatan serta nyawa mereka. Alah... berapa sangat gaji depa berbanding dengan nilai nyawa dan kesihatan diri....jadi mereka buat kerja rondaan sahajalah.....ronda? dah namapun pegawai rondaan...buat kerjalah tu....
Kepada Telekom aku nak cadangkan beberapa perkara. Kalau nak dengaq, dengaqlah....
1. Sistem GPRS boleh dipraktikkan untuk kabel bawah tanah.
2. Kabel dgn arus elektrik yang mampu melumpuhkan sementara penjenayah boleh dipraktikkan untuk 'overhead' dan 'underground cables'.
3. Sistem sensor yang boleh memberi tindakbalas segera (apabila kabel sedang dipotong) serta dihubungkan dengan balai polis yang berdekatan(10 atau 15 km radius)boleh dipraktikkan.
4. Penutup 'manhole' berkunci dimana kunci khas perlu digunakan apabila kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. Manakala setiap manhole mempunyai paten kunci yang berlainan. Tidak seperti manhole TNB dan JBA yang kuncinya standard serta senang di 'dua'kan.
Manakala kepada orang awam, mereka harus peka dengan gerakan yang mencurigakan kerana setiap keosakan kabel, pekerjs2 kontrktor akan diselia oleh kakitangan Telekom(juruteknik). Jika tiada langsung kelibat juruteknik telekom ini, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
*************************************************************************************
Aku sebernarnya merancang2 nak tulis pasal durian(telekom) dan timun(pengguna), tetapi rupa-rupanya telekom juga boleh ditimunkan oleh kawaq kabel!!!!
Sengaja aku utarakan satu teka-teki untuk mengendurkan ketegangan perasaan kerana tidak dapat mengaktifkan blog ini buat beberapa hari kerana tidak dapat mengakses internet dari premis aku. Begini
Bola sepak - bulat
Bola raga - berlubang
Bola ragbi - lonjong
Tetapi bola apa yang lepeaq(leper)?
Beberapa hari ni aku tidak dapat meng'update' blog aku kerana kabel tipon bawah tanah telah di'khatan'kan diujung sana dan ujung sini. Sekarang para pakar sedang berusaha untuk menyambung semula bahagian yang sengaja diputuskan (oleh BINATANG BUAS yang tidak kisah kesusahan orang lain menggunakan) bilik bedah bergerak. hisshhh....banyak benda yang aku ketinggalan
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL



