Aku tahu majoriti rakyat Kedah semalam resah melihat aksi ahli sarkas PASRael bersama-sama badut pkr dan beruang DAPig melakukan lagak lucu di atas pentas KOMP.SARKAS mereka di Batu 8. Aku tidak berada di sana kerana bagi aku tiada faedahnya kepada sesiapa terutama rakyat Kedah yang telah rugi selama dua tahun umpama jam kehabisan bateri....STATIK.
Aku lebih selesa untuk merasai sendiri denyut nadi rakyat Kedah ketika ahli sarkas PASRael sedang mencari rangkap menyusun 'skrip unlimited' mereka supaya sekawanan pengikut tegar mereka terus berjurai air liur dek terhibur dengan aksi badut-badut novis sambil di bedal akal mereka dan di acah lisan mereka agar menurut 'unlimited script' pelatih sarkas PASRael mereka sambil badan mengigil-gigil kerana mashuknya tusukan hiburan dari pakar pertunjukan mereka.
Jika malam mereka di suluhi neon nan begemerlapan, aku selesa mengikuti YB Mohd Tajudin meredah malam bagi bersatu dengan denyut nadi rakyat yang resah mengatasi masaalah. Setahun yang lalu, keadaannya masih belum sebegitu teruk keadaan perparitan dan jalan masuk kerumah beliau. Ketika itu pihak YB Mohd Tajudin selepas di adukan perkara ini, beliau terus turun untuk melihat sendiri keadaan aliran parit yang begitu sempit termasuklah saiz 'round culvert' lintasan yang melintang jalan yang munyusur ke rumah beliau. Kecuraman tanah menyebabkan keadaan begitu merbahaya. Itu setahun yang lalu. Namun selepas pelbagai usaha di buat oleh YB yang juga ADUN Belantek termasuklah mengadu kepada pihak kontraktor yang mendapat projek pelurusan dan peluasan jalan ke Bandar Putra begitu juga dengan aduan kepada pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, tiada satupun dari pihak mereka datang untuk menyelesaikan masaalah lebih-lebih lagi PPPN.
Tetapi apa yang lebih penting dan patut memberi keutamaan ialah pihak dari jabatan sendiri, atau dalam kes ini pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negerilah yang sepatutnya menjuarai masalah ini. Janganlah kerana kelalaian PPPN aka SDO Kedah, maka jaring di tuding kepada ADUN yang kerap menjengah rakyat Sik terutama Belantek, kerana beliau adalah ADUN bagi kawasan itu. Sesialah usaha pantas YB Mohd Tajudin mencium isu berdepan masaalah lalu mengadu kepada pihak yang tepat, tetapi tindakan pihak mereka amat-amatlah mengecewakan.
Rupa-rupanya inilah punca kepada segala masaalah tersebut. Walaupun aduan bersama kertas lapuran terperinci sampai kepengetahuan mereka, sehingga kini ia masih di peram tanpa tindakan. Dari menyimpan keretanya di hadapan rumah sehinggalah terpaksa memakir keretanya di bahu jalan gara-gara jalan masuk kerumahnya semakin hari semakin mencuram akibat di kukut air setiap kali hujan turun itulah yang pengadu hadapis ehingga kini.
Setelah setahun dan pegawai PPPN yang di tugaskan di daerah Sik/Baling silih bertukar entah kali yang keberapa, senarionya tetap sama. Malam ini ketika jam sudah mahu 'berhimpun' pengadu sekali lagi bertemu di pertemukan dengan YB yang datang sekali lagi ke Kota Aur semata-mata hendak melihat sendiri 'kerja' dari pihak SDO Kedah dan progress serta status kemajuan terhadap masaalah berkenaan.
Entah karenah apa aku tidak tahu, entah strategi apa aku tidak faham dan entah langkah apa aku tidak nampak hasil pemantauan aku sendiri mengenai masalah ini.
Aku hairan bilamana sebuah jabatan yang di letakkan terus di bawah pemerhatian Perdana Menteri seperti Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (di Bawah Unit Penyelarasn Perlaksanaan atau Implementation Coordination Unit atau ICU) tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Mereka seperti benar-benar berada dalam ICU!!!
INI Dakwaan mereka.
Oleh kerana PPPN aka SDO berada di dalam ICU dan keadaannya sudah kritikal serta perlu segera pengawasan 'pakar', maka ICU yang berada di bawah JPM pula, maka Dato Seri Najib selaku 'head of specialist' Hospital JPM kenalah mengarahkan pasukan pakarnya untuk melihat ICU-ICU di tiap-tiap negeri agar pesakit nazak seperti PPPN aka SDO segera di rawat agar penyakit mereka tidak merebak ke hati dan denyut nadi rakyat seterusnya merosakkan iltizam 1Malaysia yang berselogankan rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.....
amboi mlm pon dia pi det....!!!! iss..eissss!!!
Itulah yang selalu YB Tajudin lakukan.....konsisten.
wargasik
normal ler tu, Det... hat atas bagi kerja, baguih punya... depa yang kat tengah-tengah tu, baguih punya duk pelengkoh... bila tak boleh nak siapkan kerja yang dipertanggungjawabkan, macam-macam la depa punya alasan...
last-last nanti akan adalah alasan macam nih, "Pengarah ada kursus!"
Tu la masalah yang Tun Mahathir duk pening dulu. Perancangan bagus, peruntukan cantik... tapi kerja tak siap, peruntukan hilang... bila kena serbu, masing-masing melompat masuk Keadilan habis!
Ni cerita, Ustaz Azizan tahu sangat-sangat....
Biasa la Bro! bukan tu saja. Masa nak p IPT & buat lanjutan belajar, mak pak rata p cari wakil rakyat BN, bila balik masuk PR hentam BN. belambak yg jadi mcm tu.
Lama tak dgr crita - CTW.
Atog lain la....
CTW, bukan pelengkoh, tetapi pelekoh...
Rakyat selalu kena pelekoh dengan kakitangan kerajaan....parti pula dapat nama.....
MS, Dalam KEDA, RISDA dan beberapa SLC Kedah banyak cam tu.... yang balik kerja swasta seperti kilang-kilang dan firma-firma juga macam tu...Tapi jgnlah kata UMNO macamtu, katalah pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO yang macam tu...yang tu aku boleh terima....