SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Umpama tali yang lurus akhirnya dipintal sehingga kusut.  Inilah akibatnya keran terlalu mengejar pengaruh politik sehingga mempermainkan serta menokok tambah perintah Allah. Allah AlA'laam...

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar

September 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.
Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.
“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.
“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.
Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”
“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”
Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.
“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.
Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.
“Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya,” tambah beliau.

Akhirnya Mangkuk hayun tak bermaruah yang tak sedar dek untung dan tak tahu kediri telah memohon maaf kepada Sultan Johoir, tetapi tidak juga memohon maaf kepada rakyat Johor dimana permohonan maafnya tidak langsung menampakkan keihklasannya.  Mangkuk betul mangkuk ini.  Mengapa harus di palitkan palat busuk beliau kepad Utusan Malaysia padahal kenyataan beliau diSingapura itu juga telah didengari oleh wartawan-wartawan lain?


Guan Eng mohon maaf kepada Sultan Johor

TERKINI @ 02:34:53 PM 30-09-2011
September 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lim Guan Eng memohon maaf kerana menyebabkan Sultan Johor tersinggung sambil berkata beliau tiada niat langsung untuk memperkecilkan negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh media dikawal oleh Barisan Nasional.
“Sebagai tanda menghormati Sultan Johor, saya memohon maaf,” kata Lim (gambar) yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan media menyebut Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Lim kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.
“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.
“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda.
Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.
Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.
Lim didakwa memburuk-burukkan Johor dalam temu bualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Lega aku denganr pandangan bekas orang kuat MCA yang menasihatkan BN agar tidak meletakkan Presiden MCA sebagai calon pada PRU13 yang akan datang demi untuk mengelakkan kesan buruk terhadap keputusan terhadap BN nanti.  Nampaknya Ong Tee Kiat memahami budaya majoriti rakyat Malaysia menolak pemimpin yang rosak moralnya walaupun mereka juga sebenarnya bukan semuanya bersih dari skandal, cuma mereka bukan pemimpin tertinggi dan ada pula hanya sebagai rakyat biasa.

Apa-apapun aku nak ucapkan syabas kepada senior dalam MCA yang berani berterus-terang demi memastikan BN dapat terus diterima rakyat dan melangsungkan sewrta mengekalkan status quo nya.


Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks

September 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang “calon yang boleh menang” kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.
Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.
Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.
“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.
“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.
Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.

Hasrat rakyat yang akan mengundi terutamanya penyokong UMNO termasuk mereka yang bukan ahli parti tetapi bersimpati kepada perjuangan UMNO sememangnya bukannya rahsia lagi bahawa mereka mahukan muka-muka baru dicalonkan.  Satu suntikan yang segar diperlukan oleh UMNO/BN untuk memarakkan tenaga baru dan menyingkirkan toksin politik yang menyumbangkan terlalu banyak penyakit yang jika dibiarkan sehingga boleh membunuh survival politik UMNO.  Barah ini dikenalapsti menjangkiti dinasor-dinasor UMNO dan amat sukar diubati kecuali dikuarantin mereka ini untuk kebaikan UMNO termasuklah diKedah.

PRU-13: Pengundi mahu Umno letak muka baru, kata Muhyiddin

TERKINI @ 03:43:27 PM 30-09-2011
September 30, 2011
SERDANG, 30 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa pada umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Presiden Umno (gambar) ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama.
Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran — orang muda dan tidak terlalu muda.
“Calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini.
“Tetapi apabila kita tanya orang ramai, mereka berkata ‘ah, orang itu sudah terlalu lama, kami sudah penat. Kami mahukan seseorang yang baru’. Itulah maklum balas yang kami terima,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti.
“Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon.
“Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang,” kata beliau.
Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut.
“Kami akan duduk dan bincang... kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia,” katanya lagi.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Apo mampu lae tak si Azizan ni berGOLAK ketawo?
Atau
dio yang terGOLAK SAKAN?
Atau
situo ni ha yang GOLAK lam hati yo?
Atau
Bro kito yang mudo ni ha yang terGOLAK BOSAR
lopeh ni?

Golak kalau ikut loghat nogori bermakna bergelak.  Tetapi kedua-dua situasi iaitu bergolak(gelak) dan bergolak semamangnya sedang berlaku diperingkat atas pas kedah.  Tetapi tentunya ianya dengan pantas akan dinafikan oleh alhli-ahli akar umbi kerana mereka cukup takut sebenarnya dengan situasi semasa yang kelihatan begitu genting dimana keadaan Ostat Azizan umpama yo-yo, sekejap keatas sekejap kebawah aktivitnya. Manakala keadaan kesihatannya pula walau cuba dinafi umpama chipsmore, sekejap ada sekejap tiada.  Semalam bertiup kencang khabar angin yang Ostat Azizan kembali jatuh sakit, malah ada yang memberitahu yang Ostat Azizan diserang stroke.  Benarkah Ostat Azizan telah diserang Stroke?  Aku sedang menunggu kebenaran dari desas-desus yang sedang bertiup sepoi-sepoi kencang diAlor Setar.

Kini kelibat gelisah beberapa penama-penama yang telah disebut bakal menggantikan Ostat Azizan sebagai MB Kedah semakin menegang sehinggakan kem-kem calon sebutan juga dilanda gelisah.  Jika calon sebutan gelisah samada terpilih sebagai MB baru yang bakal dapat merasai keseronokkan menaiki Mercedes KCX 8, juak-juak dalam kem masing-masing pula gelisah menunggu peluang untuk ghebiah apa-apa projek jika boss mereka meloncat jadi MB.  Dan jika ada MB baru adakah setpolnya juga orang baru???

Malah budaya berkem-kem ini juga khabarnya sudah berjangkit ke pas-pas kawasan diseluruh negeri Kedah.


Itulah kalam yang terpacul dari Timbalan Presiden pasrael bahawa beliau tidak takut dengan ugutan oleh mana-mana pihak untuk terus berceramah dalam siri mengagong dan mengangkat penderhaka komunis sebagai idolanya dan dlaam waktu yang sama mempengaruhi sebahagian kecil rakyat agar turut sama menyanjung komunis dan komunisma.

Tetapi bagaimana dengan Kedah?  Aku dengar siri ceramah karut marut beliau tidak mendapat sambutran oleh pasrael negeri Kedah.  Betulkah begitu?  Perkara ini menjadi pertanyaan beberapa sahabat aku dari kalangan pas, kerana sehingga kini Mat Sabu tidak pernah sekalipun dijemput berceramah mengenai komunisma diKedah Darul Aman.

Agaknya bilalah Ostat Azizan nak jemput?  Atau MB selepas nilah kot yang akan jemput????

Hari ni, Wanita UMNO Kedah sudah mula bersuara dengan meminta UMNO-UMNO Bahagian mulai fokus untuk menyelesaikan kemelut dalaman jika pemimpin-pemimpinnya tidak mahu kecewa  pada PRU13 nanti.  Apakah suara wanita UMNO ini akan berjaya menggegar hati yang keras dan mencair ego pemimpin-pemimpin beberapa Bahagian UMNO untuk sedar dari igauan lama yang masih berterusan.  Apakah Pokok Sena, Merbok, Sungai Petani, Jerai dan Padang Serai akan terus bercakaran?  Kalau mereka masih tidak mahu berubah, YAB Najib sudah kena bertindak menggunakan formula 'winnable candidate' disana.  Calon natural perlu diletakkan jika itu yang rakyat bawahan mahukan demi memastikan kemenangan UMNO/BN di Bahagian-bahagian yang masih seronok dengan 'hang boh taik kat aku, aku boh taik balik kat hang'.  Akhirnya semua belemoih. Biaq pi lah kat depa Dato' Sri, biaq depa sama-sama belemoih.  Dato' Sri pilihlah yang tak belemoih tak kiralah dari dalam parti ka, dari NGO ka dari aktivis masyarakat ka waima dari mana-maman pegawai kerajaan yang disenangi oleh majoriti rakyat.  NGO-NGO Beliapun ramai pemimpinnya yang ikhlas, peduli apa dengan leteran dan ngomelan beberapa kerat pemimpin-pemimpin politik yang 'stagnent' dengan perangai tahap tegar depa tu.  Depa bukannya pikiaq sangat pasai UMNO dan keseluruhan ahli-ahlinya.  Dok kira geli nak jadi calon tapi tak sedar yang orang dah makin ramai meluat dekat depa pasai dah sama-sama belemoih kena palit tahi politik sesama mereka.

SYABAS WANITSA UMNO KEDAH YANG BERANI MENEGUR UMNO-UMNO BAHAGIAN DIKEDAH. 

**Satu konklusi hasil dari Konvensyen BN Kedah yang cukup pahit tapi boleh menjadi ubat.

30 September, 2011 11:36 AM
Wanita Umno Kedah Minta Bahagian Selesaikan Kemelut Dalaman
ALOR SETAR, 30 Sept (Bernama) -- Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.

"Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita, di sini.

Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN.

"Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih.

"Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah.

Pada pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi Bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.

-- BERNAMA

Orang Anwar di badan cukup strategik dalam kerajaan?

  • PDF
musangbuluayamAPABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?
Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.
Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.
Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.
Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.
Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.
Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.
Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.
Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.
Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.
Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.
Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.
Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.
Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?
Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.
Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?
Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?
Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”
Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”
Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.
Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.
Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''
Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?
Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''
Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.- 27/9/2011

Di sedut masuk dari blog gelombang wangsa maju.

Aaahhh ... Congratulations ... NAMEWEE Produk TERHEBAT PERPADUAN!

| Wednesday, September 28, 2011

Api kemarahan orang melayu terhadap Namewee bukan baru. Sejak dari video klip Negarakuku, anak haram ini sudah menjadi kemarahan orang melayu. Tambahan, sikap prejudis DAP yang membela ibarat menyindir orang melayu yang dianggap kolot.

Keberanian Utusan Malaysia untuk menulis komentar perihal filem berdasarkan penilaian jujur kerana kesedaran orang melayu terhadap senario politik melayu yang serba masalah. Bercakap mengenai bangsa akan dilabel sebagai perkauman.

Harus diteliti maksud tersirat dalam video ini. Menghentam Utusan Malaysia seolah-olah Namewee ajak orang melayu berentap bergaduh sebagai anak jantan. Kata-kata kesat yang berjela-jela ibarat mencibaikan orang melayu dan mahu seluruh dunia tahu akan sikap kolot orang melayu. - GARAMANIS 28 Sept 2011






Bagaimana pula dengan videoklip NEGARAKUKU ... Hebat! Fantastik! Superbly Done!















Tepuk, Tepuk, Tepuk ... Laungan Azan Macam Ayam Berkokok! ... Videoklip Masih Lagi Berkumandang di Youtube! ... Produk Terbaru Perpaduan!

Aku pasti ramai pemimpin tak kira dari parti mana yang ada cita-cita ingin menjadi calon pada pRU13 nanti tentunya akan merasa geli geleman bercampur gayat. 

Yang kencin maneh geli
Yang lemah jantung geli
Yang sakit buah pinggang geli
Yang darah tinggi geli

Yang nyanyuk lega
Yang leweh segar
Yang layu bugar
Yang strok bingkas

Yang kami ni dok kira harap kat BN sahalah.....

BN Sudah Mula Kenal Pasti Calon Untuk Pilihanraya Umum

2


PARIS, 27 Sept – Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.
Muhyiddin berkata BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.
“BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa…tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawanMalaysiadi sini hari ini.
Muhyiddin yang diiringi isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman kini berada di ibu negara Perancis ini untuk lawatan kerja dua hari bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco), yang berakhir hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata antara kriteria pemilihan bakal calon ialah kebolehan, kewibawaan, latar belakang, status pendidikan, kemahiran tertentu yang selari dengan tuntutan semasa, selain prihatin dan faham kehendak rakyat.
Beliau menarik perhatian bahawa untuk menjadi seorang wakil rakyat pada masa ini adalah amat mencabar dan memerlukan kebijaksanaan berikutan pengundi sekarang sudah matang dan membuat penilaian berdasarkan kewibawaan seseorang.
Sehubungan itu, beliau berkata pemilihan bakal calon terdiri daripada golongan muda dan berkelulusan tinggi akan diberikan pertimbangan sewajarnya, namun pengalaman turut diberikan perhatian bagi mewujudkan keseimbangan antara jumlah pemimpin muda dan berpengalaman.
Keutamaan juga diberikan kepada calon pilihan rakyat, katanya.
Muhyiddin berkata “calon yang boleh menang” yang dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bukan bermaksud semata-mata yang boleh menang tetapi turut memenuhi semua aspek yang dikatakan itu.
“Ini bermakna walaupun seseorang wakil rakyat itu pernah menang tanpa bertanding, tidak semestinya dicalonkan semula. Semuanya bergantung kepada tuntutan semasa,” katanya.

Nampaknya selain dari dapat mengalih bara kemarahan sebahagian besar rakyat terhadap Mat Sabu yang berdosa besar terhadap ramai rakyat Malaysia yang keluarga mereka pernah terlibat menentang komunis terlaknat, pasrael juga nampaknya kini diambang untuk melutut sambil mencium kaki dapig yang penuh kudis kurapnya adalah kerana esen komunis yang begitu sinonim dengan dapig.  Mat Sabu tak rugi apa-apa kerana elaun yang cukup besar sebagai pengarah dalam Syarikat Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang cukup untuk beliau mengumpul harta selain dari pencen sebagai ahli parlimen nanti.  Untung besar tetap memihak kepada Mat Sabuihsme dan akhirnya sokongan pengikut-pengikutnyahanyalah buih-buih  yang tak bernilai...

27 September, 2011 19:07 PM
PAS Tunduk Kepada DAP Dalam Hukum Hudud: Mukhriz
SUNGAI PETANI, 27 Sept (Bernama) -- Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini Selasa.

Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadang dilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam.

Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.

Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalam Al-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kita lakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islam dikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauh lebih ringan," katanya.



-- BERNAMA

BEGINILAH BENTUK BERITA YANG DIMAHUKAN OLEH ANWAR KERANA DENDAM TAK DAPAT JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA MELALUI PARTI UMNO.  MANUSIA YANG TIDAK DAPAT TERIMA TAKDIR ALLAH AKIBAT PERBUATAN TANGAN-TANGANNYA SENDIRI.


2:195. ......................................, dan jangan melemparkan diri-diri kamu dengan tangan-tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan, tetapi berbuatbaiklah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang berbuat baik.


Pagi ini kita dikejutkan dengan berita satu letupan berlaku di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Ya, Empire Shopping Gallery yang dibuka tahun lalu dan terkenal dengan gelongsor paling tinggi di dunia (World's Tallest Indoor Tube Slide).

Kejadian letupan tersebut berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi dan difahamkan berpunca dari kebocoran gas. Setakat ini 4 mangsa disahkan cedera.

Berikut gambar-gambar sekitar letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya yang dikongsi oleh orang ramai di twitter.







sumber : beliamuda.com & ondscene.my (thanks)





SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.- The Malaysian Insider















Kembali dara


Dr. Alice semasa sidang media memperkenalkan rawatab V2LR yang pertama di Malaysia baru-baru ini.


PROSES melahirkan anak serta penuaan semula jadi sememangnya akan memberi kesan kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita.
Pengalaman yang begitu istimewa itu walaupun sentiasa dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kurang baik kepada mereka yang sentiasa mementingkan hubungan intim.
Vagina yang semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik sememangnya boleh memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual. Keadaan ini dipanggil vagina relaxation dan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seks seperti dulu.
Antara simptom lain yang turut dialami akibat masalah ini ialah stress urinary incontinence (SUI) iaitu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing, hilang fungsi kawalan dan penurunan keinginan seksual.
Lazimnya, wanita pada usia muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas.
Namun, perubahan akan berlaku selepas melahirkan anak kerana otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj akan mengendur.
Situasi ini yang menghantui segelintir wanita kerana takut tidak mendapatkan kepuasan seks terutamanya ketika usia semakin meningkat dan bakal menempuh alam menopaus.
Mungkin disebabkan itu, ramai wanita yang ingin berusaha mengembalikan ' dara ' dengan pelbagai kaedah rawatan tradisional atau moden.
Rawatan Vulvo & Vafinal Laser Reshaping (V2LR) misalnya dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita.
Pakar Sakit Puan dan Kecantikan Klini Dr. Alice, Dr. Alice Prethima berkata, teknologi V2LR boleh membantu wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.
“Rawatan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan seksual di kalangan wanita. Ia dapat mengatasi dilema wanita dalam mendapatkan kepuasan seks,” katanya.
Dr. Alice memberitahu, pembedahan ini menggunakan laser dan tidak mengakibatkan pendarahan. Ia mengambil masa satu hingga dua jam.
Katanya, umumnya, pesakit yang bekerja boleh kembali ke pejabat pada hari sama melakukan rawatan bergantung kepada keadaan pesakit.
Secara tidak langsung ia mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan rangsangan vagina.
Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang rawatan V2LR boleh melayari www.aliceantiaging.com atau menghubungi 1 300 88 3234.



UMNO dijangka kembali bertanding di Parlimen Gerik

  • PDF
zambryxxSudah jadi adat bila dekat dengan pilihan raya umum (PRU), perbincangan peruntukan kerusi pun semakin rancak kedengaran, terbaru BN dijangka menyerahkan semula kerusi Parlimen Gerik untuk ditandingi oleh wakil Umno pada PRU akan datang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata calon Umno mungkin akan bertanding semula di kerusi Parlimen Gerik, yang kini disandang wakil Gerakan, pada pilihan raya akan datang.
Dalam pilihan raya lepas pemimpin Gerakan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di kawasan tersebut mengantikan bekas ahli parlimen UMNO Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
Tan Lian Hoe merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam, Koperasi dan Kepenggunaan menang selesa di kawasan hulu Perak tersebut, yang mana salah satu DUN yang ditandingi bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli.
Ditemui selepas majlis Hari Raya Lembaga Pertubuhan Peladang Perak di sini, Zambry berkata perbincangan masih dijalankan antara parti-parti komponen mengenai kedudukan pengagihan kerusi jika Parlimen Gerik ditandingi semula oleh Umno.
Zambry, yang juga Menteri Besar Perak, berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan BN akan mengekalkan status quo pembahagian kerusi parti komponen BN pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika wujud keperluan dan persetujuan antara parti-parti komponen BN untuk bertukar kerusi.
Kerusi yang ditandingi Umno itu diserahkan kepada Gerakan pada pilihan raya 2008 selepas kerusi yang ditandingi Gerakan di Parlimen Bukit Gantang diserah kembali kepada Umno.
Gerakan bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada 2004 selepas kerusinya di Parlimen Taiping diserahkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP).
Zambry berkata parti komponen BN Perak telah mencapai persefahaman mengenai perlunya pengubahsuaian tempat yang ditandingi tanpa menjejaskan status quo pembahagian kerusi.



25 September, 2011 22:32 PM
Bajet 2012 Diharap Sedia Lebih Banyak Peruntukan Bina Projek Perumahan Rakyat
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt ini dapat menyediakan peruntukan lebih besar bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri berkenaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ini perlu memandangkan masih terdapat ramai rakyat berpendapatan rendah memerlukan rumah PPR.

Selain itu, peruntukan juga diperlukan untuk projek pembangunan di kawasan PPR seperti penyelenggaraan rumah PPR, selain pembinaan dan pembesaran jalan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 80 anak-anak yatim Darul Kifayah pada majlis sambutan hari raya di sini.

Turut hadir pemangku Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Datuk Razali Abdul Razak.

Raja Nong Chik berkata jumlah rumah mampu milik PPR kini hanya tinggal kira-kira 3,000 unit.

Sementara itu, Yusuf Hamdain dalam ucapannya berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak rumah PPR kepada bekas polis serta menyediakan peluang perniagaan bagi menambah pendapatan mereka.

-- BERNAMA




KORBAN NAJIB

Laporan terkini daripada Pejabat Perdana Menteri ialah pengorbanan oleh pejuang tak di dendang. Pengorbanan dituntut oleh Negara kerana sengketa yang tidak padam oleh dendam kesumat dan sandiwara agung politikus jembel.

Siapakah korban ke-13? UMNO sudah lama berkorban! Kali ini UMNO menuntut MCA, GERAKAN, MIC dan PPP pula yang berkorban. Sanggupkah kalian korbankan identiti kalian agar tidak kelihatan kelibat dalam PRU-13?

Korban paling utama ialah korban pencalonan. UMNO kena korban calon-calon yang tidak disukai ramai. UMNO kena korbankan calon-calon bangang, sombong dan bodoh. UMNO kena korbankan calon yang kelihatan tidak bersih, tak pernah bersih dan sentiasa memberi masalah di peringkat akar umbi.

Kerusi Parlimen yang dominan pengundi Melayu, wajib dijadikan milik mutlak UMNO. Kerusi Parlimen yang dominasinya Cina dipertanggungjawabkan kepada MCA serta Gerakan; dan kawasan ramai India diberi peranan kepada MIC atau PPP. Suka atau tidak, andai tidak bersetuju, maka korban ke-13 pasti menimpa UMNO.
Nak tahu lebih lanjut?  Selak kehalaman ini .




Eksklusif Tengah Malam: MAK TOM CABAR 

SHAMSIDAR BERSUMPAH LAKNAT!

Kalau lah yang dipegang itu penyapu dan Shamsidar ada depan Mak Tom, memang dah kena dahhh..!!!
Memang panas! Sedang saya leka menonton TV sebentar tadi, saya mendapat panggilan dari salah seorang anggota keluarga Azmin. Saya sudah dapat mengagak, ada perkara panas yang berlaku mengenai Timbalan Presiden PKR itu. Cepat-cepat saya menutup “volume” suara TV dan menumpukan perhatian pada perbualan kami…
Nak tahu apa ceritanya? Begini…
Menurut sumber, hari ini ibu Azmin sudah tidak dapat menahan sabar lagi terhadap Shamsidar Taharin, isteri Azmin. Bukan saja memarahi dan mengecam Shamsidar, ibu Azmin turut mencabar isteri Azmin itu untuk bersumpah laknat! Dahsyat betul bila mendengar “intro” anggota keluarga Azmin ini. Saya terus mendengar cerita…
Sumber saya memberitahu, sejak kejadian Azmin memaki hamun ibu kandungnya itu pada pagi Syawal tempohari, dia masih belum menyesali tindakannya terhadap Mak Tom, apatah lagi untuk balik meminta ampun pada ibunya itu. Sehingga Syawal hampir berakhir, tidak kelihatan langsung kelibat Azmin untuk pulang memohon keampunan dari ibu yang dizaliminya…
Menurut sumber lagi, esok Azmin akan mengadakan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir. Kad-kad jemputan kepada VIP dan VVIP khabarnya sudah dikirimkan sejak awal lagi. Namun, yang peliknya, Azmin tidak langsung menjemput Mak Tom untuk ke majlis tersebut, apatah lagi adik beradiknya yang lain…
Terus membaca sepenuhnya disini 



Obama mengupah Chuck Norris untuk cederakan hidung Berlusconi? Ha ha ha....lawak politik selingan...


TUDIAAAAA.....BAIK SUNGGUH CARA DAP SAMBUT LAMBUNGAN ISU HUDUD OLEH N.AJIS.  BAIK PUNYA LAMBUNG UNTUK DILIBAS BRO!!!  SIAP SERVIS KUDA LAGI.


Kepimpinan pusat DAP letak jawatan jika hudud jadi agenda Pakatan

September 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.
Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.
Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.
“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.
Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.
Awal hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini.
Sehubungan itu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini - yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.
Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh  menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

KEH
KEH
KEH

PAS:  KO FAHAM KE APA ITU ISLE
DAP:  BARU SEKARANG AKU FAHAM APA ITU ISLE
PAS:  APA YANG KO FAHAM
DAP:  AKU FAHAM MACAMANA KO FAHAM LE
PAS:  YE LAH....AKAL KO FAHAM KO CERITALAH
DAP:  NAK CERITA APA LAGI KALAU DAH SAMA-SAMA FAHAM

KEH
KEH
KEH

PAS:   HUDUD PAS PULAK?
DAP:   FAHAM
PAS:   KALAU CAM TU KITA ON OK?
DAP:  KAMI FAHAM, TAPI KAMI BANTAH
PAS:  APASAL BANTAH?
DAP:  SEBAB KAMI FAHAM LER

KEH
KEH
KEH......

APA BUKTI DAP SEMAKIN FAHAM ISLE PAS?

1.  SATU

2.  DUA

3.  TIGA

4.  EMPAT

5.  LIMA

Ini satu lagi BUKTI terkukuh iaitu pengakuan MuurSHITdogol ramPAS, N.ajis:


DADA BERBULAN 1
DADA BERBULAN 2
DADA BERBULAN 3
DADA BERBULAN 4

KIH
KIH
KIH
KOH!!!!




25 September, 2011 23:55 PM
Dua Anugerah Wanita Mampu Rangsang Lebih Ramai Wanita Berjaya - Najib
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Pengiat Sosial Wanita 2011 yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini akan menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai ikon wanita dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Perdana Menteri berkata selain memberi pengiktirafan kepada ikon wanita berjaya, penyampaian kedua-dua anugerah itu juga diharap dapat meransang lebih ramai kaum wanita untuk berusaha gigih dan mencapai kejayaan seumpamanya.

"Saya fikir kalau ada majlis sebegini yang boleh mengiktiraf tokoh ikonik yang berjaya sebagai usahawan dan pengiat sosial akan juga dapat merangsang lebih ramai wanita untuk berfikir 'kalau mereka boleh lakukannya kenapa tidak saya?'

"Itu semangat yang mahu kita lihat melalui anugerah ini," katanya sempena majlis penyampaian Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita dan Anugerah Perdana Menteri Pengiat Sosial Wanita 2011 di sini Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta Pengerusi Yayasan Sime Darby Tun Musa Hitam.

Pada majlis itu, pengasas syarikat Ken-Rich Chemical Production Sdn Bhd, syarikat pengilang peralatan kimia, Hooi Lai Lin dinobat sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 manakala Presiden Rumah Amal Cheshire Datin Paduka Khatijah Sulaiman@Sulieman memenangi Anugerah Perdana Menteri Penggiat Sosial Wanita 2011.

Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi krystal serta seutas jam tangan setiap seorang.

Hooi juga mendapat tajaan penyertaan dalam program pembangunan pengeskport wanita anjuran Matrade dan Khatijah pula mendapat penajaan daripada Tabung Khas Perbendaharaan selama dua tahun bagi menjalankan program atau aktiviti sosial.

Perdana Menteri berkata peranan kaum wanita kini sudah bergerak jauh daripada ruang lingkup sebagai ibu dan isteri kepada menjadi pengerak sosial dan aktivis politik.

Katanya mereka kini berada dalam fasa di mana kedudukan mereka semakin tinggi dan telah berjaya melangkah ke dalam arus perdana.

Oleh itu, kata Najib sudah sampai masa untuk kaum wanita di negara ini diberikan peluang dan dorongan yang lebih kuat untuk mencipta kejayaan demi kejayaan.

"Ini penting untuk memperkasakan wanita sebanyak yang mungkin," katanya.

Najib berkata wanita Malaysia bernasib baik kerana tidak pernah berdepan dengan tekanan untuk memperjuangkan hak asasi mereka seperti mana yang berlaku di negara-negara lain termasuk negara maju.

Mengakui bangga dengan pencapaian yang ditempa kaum wanita negara ini, Perdana Menteri berharap usaha mereka tidak terhenti kerana kerajaan sentiasa menyokong mereka.

Katanya sasaran kerajaan untuk meletakkan 30 peratus wanita dalam bidang korporat tidak sepatutnya dijadikan isu.

"Ini bukan kuota tetapi sasaran... kita bagi tempat berdasarkan merit. Jika tidak saya rasa wanita pun tidak akan terima jika tidak berdasarkan merit," katanya.

Lebih penting, kata Perdana Menteri wanita perlu dilihat sebagai rakan dalam perjalanan untuk mentransformasikan Malaysia.

-- BERNAMA




   Isu hudud:Karpal Singh kata Nik Aziz orang tua merengek cari perhatian

  • PDF
altJangan hairan kalau selepas ini kita akan melihat drama Datuk Nik Aziz Nik Mat berpeluk Arab dengan Karpal Singh.
Siapa tahu PAS sekali lagi terpaksa angkat bendera putih kepada DAP seperti sebelum ini apabila Pengerusi DAP itu bagi kata dua langkah mayatnya dulu kalau PAS nak meneruskan hajatnya menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia.
PAS sebagai sebuah parti cukup arif dengan reliti ia akan kehilangan DAP sebagai sahabat dan undi bukan Melayu jika terus main sentimen negara Islam.
Sebab itu Muktamar PAS Jun lalu meluluskan konsep ‘Negara Kebajikan’ untuk memenuhi selera DAP dan PKR.
Mana Singa DAP itu tidak angin satu badan bila Nik Aziz kata PAS sedia ucap bye-bye pada DAP jika ia tidak setuju dengan perlaksanaan undang-undang hudud.
Kalau Nik Aziz belasah DAP secara terbuka begitu maka Menteri Besar Kelantan itu kenalah telan Karpal Singh gelar beliau orang tua yang merengek cari perhatian.
Kenyataan seperti itu memang berat dibuat antara dua buah parti sahabat sekalipun satu dunia tahu mereka selama ini hanya tidor sebantal tapi mimpi lain-lain.
Itu yang dikatakan oleh Karpal Singh pada Nik Aziz semasa beliau bercakap pada wartawan di Air Hitam,Pulau Pinang Sabtu.
Rasa kecewa Karpal Singh pada Nik Aziz memang tidak dapat dibendung lagi.
 "Saya berpendapat isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar Pas yang diadakan tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Karpal menyebut resolusi Pas bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu,” katanya.
DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.
Serentak dengan itu beliau mahu sekretariat pakatan pembangkang mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.

Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad," katanya-24/9/2011.




24 September, 2011 15:14 PM
Program BN Penuhi Kemahuan Golongan Muda, Kata Mukhriz
ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan sentiasa merancang pelbagai program bagi memenuhi keperluan golongan muda hari ini mengharungi kehidupan dalam suasana ekonomi yang serba mencabar, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Dengan tuntutan golongan itu yang mengutamakan mendapat pekerjaan, rumah dan menjalankan perniagaan, kerajaan faham dan sedar perkara ini dan sebab itu pelbagai kemudahan disediakan untuk meringankan atau menyelesaikan langsung bebanan golongan itu," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada konvensyen Barisan Nasional (BN) Kedah di sini.

"Bercakap mengenai prinsip perjuangan mungkin tidak menyentuh hati mereka kerana yang dituntut adalah peluang mendapat pekerjaan dan seterusnya memiliki rumah serta berniaga.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata demkian ketika diminta mengulas usaha yang diambil bagi menarik golongan muda menyokong BN.

Menurut Mukhriz sokongan golongan muda kepada BN semakin pulih namun banyak usaha masih perlu dilaksanakan supaya mereka terus menyokong parti itu.

Sementara itu, Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata rancangan Pas melaksanakan hukum hudud tanpa melalui perbincangan dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang cukup melambangkan mereka tidak sehaluan dalam banyak perkara.

"Pas boleh umum akan laksana apa juga polisi atas kehendaknya tanpa perlu berbincang dengan rakannya, DAP dan PKR yang mana perkara seumpama ini tidak berlaku dalam BN.

"Saya nampak hubungan Pas-DAP serius sebab hudud yang direncanakan Pas ditentang habis-habisan oleh DAP tetapi ini mungkin helah helah kedua-dua parti untuk menarik sokongan pengundi menjelang PRU-13 tidak lama lagi," katanya.

-- BERNAMA

Dino=dinosour.


25 September, 2011 13:57 PM
Pengerusi MCA Kedah Mahu Beri Peluang Muka Baru Bertanding
ALOR SETAR, 25 Sept (Bernama) -- Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata beliau sudah bersedia melepaskan semua jawatan parti dan memberi laluan kepada muka baru untuk dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya sudah maklumkan hasrat saya ini kepada presiden parti kira-kira sebulan lepas. Bagaimanapun sekiranya presiden menganggap perkhidmatan saya masih diperlukan parti, saya akan terus berkhidmat.

"Namun saya fikir lebih baik beri laluan kepada muka baru mewakili MCA pada pilihan raya akan datang, yang baik untuk jangka masa panjang parti dan Barisan Nasional (BN)," katanya, kepada Bernama semasa ditemui di sini, hari ini.

Chong, 62, berkata keputusannya bukan kerana masalah kesihatan tetapi setelah lebih 35 tahun berkecimpung dalam dunia politik beliau ingin memberi tumpuan kepada beberapa perkara namun akan terus memberi sumbangan kepada parti.

Mengenai PRU-13, beliau berkata parti sedaya upaya berusaha menarik sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Kita membuat persediaan dengan menggerakan jentera pilihan raya di kawasan tumpuan lebih setahun lepas kerana menyedari bukan senang untuk menawan balik pengundi Cina yang beralih sokongan kepada pembangkang.

"Saya yakin pendekatan yang digunakan MCA dengan menemui pengundi secara terus serta kerjasama mantap semua anggota komponen BN, kita yakin dapat merampas kembali satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang jatuh kepada pembangkang," katanya.

Pada PRU-12, MCA bertanding dua kerusi Parlimen dan empat DUN dan cuma memenangi satu kerusi Parlimen Alor Setar dan tewas Parlimen Kulim/Bandar Baru manakala tewas kerusi DUN Kulim, Kota Darul Aman dan Bakar Arang.

Chong, bekas anggota Exco kerajaan negeri semasa Syed Razak Syed Zain dan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar, tewas kepada pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik pada PRU-12 yang lepas.

-- BERNAMA

Ternyata percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan Majlis yang telah dirancang sebegitu rapi nampaknya gagal, malahan kehadiran rakyat Kedah hampir mencecah 45,000 orang semasa Majlis Sambutan Merdeka-Raya peringakt UMNO Neggeri Kedah yang diadakan diStadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti pada 20/09/2011 yang lepas.

Dari blog UMNO Kedah:


UMNO KEDAH KESAL CUBAAN GAGALKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

UMNO Kedah kesal dengan “tangan-tangan jahat” yang cuba mengagalkanmajlis rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakan pada Selasa, 20 September 2011, di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata “tangan-tangan jahat” berkenaan cuba melagakan UMNO Kedah dengan kerajaan negeri dengan harapan kerajaan negeri membatalkan tempahan terhadap Stadium Sultan Abdul.
“Ada pihak telah meletakkan kain rentang sempena majlis aidilfitri yang diadakan PKR di Stadium Sultan Abdul Halim semalam (Ahad). Saya percaya kain rentang itu sengaja diletakkan agar penyokong pembangkang marah kepada UMNO dan seterusnya mendesak kerajaan negeri membatalkan tempahan UMNO terhadap stadium berkenaan”.
“Saya tegaskan bahawa pihak kita tidak melakukan sebarang usaha untuk meletak kain rentang mengkritik pemimpin pembangkang berkenaan kerana kita tahu ia adalah majlis Aidilfitri dimana kita mengeratkan silatulrahim sesama kita,” katanya.
“Masa berpolitik kita berpolitik tetapi masa Aidilfitri kita lupakan sebentar soal politik,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.
Menurut laporan akhbar hari ini, kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis Aidilfitri anjuran Parti Keadilan Rakyat di Stadium Suka Menanti semalam disambut dengan beberapa kain rentang yang mengutuk Anwar.
Akibat pemasangan kain rentang itu wujud perasaan tidak puas hati dikalangan penyokong PKR sehingga mendesak kerajaan negeri membatalkan tempahan yang dibuat oleh UMNO bagi menggunakan stadium berkenaan.
Ahmad Bashah berkata pihak yang mempunyai kain rentang berkenaan diminta membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Kedah kerana terus membenarkan kita mengadakan jamuan berkenaan, yang terbuka kepada semua orang tanpa mengira agama dan pegangan politik,” kata Ahmad Bashah..

Pada sebelah malam aku sempat  merakamkan video mengenai pengakuan seorang awam yang keliru mengapa ada naskah berbentuk provokasi telah di edarkan sesudah perjumpaan hari raya peringkat negeri Kedah oleh pkr yang turut dihadiri oleh ANUwat Brahiem.

video

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO