Walaupun keluarga si mati meminta agar kes ini tidak di politikkan, tetapi permintaan mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya dari politikus yang sentiasa kemaruk perhatian dan populariti. Walaupun pihak berkuasa memohon agar kes ini di kembalikan kepada mereka untuk di siasat, tetapi ramai penyiasat persendirian yang tidak di lantik sudah ada jawapannya. malangnya jawawpan mereka bukanlah asatu keputusan analiktik dan klinikal, tetapi lebih menjurus kepada provokasi, sentimen dan perssepsi. Sekali lagi polis dan KPN menjadi sasaran liar.
Namun bila kita membaca Harian Metro semalam, pada aku Allah inginkan agar kita sentiasa berfikir. apa maksud aku? Beginilah. ia berkenaan seorang gadis berumur 16 tqhun yang sanggup bersekongkol dengan rakan untuk merompak nenek sendiri. Nenek yang dia dan ibunya tumpang hidup. Dia dan ibunya menumpang hidup di rumah nenek mereka. Dalam dunia sekarang, faktor usia bukan lagi penentu tahap jenayah mereka. Remaja seusia 11 dan 12 tahun sudah ada yang bukan sahaja meroko, malah lebih dari itu mengambil dadah dan minum arak. Jika sudah ketagihan, pendapatan pula tiada, apa lagi pilihan paling mudah yang terlintas dalam kepala mereka? Mencuri dan merompak adalah jalan pintas terdekat untuk mendapatkan dana bagi membiayai ketagihan mereka.
Manakala ibu bapa tetap dengan pendirian mereka. Mereka tetap mendakwa anak mereka tidak jahat. Tetapi rakan-rakan merekalah yang jahat. Anak mereka hanya sekadar ikut-ikut untuk seronok. Istilah itu bukanlah satu istilah yang tepat. Istilah itu adalah istilah yang tersasar. Jenayah tidak ada istilah untuk seronok-seronok macam main pondok-pondok. Sekali anda terseret dalam kancah jenayah, risikonya amat negatif sekali. Nyawa melayang, penjara menanti, sengsara menunggu.......
Dan lapuran polis yang di buat oleh rakan mangsa telah menimbulkan banyak lagi kesangsian bagi diri aku.
0 Responses to FIKIRKAN!