Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com
SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com
Followers
Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog
HIMPUNAN JUTAAN BELIA
Kalu tengok mike tyson punya statement, saya nampak sebenarnya ialah begini:
"Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti," kepada ketika ditemui selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.
Inilah sebenarnya intipati dari kenyataan oleh mike tyson yang aku petik dari Malaysiakini. Keputusan itu sebenarnya tidak membawa kebaikan langsung kepada UMNO!!!
Ini kata-kata paklah yang aku sunting dari malaysiakini:
Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.
Komen aku: Sebenarnya tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan kepada pak lah sendiri....
Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.
Komen aku: Tak menyusahkan bahagian??? Bukan sahaja bahagian yang susah, malahan cawangan, akar umbi dan rakyat secara keseluruhannya.
Dok petahan apa lagi jika segala yang dibuat nampak serba tak menjadi dan janggal sekali!!!
KOTA BHARU 25 Sept. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.
Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.
“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.
“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.
Khairy mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO mengenai sekatan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti daripada bertemu dengan pemimpin atau calon yang akan bertanding.
Menurut Mukhriz, ia adalah tidak selari dengan amalan demokrasi apabila ada anggota Pemuda UMNO disekat daripada bertemunya, manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.
Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mukhriz; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Khairy.
Mengulas mengenai perkara itu, Khairy berkata, semua calon mempunyai kelebihan masing-masing dan perkara paling penting ialah sebuah pertandingan sihat yang kelak tidak akan memusnahkan institusi Pemuda UMNO.
Jelas beliau, perkara yang paling dibimbanginya ialah apabila seseorang calon itu menang tetapi tidak membawa kebaikan kepada parti dan negara akibat daripada perpecahan yang timbul natijah daripada persaingan tidak sihat.
“Bagi saya siapa sahaja yang menang tidak penting tetapi yang paling utama selepas kemenangan itu UMNO dan Pemuda semakin bertambah kuat, perpaduan semakin meningkat dan bukannya terus musnah akibat perpecahan,” katanya.
Khairy yang membawa pendekatan setiakawan dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda itu yakin seluruh ahli Pemuda bijak untuk menilai dan seterusnya memilih ketua yang mampu memperjuang dan membela nasib ahli serta menguatkan parti dan negara.
*Antara berita terpelik tahun 2008 yang aku petik dari utusan. Ini rasa aku susulan dari komplen dari DMM sebelum ini.
Lihat: Agendadaily
Mukhriz: Tindakan sekat anggota UMNO bertemu pemimpin dan calon perlu dihentikan
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO meminta tindakan menyekat anggota parti bertemu dengan pemimpin atau calon-calon dihentikan dengan segera kerana ia tidak selari dengan amalan demokrasi di dalam parti itu.
Katanya, ada anggota Pemuda UMNO yang disekat daripada bertemunya manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.
"Saya nampak ada elemen tidak sihat (di dalam kempen merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO) di dalam bentuk sekatan, apabila saya dijemput berjumpa kawan-kawan di bahagian, ada pihak tertentu (anggota Pemuda) tidak dibenarkan bersama.
"Apa sebabnya itu sendiri kita boleh tafsirkan, tetapi amalan ini (sekatan) tidak sihat lebih-lebih lagi kita mengamalkan sistem demokrasi dalam parti," katanya kepada Bernama di Johor Bharu Ahad.
Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Bernama melaporkan Mukhriz berkata sekarang adalah masa yang tepat bagi UMNO memberikan peluang seluas-luasnya kepada anggota parti untuk mengenali pemimpin dan calon-calon yang akan bertanding merebut jawatan.
Beliau mempersoalkan bagaimana anggota parti hendak menunaikan tanggungjawab memilih calon-calon pilihan mereka, jika mereka tidak dibenarkan bertemu dengan calon terbabit.
"Amalan sekat menyekat ini perlu dihapuskan terus. Buka kepada semua orang, sesiapa yang menawarkan diri berikan peluang kepada mereka untuk menjelaskan bentuk perjuangan yang mereka hendak bawa," katanya.
Bagaimanapun, katanya, terdapat juga kesan daripada tindakan sekatan itu memihak kepadanya, memandangkan beliau merupakan "underdog" di dalam persaingan Ketua Pemuda dan terpaksa menongkah arus untuk mendapat sokongan perwakilan.
Secara keseluruhannya, Mukhriz berkata kempennya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda telah menerima sambutan baik, terutamanya selepas beliau mengadakan pertemuan dan berinteraksi dengan anggota UMNO di peringkat akar umbi.
"Saya melihat mereka berkongsi pandangan yang sama, iaitu UMNO memerlukan pembaharuan yang ketara terutamanya di kalangan orang muda. Tema 'Berani Berubah' yang saya perjuangkan, diterima dan menepati citarasa mereka," katanya.
Beliau berkeyakinan mampu memperolehi pencalonan yang mencukupi bagi membolehkannya bertanding bagi jawatan tersebut.- 21/9/2008
Hmmm..... kalu orang lain spt DSKT atau DZZA atau DMM ka yang komplen, aku percyalah. Tetapi kalu menantu kesayangan sorang ni dok habaq lagu tu, bagi aku itu samada propoganda atau provokasi atau adunan kedua-duanya. Maklumlah dekat nak raya ni....adun-mengadun tentunya boleh menyebabkan resepi bertambah lazat.... Tetapi jika tersilap adunan, yang memakannya boleh TERMUNTAH!!!
Sebelumnya aku baca tulisan di Blog Dato' Ron, isinya mengenai tarikh yang dijangka pak lah akan undur dari tampok kuasa. Kemudiannya aku menginjak ke MyKMU. Beritanya dah jadi tidak menentu kerana campur tangan menantu. Ada unsur memujuk secara memaksa oleh mereka yang merasa kepentingan mereka akan tergugat secara langsung apabila paklah undur diri sehingga menyebabkan keputusan awal yang dibuat oleh pak flip floplah terus berubah-ubah.
Agaknya SIL beliau benar-benar terasa akan tergugat misi beliau mengenai penawaran diri beliau sebagai KPUM. Aku yakin, walau paklah masih mahu dipertahan dengan kedudukan beliau sekarang bagi menunjang hasrat SIL beliau yang bercita-cita untuk menjadi KPUM dan KPBN adalah sukar apatah lagi dengan pengunduran awal paklah akan juga mengheret SIL beliau kejurang ketewasan!!!.
Setelah membaca interview agendadaily dgn DMM, aku cukup teruja dengan ketelusan beliau bercakap mengenai saingan beliau dalam penawaran diri sebagai KPUM. Aku faham dengan cara beliau. Pada aku ini kerana hal-hal yang disebutkan itu bukanlah baru, tetapi isu-isu itulah yang menjadi barah dalam UMNO dan BN. Benarlah kata bahawa menjadi KPUM juga adalah KPBN, jadi sesiapa yang diberi mandat oleh PUC dan PUB untuk memilih KPUM diPAU nanti janganlah tersilap memilih calon. Bagi aku DMM layak untuk mengepalai PUM dan PBN bagi mengembalikan kepercayaan golongan muda kepada UMNO dan BN.
Meremang bulu roma bila Najib umum untuk kaji tambatan nilai untuk ringgit berkebetulan ianya juga telah disarankan oleh TDM. Sumbangan fikiran yang baik, jika dinafikan bukanlah satu tindakan bijak, malah ianya adalah satu tindakan orang yang bodoh lagi sombong.
Syabas Najib untuk kali ini kerana bersifat seperti padi, bukan bersifat seperti pagar.
Semalam aku lihat bila pak lah bagi najib portfolio MOF dan sentap MOD kat dia aku ingatkan ini memang signal yang diberi oleh paklah yang dia betoi-betoi serius nak turun segera dari teraju. Tetapi bila aku selusuri beberapa blog dan melihat berita-berita yang ada mengenai keadaan ekonomi dunia, terutama US yang tengah mengalami gugatan ekonomi yang menyeret kejurang yanbg lebih terok, manakala kerajaan pimpinan paklah masih lagi cuba 'spin' rakyat bahawa kita ok, pelabur masih dok masuk, pengurusan kewangan masih terkawal dan kadar inflasi masih lagi pada tahap rendah, maka aku benar-benar rasa itu memang perangkap pada najib.
Kalu dulu TDM serah kosa kat paklah dalam keadaan baik hampir pada keseluruhan keadaan, baik politik, mahupun dana, tetapi pada aku najib sedang diuji oleh api yang boleh merentungkan kariernya apabila diserahkan MOF untuk diurus. Lebih layak jika paklah undur dan serah semua kosa kerajaan pada najib.
Kejatuhan beberapa bank-bank besar di US adalah gambaran sebenar keadaan ekonomi pada masa yang hampir mendatang ini. Dan jika najib gagal membaca secara bijak situasi dan pergerakan ekonomi dunia, maka kegagalannya nanti akan dijadikan kambing hitam untuk menidakkan perubahan kepada kedudukan politik najib.
Namun pada aku, mungkin adinda najib, iaitu nazir yang menjadi Group Chief Ecxecutive dgn CIMB dapat membantu najib dalam menghadapi kemelut yang bakal beliau hadapi, InsyaAllah.
Dan permintaan aku pada Allah agar Malaysia kembali kelandasan yang sebenar, kerana dibawah paklah, kita dah gostan 15tahun(approx) kebelakang. Dan hendak melangkah kehadapan kembali dengan gagah memerlukan sokongan padu rakyat jelata sepertimana TDM menerima sokongan padu rakyat semasa turmoil dahulu termasuklah sokongan dari aku.
Khairy mohon dicalonkan
REMBAU 17 Sept. - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin hari ini memohon ahli-ahli Pemuda UMNO mencalonkan beliau bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan parti itu Disember ini.
Khairy berkata, beliau sudah bersedia menerima pencalonan dengan agenda untuk memperkukuhkan Pemuda UMNO serta semangat setiakawan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN).
"Setelah saya turun ke bawah, berbincang daripada hati ke hati dengan Pemuda di peringkat akar umbi, maka pada hari ini saya memohon pada Pemuda di peringkat Bahagian UMNO mencalonkan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO.(PEGUNA Pemuda peringkat Bahagian....macam pokok kiambang.....)
"Saya juga memilih hari ini 17 September kerana ia adalah Nuzul Quran, hari di mana al-Quran diturunkan ke bumi," katanya yang kini menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.(Kemungkinan ayat ini adalah yang diajar oleh Imam Hadhari kot? Power! Tetapi penuh kekeliruan dan kenapalah perlu dikaitkan semua ini???)
Khairy mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO itu pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Parlimen Rembau di sini yang turut dihadiri dua anggota Exco pergerakan tersebut iaitu Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.(Sekutu rapat nih: Firstier Inner Circle??)
Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ir. Jamlus Aziz; Ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abd. Rahman; Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria; Penolong Setiausaha Pemuda, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Penolong Bendahari Pemuda, Datuk Abd. Hamid Mohd. Nazahar turut hadir.(2nd layer??)
Khairy menjelaskan, keputusan beliau untuk bertanding jawatan itu dibuat selepas penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan untuk mengosongkan kerusi berkenaan yang telah disandang sejak 10 tahun lalu.
Menurut Khairy, beliau telah bermuhasabah dan akhirnya menemui satu rumusan bahawa perlu ada kesinambungan dalam perjuangan Pemuda UMNO.
Mengenai teras setiakawan yang dimaksudkan, Khairy berkata, ia merujuk kepada peranan Pemuda UMNO sebagai tonggak kepada kejayaan masa hadapan negara.
"Pertama, kita perlu merapatkan jurang dan perkasakan Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian kerana perjuangan setiakawan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
"Kedua, Pemuda UMNO harus menunjukkan contoh yang baik dan jangan hanya menjadi pasukan berkecuali apabila berhadapan dengan Pemuda daripada komponen parti Barisan Nasional (BN).(Apakah tanpa anda kami tidak dapat menunjukkan contoh yang baik??)
"Ketiga, Pemuda UMNO harus bersama generasi muda yang ada di luar UMNO dan hendaklah menjadi badan yang 'inclusive' bukannya 'eksklusif','' katanya. (Apakah tanpa anda kami tidak layak bersama generasi muda diluar UMNO?)
Menurut beliau, Pergerakan Pemuda UMNO perlu bergaul dengan generasi muda dalam perkhidmatan awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kesatuan buruh supaya hubungan erat dapat dikecapi bersama.(Juga yang ini, jika tanpa mu Encik Khairi?)
Beliau seterusnya menjelaskan hasrat untuk bertanding itu bukan hanya atas kapasiti seorang pemimpin Melayu tetapi juga dengan amanah besar sebagai pemimpin muda kepada rakyat Malaysia.(AMANAH?.....Amanah KE?)
Katanya, jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi merupakan Ketua Pemuda bagi BN.(Besar tu tanggungjawab!!! Layak ke anda jika dilurut kepada sejarah anda yang lepas-lepas???)
Khairy Jamaludin (tengah) pada sidang akhbar di Rembau, Negeri Sembilan, semalam
Salam Ramadhan.
Sayugia dimaklumkan, walaupun aku ahli UMNO dan dia juga ahli UMNO, si kj ni bukanlah pilihan hatiku. Setakat turun berjumpa dengan KP UMNO bahagian(KPUB) bukanlah cerminan sokongan ahli-ahli marhien. Rata-rata Pemuda dicawangan aku amat tidak menggemari akan si KJ ni. Memanglah KPUB-KPUB yang dok ada la ni ada segelintir yang sokong beliau, tetapi mereka juga mesti ingat bahawa usul-usul dari Pemuda Cawangan(PC) tidak boleh diketepikan.
PERINGATAN KEPADA KPUB-KPUB
SILA SEMAK USUL-USUL DARI SEMUA MESYUARAT PC-PC YANG ADA DIBAHAGIAN ANDA SEBELUM MEMBUAT PENDIRIAN. JIKA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DIUSULKAN/DICADANGKAN OLEH PC-PC ANDA SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN MAHUPUN PENCALONAN TERHADAP BELIAU. JANGAN MENGKHIANATI PC-PC, KERANA MEREKALAH YANG SEBENARNYA TONGGAK PUM(PEMUDA UMNO MALAYSIA) DAN UMNO KESELURUHANNYA.
Setelah apa yang berlaku dan atas ke-sering-an kontroversi timbul hasil dari air tangan beliau dan atas persepsi negatif yang sebati dihati ahli-ahli marhien seperti aku dan ahli-ahli pemuda dicawangan aku, termasuklah anggota kabinet terbaru Pemuda cawangan aku, kami(dan ahli-ahli yang sewaktu dengasn kami) tidak menyokong beliau untuk jawatan berkenaan.
Tetapi elok juga ada pertandingan.......Empat Penjuru!!!
Empat penjuru, empat tembok batu
Memandang kejam padaku.........*M.Nasir.
APA-APAPUN AKU UCAPKAN JUGA SELAMAT BERTANDING DAN BERTANDINGLAH DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DEMI UMNO, BUKAN DEMI KEPENTINGAN PERIBADI
........................................................SEBAB?...........................................
AKU SAYANG UMNO
Pada malam sebelum merdeka dan sehari selepas merayakan kemerdekaan, hati aku seronok, kerana buat pertama kali aku dapat membeli beras yang kandungan patahnya 15% pada harga RM17 di sebuah pasarmega diKuala Lumpur. Aku ingatkan selepas ini mudahlah untuk golongan seperti aku membeli beras berkenaan, kerana ianya murah berbanding beras lain dan selepas ditanak menjadi nasi masuk perut seropa dengan beras lain juga.
Malangnya dua hari lepas selepas meninjau pasar-pasar mega, satupun tidak kelihatan lagi kelibat bheras yang logonya ialah 'kati'(dacing). Hmm label yang memperopogandakan Barisan Nasional....
Tetapi kenapa pula terjadinya hal sedemikian??? Apakah helahnya? Apakah maksud sebenar kerajaan dibawah kempimpinan PM 'flip-flop' kita yang semakin hari semakin kerap terkezut!!! Awat? Arah jual beras tu ikut keadaan dan kepentingan ka? Kalau just nak beli jiwa, pesyen tu orang tak guna dah, style lapanpuluhan tu.....
Aku dah bagi saranan dahulu kepada seseorang yang kononnya boleh sampaikan kepada menteri yang berkaitan seterusnya akan juga sampai kepada PM yang sepatutnya dah letak jawatannya selepas kekalahan BN di PP dulu, bagaimana hendak di uruskan beras 15% ni supaya sampai kesasaran, iaitu akar umbi yang hidup mereka dalam kesukaran kerana kenaikan harga keperluan, tetapi ternyata apa yang aku khuatirkan terjadi juga sekarang. Kelibat beras 15% tu amat payah di temui. Hanya orang-orang tertentu dengan kaedah-kaedah tertentu sahaja yang dapat membeli beras berkenaan.
Matlamat sebenar tidak tercapaipun........
Hmmm.....
Kawan aku tu yang siang malam bertungkus lumus menolong mangsa banjir(boleh kata setiap kali berlaku bencana) merungut pada aku kerana dia rasa yang pihak PAS bermain politik walaupun ketika banjir(hmm......namapun parti politik).
Ceritanya begini, apabila diajukan kepada YB Sg Limau(sila perbetulkan) yg juga MB Kedah mengenai bantuan segera kepada mangsa banjir, beliau dengan segera minta menghubungi Pejabat Daerah, manakala pihak atasan mereka yang melawat hanya berjanji dibibir mengenai bantuan kepada seluruh mangsa, tetapi pada pengetahuna beliau tiada satupun yang dijanjikan sampai kepusat bantuan banjir yang beliau urus. Yang tiba ialah bantuan dari pejabat daerah yang memang saban tahun jika bencana berlaku, merekalah sebagai pihak berkuasa menjadi yang pertama tiba dengan bantuan.
Bantuan barangan makanan yang tiba dipusat beliau dan seterusnya dimasak secara gotong royong dan diagihkan kebebrapa pusat lain. Yang 'politiknya' pihak PAS menggunakan aktiviti ini sebagai platform untuk mencari polulariti(itu kata dialah....) Mereka mendakwa bantuan makanan itu datang dari dana parti mereka. Hai.......merungut panjanglah kawan saya yang seUMNO dengan saya tu.........
Kalau ikut ngomelannya memang panjang dari apa yang saya tulis ni. Saya edit dan ambil point aje.
06/09/2008 aku balik dari KL. Bertolak dari P/raya pukul 1.00 ptg. samapai di tol SP selatan pukul 5ptg, tetapi hanya dapat keluar dari pintu tol pukul 6.45 ptg. Terperangkap lama disitu. Hujan lebat selebat-lebatnya.
Aku memang jangka bahawa kawasana sekitar kampung aku dan kampung-kampung berdekatan akan dilimpahi air dan kahirnya bah lah keseluruh kawasan. Malamnya setelah membeli keperluan dapur untuk rumah emak dikampung aku bergerak kekampung melalui jalan persekutuan. Hujan masih lebat mencurah bumi.
Sampai dijambatan konkrit diKepala Bukit aku teringat kawan-kawan kat Kg TT Teras dan Teroi Bukit. Aku SMS sahabat aku dan benar telahan aku, dia sedang sibuk mengurus dan menyelenggara mansa-mangsa banjir diMasjid TT Teras. Lepas aku hantar keperluan dapur kerumah dikampung, aku berpatah balik kesana. Niat nak masuk sehingga ke kawasan masjid, tetapi tidak dapat, kerana air telah menghalang laluan. Aku ambil keputusan untuk balik saja kerumah.
Di TT Putih jalan telah dilimpahi air, begitu juga di Jelatang dan simpang Guar Nenas(esoknya aku dapat tahu ada mangsa yang tenggelam disitu setelah motosikal yang dinaiki terbabas). Begitu juga terdapat takungan air diPekan Gurun(depan bekas sek Cina) dan selekoh Sg Tok Pawang(sbb pembinaan trek kedua). Janji dengan kawan untuk lawat beliau dan mangsa aku tunda ke keesokan hari.
Pagi lagi aku dah samapi. Tapi Bapa Mertuanya maklum dia baru sahaja tidur selepas solat Subuh, keletihan setelah semalaman sibuk mengurus mangsa ayaq bah. Aku lihat sekeliling pulau-pulau rumah dikelilingi air.
Aku ke Alor Setar selepas itu kerana urusan peribadi. Balik aku ambil kesempatan meronda TT Teras sekali lagi, kendian ambil jalan keYan dan masuk kejalan alternatif ke TT Teras. Air masih melimpahi sebahagian mini tar berkenaan. Alku terus ambil jalan tepi Sungai MADA, menuju ke persimpangan Teroi Tua dan Pekan Teroi. Tiada kemungkinan aku dapat masuk keTeroi Tua, memandangkan kelihatan kereta-kerata bersusun-susun di hadapan jambatan konkrit menuju ke Teroi Tua. Aku belok ke Pekan Teroi dan speanjang jalan kiri-kanan, sebahagian besar rumah-rumah dinaiki air.
Aku yang kebetulan berada di KL. setelah 51 tahun merdeka, inilah kali pertama aku menghadiri perayaan sambutan hari kemerdekaan yang sang kelembai menyebut hari kebangsaaan(National Day). Itupun setelah penat bekerja dan ingin menghiburkan sedikit hati 'anak-anak aku'
Tujuan aku bukan sangat nak meraikannya, hati ini tidak terujapun. Tetapi memandangkan kebetulan kau diKL dan tida apa yang hendak dibuat pada malam itu, akupun mempelawa 'anak-anak aku' yang masih blemu boleh bertutur, tetapi sudah pandai berjalan dan berlari mengikut aku ke Dataran Merdeka(DM).
Sampai di Jalan TAR, berhadapan Kedai Kasut Central, berhampiran P Lal Store aku memberhentikan kenderaan aku dan mengajak mereka menunggang kaki ke DM. Sebelum itu aku dah pam tenaga mereka di Kedai tom Yamg di Kg Baru.
Manusia sudah mula berpusu-pusu. Lautan manusia tidak menghairankan mereka, kerana mereka pernah melihat manusia yang berganda ramainya berbanding apa yang terhidang depan hidung mereka yang mancung berbanding hidung Melayu aku.
Disepanjang jalan kiri dan kanan mausia berjualan dengan pelbagai barang yang boleh dijual. Tanduk bercahaya(aku suka kreativiti sebegini), telinga mickey mouse bercahaya, bingkai cermin bercahaya, gigi palsu bercahaya dan bermacam -macam lagilah..... Air, Burger, Kebab, Kuaci, kacang rebus, jagung bakar, bla....bla...bla....
Aku lihat sekeliling, rupa-rupanya sambutan kali ini dihadiri lebih ramai imigran dari watan. Pelancong juga ramai terutama dari tanah arab. Bangladeshi, Indonesian, Vietnamese, Nepalese memenuhi DM dengan pelbagai gelagat. Anak-anak muda Melayu???? Gelagat menjolok mata bukan lagi perkara luar biasa si khalayak yang begini. 'Anak-anak' aku yang agak kehairanan pada mulanya terus kebingungan dengan hiruk pikuk yang entahpe entah ni. Mereka ajak aku balik sebelum pukul 12 belas. Aku pujuk mereka dengan menyuap putig rokok kemulut mereka. Berjaya juga ku mendiamkan ngomelan mereka yang belum boleh bertutur ini. Nasib baiklah bahasa isyarat mereka dapat aku fahami.
Selesai pengacara menghitung detik, lagu Kebangsaanpun dinyanyikan(aku turut nyanyi, tetapi kesayuna hati menyebabkan suara aku tersangkut dikerongkong). Selesai, aku beredar dicelah-celah lautan manusia pelabagai bangsa dan gelagat. Tetiba aku terkejut dan hampir melatah(penyakit sekali-sekala aku), tetapi dapat 'control position' dan 'maintain macho' didepan 'anak-anak' aku yang masih belum boleh bertutur itu kerana bunyi dentuman yang amat kuat. Rupa-rupanya pertunjukkan bunga api baru bermula. Hampir approx 20min suasan malam itu diwarnai dengan percikan bunga api...... APA YANG AKU PERASAN IALAH POTRET WAJAH TDM STATIK DI DINDING BANGUNAN DBKL sehingga saat akhir. Setelah berhenti percikan bunga api barulah potert pm sekarang ditayangkan, itupun sekejap sahaja.
Jadi apakah yang ingin luahkan disin oleh mereka yang berkenaan????
Hari ini adalah hari pertama puasa. 2 hari lepas, cawangan aku selesai mengadakan mesyuarat agung. Keputusan dalam mesyuarat berkenaan sehingga kini belum aku perolehi, kerana kau sendiri tidak dapat hadir atas sebab yang benar-benar tidak dapat aku elakkan. Hati agak sedih bila sms yang aku kirim kepada kawan-kawan untuk mengetahui keputusan dalam mesyuarat tidak dibalas. Mungkin mereka agak kecewa diatas ketidakhadiran aku. AKU MOHON JUTAAN KEMAAFAN kepada sleruh ahli-ahli cawangan yang komited terutama kepada Ketua Cawangan aku, yang secara peribadi menghubungi aku pada sebelah paginya untuk memastikan ketidakhadirna bersebab aku.
Tidak mengapalah. Sebaik kembali ketanah tumpah darahku, rumah beliaulah yang akajn aku kunjungi untuk mengetahui dari mulut beliau sendiri pa yang telah diputuskan dalam mesyuarat tempoh hari yang erpaksa ditangguhkan kerana untuk memberi laluan kepada satu prk yang tidak perlupun pada pandangan aku, tetapi berlaku juga kerana atas kesalahan pemimpin paling atas dengan pengaruh menantunya yang dipujuk oleh seorang yang tiba-tiba mendapat penghormatan unutk menyerahkan borang keahliannya diPARLIMEN!!! Adakah manusia lain yang dapat keistimewaan sebegini(jika ada tolong sesiapa bagi tahu dekat aku, kerana kau ini hanyalah marhien UMNO)....
TAKKAN ADA prk PP jika calon yang baru menang tu masih berkempen dengan dinding konkrit didalam masyarakat 'istimewa' di Sg Buloh!.
Mengenai Aku
Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.
Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.
Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.