Sebenarnya dah lama kau nak ceritakan pengalaman aku megenai kaum India diMalaysia yang aku kenali. Begini, sebenarnya dibawah bangunan yang aku sewa ada satu lot kedai yang diusahakan oleh seorang India dengan membuka restoran makanan India yang halal. Jadi ramailah pelanggannya dari semua bangsa. Dan restoran ini sangat maju. Tokey dia boleh pakai kereta mercedes dan dihormati oleh masyarakat. Aku sendiri juga kerap makan dan bersarapan disitu jika hendak memilih makanan yang kurang berminyak.
Selain dari itu ada satu lagi cerita menarik mengenai tokey restoran ini yang aku nak kongsi. Beliau sebenarnya telahpun menyerahkan urusan kedai ini kepada anak-anak beliau dan telahpun balik keNegara Ibundanya kerana ibunya masih ada disana. Dia berhasrat untuk menetap kembali disana. malangnya tidak sampai sebulan dia balik keMalaysia kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan iklim dan cara hidup disana. Ada benda yang hilang dari hidup beliau semasa disana, iaitu suasana hidup yang telah mendaging dengan beliau diMalaysia. Lalu kembalilah beliau keMalaysia dan sesekali menjenguk restoran beliau untuk memantau urusannya. Dan pada akhir tahun lepas beliau telah mengadakan satu majlis bagi mengenang dan mengucapkan rasa terima kasih kepada pelanggan. Ada pelanggan yang dijemput telah menjadi pelanggan setianya selama lebih dari duapuluh tahun! Sungguh meriah majlis itu yang turut dipenuhi dengan hiburan cara Malaysia dan hadiah pelbagai bentuk kepada hadirin.
Kerana mereka juga menjalankan perkhidmatan katering, maka setiap menjelang musim cuti, maka banyaklah tempahan diterima dari pelanggan tidak kira India, Cina dan Melayu.
Anaknya ada menceritkan kepada aku bagaimana ada satu keluarga India yang hendak membuat majlis perkahwinan anak mereka telah menempah makanan tiga hari sebelum kerja kenduri dan tiga hari selepas kenduri menjadikan seminggu genap mereka kena servis katering kepada keluarga India berkenaan. Hebatkan? Bapa diapun mencelah menyatakan bahawa cara hidup mereka juga telah meningkat berbanding dahulu dan mengakui siapa yang berusaha lebih dibumi Melayu yang bertuah ini akan mendapat ganjaran yang setimpal.
Dan sebagai warga bertanggungjawab, anak-anaknya juga menyertai RELA dan menyertai operasi benteras jenayah disekitar tempat kami dan mereka mengakui bahwa gejala gangsterism dan jenayah oleh kaum mereka semakin meningkat dan merimaskan, tak terkecuali kaum Melayu itu sendiri, tetapi lebih kepada masaalah sosial seperti seks rambang dan merempit dipenempatan-penempatan tertentu.
Maka aku jadi keliru bila akhir-akhir ini pihak yang 'outlaws' pula yang mendapat sanjungan. Kalau depa join RELA dan membantu jenayah takkanlah pula mereka hendak disumbat dalam lokap, sudah tentu mereka yang membuat kesalahan jenayahlah yang akan disumbat. Begitu juga dengan ISA, takkanlah agen insuran pula yang akan dikenakan tahanan ISA, kecualilah dia menjadi agen perisik asing!
Kesimpulannya bagi aku kaum India diMalaysia sebenarnya tidak ditindaspun, mereka yang terasa ditindas adalah hasil dari usaha mereka sendiri, misalnya pencuri kabel, yang memperoses kabel curi dan yang membeli kabel yang telah diperoses tadi walaupun dah tahu ianya dicuri. Begitu juga dengan pencuri kereta mewah yang kemudiannya menjual kepada broker kereta dan kemudiannya sibroker tadi menjualkan pula kepada sindiket luar. Adakah mereka ini semua warga yang akur dengan undang-undang?
Tetapi apabila tertangkap guna pula undang-undang untuk menyelamatkan diri. Upah peguam untuk mencari titik lemah sesuatu undang-undang itu agar mereka terlepas dan boleh mengulang semula jenayah mereka dan rakyat yang akhirnya AKAN MENERIMA PADAH HASIL DARI USAHA MEREKA YANG OUTLAWS INI.
Samalah juga dengan Melayu yang suka jadi Haruan makan anak, bila kena tangkap sibuklah cari ketayap untuk diserkup atas kepala bagi menunjukkan depa dah insaf.....
Mega888 APK: How to Download Safely on Android
2 weeks ago
saya pun heran india yang macamana yang dikatakan ditindas...
jangan jadi india kaki samsu...
kaki arak...
kaki dadah...
itu "astro" sape punya...
Betul tu qwerty, yang saya lebih hairan ialah ada dari golongan 'mudah lupa' percaya dakyah hindraf dan over acting ketika menyokong kumpulan/pertubuhan haram ini!
India ni memang tak kenang budi. Merekalah kumpulan sosial yang paling banyak bermasalah dari segala segi termasuk jenayah, kaki pukul, mabuk dan sebagainya. Duduk kat Malaysia ni, banyak benda depa dapat. Jadi yang hindraf ni senmua ni memang patut masuk isa dan jangan lepas.
Pada masa sama, aku faham kes polis pukul sampai mati. hat tu aku tak setuju. Aku harap polis akan siasat kes tu. Pasal dah banyak dengaq, la dengaq cerita yang sprm pun buat benda sama, suruh ahli umno yang depa soalsiasat bogel, kena sepak semua. jenis jenis tu semua dah tak boleh pakai dah. nak soal siasat buat cara lain, jangan sampai hina atau pukul.