SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada rakan-rakan wartawan yang hadir ke Sidang Media Khas ini.
Saya, Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz, seorang Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan beramal di Tetuan Azam Aziz & Co.
Majlis Peguam melalui Circular No 092/2012 bertarikh 4 hb Mei 2012 kepada semua Ahli Majlis Peguam dan Pelatih Dalam Kamar satu Notis EGM Malaysian Bar yang di adakan pada 11 hb Mei 2012 jam 3 petang bertempat di Sunway Putra Hotel KL.
Notis tersebut turut mengandungi Agenda EGM iaitu :-
1. “ To discuss the motion in relation to the events of and surrounding the public rally on 28 April 2012 organised by BERSIH 3.0, and matters in connection therewith, proposed by Lim Chee Wee (Chairman Bar Council) on behalf of the Bar Council dated 4 May 2012; and”
2. Any other matters.
Saya telah hadir ke lokasi EGM kira-kira jam 3.10 minit petang pada hari tersebut.
Saya telah beratur di kaunter pendaftaran dan apabila tiba giliran saya, urusetia bahagian pendaftaran telah bertanyakan nombor keahlian saya. Selepas beliau membuat semakan komputer dan mengesahkan nama saya, saya di minta menandatangani borang kehadiran dan terus di berikan pelekat sebagai pas masuk ke dalam dewan.
Saya memasuki dewan kira-kira jam 3.30 petang dan EGM baru hendak di mulakan.
Saya melihat dewan yang berkapasiti 1000 tempat duduk itu hampir penuh dan saya melihat ada tagging untuk kawasan tempat duduk bagi Peguam dan Pelatih Dalam Kamar.
Namun saya dan semua orang di dalam dewan kelihatan bebas untuk duduk di mana-mana berdasarkan perbezaan warna stiker yang di pakai oleh masing-masing. Saya sendiri duduk di barisan kerusi bertanda “Chambering Pupils” dan tiada sesiapa menghalang saya daripada duduk di situ. Begitu juga dengan Chambering Pupils yang saya lihat turut duduk di celah-celah peguam yang lain di barisan-barisan berhadapan dengan saya. Saya melihat Peguam akan memakai stiker bewarna Oren dan Pelatih dalam kamar memakai stiker bewarna biru dan saya juga melihat stiker bewarna kuning yang saya tidak pasti apa statusnya dan semuanya duduk bercampur-campur di merata-rata tempat.
Presiden Majlis Peguam ketika ingin memulakan EGM mengumumkan kehadiran melebihi 1000 orang dan menurut beliau korum telah mencukupi. Beliau juga bersenda apabila menyatakan bahawa kehadiran ke EGM ini jauh melebihi kehadiran ahli Bar Council ke AGM Tahunan Bar Council dan di sambut tepukan dan sorakan mereka yang hadir.
Kira-kira 30 minit saya duduk di dalam dewan tersebut, saya bangun menuju ke mikrofon untuk memohon izin bercakap.
Apabila keizinan di berikan, saya merujuk kembali kepada angka 1000 lebih ahli yang hadir seperti yang di umumkan oleh Presiden Majlis Peguam sebentar tadi . Saya menuntut agar beliau menyatakan secara spesifik daripada 1000 orang yang hadir itu berapa ramaikah antaranya merupakan Peguam dan Pelatih Dalam Kamar kerana saya melihat 3 warna stiker yang berbeza berselerakan duduk di dalam dewan. Saya mencadangkan agar kaedah pengiraan yang lebih telus dan professional di gunakan untuk mengesahkan korum.
Saya mempersoalkan sedemikian kerana saya ragu-ragu samada benar atau tidak korum 500 orang Peguam itu telah mencukupi kerana Pelatih Dalam Kamar tidak lagi di kira sebagai ahli Majlis Peguam dan mereka tidak layak mengundi.
Saya juga mempersoalkan tentang keabsahan identiti semua orang yang hadir ke EGM pada hari tersebut kerana ketika pendaftaran, Urusetia langsung tidak meminta apa-apa dokumen pengenalan diri dari saya dan hanya semata-mata percaya kepada sebutan nombor keahlian saya. Saya juga melihat semua yang mendaftar di kaunter pendaftaran dalam jarak dan selangmasa yang sama seperti saya juga tidak di minta mengemukakan apa-apa bukti dokumen pengenalan diri. Saya merasakan ramai “pengundi hantu” bakal mengundi dalam EGM Bar Council ini.
Saya juga mengesahkan beberapa orang wartawan dan orang awam telah menyeludup masuk ke dalam dewan sebagai “Peguam” kerana beberapa orang daripada mereka telah menemui saya di luar dewan dan menyatakan sokongan mereka terhadap persoalan yang saya telah timbulkan dan apabila saya ingin bertukar-tukar namecard dengan mereka serta bertanya mereka dari firma yang mana, mereka tersenyum lalu menunjukkan id PRESS kepada saya yang di sembunyikan di dalam poket. Dan mereka memakai stiker berwarna Oren sama seperti “Peguam” yang lain.
Saya juga mempersoalkan tentang stiker yang di berikan kepada setiap “ahli” kerana tiada terdapat sebarang nombor siri atau ciri-ciri keselamatan tertentu bagi mengelakkan bilangan stiker di keluarkan melebihi jumlah kehadiran atau stiker tersebut boleh sewenang-wenangnya di berikan kepada sesiapa sahaja kerana langsung tiada identifikasi nombor siri dan identity pemakainya di adakan oleh sebuah badan yang di katakan professional seperti Bar Council.
Presiden Bar Council menjawab bahawa “Ini sememangnya menjadi amalan kebiasaan setiap kali AGM atau EGM Bar Council sejak sekian lama dan beliau menyindir saya dengan menyatakan saya perlu membiasakan diri dengan “tradisi” dalam Majlis Peguam seperti ini kerana beliau lebih lama menjadi ahli berbanding saya”.
Saya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau tersebut dan saya mengulangi kesangsian saya terhadap identity semua yang hadir di dalam dewan EGM dan seterusnya mewajarkan untuk saya mempercayai bahawa korum 500 orang Peguam itu tidak dapat di sahkan dan seterusnya saya meragui kesahan perjalanan EGM ini mengikut peruntukan seksyen 65(4A) Akta Profesion Undang-undang 1976 iaitu berkaitan korum.
Walaupun saya berseorangan dan di sorak dengan pelbagai ajukan provokasi terhadap saya, saya tetap kekal berdiri mempertahankan pendirian saya. Sesungguhnya Kebebasan Bersuara saya seperti yang terjamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan kelihatan tidak di hormati oleh majoriti “peguam” di dalam dewan EGM tersebut.
Apabila tiba waktu mengundi, saya melihat system yang di gunakan oleh sebuah badan yang kononnya professional ini tiada bezanya dengan kaedah pemilihan ketua darjah murid di sekolah rendah iaitu secara mengangkat tangan. Walaupun Presiden Majlis Peguam mengingatkan bahawa Pelatih Dalam Kamar tidak boleh mengundi, tetapi saya melihat dengan jelas mereka yang memakai stiker selain daripada warna oren turut mengangkat tangan. Hanya 6 orang di tugaskan untuk mengira tangan yang di angkat oleh melebihi 1000 orang dalam dewan tersebut.
Kemudian Presiden Majlis Peguam dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 1265 orang hadir ke EGM tersebut dan 939 orang mengundi bersetuju dengan usul manakala hanya 16 orang ahli yang tidak menyokong usul. Maka “rules of majority” terpakai.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara pengendalian EGM sebuah badan yang di katakan Profesional dan berpengaruh seperti Bar Council ini terutamanya ketika Bar Council terlalu lantang mengkritik menuntut supaya pembersihan daftar pemilih SPR, mengkritik kesilapan menaip nombor kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih, menimbulkan keraguan terhadap beberapa nombor kad pengenalan pengundi yang bertindan, memperjuangkan penggunaan dakwat kekal dalam pengundian, menunjukkan perasaan anti terhadap kewujudan Pengundi Hantu dalam daftar pemilih menuntut SPR supaya bersikap Profesional dan berbagai lagi tuntutan Bar Council sebelum ini TETAPI MALANGNYA proses perjalanan EGM dan AGM Bar Council ini sendiri carca marba dan di penuhi pengundi hantu yang berlakon sebagai “Peguam”.
Jika mengendalikan EGM untuk jumlah 1000 orang pun kelihatan carcamarba, tidak sistematik, menyediakan banyak ruang untuk penipuan pengundian, ketiadaan satu system daftar pemilih untuk hanya 1000 orang peguampun gagal di lakukan oleh Majlis Peguam, bagaimana mereka boleh tanpa rasa malu mempertikaikan pihak lain yang terpaksa menguruskan daftar pemilih bagi berjuta orang pengundi dan melibatkan lokaliti pengundian di seluruh Negara yang di desaknya seharusnya sempurna sedangkan EGM Bar Council sendiri ramai pengundi hantu?
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Ayam berkokok berderai-derai, ekor sendiri bergelumang tahi.
Kuman seberang lautan jelas nampak, gajah di depan mata tak nampak pulak.
Jika tinggal di rumah kaca, jangan membaling batu ke rumah kaca jiran sebelah.
Jangan bercakap soal kebersihan jika diri sendiri adalah pengotor.
Oleh itu, DEMI UNTUK MEMELIHARA INTEGRITI DAN PROFESIONALISME BADAN PEGUAM DARIPADA DI ROSAKKAN SECARA SEWENANG-WENANGNYA OLEH INDIVIDU-INDIVIDU BERKEPENTINGAN TERTENTU DAN DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TERHADAP SIKAP BERKECUALI DAN BERTINDAK MENGIKUT SALURAN PERUNDANGAN BERASASKAN PRINSIP KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, saya dengan ini memanggil Sidang Media Khas ini untuk memaklumkan bahawa SEBAGAI AHLI MAJLIS PEGUAM, SAYA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGGUNAKAN SALURAN PERUNDANGAN YANG SAH UNTUK MENGEMBALIKAN INTEGRITI MAJLIS PEGUAM.
Maka saya berhasrat untuk mengambil satu tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam yang antara lain permohonan saya kepada mahkamah nanti meliputi SATU PERMOHONAN DEKLARASI BAHAWA EGM BAR COUNCIL BERTARIKH 11 HB MEI 2012 SEBAGAI TIDAK SAH DAN TERBATAL.
Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah nanti untuk membuat sebarang keputusan dan perintah.
Sekian dan terima kasih.
Bertarikh : 12 hb Mei 2012
AZAM AZIZ & CO
LYNAS..INI FAKTA MENARIK ( EMAIL ABU OMAR)
GAMBAR RUMAH PHAHROLRAZI TERSEBAR?
Di zaman IT kala ini, semua maklumat adalah di hujung jari. Jika PAS menggunakan kaedah menonjolkan rumah-rumah pemimpin UMNO .Tapi kalau ditunjukkan gambar ini kepada penyokong totok PAS, mungkin ada yang tak percaya. Sebab ada di antara mereka masih ingat pemimpin PAS hanya ada kereta Proton Saga.
Dan sebab kuasa dan harta juga pemimpin-pemimpin parasit PAS Kedah sanggup membelakangkan mandat yang diberi oleh rakyat iaitu Ustaz Azizan sebagai MB.
Adnan Saad Ketuai Gerakan Jatuhkan Azizan Abdul Razak
Bagaimanapun, kemelut kepimpinan PAS Kedah menyaksikan nama Adnan Saad tiba-tiba terpacul. Adnan Saad yang menjadi dalang grup Anwarinas, kini mengetuai gerakan menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Adnan Saad mengetuai kumpulan yang diberi nama JAWATANKUASA BERTINDAK SELAMATKAN PAS KEDAH. Kumpulan tersebut bermatlamat merealisasikan penyingkiran Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Daripada maklumat yang diterima, Adnan Saad menyatakan kumpulan yang baru ditubuhkan itu, hanyalah satu permulaan dan mereka tidak akan sesekali berundur atau mengurangkan tekanan sehinggalah matlamat mereka tercapai. Seandainya agenda mereka gagal dalam tempoh terdekat ini, beberapa kaedah lain akan digunapakai.
Jawatankuasa ini akan membuat usul UNDI TIDAK PERCAYA kepada Menteri Besar Kedah pada Persidangan DUN Kedah akan datang. Jika masih gagal juga, mereka akan jatuhkan atau sabotaj Azizan di gelangganya sendiri di DUN Sungai Limau pada PRU akan datang.
Sementara itu, pada masa yang sama, jawatankuasa itu akan terus membuat desakan kepada PAS Pusat sehingga misi untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak tercapai.
Sehingga ke hari ini, status dua orang Exco Kedah masih tidak selesai lagi. Menteri Besar sebenarnya mahukan kedua-dua Exco iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Saleh digugurkan terus tetapi PAS Pusat telah mendesak dan memberikan tekanan kepada Menteri Besar agar kedua-dua Exco ini dikekalkan sehingga PRU13.
Daripada maklumat yang diterima, Dr. Ismail Saleh sudah membuat keputusan muktamad untuk tidak menerima perlantikan semula ke jawatan Exco manakala Phahrolrazi Zawawi pula dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan, sebaliknya bermain tarik tali dengan PAS Pusat dan Azizan.
Dalam reaksinya berhubung permintaan PAS Pusat untuk kekalkan kedua-dua Exco itu, Azizan Abdul RAzak berkata, kalau dia menerima mereka sekalipun, mereka adalah Exco pilihan Pusat, bukannya Exconya.
Sama ada PAS Kedah akan terus membela Adnan Saad dan kumpulannya, ianya bergantung sepenuhnya kepada keputusan Azizan Abdul Razak sendiri. Walaupun para pemimpin PAS berusaha untuk melindungi isu sebenar di Kedah, rata-rata rakyat Kedah terutama sekali ahli-ahli PAS dapat melihat sendiri kesan yang dilakukan oleh kumpulan Anwarinas di Kedah. Perebutan yang ditunjukkan oleh pelbagai kumpulan dalam PAS Kedah, hanya akan merugikan PAS Kedah, terutama dalam kebangkitan semula UMNO Kedah yang dilihat begitu ketara kebelakangan ini.
Phahrolrazi Gugur! Taulan Kempunan!
Dua orang ADUN PAS yang bakal membarisi barisan Exco Negeri menggantikan kumpulan yang
keras kepala itu adalah Md. Zuki Yusuf, ADUN Kuala Ketil, Yahya Abdullah ADUN Jeneri, Rosidi Osman ADUN Bukit Pinang dan Mohd Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan.
Keempat-empat mereka berada dalam senarai pendek Menteri Besar Kedah.
Cubaan untuk mendapatkan campurtangan daripada PAS Pusat juga nampaknya tidak akan berjaya. Ini adalah kerana PAS Pusat tidak mahu masuk campur lagi dalam isu Menteri Besar Kedah. Terpulang kepada Azizan Abdul Razak untuk menyelesaikan isu ini.
26 Februari 2o12, atas arahan Azizan Abdul Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Pejabat Perhubungan PAS Kedah sedang berkira-kira hendak menggantung tugas Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh.
Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Adnan Saad dan kumpulannya.
Maklumat yang baru diterima pula menyatakan Cikgu Johari dan Ustaz Yahya telah dilantik sebagai Exco baru Kedah menggantikan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh.
Cuba hangpa baca link yang aku bagi kat sini.
Banding dan berfikirlah dengan mendalam.....
AKU SUJUD PADAMU YA ALLAH DENGAN LAFAZ SUBHANALLAH!!!
SYUKUR KERANA AKU DILAHIRKAN DISEBUAH NEGARA YANG BERNAMA MALAYSIA!
Phahrolrazi Zawawi Dapat Nasihat Anwar Sebelum Kosongkan Pejabat
Jangan Malukan Melayu Di Kedah
Sungai Kob, Karangan, Bukti Penjajahan Kaum Pakatan
Baru sahaja di post oleh Mc Theory:
EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Sebenar KECOH!!, disebalik Sidang Media Phahrolrazi!!
Mc sebentar tadi baru pulang dari Sidang Media di rumah Phahrolrazi di Taman Gunung Bayu. Pada sidang media tersebut, memang pada mulanya sidang media pada media nasional berlangsung dengan aman dan 'play safe' namun selepas bersurainya sidang media. Berlangsung sidang media kedua, dikalangan orang Pas dan pemimpin Pas tempatan bersama Datuk Phahrolrazi, dilakukan secara tertutup, kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".
Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka, kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi, memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.
Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti, mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.
Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!
Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.
Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.
Melihat keadaan menjadi semakin tegang, Mc dan beberapa orang troopers lagi mengundurkan diri. Kami sempat mengambil gambar pada waktu tersebut dan gambar itu masih lagi di tangan Aktivis UMNO Pekan Naka, Insyallah Mc akan update gambar tersebut kemudian nanti.
Nampaknya cerita disebalik tabir lebih meletup berbanding sidang media yang beliau lakukan. Macam Mc kata tadi, orang Pas memang pandai menyembunyikan masalah dalaman mereka berbanding orang UMNO yang 'cempera' bila ada sesuatu yang berlaku.
Namun apa yang pasti, jentera Pas Kedah sudah berpecah jadi tiga, satu pada Ustaz Azizan, satu pada Phahrolrazi dan satu lagi yang setia pada geng Anwarinas. Tapi nampak gaya, dewan Ulamak Kedah, bagaikan bersama dengan Phahrolrazi, cuma wakil pemuda Pas tidak kelihatan mesra, mungkin masih lagi mencari tapak atau pemuda Pas Kedah menyokong Ustaz Azizan. Semua maklumat ini sebenarnya, hadiah besar kepada UMNO.
Belum pun berperang, jentera Pas sudah kalah apabila berperang sesama sendiri. Namun Mc harap UMNO jangan terlalu leka dengan perkembangan ini. UMNO Kedah harus membina kekuatan sendiri dari mengharap kelemahan orang lain. Kalau kita kuat, kelemahan lawan merupakan satu bonus pada kita untuk memenangi PRU ke 13 nanti.
Masalah Pas Kedah masih lagi tidak selesai, walaupun depan mereka senyum, namun belakang masing-masing mengasah parang untuk berperang.
Kita tengok apa pulak lakonan depa lepas ni..
McTheory:
Bangkai gajah walaupun di tutup, lama-lama bau jugak busuknya!!
Aku baru melihat entri oleh Papa Gomo pasal ura-ura pembentukan kerajaan campuran di Kedah. Walaupun bunyinya 'doesn't make any sense' pada hari ini, 26hb Februari 2012, manalah tahu atas 'political spirit' yang doesn't make any sense akan mejadi 'have sense'!!!
Tetapi apakah DEWATARAYA pas akan merestui tindakan ini? Sedangkan kalau kita lihat sejarah Perak yang masih lagi hangat diingatan, prekara ini ditolak mentah-mentah. Bukan sahaja ditolak, malah mereka yang menganjurkan perkara baik ini pula yang ditohmah dengan pelbagai umpat nista dan katsa-kata penghinaan. Tentunya semua masih ingat apa jolokan yang diberi kepada Tuan Haji Harussani, Mufti Negeri Perak oleh Nor Azli dari parti pas.
Kalaulah ilham ini benar-benar hendak dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, apakah Menteri Besar yang ada sekarang ini sanggup menghadapi semua ini???
Gendang perang semakin kuat paluannya. Semakin rancak dan semakin kerap. Siapapun tidak dapat menafikannya lagi. Semakin hari ianya bukannya semakin jauh, malah hampirnya dapat dirasa. Ketika kita, UMNO/BN memperlihatkan langkah gagah bak panglima berlima, musuh pula langkahnya sumbang bersumbing.
Melihat mereka laga melaga, adu ,mengadu, hina menghina, kita pula sentiasa cuba memperbaiki cara mengemaskan gaya dan memperkasa wibawa. Tatkala 'rally' ini semakin dipenghujung, lelah mereka hela terlalu berat dengar ditelinga. Manakala kita semakin selesa berlari tatkala mereka celapak hampir tersungkur!
Esok, sebagai tanda kebangkitan sokongan kita terhadap UMNO/BN, atas rasa hormat kepada parti KERAMAT, atas rasa tanggungjawab kepada agama bangsa dan tanahair, marilah kita turun beramai-ramai ke program Lawatan Sehari YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak ke Kedah.
Lawatan beliau akan bermula di Gurun, dimana belasan ribu anak-anak Gayung bersama puluhan ribu lagi rakyat jelata ketika diPendang akan menyambut Perdana Menteri yang kita kagumi, yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk mengembalikan Malaysia kelandasan yang sebenar setelah begitu teruk diburukkan oleh Anwar AlJuburi yang sememangnya kita tahu amat mendendami UMNO/BN kerana terbantutnya hasrat kaki LIWAT ini untuk menjadi Perdana Menteri. Hasrat yang tidak pernah diselindungkan oleh beliau.
Sebagai panduan inilah aturcaranya:
1. 03.00pm, PERASMIAN SEKOLAH BAHASA SIAM DI WAT TITI AKAR
2. 03.45pm, BERSAMA-SAMA MASYARAKAT SIAM DIWAT NANAI KAMPUNG TOK SET, PENDANG.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.
BERANI BERUBAH!!!
DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO
PAPA DOLL





