SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

DATUK ZUBIR: JATUH KELAUT MENJADI PULAU.

Posted by Anonymous Sunday, September 11, 2011



10 September, 2011 17:54 PM
Perpaduan Kukuh BN Boleh Tawan Negeri Pembangkang - Shafie Afdal
JITRA, 10 Sept (Bernama) -- Perpaduan lebih kukuh dalam Barisan Nasional (BN) dan pengemukaan calon berpotensi menang adalah syarat utama membolehkan BN menawan kembali negeri-negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lepas.

Menegaskan demikian, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua ahli Umno dan anggota komponen BN hendaklah mengukuhkan perpaduan iaitu membuang sifat negatif dengan mengutamakan kepentingan parti.

"Dengan resepi ini tidak mustahil BN boleh mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 kelak," katanya semasa berucap menutup majlis penerangan perdana BN peringkat negeri Kedah di sini Sabtu.

Mohd Shafie berkata beliau memberi syarat itu supaya tidak ada lagi sikap terutamanya di kalangan ahli Umno yang mengambil tindakan menafikan kemenangan calon yang dipilih hanya kerana mereka sendiri (ahli Umno) tidak dicalonkan.

Beliau memberi contoh keputusan BN tidak meletakkan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tahun lepas tidak menimbulkan masalah kerana orang nombor dua MIC itu mengutamakan kemenangan parti dari kepentingan diri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menekankan dua faktor tersebut untuk BN mencapai kemenangan cemerlang pada PRU-13 kelak.



Mengenai Kedah, beliau berkata BN boleh menawan kembali negeri ini dari PR kerana sejak memerintah kerajaan negeri telah gagal menunaikan janji, hutang meningkat dan tidak membawa pembangunan untuk rakyat.

Majlis itu disertai lebih 5,000 orang dirasmikan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, bagi menerangkan isu-isu semasa kepada anggota-anggota jawatankuasa parti-parti komponen BN.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut hadir.

-- BERNAMA

Disebalik kejayaan Majlis Penerangan PERDANA anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah(BPUNK) dibawah Biro Publisiti dan Penerangan BPUNK yang dipengerusikan oleh YB Senator Mejar Jeneral(B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom adalah tidak lain dari Timbalan beliau sendiri dalam biro berkenaan, iaitu Datuk Zubir Saad.  Inilah julung-julung kali Datuk Zubir diberi peranan sebesar itu. Dikatakan besar ialah kerana selain ianya bertaraf program peringkat negeri, ia juga adalah sebenarnya program bersama anjuran Biro Penerangan UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Dato' Ahmad Maslan.  Lebih bertuah adalah kerana program ini adalah yang SULUNG untuk negeri-negeri, atau dengan ertikata yang lain Majlis Penerangan PERDANA ini adalah program Biro Penerangan UMNO Malaysia yang ditebarkan kebawah melalui Biro Publisiti dan Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri diseluruh Malaysia kecuali Serawak.

Sebenarnya Datuk Zubir bukankah tidak pernah diuji dengan tugasan-tugasan berat sebelum ini, tetapi beliau lebih banyak di beri tanggungjawab lain misalnya membaikpulih imej Kolej Kejururawatan PUSRAWI sehinggalah berjaya menaiktaraf KKP kepada sebuah Kolej bertaraf Universiti  yang di jenamakan semula sebagai PUSRAWI International College of Medical atau PICOM.  PICOM kini sudah sedia untuk menerima pelajar-pelajar dari negara asing terutamanya negara-negara Islam.

Aku harap janganlah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh beliau membuatkan beliau telah berasa ber puashati untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara, tetapi sebenarnya negara masih lagi menagih dan mengharap sentuhan-sentuhan 'emas' dari beliau baik dari sudut korporat mahupun pembaharuan dalam pendekatan politik yang berbeza dari pemimpin-pemimpin UMNO Kedah yang lain.  Dan aku juga berharap sikap beliau yang bersederhana dalam setiap aspek terutamanya pergaulan dan pendekatan dalam politik akan tetap seperti sekarang kerana kejayaan yang dicapai bukanlah tiket untuk berasa bangga secara individu, sebaliknya kejayaan beliau adalah kejayaan secara kolektif tanpa menafikan kebolehan individu beliau. 

Kesabaran beliau dalam menghadapi setiap karenah dan tekanan serta sikap tidak mudah melatah beliau aku percaya adalah ramuan untuk kejayaan  masa hadapan beliau.

"HANYA ORANG YANG BIJAK TAHU MENILAI POTENSI ORANG CERDIK"


8 Responses to DATUK ZUBIR: JATUH KELAUT MENJADI PULAU.

  1. AnaQarbana Says:
  2. Hanya 5 ribu orang saja...tidak sampai setengah dari jumlah ahli UMNO Bhg Pdg Serai....mana pi lagi ahli UMNO kedah...itu pun yang di bawa secara paksa oleh bas yang disediakan oleh pihak penganjur di samping disedekahkan duit raya RM30.00 seorang [mungkin], kalau tak disediakan kemudahan pengkutan dan duit raya, bolehkah seramai itu akan hadir dalam majlis tersebut. Adakah dengan jumlah 5 ribu dianggap berjaya oleh UMNO Kedah, jangan syok sendiri, nanti makan diri....
    Pada hari ini kalau di tanya balik kepada yang hadir dalam majlis itu, apa yang disyarah oleh tokoh-tokoh yang berada di atas pentas, mungkin ada yang berkata ataupun menjawab..entah.....tak faham......dia dok merapau apa pun tak tau......yang lebih menyedihkan, dari jumlah 5 ribu tu, ramainya buduk-budak sekolah yang diangkut dengan bas......kalau UMNO kedah masih ingat, semasac Pak lah jadi PM melawat Sungai Petani sebelum PRU ke-12 di Padang Taman Ria Jaya, apa kata Pak Lah..."kalau macam ni punya sambutan, UMNO/BN menang dalam tangan...." tapi apa dah jadi....UMNO patut mengambil iktibar dari peristiwa lepas,,,,,pemimpin UMNO kena sedar dan faham, sikap ataupun perangi ahli UMNO yang manja, ialah kena ada upah, kena ada kemudahan, tapi belum tentu nak sokong, belum tentu boleh dipercayai.....ahli UMNO mudah dibeli, mudah ditipu, mudah di perlekeh dan mudah merajuk, mudah putus asa...mudah segalanya....mudah lembek....mudah puas......

     
  3. Anonymous Says:
  4. Mat Sabun......

     
  5. Anonymous Says:
  6. Ana Qurbana, cantik hang punya komen. Memang hang ni jenih suka mengata kat orang. Apa orang buat semua hang tak puaih hati. Ealok nyaaa...bila hang dengaq saja orang-orang dok ceramah tu bercakap, elok hang belah balik lagi baguih. Hang balik, hang pi teghjun sungai bagi boya telan hang lagi baguih.

    Gamak hang beghasa tak suka dengaq apa yang oghang tu cakap pasai keselamatan, pasai pilihanghaya, elok hang bangkit masa tu jugak, microfon ada depan tuuu.. hang cakap "oooiii.. yang hampa cakap tu benda tak guna punya". Haaaa... hang cakap macam tu, lepaih tu hang belah balik.

    Peeerrraaahhhh... 5000 yang hadzir tu pemimpin, kakitangan kerajaan dan pemimpin NGO Che ooooiiii... Apa pun meseg yang 3-0 Mat Maslan kata tu... masuk ketelingan depa. Lagi baguih daripada dok dengan Mat Sabu pemohong tu... Hang suka macam tu noooo...??

     
  7. detguaq Says:
  8. Salam Anon, baguih la hang dah bagi komen sebelum aku yang bagi. Kira aku tak payah tambah apa-apa dah. Dah cukup berkari dah hang punya ramuan komen tu.

     
  9. komen tajam sekali skala takpa .. jangan bakaq reta orang sudah he he he..

     
  10. HANGPA INGAT 5000 TU BANYAK KE KALAU DIBANGDING DENGAN PENGUNDI DI KEDAH.MACAM NI BN KEDAH NAK HADAPI PRU 13.SORRY LAH BN BUNGKUS LAGI.HANGPA MASIH SYOK SENDIRI.NAK DAPAT 5000 ITU PUN ANGKUT RATA BAHAGIAN.BAGI DUIT POKET PULA.KALAU NAK HARAP SEMANGAT KOSONG SAHAJA.UMNO KEDAH DOK SYOK MAIN PERINGKAT ATAS SAHAJA.DALAM KAMPUNG PAS/PKR DAH MASUK KHONYEH.DEPA DAH KATUK TANGGA DARI RUMAH KERUMAH.UMNO MASIH DOK BERCERAMAH DALAM DEWAN.BAWA BUDAK SEKOLAH.UMNO KEDAH ADA MACAM TIADA.AKAU INGAT KALAU TAK ADA AGENSI KERAJAAN PUSAT MAMPUIH LAMA DAH.MASAALAH DALAM BAHAGIAN PUN TAK SELESAI LAGI.ADA YG KETUA UMNO URUS UMNO MACAM SYARIKAT BAPAK DIA.NAK BUKTI CARI SENDIRI.AKU NAK HABAK LAH HANGPA UMNO TERUK DI AKAR UMBI.APA PEMIMPIN UMNO BUAT.DALAM CAWANGAN PUN BERGADUH.DALAM BAHAGIAN PUN GADUH.NEGERI PUN GADUH.BANGKAI GAJAH MAN BOLEH SELIMUT.ITU BARU CERITA UMNO .CERITA MCA LABU MANA.MIC PUN SERUPA JUGA.GERAKAN DAH TAK BERGERAK.PPP DAH LETIH.IPF BAWA DIRI.APA JADI BN KEDAH.KUAT KAH BN KEDAH.CUBA LIHAT DAN NILAI DISINI.BUKAN UMNO SAHAJA YG NAK JADI HERO.INI POLITIK PASCA UMNO/BN KALAH DIKEDAH.BUKAN POLITIK SELESA DENGAN PROJEK DAN SYOK SENDIRI.UMNO BAHAGIAN MASIH LENA DAN MIMPI DENGAN SEGALA KEBENDAAN YANG TURUN MENCURAH-CURAH DAN MENJADI REBUTAN SESAMA SENDIRI.UMNO AKAN DINILAI OLEH RAKYAT KEDAH NANTI.CUBA PASANG TELINGA DIMERATA CERUK DALAM KEDAH APA KOMEN MEREKA.KALAU NAK MENANG LAAA.TENGOK BUDAYA KERJA UMNODAN BN KEDAH MACAM TAHUN 70 AN DULU.KALAU PEMUDA PUN LENA.PUTERI PUN GEDIK JE LEBIH.ALAMAT LAH TUU.KALAU TAK PERCAYA TUNGGULAH PRU NANTI.ISU MAT SABU KOMUNIS PUN UMNO DICAWANGAN RELEK TAK MAMPU NAK BANTAI.TAK AKAN YG NI KENA MENTERI TURUN.UMNO DI KEDAH MASIH BERADA DIBELAKANG .......

     
  11. Maya AS Says:
  12. alaaaaaa. 5 ribu sahja.bukan banyak pun.baru nak sama dengan jumlah satu daerah mengundi sahaja.Daerah Mengundi Taman Wira DUN Bakar Bata dalam Parliemn A Setar sahaja pun dah lebih drp 4 ribu.
    Satu lagi Daerah mengundi Titi Baru DUN Bukit Pinang dlm Patlimen Pokok Sena pun penugundi nya lebih drp 4 ribu.

    itulah bandingan nya yg kata 5 ribu amat kemetot dan kerdil.

     
  13. detguaq Says:
  14. Kepada yang beri komen-komen negatif...nak wat gena...hangap aku yakin tak pi pun kat dewan wawasan temohari. so I rest my case.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ