• Home
  • DSNTR
  • TDM
  • KEDAH TIMES
  • KCD
  • MyKMU.NET
  • DETGUAQ

PELANTAQ HUJAH

  • Subscribe to News
  • Subscribe to Comments
  • IBSBINA
  • Dato' Bashah
  • MUKHRIZ
  • DETGUAQ
  • PARENT TITLE

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

Follow this blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

FLIP FLOP KLUK KLEK KLAK KLUK

Nampaknya musim ini adalah musim pemimpin-pemimpin politik dipihak pembangkang terikut-ikut dengan pemimpin paling tinggi yang bakal melorot turun dari jawatannya(semuga Allah memakbulkan) dalam masa yang telah di'fardu'kan olehnya sendiri, iaitu bakal mantan Presiden UMNO merangkap bakal mantan Pengerusi BN dan bakal mantan pm yang telah pm.

Rentak klek kluk(menantu) flip flop(babah) kluk klek(anaku sazali) ini sekarang telah menjadi harmoni dan sebati dikalangan pembangkang pula. Ilmu ini telah dapat dijiwai dengan sepenuhnya oleh mereka ini terutamanya bung 'mata lebam'. Yang lain-lain tu pun dah mula dapat menyerap ajaran imam hadhari ini.....
Lihat nuat, lihat kapal sink, lihat edi bawang, lihat nick jeez, lihat nijar, lihat ngehnga, lihat lihat lihat......

FULL STORY
0 comments

Apa yang kita dapat selepas PRU12???

Ini sebahagaian dari tajuk yang aku CnP dari satu blog yang tajuk penuhnya ialah:

"Malaysiakini~Apa yang kita dapat selepas PRU12 - Melayu Bodoh , India naik kepala , Cina naik tocang"

He he he.........

Cuba kita renung balik jalan-jalan yang dah kita lalui semenjak Tun melepaskan jawatannya tanpa syarat-syarat. Dan jalan-jalan inilah yang kta harungi sekarang. Jalan berliku penuh ranjau, penuh duri penuh onak. Jika kita berundur kebelakang sedikit jalanan ini yang telah kita lalui sebelum 2003, apakah bentuknya jalanan itu? Bukankah ianya jalan yang tenang, jalan yang nampak jelas matlamatnya, jalan yang selamat, jalan yang semua rakyat Malaysia yang waras hasratkan?

Setelah jalan yang sebigini baik dirintis oleh pencipta jalan berkenaan, lalu dismabung pula pembuatan jalan berkenaan oleh pokoloh, bermulalah episod tikus membaiki labu. Tikus semakin kurus, labu semakin hancur....akhirnya tikus mampus dan labu binasa!!!

Tidak usahlah menulis panjang-panjang menyalahkan nuatLAH, kepalLAH, kidsinghLAH, terasacockLAH, nikajisLAH, edibawangLAH, bla bla bla.......LAH!!!

Kalau tanya pada akuLAH......kalau akuLAH.......oranglain aku tak tau, tapi kalau hangpa setuju hangpa just kata yes saja kat 'post comment' aku tu......

Kesalahan ini sebenarnya sememangnya salah
pokloh yang telah dikawal minda dan pergerakan politiknya oleh menantunya kj.

Itulah yang sebenarnya menajdi penyebab terbesar terhadap kemelut yang melanda Malaysia yang tak pernah aku terbayangkan sebelum ini. Jadi sebelum menjadi lebih parah, pokloh wajib berundur dan kj wajib menyisih dari UMNO Pusat.

Walaupun blogger penjilat kj cuba mengalihkan isu ini dengan menjadikan pihak lain penyebabnya, janganlah kita lupa hakikat sebenarnya penyebab yang paling utama.

LIABILTI tetap LIABILITI

FULL STORY
0 comments

LU MANA MAU PIGI????

Jumaat Februari 6, 2009
Karpal mahu saman Sultan, Nizar kata tidak tahu

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

PENGERUSI DAP, Karpal Singh menunjukkan kenyataan berhubung saman yang akan difailkan terhadap Sultan Perak, Selasa ini --fotoTHESTAR oleh LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Beliau berkata Sultan Perak telah bertindak di luar bidang kuasanya dalam mengenepikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Nizar.

Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Pejabat Sultan Perak mengeluarkan kenyataan pada 2.15 petang semalam yang menyatakan bahawa Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong BN.

Menurut Karpal dalam satu sidang media di sini, hari ini, Nizar akan memfailkan saman terhadap Sultan dan kerajaan negeri yang baru di Mahkamah Tinggi Ipoh, Selasa ini jika BN mengambil alih kuasa.

Karpal berkata, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya.

Karpal berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undangundang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undangundang tertinggi di negeri itu.

**************************************************************************************

Aku memang yakin dari awal lagi bahawa Nizar jika atas kapasiti individu tidak akan sekali-kali menyaman, bukan sahaja menyaman, menyebut perkataan samanpun tidak mungkin terukir dibibirnya, tetapi kerana naif dalam bidang perundangan beliau telah diletakkan dalam keadan paling genting dan merbahaya!!!! Aku katakan begitu kerana sebagai bangsa Melayu Nizar tentu faham bahawa dibawah duli Tuanku Sultan Perak berjuta rakyatnya menjunjung beliau. Hanya kerana hendak kekal berkuasa(Nizar atau Kepal?), jika itulah pilihan yangbakal Nizar buat, maka jika pappun keputusannya kemanakah arah kehidupan beliau selepas ini jika benar-benar dia seberani itu bertindak??? Depa tak apa, kerana kaum puak depa dah bertaburan dipelosok dunia seperti London, Amerika Syarikat, Ostolia, Nu zilan dan tanah asal tok nenek depa.....Mike tu nok kemane??? Boleh ke mike dudok aman jika kerana kuasa politik mike nak saman Yang diKasihi Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak??? Hissshhh....bior ler setakat ini saje kobodohan kamu yang di'remote' oleh NGEHNGA. Ghentikanler..... Deme tu pun kalau apa-apa hal boleh blah ke negara-negara luar kerana suku sakat deme tu dah tersibar kepelusuk donia.....

NIZARRRRR..........UDAH-UDAH LE TU.......

Nanti orang bertepuk tangan, kita seorang menepuk dahi

FULL STORY
2 comments

NIZAR SUDAH MELAMPAU???

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

06/02/2009 12:51pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

**************************************************************************************

Mula-mula mohon derhaka, la ni dah nak saman pula.....kalau kalah yeop oiii...kamu nak dok dimana??? Dah habeh pikio mase depan ke yeop? Jangan jadi kuda tunggangan orang ler yeop oii....kamu tu Melayu, Sultan tupun Melayu, yang nak jadi peguam kamu tu sape??? Karpal Singh ke? Orang Perak dah tau kamu tu dok jadi lembu kene cucok idung dengan NGEHNGA aje....... Sekarang ni deme nak humban kamu sorang-sorang dalam kandang ghimau....mampuih le kamu sorang-sorang....nanti deme boleh cuci tangan.....

FULL STORY
5 comments

PERAK DAN KERAJAANNYA

Seperti kita maklum, Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN dan menitahkan pihak PR menyerahkan pentadbiran negeri Perak kepada pakatan BN. Aku rasa sebagai pengamal undang-undang dan bekas Hakim Besar Malaya, maka pihak PR sewajarnya akur dengan titah berkenaan.

Namun apa yang menarik hati aku ialah komen ringkas tapi padat lagi bernas dari Negarawan Malaysia iaitu Yang Sentiasa diHormati ayahnda Tun Dr Mahathir Mohammed dalam blog beliau hari ini.

Perenggan dibawah boleh jadi lucu kepada orang seperti aku, tetapi bagi Brother Anwar Bin Ibrahim jika dia normal sepatutnya sudah tentu berasa malu dan menyesal kerana terpaksa membelit sendiri kata-katanya, umpama meludah KAHAK kelangit sambil meNGANGEH mulut untk menelan kemnbali KAHAKnya....QHYEEEYAAQQQ THUIHHHH!!!

FULL STORY
1 comments

SULTAN RESTUI?

Petikan dari Malaysiakini:

Sultan agree to 'unity' gov't led by BN?
Feb 5, 09 10:25am
There is an indication that Sultan Azlan Shah will allow Barisan Nasional to form a state government with the participation of three independents.

It is learnt that the sultan met with the four defectors at Istana Kinta this morning.
Perak Umno meeting at noon
Pakatan goes to court

Kita tunggu kenyataan rasmi dari Istana Kinta

FULL STORY
0 comments

AKU SETUJU!!!

Bila membaca blog ini, aku setuju dengan penulisnya 100%. Pokloh jangan dok gatai nak(takes credit) ngaku pula.

Lagi sekali kau nak ulang ayat power blogger tersebut:

Pak Lah! Please just STAY OUT, we have had enough of you.

FULL STORY
0 comments

SIAPA BAKAL MENTERI BESAR PERAK

Kini yang menjadi teka-teki jika BN berjaya menubuhkan kerajaan baru ialah siapa yang bakal menjadi Kepala Negeri yang baru hasil perkenan Sultan Perak?

Aku suka memetik satu blog yang membuat komennya mengenai situasi diPerak. Blogger ini berharap agar pokloh tidak masuk campur pada kali ini kerana beliau sudahpun membuaty kenyataan untuk bersara sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.

Dan yang ironisnya tentang sikap tergesa-gesa pokloh sehingga menyebabkan perancangan strategis DSN tergendala.....sudah-sudahlah tu poklohh.....pegilah bercuti kat ostolia nu...

FULL STORY
2 comments

KEDAH BAGAIMANA?

Setelah apa yang berlaku diPerak, apakah ianya akan berjangkit kenegeri-negeri lain dibawah pemerintahan pembangkang? Aku dengar diKedah juga ada berlaku kegoncangan, namun sekuat mana goncangan itu belum aku pasti, namun tidak dapat aku nafikan bahawa hati aku kini berdebar-debar menunggu apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Hanya Allah yang tahu perkara yang Ghaib......AllahAlGhoib.....

FULL STORY
1 comments

BN bentuk kerajaan baru di Perak?


BN bentuk kerajaan baru di Perak

04/02/2009 5:19pm

PUTRAJAYA 4 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu. - Utusan

**************************************************************************************

Berita diatas aku baru petik dari Utusan Malaysia.

FULL STORY
2 comments

MB Perak umum bubar DUN serta-merta



Petikan dari Utusan Malaysia

04/02/2009 4:00pm

IPOH 4 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda. - Bernama

**************************************************************************************

Diharap UMNO dan BN berhati-hati pilih calon. Biar Najib urus sepenuhnya pilihanraya ini dan pokloh jangan cuba-cuba tunjuk jaguh, pi ambil cuti. Pi berehat kat ostolia nu!

FULL STORY
0 comments

MEMANGPUN SEMUA NYA KERANA KJ?!?!?!

Hari ini aku lihat tajuk mengenai KJ yang dah masuk siri ke2...ketinggalan juga rupanya aku nih!!!

Aku nak petik kedua-dua artikel berkenaan yang kedua-duanya disiarkan oleh malaysiakini. Aku tak tau tujuan sebenar kenapa malayiakini siarkannya, tetapi ada perkara-perkara yang ditimbulkan sengaja dibuat sebegitu rupa agar timbul simpati kepada kj. Tak sepatutnya kj diberi simpati jika mahu melihat UMNO kembali kepada landasan asal perjuangan UMNO. Mengapa majoriti ahli UMNO kena menggadaikan masa depan UMNO hanya kerana seorang yang terang-terang menjadi liabiliti kepada masa depan UMNO??? Awat????? tanpa kj masa depan UMNO gelap dan hancur atau jika ada dia "SAHIH MASA DEPAN UMNO AKAN BERTAMBAH CEMERLANG"?!?!?! Kalau tanya aku yang hanyalah marhien UMNO ni, jawapan aku ialah umpamanya beginilah......kumbang bukan seekor.....hindari sahaja dari kumbang itu jika kumbang itu adalah KUMBANG JAHANAM.......kumbang durjana!!!!

Dan kesimpulan dari senarai soalan-soalan berkenaan menunjukkan betapa tingginya tahap kebencian majoriti marhien UMNO, golongan tidak berparti dan ahli-ahli biasa dalam parti pembangkang....pemimpin-pemimpin aku tak taulah....

Wednesday, February 4, 2009

Semuanya Khairy Jamaluddin [2] - Malaysiakini

Isu: Banjir di Johor
Orang Kata: Ini sebab KJ dah sapu projek saliran kat sana

Isu: minyak naik
Orang Kata: KJ saja nak tengok orang susah bayar minyak mahai. Dia ada beli Shell ni… Mesti punya.

Isu: Ada Multinational companies yang baru nak invest ke Malaysia
Orang Kata: Sure KJ masyukkk ni

Isu: Caj faedah kredit kad tinggi
Orang Kata: KJ bisik kat CEO bank-bank lah suruh buat macam tu

Isu: Lebuh Raya jammed masa balik dari cuti raya
Orang Kata: Highway ni KJ yang punya, sure dia untung banyak ni

Isu: Tempat nak main futsal semuanya nak fully-booked
Orang Kata: Aku tau lah KJ ni suka main futsal, tapi tak kan tempat ni pun dia nak booked jugak… heyyyy tension aku

Isu: Harga barang naik
Orang Kata: Mesti KJ ada buat kilang tepong, beras, gula, susu… Mungkin KJ pun ada syarikat tangkap ikan tu sebab harga ikan pun mahal.

Isu: KJ berdebat kat TV
Orang Kata: Dia memang hebat…

Isu: Tayar kereta kena curi
Orang Kata: Alamak, KJ nak buat bisnes jual tayar terpakai ke ni?

Isu: Orang kutuk KJ
Orang Kata: Aku tumpang sekaki jer… betoi ke tidoq aku tak tahu

Isu: Ubat gigi habis
Orang Kata: KJ oh KJ kenapa ko guna Colgate aku

Isu: Line internet terputus-putus
Orang Kata: Amboi… tengah berkempen pun KJ sempat menyempat lagi berinternet. Habish slow line aku.

TAK KAN SEMUANYA KJ? ALAHAI ALAHAI…
Posted by Hang Tegar at 10:24 AM 0 comments

Tuesday, February 3, 2009

Semuanya Khairy Jamaluddin? - Malaysiakini

Isu: BN tak performed masa PRU 12
Orang Kata: Ohhh itu KJ punya pasai la

Isu: BN tak menang di Permatang Pauh and Kuala Terengganu
Orang Kata: Itu semua sebab KJ

Isu: Sime Darby nak beli IJN dan AirAsia’s Labu
Orang Kata: Mesti KJ ada role punya…

Isu: Jalan kat Taman Maluri Cheras berlubang
Orang Kata: Ini KJ lah yang buat ni, mesti punya

Isu: Jatuh longkang sebab tersepak batu
Orang Kata: Apa ke heiii nye KJ pi letak batu kat tempat aku jalan ni.

Isu: Orang UMNO kena soal siasat oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia
Orang Kata: Ini sure KJ yang repot ni…

Isu: Pokok tumbang di Jalan Selangor, Petaling Jaya
Orang Kata: Apa pasai KJ tak kasi potong itu pokok

Isu: Lambat dapat gaji
Orang Kata: Ni yang aku bengang kat KJ ni

Isu: Jalan sesak nak pergi pejabat
Orang Kata: KJ lah yang tak buat planning betul pasal jalan ni

Isu: Line telephone kena potong
Orang Kata: Ini mesti KJ ada share dalam mobile phone company ni

Isu: Surat khabar habis
Orang Kata: KJ dah beli semua newspaper hari ni…

SEMUANYA KJ KER?
###################################

Dan kalau hangpa tanya lagi kat aku apa patut dia buat dan korbankan untuk ahli-ahli UMNO keseluruhannya? Jawapan ini adalah kata-kata beliau sendiri yang beliau ucapkan dan tujukan kepada NEGARAWAN Negara yang masih Allah berikan penghidupan bagi melihat bagaimana Allah akan membalas keceluparan mulut seorang anak muda yang sanggup dicium tangannya dikhalayak ramai oleh seorang menteri kanan yang memegang kementerian yang melambangkan keilmuan yang tinggi.....inilah petikannya yang pernah aku CnP dalam artikel aku yang terdahulu:

Artikel majalah ‘The Economist’ tulisan Chris Lockwood bertajuk "The Changing of the Guard: A Survey of Malaysia" terbitan 5 April 2003 menjolok sarang tebuan meminta Mahathir supaya meletak jawatan. Menurut Khairy, dalam artikel majalah itu, "Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh Mahathir setelah menjadi pemimpin Malaysia selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Jadi aku nak kata kat kj bahawa "
"Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh kj setelah menjadi liabiliti terbesar kepadaUMNO selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Dan kalau dilihat dari senarai persoalan diatas, menunjukkan betapa negatifnya tanggapan majoriti rakyat Malaysia baik dari kebanyakan ahli-ahli UMNO, mereka yang tidak berparti apatah lagi ahli-ahli dari parti pembangkang......

Dan tahukah anda bahawa kj sebenarnya telah menghina ahli-ahli marhien UMNO, ahli-ahli akar umbi UMNO, undi-undi dari floor sebenarnya nilanya 'YEEEIIILLLEEEKKK'. Itu kata kj.

Dia kata kepada para perwakilan dalam satu pertemuan bahawa selepas selesai pengundian diperingkat bahagian, selepas selesai pemilihan KPB, NKPB dan G2, keadaan adalah menjadi 0-0(kosong - kosong) iaitu KPB,NKB dan G2 tidak wajib tertakluk kepada apa yang telah 'floor' capai/putuskan. Lalu dengan halus dia memainkan kata-kata manis penuh berhelah melalui sms yang kerap dihantar kepada KPB, NKPB dan G2 untuk memilih beliau . Tetiba sahaja G2 menjadi kumpulan 'setiakawan' beliau. Mungkinlah beberapa KPB ada beliau kenali begitu juga NKPB, tetapi apahalnya dengan kebanyakan G2, adakah beliau kenali yang tewtiba sikj ni menjadi kawan yang setia? Setia yang macam mana? Setia kat kawan pasai gila nak jadi Ketua Pemuda saja kot? Dan jika KPB, NKPB serta G2 nak turut serta menyumbangkan kepada kemusnahan UMNO dek disebabkan kebencian dari kebanyakan ahli UMNO, mereka tidak berparti dan ahli parti pembangkang kepada LIABILITI Terbesar UMNO ini pilihlah SETIA KAT WANG kj ni..... Khianatlah kepada perwakilan dibahagian yang secara tulinnya mewakili ahli-ahli biasa pemuda-pemuda dari cawangan-cawangan.....dan lihatlah nanti kesannya.

FULL STORY
0 comments

PAU SIRI 2

Setelah menyentuh berkenaan calon Presiden dan Timbalan Presiden, kini saya ingin pula membuat seruan yang sama kepada calon Naib Presiden. Seruan suara hati akar umbi yang mahukan UMNO benar-benar mengubah halunnya kembali kepada landasan asal kenapa ia ditubuhkan dahulu selain dari menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Jika dilihat dalam senarai calon dibawah:

BERIKUT ADALAH SENARAI CALON JAWATAN TERTINGGI MAJLIS TERTINNGI UMNO:

JAWATAN

NAMA CALON

JUMLAH PENCAL ONAN

Presiden

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

184

Tengku Razaleigh Hamzah

1




Timbalan

Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin

91

Datuk Seri Mohd Ali Rustam

46

Tan Sri Muhammad Muhd Taib

46

Datuk Shahrir Abdul Samad

1




Naib

Presiden

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

151

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

106

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

81

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

72

Datuk Seri Syed Hamid Albar

70

Tan Sri Mohd Isa Samad

27

Datuk S eri DrJamaluddin Jarjis

26

Datuk Seri Dr Mohd Rais Yatim

26

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

16


maka bertambah runsinglah hati dan akal aku. Kedudukan mereka-mereka yang mempunyai sejarah hitam dan hampir tidak boleh dimaafkan olrh marhien UMNO bersarang dikedudukan-kedudukan yang terpenting.

1. Secara peribadi isu keris oleh Hishamuddin benar-benar meranapkan semangat aku. Sudah habiskah ilham untuk menyatakan kedudukan sebenar kenapa perlakuan mencium keris sebagai adat dan budaya Melayu dipelbagai istiadat? Pada aku budaya mencium keris oleh orang Melayu adalah sebagai perlambangan menjunjung taat kepada negara, menjunjung kasih kepada Raja-raja Melayu, menjunjung hormat kepada warga.... tetapi kenapa baru sahaja diasak dengan soalan provokasi, kelancaran lidah menjadi kelu dan otak menjadi beku? Semuga Hisham lebih tegas bila perlu bertegas, gegas bila perlu bergegas. Namun kerana perwakilan dibahagian sudah memilih beliau untuk duduk diatas, maka itulah pilihan ahli. jangan pula nanti Presiden parti dituding padahal kita sendiri yang menelunjuk.

2. Entah apa petunjuk, entah apa isyarat, entah apa 'WOW'nya maka Zahid pula duduk dikedua. Betulkah Zahid benar-benar disuka, atau kabur ketika berjaga sehingga dapatbeliau ditempat kedua sedangkan kesahnya mengundang celaka, akibat tindakan yang amat tak diduga, Amir Bazli menjadi badinya.......

3. Shafie Afdal kukira calon yang selayaknya, tempat terbaik patut yang pertama, membawa angintimur penuh segaria Bayunya kelak mengharum negara.....

4. Yang lain tu aku malaih nak berkias, sebut sahaja nama ramai yang mencemik sorang tu punyalah hormat kat orang muda, sanggup dicium tangan sijejaka....

Walaupun malas nak berkias, sedap pula dijadi penghias agar pembaca sama berbahas bagi memerah putusan yang jelas.....

5. Yang ini pula dibahagiannyapun teruk berkocak, sehingga cawangan terus bergolak walau bilangan cukup secekak tetapi dipusat punyalah lagak, seolah-olah kuat tertegak....

6. Dulu terhebat undi terbanyak, belum selesa sudah dihenyak kini kembali untuk melanyak, malangnya undi yang ada tak cukup minyak.

7. Dek kerana tangannya yang gatal, membuat marhien menjadi bebal,mungkin payah untuk ditabal, lebih baik jangan digubal, berundur selangkah sebagai kebal, tentu dikenang sebagai handal.

8. Lambat diumum kehendak hati, demi menunjuk dirinya suci, orang lama pengalaman berkati, kedudukannya pula menjadi guli, belum tentu kemana pergi..... Secara peribadi ku mahu yang ini....

9. Blogger zaharin suruh waspada, takut tersilap takut terlupa bahawa sidiri tak pernah berdosa diatas kertas dia terbela diAlam Saat Allah penentunya....

He he he...Kalau ikutkan aku aku pilih Shapie Afdal, Rais Yatim dan Hishamudin(kurenggg...). Itu sajo pilihan yang ado......habeh tu nak buek camno......


FULL STORY
0 comments

GENERASI UMNO V4.0

CnP dari IPOHMALAY.

Ahad, 2009 Februari 01

Nasib UMNO Di Tangan UMNO Versi 4.0

Usailah sudah permainan 'dituduh UMNO' ke atas penulis. Penulis yang menyertai UMNO semalam menganggap, itulah apa yang Pakatan Rakyat dapat atas keengganan untuk bersatu. Hilangnya satu nama untuk dijadikan ahli. Sudah tentu UMNO hari ini tidak sama dengan UMNO 1946. Nenek penulis yang mengandungkan ibu penulis sanggup berjalan kaki dari Tasek Gelugor ke Butterworth pada tahun 1946 untuk bersama umat Melayu lain, menentang pemansuhan Melayu Islam sebagai tunggak Malaya tanpa dibayar.

UMNO selepas ini, bermula dengan versi 4.0 mempunyai perisian untuk terpanggang nasionalismanya tanpa dibayar. Ahli UMNO pasca versi 4.0 dibekalkan dengan perisian antivirus politik wang. Ahli UMNO pasca versi 4.0 telah dibekalkan 'patch' yang diaktifkan sebaik saja dimuat turun untuk melontar idea dalam mengekstrak sahsiah alif ba ta dari kesundalan wang ringgit. Ahli UMNO pasca versi 4.0 tidak mencari populariti, tetapi populariti akan datang mencari mereka setelah mereka berani bertindak memilih UMNO ketika UMNO langsung tidak lagi popular.

Ahli UMNO versi 4.0 dan keatas adalah kalangan ahli yang menggunakan ICT untuk berjuang secara bijak dan sabar, bukan sahaja dengan musuh luar yang nyata, tetapi juga musuh dalam selimut. 4.0 diambil sempena pelancaran Daftar Ahli UMNO secara online yang bermula dikalangan nombor pendaftaran atas 4 juta. Pendaftaran ini adalah usaha ulung pemanfaatan ICT sejak ia mula digunapakai 10 tahun lalu. Ada sebab mengapa 'peranti' ini lambat untuk berada di pasaran.

Golongan ini bertindak untuk bersama dengan UMNO di saat UMNO diserang demam 'cikugunya'. Golongan ini berazam untuk menjadi antibiotik yang akan 'menghapus' virus dari dalam. Golongan ini lebih pandai kerana mereka tahu UMNO adalah platform paling sistematik, berpelembagaan, demokratik, dan paling ideal ciptaan rakyat tetapi hari ini dikendalikan oleh tangan-tangan yang salah dengan terikut-ikut pertimbangan yang assabiah kumpulan politik Islam berbaur Syiah yang diilhamkan British melalui Tunku berdasarkan pengalaman British di negara taklukannya di Timur Tengah.

UMNO tertubuh pada 11 Mei 1946 berjaya menyatukan semua ras Melayu. Siam, Kedah, Banjar, Perak, Rawa, Minangkabau, Jawa, Mendeleng, Bugis, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan melalui masjid-masjid, kaum Cina terasimilasi dan Tamil Muslim. UMNO juga 44 tahun kemudian, menyatukan semua bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah.

PAS tertubuh kerana saranan Tunku Abdul Rahman yang menyokong ulama di dalam UMNO dikeluarkan. Ini membolehkan Tunku menunggang UMNO mengikut haluannya sendiri. Penulis jarang mengagungkan PM Malaysia pertama atas banyak sebab. Tetapi itu jalan yang ditentukan Allah dan orang yang telah tiada, hanya Allah yang menguruskannya.

Hari ini, PAS sangat menganggap keislaman mereka paling menepati kehendak agama sedangkan mereka sendiri sebenarnya masih menduga-duga. Menduga-duga adalah sifat manusia yang ada diterangkan dalam Al-Quran. Mereka juga menuduh, punca orang bukan Islam fobia kepada Islam adalah kerana UMNO.

Tetapi apabila mereka bersekongkol dengan puak sekularis di mana mereka hanya mewakili kurang 30% dari perikatan sekular ini, mereka membuatkan Islam lebih 'vurnerable' untuk dijadikan bahan momokan setelah berjaya meraih undi bukan Islam termasuk golongan atheist. Adakah kali ini, salah UMNO juga sedangkan bukan Islam berada bersama PAS dan logik bagi keadaan ini ialah, Islam akan lebih difahami, bukannya diuji ganggu. Tetapi keadaan berlaku sebaliknya. Penulis tidak menuduh PAS adalah parti gagal. PAS yang meletakkan parti tersebut dalam kegagalan moral dan kredibiliti.

Jangan berbangga jika berjaya memerintah negeri yang diwarisi kerana negeri Sabah pernah diperintah oleh hanya sebuah syarikat perniagaan Amerika yang membina sebuah negara yang belum ada. Maksud penulis ialah, jika seorang individu yang berkelayakan, berpengetahuan, bijak, adil, dan berkarisma diberi mandat memerintah sesebuah negeri, nescaya beliau berjaya mengurus pemerintahannya tanpa memerlukan sebuah kabinet negeri.

Penulis pernah bercita-cita untuk membentuk dan mengepalai KeADILan cawangan Taman Perpaduan pada tahun 1998 walaupun Taman Perpaduan terkenal sebagai antara kubu UMNO Bahagian Tambun. Tetapi ilham kebenaran pantas tiba dan pada tahun 1999, penulis membantu jentera UMNO Cawangan walaupun bukan berstatus ahli dan mempromosi kempen undilah BN di internet.

Sebab utama ialah, penulis perlu menanti kebenaran hakiki, punca dan sebab, jangkamasa pendek dan panjang, mengapakah Anwar disingkir. Hakikatnya, sesuatu konsiprasi dirancang untuk sesebuah kejayaan diluar kesedaran umum. Jika USA faham dan merestui konspirasi Yahudi, USA tentu faham semua bentuk konspirasi dalam dunia ini. Tetapi, konspirasi menyingkirkan Anwar menggegar pelobi Yahudi USA. Mereka kokok bersahut-sahutan. Niat memiliki pemimpin Islam di sebuah rantau penting yakni Selat Melaka yang pro-Yahudi kini tertunda. Selepas 10 tahun, ketika PKR semakin 'kuat' (diperkuatkan oleh Melayu kecewa, yang membelot i.e. antara sifat Melayu dalam mengintai peluang ), penulis dapat melihat natijah dari tari menari di pentas Yahudi yang sedang dipersembahkan oleh Pakatan Rakyat. Islam akan disinggung ke tepi.

Sepanjang 10 tahun, pakatan pembangkang tidak pernah bertindak sebagai pemangkin pembangunan ekonomi yang menjana kemakmuran dan membolehkan seseorang Melayu memandu Honda City baru walaupun dia menyokong PR dan menyebut, kerajaan tidak berikan mereka apa-apa melainkan usaha sendiri belaka.

Tapi Melayu ini lupa bahawa siapa yang berhempas pulas membentuk asas kestabilan ekonomi yang membolehkan perniagaan mereka makmur? Selepas semakin berkuasa, pernahkah Pakatan Rakyat bersidang membincangkan 'strategi boneka' mereka dalam menangani krisis ekonomi mendatang? Bukankah mereka sebelum ini berjaya menghasilkan 'kabinet boneka' dan 'MB boneka'?

Meletakkan Pakatan Rakyat memimpin perbendaharaan negara adalah bencana. Manifesto Camry pengganti V6 tidak pernah ada sebelum PRU12. Mereka mendabik dada dengan pelaburan asing dalam negeri yang dipimpin mereka sedangkan peluang tersebut diintai dari zaman sebelum mereka memerintah lagi. Hanya ketenteraman dan iklim ekonomi negara ini dengan jaminan-jaminan Kerajaan Pusat yang membuatkan mereka singgah.

Jika diikutkan, negeri yang diperintah PR tidaklah sehebat mana. Kemakmuran dan kemajuan hanya datang dari tindakan kerajaan negeri menghabiskan peruntukan yang ada sementara mengintai kenaikan cukai. Andai kata berlaku kemelesetan ekonomi paling buruk, negeri-negeri pentadbiran PR akan hilang momentum terlebih dahulu kerana ianya antara negeri-negeri paling ramai penduduk.

Pada saat ini, kajilah belanja urus mereka yang tidak beserta 'projection' atas ramalan iklim ekonomi dan lihatlah mereka membidas kerajaan Pusat sekiranya kerajaan Pusat tidak 'memohon bantuan Petronas' untuk membantu mereka. Itulah cara yang mereka nampak kerana kerajaan Pusat pastilah ada menjaga pulangan dalam Kumpulan Wang Disatukan kerana ianya hasil dari duit rakyat yang diamanahkan. Tetapi keuntungan pelaburan seperti mana yang diharapkan di saat kegawatan ekonomi yang akan diciptakan Barat selepas ini ke arah tekanan ekonomi ke atas golongan makan gaji dan 'petty traders' seluruh dunia.

Mana moral mereka jika mereka dulu pernah menjadikan pelaburan KWSP sebagai isu sekiranya mereka akan kemudian menyebut, wang rakyat untuk rakyat, kerajaan perlu membantu negeri Pakatan Rakyat yang telah mengkekah perbendaharaan negeri sesama mereka dengan kerelaan rakyatnya sendiri! Pakatan Rakyat hanya menggunakan perkataan rakyat. Bukan perkataan rakyat itu datangnya dari 'pakatan rakyat'. Seekor lembu yang memakai baju kurung tidak akan disebut gadis Melayu.

Satu dekad memerhati, menterjemahkan kepada penulis bahawa politik Pakatan Rakyat ialah mencari keadilan dengan cara provokasi dan menyebar rasa benci. Bukan Islam dalam Pakatan Rakyat pula jelas menganggap orang Islam sama sahaja tanpa melihat Melayu itu PKR, PAS atau UMNO. Kesepakatan mereka bersama orang Islam Pakatan Rakyat hanyalah semata-mata untuk kepentingan sendiri yang mudah diraih dengan izin walaupun dilihat membelakangi prinsip kenegaraan sejagat dalam mengangkat nilai budaya dan agama paling dominan berdasarkan demografi penduduk. USA sekalipun dihuni oleh sebahagian besar rakyat yang mahukan negara tersebut dipimpin oleh nilai-nilai Kristian.

Di Malaysia, nilai-nilai tersebut cuba dibunuh oleh ahli politik pro-sekularisme totok bukan Islam dengan pertolongan tangan-tangan orang Islam PAS dan PKR. Malangnya itu lebih baik pada anggapan mereka dalam PAS dan PKR demi kebencian yang membuak terhadap saudara sebangsa seagama di haluan kanan.

Jelas, dengan menyertai Pakatan Rakyat, penulis akan terikut bersubahat untuk menyamaratakan hak beragama di bumi yang telah lebih 500 tahun dikenali sebagai dunia orang-orang Islam, dan bersama menggalakkan pembesaran kuil-kuil Hindu dan gereja. Kesamarataan atau liberalisasi tanpa mengikut had berdasarkan demografi itu mencela kuasa mengundi orang Islam di negara ini. Ia seumpama meratakan sebuah lembah ciptaan Allah yang berbukit bukau di mana kesan ekologi pasti mengambil tempat.

Pakatan Rakyat tidak mungkin mencipta kemakmuran. Dalam pakatan tersebut, bertolong-tolongan hanyalah untuk perkara kejahatan. Perkara yang berlandaskan benci, riak, ujub dan takbur. Fitnah, celaan, hinaan melalui lukisan, tulisan dan lisan, serta memburu berita sensasi yang tidak diketahui kebenarannya, menyebarkan di rumah-rumah Allah, di kedai-kedai kopi dan bersubahat dalam umpat dan fitnah hanya datang dari orang-orang Islam di Pakatan Rakyat. Inilah 'sifat terpuji' ala akhir zaman.

Tetapi, sudut positif perbuatan menempah neraka ini ialah, mereka mampu membantu ahli UMNO pasca versi 4.0 untuk mengambil posisi apabila pemimpin UMNO sedia ada bakal menyedari bahawa mereka tidak relevan lagi. Ini kerana tiada orang Melayu yang mukanya setebal Samy Vellu.

Apapun perintah Allah untuk ketentuan nasib UMNO akan penulis terima hatta hanya penulis menjadi satu-satunya ahli UMNO yang tersisa di dunia ini. Kekuatan organisasi dan penerimaan umum ke atasnya berpaksi atas sifat anti-korupsi, anti-opresi, akhlak terpuji, kemasyhuran kredibiliti, mempunyai seni menyelami dunia marhaen, menuruti nasihat yang berguna dan mempunyai sifat anti-elitisme. Bukankan sifat itu 'telah mati' dalam UMNO?

UMNO versi 4.0 dan ke atas akan menghidupkannya kembali.

**************************************************************************************
Semoga Allah terus melindungi Malaysia........

FULL STORY
0 comments

PAU SIRI 1

Aku memulakan siri ini sebagai langkah aku berkempen untuk memulihkan UMNO dengan mengajak pengunjung blog ini jika ada kuasa memilih agar memilih calon yang dapat mengembalikan UMNO ke arah kekuatan, kegemilangan dan keutuhan seperti sebelumnya. Penghormatan kepada UMNO leh rakya harus dikembalikan segera oleh marhien UMNO, kerana elitis UMNO tidak lagi berupaya mengembalikannya kerana alasan yang menjengkelkan kami marhien UMNO.

***************************************************************************************

Janganlah kita lupa walaupun UMNO kini umpama harimau Malaya yang sedang luka, luka yang melukainya bukanlah kerana diserang sang singa mahupun diterkam sang beruang. Tidak juga dicakar sang serigala ataupun digeghit sang SiTi bukan juga diketit sang nyamuk. Luka harimau Malaya kerana terkejut bila terserempak dengan bayangnya sendiri, bayangan yang menjelmakan ketakutan, bayangan yang sebenarnya tak berupayapun untuk memudaratkan tubuh badan harimau Malaya itu sebenarnya. Tetapi kerana KEPALAnya yang bengong seperti tertelan daun ketum, maka itulah harimau Malaya berlari ketakutan tidak ketahuan. Takut pada apa yang dia tak tahu dan tak nampak......

KEPALA dia mesti dibuat penyelenggaraan!!!

Baguslah jika benar Najib bakal menerajui UMNO untuk dibawa kembali kelandasan sebenar supaya ianya dapat berbalik menjadi kemegahan pada BN, Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Namun boleh kah Najib menjulang misi ini jika masih ada personaliti pemimpin yang berliabilti turut mempelawakan diri untuk terus memimpin UMNO walaupun sudah jelas akar umbi menolak mereka? Dengan isyarat-isyarat yang diberi sepatutnya ia adalah jelas hatta kepada mereka yang mata politik mereka kabur bertongkat.

Tetapi jika personaliti berliabilti ini masih juga mahu menerejah perwakilan dengan pelbagai umpan mengasyikkan bagi menjamin mereka terpilih walalupun ternyata ianya menongkah arus hasrat akar umbi, maka sebenarnya merekalah yang mendoakan UMNO supaya menjadi parti pembangkang selepas PRU13 nanti. Tetapi jika mereka sedar bahawa undi yang diberi oleh perwakilan, bukanlah undi sebenar akar umbi, tetapi undi yang telah dimodifikasi dengan pelbagai cara, maka janganlah mereka ini meneruskan hasrat mereka. berundurlah demi kelansungan hayat UMNO.

Wahai Mat taib, wahai Ali Rustam.....hadiahkan lah berita kegembiraan kepada majoriti ahli yang mahukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden. Hadiahkanlah berita penarikan diri kamu berdua sebagai kompromi untuk kesetabilan UMNO demi kegembiraan marhien UMNO. Memang kamu ada penyokong, tetapi penyokong kamu tidak sebanyak penyokong Muhyiddin. Undi dibahagian dah menunjukkna arah yang terang. Kenapa lagi harus terus bersuluh? Wajarkah memperomosi diri didalam satu muka penuh akhbar dengan berselindung disebalik kementerian yang dimenterikan oleh anda? Itu cara yang jelas lapuk dan tidak dapat diterima oleh marhien dalam UMNO yang rata-rata mengaku perbuatan itu melampau dan membazir. Sudah-sudah lah tu....

Begitu juga Ali Rustam.....Aras tertinggi kamu diNegeri Melaka sudah mencukupi untuk kamu megahi. janganlah diigau kerusi Timbalan Presiden tu. Sokonglah Muhyiddin walau pok loh tak suka. Dia tak apa dah, lepas ni dia dah nak bersara. Bukan perlu dia fikir lagi apa nak jadi dengan UMNO ni, sebab itu dia jolok kamu untuk lawan. Jolokan tu bukannya memberi hasil yang positif, tetapi akan memberi goncangan jangka panjang kepada UMNO. sudah-sudahlah tu.... Kami diakar umbi ni lebih memihak kepada Muhyiddin Yassin berbanding kamu berdua! Sudah-sudahlah tu.... kamu berdua tu hanyalah menjadi kerbau tunggangan kepada nafsu marah paklah kepada marhien UMNO yang menekan beliau untuk lepaskan jawatan presiden UMNO dan Perdana Menteri. Itu sahaja niatnya..... Biar padan muka marhien UMNO.

Namun kami sebagai marhien yang terus sayang kepada parti keramat ini tidak akan membiarkan kekeramatan parti ini berkubur dengan undurnya pokloh dari persada teratas. Zaman melantik pemimpin untuk menjadi Raja sudah berlalu. Pemimpin uyang kami lantik selepas ini wajib ingat bahawa anda mempunyai tugsasan berat untuk mengembalikan UMNO dilandasan yang sebenar. Diterima rakyat, disayangi rakyat dan dihormati rakyat!!!.

FULL STORY
0 comments

DEMO GI DEMO GAPODIO?

Pada mulanya bila aku ikuti berita TV3, aku agak tidak berapa yakin dengan lapuran mengenai demonstrasi jalanan menuntut dihapuskan PPSMI. Kawan aku kata kena bandngkan juga dengan lapuran dari sumber lain. Oleh kerana telah larut, lalu aku tidak berblog mengenai bantahan tersebut semalam atau awal pagi tadi. Sekarang aku CnP dari Malaysiakini mengenai isu tersebut.

Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan
Jimadie Shah Othman | Jan 31, 09 8:40pm
Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan tahap bantahannya hari ini dengan melangkah ke tahap baru - berhimpun di jalan raya.

Perhimpunan julung-julung kali itu dilancarkan petang ini di perkarangan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman - simbol lazim siri bantahan era reformasi 1998.

Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh terkenal bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

gmp protest 310108 crowdProgram itu hanya dikerumuni kira-kira seratus orang yang lalu-lalang bagi membeli-belah di kompleks popular itu.

Perhimpunan itu bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai yang turun sejak jam 1 tengah hari lagi.

Bagaimanapun ia berakhir tanpa sebarang masalah dengan polis, walaupun permohonan permit berhimpun tidak dibuat.

Malaysiakini difahamkan penganjur hanya memaklumkan secara bertulis kepada polis berhubung program berkenaan.

gmp protest 310108 samad saidSasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".

Beberapa tokoh utama bahasa seperti penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.

Penyair popular Pyanhabib, ahli jawantkuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar dan aktivis popular teater Khalid Salleh turut hadir.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas acara pelancaran itu, Khalid berkata hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama itu tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan "sudah terdesak sangat".

Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.

Khalid mendakwa selama tujuh tahun apabila PPSMI diperkenalkan, orang tidak turun memprotes kerana "orang tidak ada asas budaya dan bahasa".

Pemimpin politik yang kelihatan termasuklah ketua penerangan PKR Tian Chua, ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Majlis bermula kira-kira 2.45 petang, kira-kira 15 minit lebih awal daripada yang dijadualkan.

gmp protest 310108 photo sessionPengerusi jawatankuasa induk GMP Datuk Dr Hassan Ahmad memberikan ucapan ringkas kira-kira lima limit sebelum melancarkan kempen berkenaan.

Tindakan itu menyebabkan sebahagian daripada kira-kira 30 yang hadir terlepas sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas pelancaran itu.

Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.

Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.

Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.

Orang ramai dan wartawan mula bersurai kira-kira 4.30 petang.

Majlis pelancaran ini diadakan dalam rangka GMP menganjurkan perhimpunan besar-besaran 7 Mac ini - ala demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007 - untuk menyerahkan memorandum isu PPSMI kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

_____________________________________________________________________

Maka sebagai penilaian peribadi aku, inilah gambaran sebenar mereka yang mengaku Ulama bahasa Melayu. Mereka sendiri kabur dengan matlamat. Apakah sebenarnya bantahan ini dibuat? Sehinggakan mereka sendiri tidak tahu cara mana untuk dilakukan, iaitu cara yang betul dan teratur. Maka perhimpunan itu menajdi satu perhimpunan yang kucar-kacir walaupun yang hadir adalah barisan hebat yang mempunyai nama tersohor!!! Jika mereka yang hadir sebagai wakil kepada suara bantahanpun tidak terurus aturcara mereka, apatah lagi cubaan mereka untuk menarik awam agar hampir kepada mereka bagi mendengar apa yang mereka ingin bantahkan!!! Dan akhirnya mereka berjaya menjalankan agenda paling utama dalam mana-mana mesyuarat, perjumpaan mahupun perhimpunan yang dihadiri oleh Melayu sebagai hadirin teramai, iaitu AGENDA MAKAN MINUM. Inilah AGENDA yang paling berjaya dan paling mendapat sambutan dari penganjur bantahan berkenaan.

Dan kehadiran Sasterawan Negara pada aku, ianya mengingatkan aku mengenai Tungku Abd Rahman yang diusung kesana kemari sebagai pelaris kempen oleh Semangat 46 dahulu....sama sahaja layaknya kehadiran Datuk Samad Said yang bercakap melalui sekeping kertas....... Berat bunyi ayat tu.....Hukumanpun mestilah setimpal, itupun jika dapat dibuktikan dimahkamah bahawa memang ada berlaku apa yang didakwa. Mereka kena cari peguam yang mahir dan lapuran rasmi jenayah berat berkenaan sepatutnya sudah kena dibuat pada hari berkenaan kerana polis ada untuk menerima aduan mengenai dakwaan berkenaan. Kena sebut siapa sipelaku tersebut, kerana ini adalah jenayah berat dalam undang-undang sastera...... Suruhanjaya Pemantauan BahasaMelayu(SPBM) kena ditubuhkan dah ni. Dan Ulama-ulama bahasa Melayu kenalah dilantik bagi menganggotai SPBM dan wajiblah dibayar elaun yang tinggi, kerana mereka ini ulama. Pokloh tentu setuju kerana dia adalah Bapa Suruhanjaya Malaysia!!!!

Beginilah wahai Ulama semua.....saya nak tanya yang dok kalut sangat tu AWAT??? Anak-anak belajar MUHISABPURLAK dan KABUISI dalam bahasa inggeris bukannya sampai tahap nak terbit karangan cerita panjang sastera (istilah aku ialah cerpan, tapi depa istilahkan NOVEL) , tetapi sebagai jambatan untuk menimba ilmu dalam pelajaran berkenaan dan sebagai asas untuk memahami ilmu berkenaan diperingkat yang lebih atas, kemudiannya peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya keperingkat tertinggi.

DIHARAP ULAMA BAHASA MELAYU JELAS DENGAN PANDANGAN SAYA, IAITU BELAJAR
MUHISABPURLAK dan KABUISI BUKANNYA SEHINGGA NAK KARANG CERPAN BERBENTUK SASTERA. Kalau nak karang CERPAN SASTERA, anak-anak kita kena belajar matapelajaran bahasa Melayu secara khusus dan mengikut kecenderungan serta minat mereka dalam sastera.

Seruan saya ialah hentikanlah bantahan tidak terarah ini dan sumbangkanlah buah fikiran anda untuk menambah baik dan menaik taraf PPSMI ini demi ilmu anak-anak kita, bukan membunuh minat mereka kerana polimik terawang-awangan ini.

***Diharap para Ulama bahasa Melayu dapat menilai komen saya jika ada saya suntik istilah inggeris yang diMelayukan dan samada komen saya ini sampai ketahap boleh difahami walaupun tidak ada suntikan bahasa inggeris didalamnya secara dorongan terus.

BERILAH SOKONGAN KEPADA PPSMI DEMI ANAK-ANAK KAMI GOLONGAN MARHIEN INI!!!

FULL STORY
0 comments
Newer Posts Older Posts Home

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

  • ► 2008 (166)
    • ► March (1)
    • ► April (4)
    • ► May (18)
    • ► June (16)
    • ► July (22)
    • ► August (12)
    • ► September (12)
    • ► October (26)
    • ► November (28)
    • ► December (27)
  • ► 2009 (274)
    • ► January (15)
    • ► February (29)
    • ► March (9)
    • ► April (18)
    • ► May (17)
    • ► June (13)
    • ► July (34)
    • ► August (24)
    • ► September (19)
    • ► October (51)
    • ► November (21)
    • ► December (24)
  • ► 2010 (231)
    • ► January (18)
    • ► February (25)
    • ► March (25)
    • ► April (26)
    • ► May (19)
    • ► June (12)
    • ► July (10)
    • ► August (18)
    • ► September (6)
    • ► October (19)
    • ► November (14)
    • ► December (39)
  • ► 2011 (501)
    • ► January (39)
    • ► February (12)
    • ► March (41)
    • ► April (64)
    • ► May (59)
    • ► June (24)
    • ► July (62)
    • ► August (56)
    • ► September (61)
    • ► October (56)
    • ► November (21)
    • ► December (6)
  • ▼ 2012 (50)
    • ► January (22)
    • ► February (13)
    • ► March (8)
    • ▼ May (7)
      • YOUR JOB IS TO BLOW.....YES! BLOWJOB!!!
      • TOP TEN Malaysian Chart!
      • CHRONOLOGY
      • GAGASAN 1MALAYSIA TERBAIK UNTUK RAKYAT!
      • Press Statement oleh Buzze Azam
      • Kaedah dap BIAYAI dap sungguh BIAdap!
      • Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambig...

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

MY BLOG VALUE

My site is worthRM 68,722.87Your website value?

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ


    Pelenggaq Detguaq - Fullscreen

    e-Press Jabatan Penerangan

    e-Press Jabatan Penerangan
    Diary aktiviti Jabatan dan Kementerian

    sekadar membeza

    Facebook Badge

    Det Guaq

    Create Your Badge

    DICTIONARY

    Add to The Free Dictionary

    Blog Directory

    BlogMalaysia.com

    BLOG POLITIK DIREKTORI

    BLOG POLITIK DIREKTORI

    Blog Listing

    PENYOKONG

    PELINTAS

    ALEXA

    Malaysia Blog Listing

    • Mybloghub - Blog Terbaik Harus Dilawati, The Best Blog, Must Visit.
      Webflow Design Company: Creating Modern Websites for Business Growth
      2 months ago
    Copyright 2009 PELANTAQ HUJAH
    Zinmag Chronicle Blogger Template designed by Web2feel.com and XML Coded By CahayaBiru.com