Thursday, November 17, 2011

YB Radhzi diHalang Berbahas Isu Madrasah Salihiah

YB Radzhi(ADUN Lunas) berdiri dikanan.

ADUN bebas dari Lunas, YB Radzhi Salleh telah dihalang oleh ADUN-ADUN kerajaan pas/pr dari meneruskan pebahasan mengenai isu keputusan kerajaan pas/pr untuk merobohkan madrasah berkenaan.  Berkali-kali adun kubang rotan, adun anak bukit, adun tokai sentiasa mengganggu ucapan YB Radzhi dari meneruskan ucapan beliau.  Malah ada satu ketika adun-adun dari sebelah pihak kerajaan pas/pr membuat bising dengan hasrat mengganggu konsentrasi pembahas.

Beliau berasa sungguh kesal diatas sikap adun-adun berkenaan yang sepatutnya me nggunakian masa penggulungan untuk membalas hujah.  Ketika ditemui semasa rehat tengahari, beliau yang hanya diberi masa 10minit sebagai pembahas terakhir berkata ada tiga lagi isu yang lebih berat akan beliau bahaskan bila dewan bersambung.  Masa yang diberi pula hanyalah 5minit sebaik perbahasan dewan disambung. Entah sempat entahkan tidak wahai YB....



Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut!





Bangunan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak, Alor Setar Kedah bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob. – utusan/ Kamal Basir



BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.
Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.
Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.
Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.

Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.
Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.
Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.
Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.
Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.
Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?
Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.
Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)
Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?
Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.
Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.
Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?
Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.
Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.
Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.
Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.
Akhir sekali, wahai umat Islamku semua marilah kita mempertahankan dan menyelamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di Alor Setar daripada dirobohkan.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada sifat-sifat munafik dan kejahatan orang munafik.
FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH
DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.
Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.
Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.
Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.
Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.
Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.
Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”
Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.
Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.
Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut

3 comments:

  1. ADUN pak lebai ni pun bukan boleh pakai langsung.tahniah pada YB Bebas radzi.Yang YB UMNO pula buat apa.Tak kan dok nak tempek sahaja.Rupa nya YB Bebas lebih bertaring pula.

    ReplyDelete
  2. Cek suka YB Radhi berhujah,, mmg diakui masa berhujag pendeklah sangat,,, masa membalas xda had pula,, sungguh tak adil.,,, kalu tak sungguh cek x mau kata.

    ReplyDelete
  3. YB Radhzi yang aku tahu memang tak akan mengalah kalau setakat YB Tokai dan YB Kubang Rotan serta Dato Amirudin. Dengar kata sifat dia macam tu juga semasa dia menjadi exco, tu lah agaknya puak PR marah dan tak suka dia no.
    Tapi yang aku hairan puak UMNO, gamaknya kalaulah depa duduk dalam PKR, jgn2 dah jadi flat buntut.
    Di Parlimen pun puak bebas juga nampak lebih berani daripada UMNO, ayoyo umno

    ReplyDelete

Adap biarlah beradat