SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

SERIBU KALI SAYANG..TELOQ UMNO KEDAH KIAN PIPIH MELAYANG (Bahagian Pertama)

Dua tiga hari ni perut memulas sungguh. Natijah dari banyaknya rumah terbuka yang diadakan merata tempat. Pi salah, tak pi lagi salah. Inilah hikmah kenapa Allah s.w.t dan Rasullulah memerintahkan puasa sunat 6 hari dalam bulan syawal, agar perut manusia yang telah dioverhaul sepanjang bulan Ramadhan tidak mengalami kejutan budaya bila tibanya Syawal.

Bercakap tentang Rumah terbuka, 16 September yang lalu sempat singgah di Rumah Terbuka Mantan MB Kedah di 'istananya' di Naka. Lautan manusia kulihat, siap dengan persembahan artis kumpulan D' Aras dan Lan PET PET Senario.

Banyaknya orang menghadiri majlis rumah terbuka pemimpin UMNO membawa dua implikasi. Masih ramai yang sayangkan UMNO sebenarnya ataupun mereka mengunjungi Rumah Terbuka pemimpin UMNO disebabkan makananya lebih sedap dan lebih banyak dari rumah pemimpin Belanda PAS Kedah?.

Tujuan aku bukan nak membandingkan hidangan di rumah siapa yang paling sedap tetapi sekadar nak mencoretakan pemerhatian bahawa memang 'confirm UMNO Kedah' umumnya masih belum berubah.

Sebab itu dalam keasyikan menjamah nasi 'colour-colour' di rumah terbuka Tok Det dengan ditemani Pegawai Seranta FELDA, Amran, aku disapa oleh tokoh-tokoh UMNO yang hebat-hebat belaka termasuk Dato Bashah, bakal MB KEDA..Oops sorry MB Kedah.

Tak menang tangan nak bersalam, tang ni kena bagi kredit la pada Kedah Times yang sudi menyiarkan tulisan dan pandangan aku. Salah seorang AJK UMNO Bahagian Padang Terap mengucapkan tahniah dan seronok dengan hentaman aku pada PAS melalui entri artikel 'SATU HARI DIHARI RAYA..Bahagian 1 dan 2'.

Dalam diam, hatiku berkata, 'jangan harap kat aku saja, aku ni manusia kerdil, hangpa yang ada jawatan dalam Bahagian tak ketahuan kalu lagi ka?, buatlah sesuatu, general election is just around the corner, tak teringin ka nak ambik balik Kedah?, atau hangpa dah seronok dengan keadaan sekarang atau masih dalam mimpi kununya Kedah masih UMNO yang punya?.

Pelbagai persoalan bersarang diminda, kita yang marhein ni rasa cemas bab longlainya UMNO, puak pimpinan atasan UMNO biasa saja aku tengok.

Dalam mengelamun, tiba tiba YB Mohd Rawi Abdul Hamid, ADUN Air Hangat pula menyapa, 'apa khabar bos, lama tak jumpa?' ait..bila pula yang aku jadi bos dia?, bos dia tentulah Mahdzir Khalid sebab Rawi dulu Pegawai Khas. Sempat aku bertanya, 'bila nak buat rumah terbuka, lalu dia kata 26 hb ni, inysa Allah kalau aku teringi nak pi Pulau legenda Mahsuri aku akan singgah.

Perbualan kemudiannya terus berkisar tentang peranan UMNO sebagai pembangkang. Dia(YB RAWI) akui UMNO Kedah memang kurang agresif, takut menyerang dan lebih selesa dengan pendekatan berhemah. Bila aku tanya pasai apa? dengan selamba dia jawab, "tak boleh laju sangat nanti kita yang didepan jadi mangsa, orang lain pakat tepuk tangan'.

Ooh macam tu pulak, maknanya dalam nak berperang(kalau mahu diistilahkan politik sebagai medan perang) UMNO Kedah rupanya cukup tertib, slow and steady, amalkan defensive strategy.

Kalau macam tu alamat PRU ke-13 tak mustahil boleh kena 36-0. Minta dijauhkan.

Selain YB Rawi ramai lagilah yang minta pandangan dan bersembang dengan aku bab strategi macam mana nak ambik Kedah balik. Wooh penat la macam ni, jawatan,elaun,nama,  gaji dan kemudahan lain hangpa pakat balun, tang nak mintak idea cari kutu berahak ni jugak.

Bukan la nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi dah sampai masanya formula 'merakyat' yang kami guna(dibawah kepimpinan Pak Tuan Syed Razak sebagai MB yang dicap sebagai MB kampung dan MB cap ayam) masa ambil balik kerusi DUN dan Parlimen yang PAS sapu banyak dalam PRU ke-10(tahun 1999)kini wajib disebar dan digunakan.UMNO tak mau pakai aku akan pakai tapi takat ikut kemampuan aku la, sebab biaya duit poket sendiri bro.

Inysa-allah akan ada ramai lagi pejuang tulen lagi marhein yang akan bersama. Kini masa untuk kita semua laksanakan secara bersama termasuk blogger yang ada dan pada yang masih ada sedikit rasa sayang pada UMNO.

Nak harap PEMUDA UMNO, PUTERI UMNO, WANITA UMNO biarlah dulu depa kelubung dalam KELAMBU dan selimut puasa-puas, mimpi indah belum berlalu.

 Aku pernah menulis dalam Utusan Malaysia dibawah tajuk 'FORMULA MENAWAN SEMULA KEDAH' tidak berapa lama dulu berhubung pendekatan praktikal dan gerakerja mudah menawan Kedah.

Malangnya Kedah yang ada dua Pegawai Khas PM(Tok Lat Shariman, dan Tok Li Brahim) lebih banyak pentingkan prosedur, mesyuarat berbanding gerakerja.

Soalan bodo yang paling simple aku nak tanya hangpa semua, majlis berbuka puasa UMNO Kedah dah dua tahun tak dibuat,begitu juga ada ka hangpa dengar RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UMNO ATAU BN KEDAH?.

Sebab duit tak dak ka atau tak reti nak buat? Boleh dibuat sebenarnya tapi ubah pendekatan, jangan lagi harapkan hidangan makanan mewah atau khemah yang anggun lagi berstatus VIP.Jangan lagi harapkan duit minyak atau imbuhan dari Ketua Bahagian.

 Apa salahnya setiap Bahagian hantar 20 biji kereta(satu keta lima orang, minyak dan tol pakat kongsi la, ni baru nama perjuangan). Maknanya kalau 15 bahagian dah 1,500 orang. Makan untuk juadah berbuka kita pakat bawak kuih atau nasik dalam mangkuk tingkat tapi menunya antara Bahagian biar berbeza supaya boleh bertukar-tukar rasa. Majlis boleh dibuat diperkarangan stadium Darul Aman,(tapak kita sewa la, bayar ja sewa kat kerajaan PAS, depa mesti bagi sebab depa pun nak duit).

Kemah kita pakat angkut dari Bahagian masing-masing, khemah kenduri kendara yang tiap-tiap tahun Cawangan UMNO dok dapat kan banyak. Stiap kemah pakat tulis nama UMNO Bahagian masing-masing. Lepas berbuka, pakat bentang tikar, hampar sejadah kita solat magrib berjemaah, kemudian Isyak dan Terawih beramai-ramail.

 Imam kita gilir antara satu Ketua Bahagian dengan Ketua Bahagian yang lain. Kalau tak boleh jadi imam, suruh saja Ketua penerangan UMNO Negeri MEJAR JENERAL(B) USTAZ JAMIL KHIR BAHAROM JADI IMAM.

Lepas terawih suruh puak pemuda yang pakai kepiah dan baju  t-BERKOLAR BERLOGO UMNO pakat pi belonggok kena teh tarik di pokok ceri. Baru la terkedu puak PAS tengok UMNO, mesti depa akan pakat tanya, 'Puak UMNO ni depa buat apa pulak dah? ramai macam ni?.Mesti puak PAS naik cuak dan dalam tandatanya?

La ni nak tengok orang muda pakai baju cap UMNO lalu lalang kot Pekan Rabu sekali dalam seminggu pun susah. Benarlah UMNO Kedah bukan sahaja ketandusan semangat, wang ringgit, sikap perjuangan namun kian tandus segala-galanya. Mereka hakikatnya masih koma,teloq kian kecut.

Jentera penerangan sibuk sebab Ketua Penerangan dia Menteri jaga bab halal haram pasai tu tak berapa boleh mengata kat orang. Unit media baru dan Bahagian Perhubungan Awam kurang kreatif sebab masih dipimpin oleh orang lama, Dato Bakri dan Nasir Murad(puak ni jugalah yang bentang hasil kajian kat Tok Det dan Pak Lah dulu kata Kedah dijamin menang sampai kawasan Sungai Limau dan DUN Tokai pun menang). Pengerusi UMNO Kedah juga sibuk sebab dia kena jaga kawasan luar bandar dari Perlis sampai ke Sabah.

Ketua Pemuda UMNO Kedah lagi sibuk sampai tak tau menatang apa yang dia buat. Tak sibuk macam mana , banyak sangat jawatan, dialah Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian, EXCO PEMUDA MALAYSIA, Setiausaha UMNO Bahagian Padang Terap, Pegerusi Pemuda BN Bahagian dan Negeri,Penyelaras Parlimen Padang Terap,Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Kuala Nerang dan banyak lagi lah jawatan pendek kata.

Sebab tu lah program ciput seperti 'JOM MINUM TEH TARIK dan PEKENA APOM BALIK DENGAN ANAK CUCU UMNO' yang boleh menarik anak muda bermotor atau generasi belia disimpang gerai atau laluan utama yang sibuk pun tidak mampu dia adakan..

Nanti aku sambung lain bab gerakerja simple ni, perut dah memulas pulak dah..INSYA-ALLAH AKU SAMBUNG LAIN KALI,
..KITA TOK SAH DOK SALAH DAH UMNO KEDAH, NAK BUAT MACAM MANA, PAK KITA YANG SORANG TU DAH KOMA, TIBA MASA UNTUK KITA AMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB JAGA KELUARGA.

Oleh : SOBRI SUDIN


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/09/seribu-kali-sayangteloq-umno-kedah-kian.html#comment-form#ixzz0zzaLBTnK

Kes kehilangan Dato' Sosilawati(DS) bersama 3 orang lagi yang bersama beliau sudah hampir terungkai, kecuali motif sebenar mengapa mereak di bunuh secara kejam.  walaupun setiap dari keluarga mereka dalam kesedihan, sudah tentunya yang paling menanggung derita dari segi sara hidup ialah pemandu peribadi beliau.  Bagi keluarga DS, empayar perniagaannya sudah tentu boleh menjamin penghidupan selesa mereka berterusan, cuma aku harap mereka adik-beradik tidak menjadi anjing dengan kucing kerana rebut-merebut.  mereka wajib menoleh jerih kebelakang setiap kali hendak melangkah marah dan telingkah di hadapan.  Aku cukup kagum dengan kegighan DS dan dinasti perniagaan beliau.  Di harap anak-anak Allahyarham bijak mengurus emosi sebelum mengurus perniagaan yang nilainya jutaan ringgit.  Jangan mudah menerima pelawaan orang-orang yang akan menjadi semut menghurung gula dan jangan juga berurusan dengan 'kerengga yang bersarang'.  Mencari orang yang amanah, umpama mencari logam yang amat berharga.

bagi keluarga peguam peribadi beliau, mungkin dia sendiri sebagai peguam sudah bersedia dengan segala kemungkinan, kerana profession peguam juga adalah antara profession yang berisiko tinggi.  Mungkin insuran nyawa yang di ambil boleh meringankan beban mereka yang di tinggalkan.  Begitu juga dengan pegawai bank yang turut menjadi mangsa.  Lazimnya setiap kakitangan bank juga di lindungi oleh insuran oleh bank.  Sebagai pegawai aku yakin beliau juga ada mengambil insuran nyawa secara peribadi selain insuran berkelompok yang di biayai oleh bank.  Kesedihan isteri dan anak-anak peguam dan pegawai bank berkenaan, walaupun tidak di nafikan, tetapi sedikit sebanyak jalan untuk meneruskan kehidupan tanpa suami selepas ini rasanya dari segi ekonomi tidaklah terasa sangat.

Tapi bagaimana dengan nasib keluarga pemandu peribadi beliau?  Rata-rata pemandu peribadi yang ada kebanyakannya berpendidikan rendah dan kurang pengetahuan mengenai risiko pekerjaan mereka yang sebenarnya juga agak besar kerana masa mereka di atas jalanraya lebih banyak berbanding dengan orang lain.  manajala kita tahu sebahagian besar jalan-jalan raya di malaysia adalah 'sungai maut'.  Jika kita yang berhati-hati, tetapi 'pelesit' yang berada di seberang sana, 'setan berapi' yang berada di belakang kita, risiko untuk kita merenangi ajal di atas jalan raya kadangkala lebih besar dari golongan-golongan yang sentiasa di bawah pengaruh iblis jalan raya.  Adakah pemandu peribadi beliau di lindungi oleh insuran?  Insuran apa pula yang melindungi beliau?  Semuga pihak DS ada membeli perlindungan insuran kepada pemandu beliau itu.  Dan aku juga berharap pemandu itu sendiri ada membeli insuran nyawa peribadi walaupunberpremium paling asas.  Dan aku harap juga anak-anak DS memberi perhatian kepada keluarga pemandu mereka yang mungkin paling teruk terjejas dari segi mata pencarian mereka.  itu yang terfikir dalam kepala aku setelah mengetahui jalan hampir penghujung episod ini.


3:109. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi, dan kepada Allah semua perkara dikembalikan.

Dan marilah kita sama-sama melafazkan


Allatheena itha asabat-hum museebatun qaloo inna lillahi wa-inna ilayhi rajiAAoon
2:156. Orang-orang yang, apabila mereka ditimpa penderitaan, berkata, "Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali."


Walaupun hari ini adalah hari terakhir be;iau sebagai KPN, namun jasa dan ketegasan beliau dalam menjalankan amanah Negara tetap tersemat di hati aku.  Selamat kembali menjadi orang awam dan terus menjinjing disiplin kepolisian anda selagi hayat.

Aku kira kempen ini adalah selari dengan hasrat kj hendak meninggalkan UMNO seperti yang telah di umumkan dalam akhbar NST bertarikh 25/08/2010






Read more: Khairy: Support Perkasa and I leave http://www.nst.com.my/nst/articles/06shu/Article#ixzz0zBLnwCWb


Jadi kempen ini adalah tanda sokongan aku untuk membantu kj dengan lebih deras, laju dan kencang bergerak menuju ke pintu keluar UMNO dan bebas untuk melangkah ke mana-mana selepas itu.  AKU SEKADAR MEMBANTU SAHAJA.

Jadi bagaimana untuk membantu sudah di beri jawapannya oleh kj sendiri, iaitu dengan menyertai PERKASA secara beramai-ramai.

SERTAILAH PERKASA UNTUK BANTU KJ!

Aku mulakan kempen ini setelah melihat tindakan pandai tapi tidak bijak oleh budak kelulusan okspot ini berkenaan dengan hubungan dua hala Malaysia -Indonesia, di mana dia juga di tempelak oleh Anifah Aman, Menteri Luar  Malaysia.






Dan kempen ini juga boleh di perluas untuk 'sweep' mana-mana manusia yang hanya pandai bercakap guna kepala lutut yang tidak tahu membezakan NGO yang tidak mencari untung dan pertubuhan politik terutamanya dalam UMNO yang sedang mencari dan terus mencari penawar mujarab untuk terus gagah dan di hormati oleh komponen.

Banyak ruangan forum yang mengalu-alukan kenyataan kj yang mahu meninggalkan UMNO.


Antara link forum yang membincangkan hal kj berhasrat untuk keluar UMNO:

1.  http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=502577&extra=&page=1

2.  http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=53570

Ramai yang mengalu-alukan.

Persoalannya;

MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA KE SATU TARIKH YANG TIDAK DI TENTUKAN?
MENGAPA TIDAK PADA 25/08/2010 YANG LALU?  MENGAPA TIDAK SEKARANG???


Komen-komen dari anda mempunyai nilai!!!


Semoga 1Syawal anda ceria.  Sentiasalah bermaafan tanpa mengira masa kecuali terhadap kesalahan menjual negara, memporakperandakan parti dan negara serta rasuah kerana hendak menjadi pemimpin.

PEMIMPIN YANG MENGAMALKAN RASUAH DAN MEMBELI PENGIKUT ADALAH PEMIMPIN BERTARAF NAJIS!  PENGIKUT?  TENTUNYA PENGIKUTNYA PULA BERTARAF TAHI YANG DIPIJAK!

Terima kasih kepada Scarlet bangsar yang telah menjadi sahabat yang ke 90 yang mendaftar di blog picisan ini. Begitu juga dengan sahabat-sahabat lain yang sudi singgah ke premis ini.  Jika anda nampak ada artikel-artikel yang anda sukai dan sesuai untuk di sebarkan baik secara maya, mahupun secara konvensional, silalah berbuat demikian.

Untuk mereka  yang akan balik ke kampung masing-masing, terutamanya umat Islam(rasis ke ni?) jika dapat elaklah dari melalui jalan Sungai Petani ke Alor Setar terutama di antara Sungai Lalang dan Gurun kerana satu jambatan baru sedang dalam proses pembinaan sebaik selepas dari Permaipura, sebelum memasuki Pekan Bedong(sebut Bidong, bukan bedong macam bedong anak tu!)


Sedang tidak dalam keadaan bercutipun saban pagi dan petang, semasa orang hendak keluar bekerja dan kembali dari tempat kerja, keadaannya sentiasa jem.  Kenderaan terpaksa beratur panjang dan bertambah parah jika ada trailer, tanker dan lori kontener.

Saya cadangkan sesiapa yang hendak ke Gurun,  Guar Chempedak atau lain-lain pekan berhampiran silalah gunakan lebuhraya PLUS.  Tetapi siapa yang hendak ke Semeling, Singkir dan Tanjung Dawai boleh gunakan laluan alternatif yang melintasi Sungai Merbok.




Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO