AMK Selangor desak Hasan Ali undur!
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak bekas Pesuruhjaya Pas
Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan sebagai Exco Hal
Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur Negeri berikutan kenyataan
mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Irwan Ismail berkata, desakan itu juga mengambil kira kepentingan PR yang kini diserang begitu menjelang Perhimpunan 901 Isnin ini.
Menurutnya, AMK sebulat suara mengecam tindakan Hasan yang kini
dianggap duri dalam daging dan pada masa sama membebankan parti komponen
lain menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
“AMK
melihat beliau sebagai ‘tanggungan yang merugikan PR dan kita tidak
perlu melayan pemimpin seperti ini kerana ia hanya memburukkan parti dan
Kerajaan Negeri melalui kenyataannya yang secara jelas membelakangi
komponen yang lain.
“Malah desakan meletak jawatan ini bukti
AMK sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan perjuangan PR terutama
dalam mempertahankan Selangor dan merampas Putrajaya nanti,” katanya.
Irwan berkata, pihaknya juga meminta PR mengenakan tindakan sesuai
kepada Hasan Ali kerana pemimpin itu didakwa secara jelas membelakangi
parti dan memberikan ruang kepada BN untuk meraih perhatian terhadap apa
yang dibangkitkan berkaitan Perhimpunan 901.
Menurutnya,
kenyataan Hasan Ali juga dieksploitasi secara meluas oleh media pro BN
dan ia memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat khususnya di
negeri ini.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meletak jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur Negeri berikutan kenyataan mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Irwan Ismail berkata, desakan itu juga mengambil kira kepentingan PR yang kini diserang begitu menjelang Perhimpunan 901 Isnin ini.
Menurutnya, AMK sebulat suara mengecam tindakan Hasan yang kini dianggap duri dalam daging dan pada masa sama membebankan parti komponen lain menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.
“AMK melihat beliau sebagai ‘tanggungan yang merugikan PR dan kita tidak perlu melayan pemimpin seperti ini kerana ia hanya memburukkan parti dan Kerajaan Negeri melalui kenyataannya yang secara jelas membelakangi komponen yang lain.
“Malah desakan meletak jawatan ini bukti AMK sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan perjuangan PR terutama dalam mempertahankan Selangor dan merampas Putrajaya nanti,” katanya.
Irwan berkata, pihaknya juga meminta PR mengenakan tindakan sesuai kepada Hasan Ali kerana pemimpin itu didakwa secara jelas membelakangi parti dan memberikan ruang kepada BN untuk meraih perhatian terhadap apa yang dibangkitkan berkaitan Perhimpunan 901.
Menurutnya, kenyataan Hasan Ali juga dieksploitasi secara meluas oleh media pro BN dan ia memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat khususnya di negeri ini.
No comments:
Post a Comment
Adap biarlah beradat