SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Baru sahaja di post oleh Mc Theory:


EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Sebenar KECOH!!, disebalik Sidang Media Phahrolrazi!!



Mc sebentar tadi baru pulang dari Sidang Media di rumah Phahrolrazi di Taman Gunung Bayu. Pada sidang media tersebut, memang pada mulanya sidang media pada media nasional berlangsung dengan aman dan 'play safe' namun selepas bersurainya sidang media. Berlangsung sidang media kedua, dikalangan orang Pas dan pemimpin Pas tempatan bersama Datuk Phahrolrazi, dilakukan secara tertutup, kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".


Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka, kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi, memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.

Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti, mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.

Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!

Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.

Melihat keadaan menjadi semakin tegang, Mc dan beberapa orang troopers lagi mengundurkan diri. Kami sempat mengambil gambar pada waktu tersebut dan gambar itu masih lagi di tangan Aktivis UMNO Pekan Naka, Insyallah Mc akan update gambar tersebut kemudian nanti.

Nampaknya cerita disebalik tabir lebih meletup berbanding sidang media yang beliau lakukan. Macam Mc kata tadi, orang Pas memang pandai menyembunyikan masalah dalaman mereka berbanding orang UMNO yang 'cempera' bila ada sesuatu yang berlaku.

Namun apa yang pasti, jentera Pas Kedah sudah berpecah jadi tiga, satu pada Ustaz Azizan, satu pada Phahrolrazi dan satu lagi yang setia pada geng Anwarinas. Tapi nampak gaya, dewan Ulamak Kedah, bagaikan bersama dengan Phahrolrazi, cuma wakil pemuda Pas tidak kelihatan mesra, mungkin masih lagi mencari tapak atau pemuda Pas Kedah menyokong Ustaz Azizan. Semua maklumat ini sebenarnya, hadiah besar kepada UMNO.

Belum pun berperang, jentera Pas sudah kalah apabila berperang sesama sendiri. Namun Mc harap UMNO jangan terlalu leka dengan perkembangan ini. UMNO Kedah harus membina kekuatan sendiri dari mengharap kelemahan orang lain. Kalau kita kuat, kelemahan lawan merupakan satu bonus pada kita untuk memenangi PRU ke 13 nanti.

Masalah Pas Kedah masih lagi tidak selesai, walaupun depan mereka senyum, namun belakang masing-masing mengasah parang untuk berperang.

Kita tengok apa pulak lakonan depa lepas ni..


McTheory:
Bangkai gajah walaupun di tutup, lama-lama bau jugak busuknya!!


***DETGUAQ:  Ternyata, bukan kerana Islam, bukan juga kerana dasar parti, tetapi perselisihannya lebih kepada hal keduniaan, hal yang bernilai komersil, hal 

DAKI DUNIA!!!


Isyarat dari Pendang.

Aku baru melihat entri oleh Papa Gomo pasal ura-ura pembentukan kerajaan campuran di Kedah.  Walaupun bunyinya 'doesn't make any sense' pada hari ini, 26hb Februari 2012, manalah tahu atas 'political spirit' yang doesn't make any sense akan mejadi 'have sense'!!!

Tetapi apakah DEWATARAYA pas akan merestui tindakan ini?  Sedangkan kalau kita lihat sejarah Perak yang masih lagi hangat diingatan, prekara ini ditolak mentah-mentah.  Bukan sahaja ditolak, malah mereka yang menganjurkan perkara baik ini pula yang ditohmah dengan pelbagai umpat nista dan katsa-kata penghinaan.  Tentunya semua masih ingat apa jolokan yang diberi kepada Tuan Haji Harussani, Mufti Negeri Perak oleh Nor Azli dari parti pas.

Kalaulah ilham ini benar-benar hendak dilaksanakan oleh kerajaan sekarang, apakah Menteri Besar yang ada sekarang ini sanggup menghadapi semua ini???

TAK TAKUT PECAH PERUT KA?

Gendang perang semakin kuat paluannya.  Semakin rancak dan semakin kerap.  Siapapun tidak dapat menafikannya lagi.  Semakin hari ianya bukannya semakin jauh, malah hampirnya dapat dirasa.  Ketika kita, UMNO/BN memperlihatkan langkah gagah bak panglima berlima, musuh pula langkahnya sumbang bersumbing.

Melihat mereka laga melaga, adu ,mengadu, hina menghina, kita pula sentiasa cuba memperbaiki cara mengemaskan gaya dan memperkasa wibawa.  Tatkala 'rally' ini semakin dipenghujung, lelah mereka hela terlalu berat dengar ditelinga.  Manakala kita semakin selesa berlari tatkala mereka celapak hampir tersungkur!

Esok, sebagai tanda kebangkitan sokongan kita terhadap UMNO/BN, atas rasa hormat kepada parti KERAMAT, atas rasa tanggungjawab kepada agama bangsa dan tanahair, marilah kita turun beramai-ramai ke program Lawatan Sehari YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak ke Kedah.


Lawatan beliau akan bermula di Gurun, dimana belasan ribu anak-anak Gayung bersama puluhan ribu lagi  rakyat jelata ketika diPendang akan menyambut Perdana Menteri yang kita kagumi, yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk mengembalikan Malaysia kelandasan yang sebenar setelah begitu teruk diburukkan oleh Anwar AlJuburi yang sememangnya kita tahu amat mendendami UMNO/BN kerana terbantutnya hasrat kaki LIWAT ini untuk menjadi Perdana Menteri.  Hasrat yang tidak pernah diselindungkan oleh beliau.

Sebagai panduan inilah aturcaranya:

1.  03.00pm, PERASMIAN SEKOLAH BAHASA SIAM DI WAT TITI AKAR

2.  03.45pm, BERSAMA-SAMA MASYARAKAT SIAM DIWAT NANAI KAMPUNG TOK SET, PENDANG.


Seronok membaca artikel mengenai isu anwar da papa doll yang dipertahan disini, seronok dan enjoy lagi membaca komen-komen paria-paria parti kepada kedua-dua parti yang berkesedudukan secara haram sampai ke hari ini.

Jom kita tengok dan nilai sama-sama komen mike-mike tu....HA HA HA!!!

Kot manapun depa tetap nak kaitkan UMNO dalam apa juga isu yang memberi impak negatif terhadap parti yang mereka dukong!!!


31 Comments

  • ini lah masalah nik aziz dari dulu sampai skrg,suka sangat buat kenyataan terbuka.
  • ulama kena telus ..dan terbuka… mmg betul cara Nik aziz.Yg haram tetap haram lah.. Jgn jadi kafir harbi ..yg haram tu Halal. Benda2 asas dlm Islam pun … masih ada orng islam yg buta dan pekak.. sampai x tahu hukum hakam.
    • setuju dengan pocong!
      dalam Al-Quran pun ada sebut bahawa yahudi adalah musuh Islam, adakah PKR yang kononnya memperjuangkan keadilan kini bersekutu dengan musuh Islam dan membelakangkan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat Palestin?
      MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA, SALAH TETAP SALAH, HARAM TETAP HARAM!
      apapu alasannya, pengiktirafan Israel yang telah merampas hak dan membunuh rakyat Palestin adalah TIDAK BOLEH DITERIMA SAMA SEKALI, apakah yang akan kemu buat sekiranya kita yang menjadi mangsa kerakusan rejim zionist? berpalu berkompang?
  • Xfaham la korang nie.. Kalau PAS / TGNA berdiam diri, korang spin la yg PAS sokong YAHUDI, Jadi PAk Turut DSAI and DAP, dan mcm2 lagi. Bila PAS bersuara, Korang plak duk cakap Xperlu la. Anwar BUkan AHli PAS la. Klau semua nak puaskan hati ko, Korek Kubur, tanam jew diri ko sendiri. Bodoh giler…
  • “Membincangkan soal Anwar di dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama itu sendiri pun sudah agak keterlaluan (Anwar bukan ahli PAS)”
    Kalau tak tau fungsi majlis syura’ , sila dok diam-diam. Majlis syura bukana jawatankuasa disiplin yang membincangkan salahlaku ahli parti. majlis syura ruang lingkup nya luas. dia bincangkan apa saja yang dia rasa dia nak bincang; apa lagi dalam isu yang seperti ini di mana anwar buat taik, tapi pas yang nak kena cuci.
    • majlis syura ulama tugasnya memastikan dasar perjuangan pas tidak terkeluar dari ketetapan muktamar…sila google, jgn jadi bodoh…anwar tak masuk dalam skop
      • bodoh juga….. skop PAS berkait juga dengan kenyataan anwar…
      • Ketetapan muktamar tu kau tahu ke apa dia…? kau ingat ketetapan tu bermaksud membuta tuli dan ikut suka DSAI nak buat apa…..? Kau fikir majlis syura PAS tu bodoh ke…?
        Majlis syura telah meluluskan dasar2 selama ini termasuk keputusan muktamar tersebut… dan bertanggungjawab memastikannya agar tidak lari dari syari’at…
      • Abis tu yg PKR kecoh2 suruh pecat Hasan Ali tu apa kes? Dia bukan ahli PKR…
      • saya sokong 100%. korang ingat anwar tu apa sampai tak boleh disentuh? pikirla sikit… kalaud ah buat salah tu admit jer la.nik aziz dah bagi pilihan, tarik balik atau saman jer WSJ. bukan susah mana pun. pi suruh karpal saman wsj la!!!
  • tak nampak pun ada sebarang masalah dgn nik aziz. mmg yahudi musuh Islam. dlm Quran pun ada dinyatakan. Nabi Muhammad pun pernah halau yahudi keluar dr Madinah. mmg yahudi tak patut dibiarkan hidup aman. ni bkn pasal perpecahan… tp ini soal prinsip. prinsip Islam. yg betul kita kata betul… yg salah kita kata salah.
  • nik aziz ni very selective pendiriannya pasal anwar…ada benda dia diam, ada benda dia cakap, ada benda dia memekak, tak konsisten…..nik aziz bukan ulamak, dia ular dalam semak….
  • “PAS perlu sedar, permusuhan tidak akan menyelesaikan perbalahan yang wujud sekian lama dalam konflik Israel-Palestin. Datuk Seri Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang pandangannya diterima banyak pihak dikalangan dunia Arab, menggunakan pendekatan diplomasi yang sama kerana matlamat utamanya ialah kewujudan negara Palestin itu sendiri.”
    matlamat tak menghalalkan cara bro… semua org nk bebaskan Palestin, tp bukan dgn cara nk sokong Israel yg mmg sah2 adalah musuh Islam.. jgn terlalu fanatik sgt..Islam tak mengharamkan politik, tp jgn la berpolitik smpai tinggal Islam..
  • Hidup Niktok Guru Nik Aziz…..jgn terperangkap dgn mainan politik dunia anwar..
  • ini adalah pertama kali aku lawat blog ini..mula2 terkezzutt bewak aku tengok foto anwar dgn ayat “pemimpin Paling Suci” adusss.. kesiaannn..
  • nik aziz ni elok kena buang je, bagi orang yg lebih muda pimpin Pas….kenapa mesti dia buat open statement? Dalam internet, mainstream media semua pickup statement tu? Elok sgtlah utk pr?
  • belum jadi kerajaan lagi dah tembak sana sini…apa punya pakatan rakyat ler…kalau tak suka dengan PAS,sila pecat PAS keluar dari PR macam PAS buat dekat Hasan Ali…ade BERANI KE ANUwar ALJUBURI buat camtu????hihihi
  • Apasal semua melenting bila PAS menegur DSAI??? oh PAS patutnya mcm ni..mcm ni…bisik lah…xyah kecoh2….abis tu Aziz Bari tu sond MB kami “tegak2″ boleh pulak….
  • anwar pn bt kenyataan terbuka. dlm majalah antarabangsa lg. satu dunia blh baca. nik aziz pn ada hak gak la bt kenyataan terbuka. takkan anwar sorang je yg blh bt open statement tp org lain tak blh? apa daaa…kalau Pas dok diam, org kata Pas ni bisu. kalau Pas buat statement membabitkan agama, org kata plak jgn nyibuk. abih tu Pas nk buat apa? jgn salahkan media kalau ahli2 politik ni sendiri yg buat kenyataan mcm tu. kalau tak nak kenyataan diputar belitkan oleh media jgn bt apa2 kenyataan. ckp ‘no comment’ je. abih cita. bknnya diaorg ni baru sehari jd org politik. dh berpuluh2 tahun dh masuk politik, takkan itu pun tak tau macam mana nak handle press?
  • betulla nik aziz buat sbg umat islam.mana bule compromise dgn yahudi.kesian rakyat palestin.kena tentang habis-habisan.Ya @ tidak jer…bkn susah pun…lain kali jgn bt kenyataan kalu x sokong.bt pe back up yahudi..
  • Saudara Penulis, sila perjelaskan apakah yang saudara maksudkan dengan ayat ini?
    “Penulis sedar PAS sedang terdesak untuk turut sama bersetuju dalam hal ini dengan Anwar kerana isu Israel ini dijadikan perkara yang terlalu sensitif pada satu masa untuk menentang UMNO dan BN terutama pada dekat 80an – 90 an.”
    “Hakikatnya banyak perkara telah berubah sejak itu dengan lebih banyak negara Islam kini mengiktiraf kewujudan negara yahudi tersebut.”
  • Penulis. Allah dah cakap jangan iktiraf Israel. Tapi hang pandai cakap negara lain dah iktiraf Israel. Hang Sapa????????? atas lagi pada ALLAH SWT ka?????
  • yg pemimpin PKR dok suruh Ustaz Azizan letak jawatan dan tak dipilih semula ladi MB tu apa kejadahnya??? bila kena batang hidung sendiri nak bising lak…. perangai UMporNO tak boleh hilang dari ramai pemimpin PKR… tu yg dok lompat dari UMporNO dan lompat balik masuk UmporNO… kecuali yg dari PRM , NGO dan yg tak pernah masuk mana mana parti….
  • jmpa org ni ramai2 bg pnampaq no..tkut jd hlal je drh org ni t..
    dasar taik2 umno ni..anwar dlm umno dlu pn bkn men kutuk pas n TGNA..
    korg prasan x..pnulis ni ble sebut nme anwar..ad “dato seri” tp utk TGNA..type nik aziz je..kompom fanatik anwar..bongok!
  • saya bg contoh, katakanlah anda sekarang hidup bahagia bersama keluarga di rumah anda. Tetiba datang sekumpulan pelarian masuk ke rumah, merogol saudara perempuan, anak perempuan dan isteri anda. Saudara lelaki anda dibunuh kesemuanya. Harta benda anda dirampas dan kebebasan anda diragut. Anda cuba adukan kepada pihak berkuasa dgn tujuan untuk pertahankan hak anda sebagai tuan rumah. Dan pihak berkuasa memberi cadangan supaya sebahagian rumah anda diberikan hak milik kepada pelarian tersebut. Apabila anda membantah keputusan tersebut, anda dikatakan sebagai tak menghormati hak pelarian untuk hidup di rumah anda kejam kerana tidak menhormati hak asasi manusia. Dan tindakan kekerasan anda telah membuatkan anda di cop sebagai pemberontak, penentang keamanan, punca masalah, pengganas dsb.
    Anda cuba meminta bantuan pula dari jiran terdekat anda… malangnya kesemua mereka takut untuk menentang keputusan pihak berkuasa. Apa yang yang mampu mereka lakukan hanya berbincang sesama sendiri, mengeluarkan resolusi untuk mengutuk tindakan penyamun dan paling hebat hanya mengangkat sepanduk dan menjerit dari dalam rumah masing-masing sebagai tanda sokongan mereka terhadap anda.
    PELARIAN = ISRAEL
    ANDA/RUMAH/KELUARGA = PALESTIN
    PIHAK BERKUASA = US DAN SEKUTU MEREKA
    JIRAN TERDEKAT = NEGARA ARAB DI SEKELILING PALESTIN DAN MASYARAKAT ISLAM SEDUNIA
    Kalau tragedi ini jadi kepada diri anda, adakah anda terima 2 state solution yg dianjurkan US untuk israel dan Palestin?
  • korang ni semua sama jer nak memenangkan pihak masing masing…
  • butoh pak hang … apa pasai ada kena mengena dgn umno…
  • kesian la.. sanggup ketepikan agama sendri nk backup pemimpin paling suci.. konon.. jgn la taksub sgt,, yg slah ttp slah… ape ko dpt kalo ko sokong bende yg salah..? ko islam ke kafir…?
  • penulis blog ni bukan Islam ke? tagline ” Pemimpin palinfg suci” tu melampau giler.


Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO