Monday, January 9, 2012

Kalau Dah SUKA SAMA SUKA?



Walaupun sorak-sorai penyokong Anwar masih belum reda sehinga ketengah malam ini dan aku percaya tetnu ada majlis-majlsi keraian oleh penyokong-penyokong beliau dengan pelbagai cara dan gaya, bagi kita yang berada disebelah sini dan rakyat yang berada ditengah-tengah tentunya boleh terus sedar akan keadaan sebenar, iaitu Anwar memang seorang PELIWAT dan juga PENZINA berbukti.

Mari kita ungkap balik cerita-cerita sebelum ini yang aku kutip dari blog pembangkang yang mungkin akan puji Karpal melambung-lambung kerana keputusan hari ini sebaliknya kesan jangka panjang sudah dapat kita duga, iaitu Anwar bebas dari tuduhan tetapi kekal dengan stigma sebagai KAKI LIWAT danb PENZINA berbukti.

Jom.....

Kes Fitnah II Datuk Seri Anwar: Apa Motif Karpal Singh?

SEBAGAI seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar dimasa hadapan.

Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak ‘membunuhnya’ (karier politik) terus!!

Terus baca di sini.


Kupasan panjang lebar dalam AIDC mengenai kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh peguambela Anwar juga boleh kita nilaikan duduk perkara ini.

No comments:

Post a Comment

Adap biarlah beradat