SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Ini aku CnP untuk kita pakat teliti isinya....Ini adalah bahan peluntur kepada penyakit KULIT TEBAL pada muka kj....

Mengapa Khairy……

Oleh rmf

Setelah sekian lama, kita melihat pelbagai gelagat kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh pemimpin muda kita untuk diberikan perhatian sebagi pemimpin yang ulung dan berwibawa dengan membawa vision untuk memajukan bangsa melayu dan memakmurkan negara ini dipersada dunia.
Khairy Jamaluddin adalah salah seorang daripadanya yang telah difokuskan dan melonjak naik diatas tiket “akulah menantu Pak Lah” yang mempunyai kuasa diatas segalanya. Kita telah melihat percaturan yang telah dibuat olehnya melalui pelbagai  perkara yang melibatkan semua aspek, sehingga kita telah melupakan bahawa di Malaysia masih mempunyai pemimpin yang lebih baik daripadanya.
Kita juga telah di melihat bagimana angkuhnya pengikut khary sehinggakan pemimpin bertaraf Menteri besar pun “Kecut Telur” dan sanggup membelakangkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohamad didalam pemilihan perwakilan  persidangan Umno beberapa tahun lalu.
Setelah mencari, artikel didalam blog blog pada tahun tahun kebelakangan ini saya rasa inilah sebabnya yang perlu diketahui oleh pengikutnya:
 Pautan artikel  Klik disini
Terlalu banyak sebab mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.
Diantaranya ialah:
1) Kita jangan menjadi Melayu yang mudah lupa. Tun Dr. Mahathir pernah menulis sajak yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” untuk mengingatkan orang-orang Melayu betapa pentingnya menjadi sebuah bangsa yang “tidak mudah lupa” untuk terus maju kehadapan. Apakah kita terlupa bahawa Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi menantu kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang menghantar terus passport milik PENGKHIANAT BANGSA, Anwar Ibrahim kerumahnya sebelum beliau berubat ke negara Jerman. Persoalannya, apakah kena mengena Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sehingga layanan kelas pertama diberikan kepada pembelot UMNO itu?
2) Isu penghantaran passport adalah bukti Khairy Jamaluddin adalah “orang” kepada Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang bertujuan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
3) Siapakah yang membantu Anwar Ibrahim melalui Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today untuk terus memfitnah dan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya kalau bukan Khairy Jamaluddin?
4) Semasa menikmati kekuasaan sebagai menantu kepada PM Abdullah Badawi , isu Altantuya sememangnya digunakan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Akan tetapi, oleh kerana tidak mendapat kerjasama daripada pasukan polis, usaha jahat beliau gagal.
5) Apakah kita mudah lupa bahawa Khairy Jamaluddin telah disabitkan dengan kesalahan “politik wang” semasa bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO? Dia lepas dan dapat bertanding hanya kerana pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Presiden UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO menghormati Pak Lah dan membiarkan beiau bertanding.
6) Jika Khairy Jamaluddin masuk kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, maka mudahlah beliau untuk “membocorkan” keputusan mesyuarat kabinet kepada “idola”nya Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang.
7) Apabila Perasuah seperti Khairy Jamaluddin dilantik bagi menganggotai kabinet, usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan kerajaan akan menjadi sia-sia oleh kerana perasuah seperti KJ berada didalam kabinet.
8.Khairy yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Ketua Pemuda UMNO jika dilantik kedalam kabinet akan menyebabkan kementerian yang dijaga menjadi lemah. Dengan ini, kemnterian lemah dan Pemuda UMNO lemah. Jika Khairy tidak dilantik, hanya Pemuda UMNO yang lemah dan perkara ini boleh diselesaikan dengan menggantikan Ketua Pemuda UMNO atau melantik Datuk Razali menjadi Pemangku sebelum pemilihan yang akan datang.
9) Dengan Khairy sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, “anjing-anjing TINGKAT EMPAT” yang telah dikeluarkan dari mengganggu pentadbiran negara akan kembali semula. Mula-mula masuk ke kementerian KJ, kemudia meresap ke kementerian lain.
10) Masuknya Khairy kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ramai ahli-ahli UMNO yang bagus akan meninggalkan parti Melayu ini oleh kerana tidak tahan dengan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.
Saya berbangga kerana kini telah mempunyai banyak blog yang bersatu dalam isu ini. Kita mesti terus mendesak agar Khairy Jamaluddin yang telah menyebabkan UMNO hampir hilang kuasa pada pilihanraya umum lalu tidak akan diterima untuk masuk kedalam kabinet.
Hanya desakan dan penyatuan yang boleh menyebabkan kita berjaya.
Jangan kita lupa bahawa insan yang bernama Khairy Jamaluddin ini sedang menghancurkan UMNO dari dalam. Jangan kita biarkan beliau bekerja dengan mudah. Kita harus bersatu untuk menyingkirnya!

**tqvm kpd rmf dan antkhairy...



Banyak sangat kelemahan kj yang ketara. Tetapi disebabkan beliau adalah specialist dalam ilmu sindrom penafian semasa belajar di negara omputih arrrr...katanya okspot....dalam bidang sains politik...he he he...kira tahap saintis le ni...maka bahan-bahan saintifik untuk ektrak penebal muka sudahpun disediakan melalui kajian selama sepenggal setengah di makmal pak metua dia. Dengan memakai bahan penebal muka yang nampak seperti semulajadi, maka sekali imbas pasti kita tidak perasan berapa 'tebal muka' si kj ni...

Ramuan ekstrak hebat penebal muka ini sudahpun diarahkan oelh kj kpd nkp nya untuk dioleskan kemuka beliau.....dibawah ini adalah ramuan hebat untuk kita ambil petuanya...

Razali nafi Khairy didesak letak jawatan

 

Untuk mengetahui ramuan ini ramuan asli atau ramuan(tipu) sementara, kita perlu tunggu sikit masa dengan penuh kesabaran.....Dan dalam mentera yang kita baca(dengan meng'klik' tajuk diatas, untuk gambaran kita kena baca dan fahami apa yang berada diantara dua baris ayat, bukan ayat yang kita baca tu untuk mengetahui kandungan sebenar ramuan yang boleh mengembalikan kekuatan UMNO amnya dan Pemuda UMNO khasnya....

Aku baru melayari portal mykmu.net mengenai desakan oleh EXCO Pemuda UMNO Pusat supaya kj berundur.  Bagi aku ini adalah berita yang boleh memebri kesegaran kepada Pemuda UMNO dan UMNO sendiri ketika UMNO berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa PRK.  Dan adalah lebih wajar untuk beliau memikirkan masa depan UMNO dan BN ketika berdepan dengan pembangkang ketika PRU13 nanti.

Aku amat berharap kj akur dengan desakan ini, kerana ianya dibenarkan dalam perlembagaan parti.  Sebagai orang yang meletakkan kepentingan ahli-ahli parti, dan sebagai pejuang dalam arena politik beliau wajar berundur secara bermaruah.

Namun begitu adalah hak beliau untuk terus kekal sebagai ahli UMNO dan wajib terus membantu UMNO dalam mengembalikan keyakinan ahli terutamanya dan keyakinan rakyat khasnya orang Melayu demi kelangsungan UMNO sebagai parti dominan dalam komponen BN yang dilihat agak payah melawan 'friction' disebabkan stigma keatas beliau sebagai LIABILITI'.  Dan stigma ini hanya dapat di nyahkan sekiranya beliau BERUNDUR!

Aku CnP berita penuh oleh portal berkenaan sebagai tanda menyokong langkah ini bagi membolehkan imej Pemuda UMNO yang semenjak PAU yang lepas sering menjadi sasaran kritikan dari dalam dan kutukan dari luar.

EKSKLUSIF: EXCO Minta Khairy Lepaskan Jawatan Ketua Pemuda
Posted on Thursday, January 28 @ 20:17:52 MYT
Topic: Utama


Oleh MYkmu.net (Kemaskini 10mlm)

Kami baru disahkan bahawa punca utama desakan perletakan jawatan Khairy ialah kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Datuk Seri Najib. EXCO Pemuda Hishamuddin Yahya dilaporkan membenatngkan beberapa bukti yang menunjukkan kepimpinan pergerakan pemuda tidak berminat untuk membantu parti dan kerajaan menarik sokongan sebaliknya lebih berminat mendesak dan mengugut agar diberi jawatan.

Hishamuddin mencadangkan dua usul iaitu samada Khairy meletak jawatan dan membenarkan Ketua Pemuda dipangku oleh YB Datuk Razali Ibrahim atau keseluruhan EXCO meletak jawatan bagi membolehkan satu pemilihan baru Pergerakan pemuda dibuat secepat mungkin.

Sungguhpun mendapat sokongan tetapi tiada undian atau keputusan dicapai. Difahamkan 2/3 EXCO Pemuda bersedia meletak jawatan untuk pemilihan semula Pergerakan tersebut jika selari dengan kehendak perlembagaan parti.

Drama ala MCA ini dijangka akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO esok. Terdapat suara-suara di dalam MT sendiri yang mahu mendesak diadakan semula Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO berikutan kegagalan sayap tersebut menjadi tunggak parti sebelum ini.

[Nota Editor: Perkara 5.7 Perlembagaan Pergerakan Pemuda UMNO Menyatakan:  Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.]

[Berita Asal]

Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Kahiry menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini.  Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.

[Berita ini akan dikemaskini sekiranya ada EXCO yang bersedia bercakap dengan mykmu kemudiannya].

**INI ADALAH LANGKAH TERHEBAT DAN TERBAIK BELIAU YANG AKU BOLEH ANGGAP SEBAGAI PENGORBANAN SUCI KEPADA PARTI UMNO DAN BN.  AKU AKAN LEBIH HORMATI BELIAU SEKIRANYA BELIAU BERANI MENGAMBIL LANGKAH YANG POSITIF (KEPADA UMNO) INI..

Puisi dari Serling:

Panjat syukur pada Allah
Semenjak dulu tetap olah
KJ jadi liabiliti mula serlah
Nafi hakikat cetus padah

PRU 13 pasti akan hadir
Hentilah KJ ke hulu-hilir
Banyak janjinya di bibir
Masa emas usah dibazir

Mahukan UMNO gagah
Malang Pemuda lemah
KJ selaku KP perlu nyah

DS najib usah melengah.

Puisi dari Piggy Singh(Poem from PS):

Birthday Note To A Traitor - KJ The Son-In-Law


HAPPY BIRTHDAY KHAIRY,
AND PLEASE LISTEN CAREFULLY LA THAMBY,
I HOPE YOU'VE STARTED COUNTING DAYS ALREADY,
SINCE YOUR POLITICAL CAREER IS NOW GOING DOWNHILL.

WELL KHAIRY,
YOU SHOULD BE ASHAMED OF YOURSELF REALLY,
FOR MESSING UP WITH THINGS BADLY,
AND THE TREMOR WAS STRONGLY FELT IN 2008 GE.

Sorry Honey ... I didn't get the post as deputy.
It was all because of Piggy, Big Dog and Parpukari.

YOUR PRESENCE KHAIRY,
IS DOING NO GOOD FOR THE COUNTRY,
AND NEITHER FOR THE PARTY,
AS PEMUDA UNDER YOU HAVE BECOME PEMUDI,
AND YOU HAVE NO SUPPORT VIRTUALLY,
EITHER IN REAL WORLD OR IN VIRTUAL REALITY,
EXCEPT FOR A FEW TOOTHLESS DOGGIES,
LIKE JAMIL, BRO JINGGO, TEPAK AND REMY.


Sit Jinggo sit .... good doggy !!!

TO TELL YOU THE TRUTH KHAIRY,
YOU SHOULD BE HIDING YOUR FACE ALREADY,
FOR THE DAMAGE YOU HAVE CAUSED TO THE PARTY,
BUT KHAIRY WILL ALWAYS BE KHAIRY,
POWER MUST BE HOLD STRONGLY,
TO SERVE YOUR GREED FOR WEALTH AND MONEY.

A blow from Singh has been severe already,
but Big Dog and Parpukari neither have mercy.

SAD TO SAY KHAIRY,
IT IS ENOUGH ALREADY,
WE KNEW YOUR GAME OF TREASON AND TREACHERY,
AND YOUR ASSOCIATION WITH VICIOUS KALI,
SO PLEASE GET YOUR PASSPORT READY,
TO PERMANENTLY DISAPPEAR FROM THIS COUNTRY.




















Selepas berbincang dengan GMC semasa melilau di Seksyen 20 Shah Alam malam semalam, aku mengajukan kepada GMC yang aku panggil abang untuk mencipta satu LOGO khas untuk tujuan bloggger-blogger utara tagkan logo berkenaan pada blog masing-masing sebagai tanda bersatu dalam perjuangan untuk mengembalikan Kedah kepangkuan UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk itu aku mohon kerjasama sahabat-sahabat blogger pro UMNO/BN untuk tagkan logo ini kedalam blog masing-masing.

KEJUT KEDAH!

Sebenarnya di Kedah perkataan Kejut disebut GEJUT.  Jadi adakah 'catchy untuk menyebut GEJUT atau kekal dengan perkataan KEJUT?

GEJUT KEDAH????



Mungkinkah ini yang sebenarnya ingin disampaikan oleh n.ajis secara simbolik?  Tetapi disebabkan penganut tegar PIS mazhab n.ajis telah 'pekak dan buta', maka isyarat diantara dua baris ayat(in between the line) tidak dapat di cerna oleh kalbu mereka.....metafora.....


Nik Aziz Beri Kata Dua Kepada Pemimpin Pakatan Rakyat.......Aku agaklah apa yang mereka dengar hanyalah.......



Hangpa dengaq macamana pulak????

Aku baru terjumpa(secara tak sengajalah tu...) mengenai pengkisahan datuk Zubir yang di'potray' secara salah terhadap keperibadian beliau dan keterampilan politik beliau,menyebabkan aku rasa aku perlu menjawab bukan mewakili beliau, bukan mewakili UMNO atau sesiapa, aku menjawab dari sisi yang aku pandang.  Yang aku rasa patut aku zahirkan disini.....



KISAH ZUBIR ZUFFA FARMASI .......


Apabila Zubir Farmasi Zuffa bercakap dan keluarkan kenyataan kepada bernama, bermakna dia mencungkil sejarah sendiri...DI Sungai Petani, sapa tak kenai Zuffa Farmasi. Semua orang tau. Kedai ubat yang jadi kebanggaan Melayu Sungai Petani. Dia mampu bersaing dan menjadi farmasi yang tersohor. tapi itu dulu. Farmasinya bermula dari pekan Sungai Petani mula bercambah dan berkembang sampai Guar cempedak, Bukit Mertajam dan di beberapa lagi lokasi di utara.


Aku kenai dia ketika dia buka Farmasi dekat Guar Cempedak. Masa zaman reformasi (1998-1999), dia adalah penyokong kuat DS Anwar Ibrahim..Dia sanggup berdemonstrasi sehingga hampir menggadai nyawa. Semangat dia kuat. Mcm2 dia kata kat UMNO. Maki hamun kpd UMNO adalah perkara biasa baginya. Lagi banyak dia maki UMNO, kedainya lagi laku. Sebab yg banyak support Zuffa Farmasi adalah penyokong dan pendokong reformasi. Kedai dia laku dan bertambah.


Dia sanggup bagi percuma Tingkat Satu farmasinya di Gurun untuk dijadikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai (pada masa tu Ust Nasharuddin). Hampir satu penggal di bagi guna secara percuma. Begitu juga Tingkat 3, Farmasinya di Taman Ria Indah dia bagi YB Dr Hamdan guna buat Markas Pemuda Merbok. Tapi itu semuanya dulu. Pendek kata takdak sekog pun kawan dia dari UMNO.


Zubir mula masuk kem UMNO, apabila Mahadzir Khalid balik ke Kedah dan dicanang nak jadi MB Kedah. Waktu tu baru semua pakat tau yg Zubir ni rupa2nya kawan baik Mahadzir masa di Sekolah Sains Mohd Jiwa dan USM. Time tu semangat dan jiwanya pada PAS dan PKR koi kendog. Kalu dulu Zubir ni lah yg banyak support Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin. Pendek kata duit langsung dia tak kisah. Dia mudah hulog bila diminta untuk lawan UMNO dan BN.


Tapi semasa pilihanraya 2004, kelibatnya koi hilang. Rupa-rupanya dia dok pi tolong Mahadzir Khalid di DUN Pedu. Kot belah ulu banat sana. Duit dia banyak hambog kat UMNO pulak. Dia mula himpit Mahadzir Khalid. Kononnya kalau Mahadzir jadi MB dia ada chance jadi calon dan exco. Paling tidak dia akan dapat banyak projek daerah. Memang betoi. Tak salah jangkaan kawan2 pada time tu. Bila Mahadzir Khalid jadi MB, banyak projek Zubir sapu. Maklumlah kawan rapat..Berjuta-juta di kantau. Antaranya tanam tiang lampu seluruh bandar Sungai Petani. Banyak juta jugak dia dapat. Selain tu ada banyak lagi projek yg aku rasa dia dapat menyebabkan dia jadi kaya.


Bila dah kaya, dia mula lupa asal usul. Kalau dulu dia banyak bagi sumbangan kpd perjuangan ISlam dan bantu golongan agama. Tapi la ni dia dah mula banyak bantu penyangak2 UMNO. Cikgu Tajul Urus Mat Zain, yang la ni Ketua UMNO Bahagian Merbok bijak menangkap si bodoh Zubir ni. Cikgu Tajul mula kikis dan buka lorong mcmana nak gabuih duit Zubir. Maka dilantiknya Zubir jadi Ketua Penerangan UMNO Merbok. jawatan yg tak perlu ada pertandingan. Maka jadilah Zubir orang yang berjawatan walaupun dia sendiri bercakap dan berceramah pun tak reti dan tak boleh.


Ketika banyak projek Kerajaan Negeri di bawah BN, Zubir diatatang oleh UMNO pasai dia duit banyak. La ni bila PAS dah memerintah, duit dia koi kurang. Koi lama koi habis. Projek koi takdak. Kedai dia koi tak laku. Orang UMNO mana ada pi beli ubat di farmasi dia sbb UMNO selalu pi hospital dan klinik, sebab dapat ubat free. Yang dok support dia sejak dulukala adalah orang Pakatan Rakyat.


La ni kedai dia koi malap. farmasi lain koi naik dan koi maju. Amat silapla bila dia kata bisnes di kedah merosot. Yang merosot bukan bisnes di Kedah, tapi farmasi dia yg merosot. Puncanya orang ramai dah tak mau pi dan dah boikot. Sebab ramai dah meluat dengan jenis manusia yang takdak pendirian dan sanggup juai agama demi perut sendiri. Dapat hasil daripada sumber yang tidak sah dan ambil peluang daripada hak rakyat demi kekayaan diri sendiri.


Aku tau setakat tu saja...kalau hampa nak tau lebih lanjut, hampa boleh rujuk kat geng2 Guar Cempedak yang rapat dengan dia dulu. terutama orang yang dok kira bicara nak jadikan kedai dia tu Pejabat Khidmat Parlimen Jerai dulu. Depa banyak tau cerita. Aku dengag dari angin2 tepi telinga saja...Sekian adanya kisah makhluk ajabi yang diberi nama ZUBIR ZUFFA FARMASI.

****************************************************************************
****************************************************************************
Apabila mencari pekerjaan, yang paling senang ialah kerja mengutuk orang, kerana yang perlu ialah mulut, kalau bercakap atau jari apabila menaip. Senangkan?


Jika kita membaca dengan hanya mengambil satu sisi yang berpihak kepada kita, maka betul lah kita dan salahlah orang.  Maka jika Datuk Zubir masih lagi menganut agama PIS mazhab N.ajis, maka cerdiklah ia, namun jika dia berfikir bahawa dengan meninggalkan anutan pengikut PIS dan berjuang didalam UMNO maka dungulah ia kononnya....nampaknya kamus bahasa Melayu kena dibuat kajian semula berkaitan makna-makna perkataan yang apabila diucap oleh penganut PIS bermazhab N'ajis tersasar jauh dari maksud asal perkataan itu.  Kerana makna sebenar perkataan tertentu lari amat jauh dari makna sebenar bila ditutur dan ditulis oleh penganut PIS mazhab N.ajis yang ‘cerdik’ kononnya hasil meminum ayaq ‘kasut jepun’(selipar) tok nyang tu.


Memang semasa diluar UMNO Datuk Zubir tidak reti berceramah, tetapi dia tahu bercakap kerana dia bukan bisu dan dia juga ahli perniagaan yang berjaya, ini kerana PIS sebenarnya bukannya mahu dia menjadi pemimpin, tetapi hanya mahu mengikis duit dari usaha titik peluh beliau, dan aku jamin jika dia bertanding atas tiket PIS dan tetiba kalah, dia akhirnya akan jadi kupang tembaga yang disisih setelah poketnya hanya tinggal 'kulit kerang' untuk membeli jantung pisang...itulah yang telah terjadi kepada beberapa calon PIS yang diusung bagai dah jadi ADUN atau MP semasa pilihanraya, tetapi bila kalah disimpan disebalik ‘barzah’... dan aku tak fikir dia akan diletak sebagai calon jika dia masih didalam PIS. Mereka bukannya hendakkan dia sebagai pemimpin sebenarnya, depa nak kukut sampai tinggal kulit kerang sahaja…Depa nak 'kencing' Datuk Zubir saja.....



Sebenarnya jika dilihat dari sudut lupa diri yang dilihat dari biji mata mereka, makna sebenarnya bagi bidalan ini ialah kenang jasa, kerana semasa memulakan perniagaan, bukan PIS yang bagi modal, bermula dengan sedikit modal sendiri mereka suami isteri kemudiannya dengan bantuan dana dari MARA sehinggalah ia beroleh kejayaan dan berjaya memperkembangkan perniagaan beliau dengan 14 cawangan(depa marah sebab Datuk patut war-warkan 14 ‘ranting’ farmasi…baru nampak isle sikik bunyi dia) farmasi di Kedah. 

InsyaAllah akan bertambah lagi beberapa cawangan baru bukan sahaja diKedah, malah akan berkembang keseluruh Negara berkat doa pecah perut dan doa bala dari penganut PIS mazhab N.ajis yang ‘bijak-bijak’ kepala lutut depa dan berhati mulia umpama kerengga bila melihat Melayu lain Berjaya dalam bidang perniagaan….  Mulia sungguh hati depa dan murni sungguh doa penganut-penganut PIS mazhab N’ajis yang tahu ‘seba-serbi’ kononnya. Ya kehebatan N.ajis yang pada beliau dalam PIS hanyalah HARUS dan HALAL sahaja. Tetapi selain dari itu seperti HARAM hanya ada diluar PIS! He he he…sekali lagi makna-makna beberapa perkataan didalam kamus kena dirombak!


Mengenai semasa zaman reformasi, sebagai manusia biasa yang hanya memandang dari satu sisi ketika itu, dia adalah manusia biasa yang ada kelemahan. Dia hanya nampak apa yang terzahir, namun apabila mengetahui apa yang tersirat dan yang berselirat serta ber’palat’ yang ada pada B A B I, maka tindakan beliau ‘mufarakah’  adalah langkah tepat kerana beliau lebih mengutamakan survival bangsa Melayu yang masih perlu terus dibantu baik dari segi politik mahupun dari segi ekonomi hasil dari pengalaman beliau berniaga dipasaran tebuka dan penuh persaingan.


Dalam pada penulis mendakwa bahawa Datuk Zubir tidak reti bercakap dan berceramah hatta tidak tahupun, tetapi dalam masa yang sama juga penulis mendakwa dia memaki hamun UMNO(inilah tarbiah PIS yang paling HEBAT!...memaki hamun dalam mazhab N.ajisadalah afdal!) ,apakah maki hamun yang kononnya beliau hamburkan itu dalam bentuk isyarat seperti isyarat yang digayakan oleh orang bisu?


Namun setelah berada didalam UMNO, Alhamdulillah, kini beliau telah mulai "sembuh" dari penyakit tidak tahu dan tidak reti bercakap hasil dari terapi dan rawatan bersistem yang paling mujarab yang ada dalam UMNO kini isi pidato, ceramah dan ucaptama beliau nampaknya terhindar langsung dari penyakit maki hamun yang ada dalam mazhab N.ajis anutanPIS.Isi-isi ucapan beliau kini lebih terarah bagaimana untuk memantapkan UMNO dalam kerangka sebagai JUARA RAKYAT, isu-isu kebajikan rakyat, isu-isu PENDIDIKAN, isu-isu agama ISLAM yang penuh toleransi baik antar sesame ISLAM mahupun dengan penganut agama selain dari ISLAM, isu kesetabilan Malaysia dari segi ekonomi, poltik dan sosial serta isu-isu antarabangsa, malah selepas dari aku membaca tulisan liar dengan tuduhan yang sembrono oleh penulis aku yakin yang tulisan itu bukanlah racun, tetapi ia adalah menjadi  pemangkin kepada semangat juang Datuk Zubir yang sentiasa bersemangat untuk lebih berketerampilan dan kematangan yang jitu.


Jika disatu ketika kononya dia sanggup memberi secara percuma tingkat atas farmasinya di Guar Chempedak(bukan Gurun seperti dakwa penulis yang kononya kenal rapat)kepada Ustaz Nasharudin begitu juga tingkat tiga kedai beliau di Taman Ria Indah di Sungai Petani kepada Dr Hamdan(belum YB pada masa itu), maka itulah sifat pemurah beliau. Tentunya menjadi suatu yang pelik jika sifat semulajadi dalam diri beliau itu hilang apabila menjadi ahli UMNO!  Malah secara lojiknya beliau kini sepatutnya(sememangnya) menjadi lebih pemurah hasil rezeki yang Allah anugerahkan kepada beliau hasil dari perjuangan beliau dalam UMNO, pentas politik yang lebih signifikan.  Bukan seperti sesetengah ahli-ahli UMNO yang lama dalam parti dan kaya hasil pertolongan UMNO tetapi lokek dengan pelbagai alasan untuk bersedekah, berderma dan beramal, *ada ‘bau’ kedengkian disini rupanya dari penulis*.


Dan Dr Hamdan sehingga kini patut terus bersyukur dan berterimakasih kerana hasil bantuan dari Datuk ketika mula-mula beliau hendak mengusahakan kliniknya dahululah  Dr Hamdan boleh memulakan operasi kliniknya dengan agak selesa.  Kerana memikirkan kesusahan rakannya yang juga Melayu Islam untuk menapak dalam alam perniagaan seperti mana ketika beliau mahu memulakan langkah dalam perniagaan beliau dahulu maka pertolongan dihulur. Atau mungkinkah kini Dr Hamdan sudah lupa untuk bersyukur dan berterima kasih apabila sudah hampir dua tahun memolok elaun wakil rakyat yang di bayar oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN?


Kenapa bunyinya macam hendak menyanggah ketentuan Allah bila nama Det Khalid dikaitkan dengan sejarah hidup Datuk Zubir? Memang mereka ditakdirkan untuk sama-sama belajar di Sek Sains Muhd Jiwa dan kemudiannya sekali lagi berjuang mencari ilmu di USM? Berdosa rupanya pada pandangan penganut PIS mazhab N.ajis kerana sejarah lalu Datuk Zubir dan Det Khalid.  Rupanya didalam kitab penganut PIS mazhab N.ajis adalah dosa dan haram untuk menolong memajukan dan menyejahterakan kawanrakan apabila ada sedikit kuasa, padahal melalui pertolongan itulah maka Datuk Zubir dapat pula membuka peluang rezeki kepada manusia lain dan dapat meneruskan sikap pemurah beliau tetapi diatas platform yang berlainan?Kenapakah kalau bukan kerana sakit hati? Kaya dia sebagai usahawan bidang farmasi adalah anugerah Allah, itu usaha dia bersesuian dengan perjuangan beliau ketika menuntut ilmu dan adalah amalan biasa ahli perniagaan untuk mengembangkan perniagaan dengan mengujudkan bidang baru yang berpotensi sebagai cabaran dalam mempelbagaikan portfolio perniagaan, maka yang dia tidak lupa ialah terus mengamalkan sikap pemurah beliau sehingga kini dan ini dakui oleh penulis jika kita lihat dari tulisan beliau. SO WHAT?


2:83. Dan apabila Kami mengambil perjanjian Bani Israil: "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapa, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat." Kemudian kamu berpaling, kecuali sedikit daripada kamu, dan kamu memalingkan.


2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.


2:215. Mereka menanyai kamu mengenai apa yang mereka patut menafkahkan. Katakanlah, Apa sahaja kebaikan yang kamu menafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang musafir, dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.


Maka apakah satu dosa jika Datuk Zubir menyalurkan harta beliau (termasuk wang ringgit hasil dari uaha titik peluh sendiri) kepada mereka-mereka yang Allah sebutkan didalam AlQuran? Ya…berdosa kerana beliau kini bukan lagi penganut PIS mazhab N.ajis yang menerima segala kata-kata dia  secara bulat-bulat, manakala tanpa mereka sedari sumbangan Datuk Zubir terus mengalir menyirami mereka secara tidak langsung melalui cukai dan zakat yang di bayar dan jelaskan kepada pihak kerajaan dan badan pemungut zakat.Hatta ada pemberian langsung beliau yang terus di terima oleh pihak mereka dalam program-program bersama rakyat terutamanya di Merbok dan Kedah amnya.


Rupa-rupanya tulisan yang panjang lebar ini akhirnya diragui kebenarnanya bila penulis mengaku hanya mendengar sipi-sipi melalui telinganya yang dibawa angin sebenarnya….apakah angin itu angin tiupan 'MALAIKAT'?


Kepada Datuk Zubir aku hendak beliau teruslah berjuang memperkasakan UMNO jika dia berpendaapat bahawa UMNOlah platform yang betul untuk beliau berkhidmat dalam politik.   


TERUSKAN PERJUANGAN!

KESIMPULAN AKU MUDAH SAHAJA……
SERIGALA YANG KEMPUNAN ANGGUR LAZAT akan berkata APA?


(Gambar ini hanya perhiasan macam ikan hiasan.......)

Nampaknya doa oleh punahsihat am PIS, N.ajis semakin menunjukkan keampuhannya. Hebat sungguh doa bala dan pecah perut sehinggakan perut PKR Bahagian Kuala Selangor terburai ususnya yang sudah pecah dan bernanah sambil mengeluarkan bau yang busuk. Walaupun beberapa bomoh telah dipanggil untuk mengubati busung PKR Bahagian Kuala Selangor, malangnya petua yang diberi oleh bomoh iaitu dengan membuka bumbung-bumbung rumah pangsa diBukit Sentosa agar jembalang yang menyebabkan busung lari bertempiaran nampaknya tidak berkesan.... Dan yang paling lawak sekali dalam pentas politik pembangang ialah macamana seorang MB tidak menjadi Ketua Bahagian...hooooo...dalam pkr apaupn boleh depan boleh, belakang boleh...kongsi tuhanpun boleh......whoooo...



Dalam beberapa hari ini aku mengikuti siri pendedahan hebat oleh rakan-rakan blogger dari seluruh negara terutamanya GAP, DET dan Keris Pusaka Melayu, Unspinners, X-pkr, Parpu Kari, BigDog, Apa Yang Tersirat, dan beberapa bloggers lagi termasuklah  ruangan forum seperti mykmu.net mengenai keterlibatan Kali mullah dalam perniagaan yang terlibat secara langsung dengan kerahsiaan negara dan dalam masa yang sama terlibat pula dengan musuh-musuh kepada keamanan dan kesetabilan Negara seperti Raja Paria Kamarudin dan B A B I dan ditambah merungsingkan mengenai penglibatan beliau dengan beberapa syarikat berprofail tinggi yang dalam pada masa yang sama membiayai portal berita yang sentiasa menimbulkan isu-isu yang boleh menggugat kesetabilan perpaduan, ekonomi dan politik negara iaitu Malaysian Insider, maka sudah tiba masanya rakyat Malaysia yang mahukan kesetabilan dikembalikan kepangkuan rakyat maka wajarlah kelompok rakyat yang berada disebelah pihak yang mahukan perkara-perkara positif yang kita nikmati satu masa dahulu dikembalikan mendesaak:

KERAJAAN BERTINDAK TEGAS TERHADAP MANUSIA BERNAMA KALIMULLAH INI BERTERASKAN UNDANG-UNDANG SEDIADA DAN JANGAN SEHINGGA BELIAU SEMPAT MELARIKAN DIRI KELUAR NEGARA SEPERTI RAJA PARIA KAMARUDIN BERSAMA DUIT YANG BELIAU KAUT SELAMA INI SECARA ROMPAKAN TERHORMAT DAN SETERUSNYA AKAN MENYALAK secara negatif terhadap Malaysia dan kedaulatannya seperti yang dilakukajn oleh RAJA PARIA KAMARUDIN yang didalangi oleh PAK DALANG (yang juga JALANG POLITIK) iaitu B A B I.

Kerajaan Negeri digesa selesai masalah air sebelum Mac


ALOR SETAR - UMNO Kedah mendesak Kerajaan Negeri supaya menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk negeri ini sebelum Mac depan bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap penderitaan rakyat berikutan ketiadaan bekalan air, terutama di kawasan pedalaman.

:Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, sekiranya Kerajaan Negeri masih gagal bertindak dalam tempoh dua bulan ini bagi menyelesaikan masalah air yang masih berlarutan setelah pengkorporatan Jabatan Bekalan Air (JBA), ini membuktikan Kerajaan Negeri gagal menjaga kebajikan rakyat.

“Jangka masa dua bulan dianggap munasabah untuk Kerajaan Negeri mengatasi masalah air di Kedah, dan jika mereka berjaya menyelesaikan kemelut ini, ianya boleh menjadi satu hadiah kepada rakyat sempena dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah,” katanya.

Ir Nawawi berkata, masalah bekalan air sudah berlarutan sejak lima bulan lalu, dan isu ini sepatutnya selesai sejurus sahaja Syarikat Air Darul Aman (Sada) mengambil alih pengurusan air di negeri ini 1 Januari lalu.

“Saya yakin sekiranya kerajaan yang ada sekarang bertanggungjawab kepada rakyatnya mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah bekalan dan jangka masa dua bulan ini cukup untuk memastikan seluruh rakyat dapat menikmati bekalan air yang sempurna,” katanya.

Menurutnya, ribuan rakyat yang sering berdepan dengan masalah bekalan air menjalani kehidupan dengan penuh kesukaran, dan sudah tiba masanya rakyat Kedah mampu menyalurkan semula bekalan air tanpa gangguan dan tekanan yang tinggi sebagai hadiah ulang tahun pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini.

“Saya amat berharap Kerajaan Negeri tidak memandang ringan penderitaan yang dihadapi rakyat ini. Mereka asyik menyuruh rakyat bersabar, tetapi sampai bila hendak bersabar. Malah ada pula Exco Kerajaan Negeri yang menasihati rakyat membeli banyak baldi untuk menyimpan air. Bagi saya jawapan itu menggambarkan kerajaan sekarang tidak prihatin menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

***********************************************************************************
Detguaq:  Sembang modai ayaq lioq bolehlah!!!!
***********************************************************************************

SAPA KATA DALAM KERAJAAN PIS KEDAH TIDAK BERLAKU KRONISMA????

HE HE HE.....NANTIKAN PENDEDAHANNYA  DALAM SEHARI DUA LAGI!

AKU TENGAH MENGUMPUL MAKLUMAT YANG SAHIH.

TUNGGUUUUUUU!!!!

Datuk Seri Najib wajar berfikir secara pantas tetapi waras.

1.  Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Persidangan Dewan Parlimen
2.  Kenal pasti pengkhianant dalaman
3.  Singkirkan mereka sebelum BN disingkairkan rakyat!

Monday, January 11, 2010

TERDEDAH!!! Hubungan Khairy dan Anwar sudah terbongkar!!!


Maklumat terbaru dari blog Gerakan Anti PKR mendedahkan suatu dokumen yang menunjukkan Kalimullah memberi 'suaka politik' untuk penjenayah pelarian Raja Petra di sebuah Apartment kepunyaan isterinya Hellinna Danum Dadameah di Trinity Court, Bayswater London.

Pendedahan ini penting kerana ia menghubungkaitkan penulis fitnah Anwar Ibrahim dengan penulis fitnah Abdullah Ahmad Badawi-Khairy Jamaluddin, Kalimullah 'Masya Allah'.

Dari tulisan beberapa blog, mereka kelihatan bekerjasama untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.

Bukan setakat itu, mereka bekerjasama untuk membawa huru hara dalam negara dengan menghancurkan segala asas perlembagaan - ugama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera, dan raja-raja Melayu.

Propaganda yang mereka berdua lakukan juga adalah untuk menghancurkan sistem dan instrumen kerajaan dari institusi polis, askar, kehakiman, agama, dan lain-lain. Mereka menyokong Chin Peng untuk dibenarkan pulang.

Kemelut mengenai kalimah Allah pun ada tangan-tangan Anwar.

Pendirian Raja Petra berkenaan ini sudah lama diketahui dari tulisan-tulisan dia mengenai Islam yang begitu radial sekali. Dia pernah menulis mengenai Allah itu nama Moon God beberapa tahun dahulu. Kalimullah pula sama liberal dalam hal sedemikian.

Kemelut ini bermula pada zaman pentadbiran Abdullah Badawi yang semasa itu telah menahan penyebaran Injil dalam Bahasa Iban tetapi memberi KDN untuk The Herald - Catholic Weekly untuk mengeluarkan penerbitan bahasa Melayu tanpa usul periksa.

Semasa Syed Hamid memegang jawatan menteri KDN, dia yang mula menarik balik permit penerbitan The Herald. Kemudian Abdullah masuk campur seperti mana dia masuk campur melepaskan tahanan ISA terhadap Theresa Kok, Raja Petra, dan wartawan Sin Chew jit Poh. Dia arah Syed Hamid beri balik permit penerbitan Herald.

Apabila bising orang ramai, baru dapat Syed Hamid tarik balik permit tersebut. Ini menimbulkan kemarahan gereja Katolik.

Anwar pun masuk jarum dengan menyokong penggunaan kalimah Allah. Peguam geraja Katolik pun adalah ahli PKR, Derek Fernandez. Bersaam dalam pasukan guaman gereja Katolik adalah Benjamin Dawson yang merupakan peguam untuk Azlina Jailani yang disokong oleh dana CIA, Beckett Fund.

Apa pendirian Khairy dalam kes Kalimah Allah? Lebih kurang macam Anwar tapi dia sembunyikan.

Anwar dan Khairy banyak bermain sandiwara. Kononnya anwar pernah mahu saman Khairy RM100 tapi sampai sekarang taida pun prosiding dilaporkan akhbar.

Baru-baru ini semasa PRK Bagan Pinang, Anwar ada ugut akan saman Khairy di atas kenyataannya dalam Forum yang dianjurkan di sana. Sampai sekarang masih tidak di saman si budak Khairy ini.

Dengan terdedah pertalian Kalimullah dengan RPK, ia menunjukkan ada pertalian Anwar dan Abdullah Badawi. Kalimullah memang diketahui ramai adalah spy Singapore dan Khairy memang adalah anak didik Singapore.

Pihak-pihak tertentu tahu bahawa Kalimullah dan Khairy yang membekalkan maklumat dan dokumen untuk membolehkan Raja Petra membuat fitnah terhadap Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya.

Orang yang menyokong Khairy menjadi Menteri adalah Zahid Hamidi, seorang Menteri yang dahulunya adalah kroni Anwar Ibrahim.

Dipercayai pertaliannya dengan Anwar masih rapat melalui hubungan Saifuddin Nasution dan Johari Abdul yang pernah bekerjasama dengannya. Malah sesiapa dari orang PKR yang menghadapi masaalah kewangan, Anwar dikatakan berkata pergi minta pada Zahid.

Zahid juga membantu memberi peluru kepada pembangkang dalam isu kehilangan jet. Kebodohan Zahid melaporkan enjin RM300 sebagai RM50 juta menjadikan bocor rancangan memburukkan Najib yang dikorek dari masa sebentar Abdullah memegang Menteri Pertahanan
sebelum bersara.

Rangkaian hubungan ini semua kini jelas seperti berikut:

Abdullah Badawi - Khairy - Kalimullah -
Raja Petra - Anwar Ibrahim

Abdullah Badawi & Khairy -
Zahid Hamidi - Saifuddin Nasution & Johari Abdul -
Anwar Ibrahim

Ada satu lagi hubungan Khairy dengan Anwar yang terlepas pandang ramai iaitu yang melibatkan Zaid Ibrahim. Zaid menjadi Menteri JPM dalam hal ehwal undang-undang semasa zaman Abdullah atas desakan Khairy. Berikut carta hubungankait Zaid Ibrahim:

Khairy - Abdullah Badawi - Zahid Ibrahim -
Anwar Ibrahim
 
Disedut dari Anak Omak

Selepas membaca keluhan pembaca dalam sebuah akhbar Nasional mengenai keadaan jalan di DUN Sungai Limau, maka aku pergi ke kawassan DUN Sungai Limau sendiri untuk meninjau keadaan jalanraya disana.  Memang ada kebenaran oleh pembaca berkenaan, malah kalau aku hendak mengambil gambar semua jalan-jalan berturap yang ada disekitar DUN Sungai Limau yang diwakili oleh Ustaz Azizan yang juga Menteri besar Kedah sejahtera(konon!) aku yakin tak cukup memory card aku tu untuk aku ambil gambar-gambar berkenaan, hatta aku 'down grade'kan pixels kamera cap kuda aku(he he he...up grade sikit dah kamera aku, dari cap ayam kepada cap kuda, laju sikit).

Ternyata laungan tak bererti kedah sejahtera hanya tidak lebih dari laungan kosong demi kuasa politik sempit mereka.  Aku denganr depa kata untung tang nu, untung tang ni.  Balakpun depa kata untung tak hengga.  Gunalah duit tu untuk baiki jalan, tak kan hat tu pun nak kena ajaq.  Dolu bukan main lagi hangpa ajaq orang.  Kata orang tak tau buat kerja, hanpa saja yang tau buat kerja....sampahpun takleh nak settle!

dan gambar-gambar yang aku posting ini adalah gambar asal, cuma ada sikit penandaan dibuat bagi menjelaskankan lagi gambar yang dah jelas tu.






Sampai bilakah isu sampah ini akan berakhir.  Bukan sahaja diAlor Setar sebenarnya keadaan ini terus berlaku, tetapi dibandar-bandar besar lain seperti Sungai Petani dan Kulim juga berlaku perkara yang sama.  Walaupun kera jaan PIS Kedah sudah membuat kenyataan kononnya masalah sampah akan diselesaikan pada Disember 2009, tetapi sehingga tahun melangkah ke 2010 masaalah sampah masih belum menampakkan ianya akan dapat diselesaikan segera
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah sampah di Kedah selesai - Exco
Ali Hashim   
ALOR SETAR, 16 Dis: Masalah sampah yang menjadi perbualan hangat di negeri Kedah sebelum ini akan diatasi setelah pengambilan kerja-kerja pembersihan di swastakan kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Environment Idaman (E-Idaman).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis blog diancam 'kapak terbang'
Jimadie Shah Othman
Jan 11, 10
11:43am
kemaskini 3.34pm Seorang penulis blog popular diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

Menurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Bertembung secara terbuka dengan Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Syed Azidi antaranya mendakwa terdapat salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Penulis blog itu turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus sesuka hati.

Setakat ini belum jelas pihak yang bertanggungjawab dan polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian itu dilaporkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu tengah malam tadi.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Azidi tidak menolak kemungkinan insiden di rumahnya malam tadi mempunyai kaitan dengan tulisan-tulisan kritis di blognya.

"Kemungkinannya 'ya'. Ia mungkin melibatkan pihak-pihak yang tertekan dengan siaran artikel-artikel saya," jelasnya.

Beliau bagaimanapun yang enggan menamakan pihak terbabit.

Polis merekodkan keterangan Syed Azidi, turut dikenali sebagai 'Sheih' di kalangan penulis blog, pagi ini.

Nampaknya doa pecah perut ala-ala N.ajis bukan sahaja telah berjaya memecahkan tembok KB Mall, malah juga telah berjaya memecahkan permukaan jalan-jalan bitumen diKedah.  tempat mula 'pecah perut' jalan bitumen ini ialah diDUN milik MB Kedah seksatera diSungai Limau dan kini kesn pecah perut ini telah mula dirasai diDUN Jeneri pulak!!!  Mustajab sunggoh doa ni....ustad 'eizan oiiii...hang tak takut ka doa ni???  doa liaq macam ni boleh pi tuju merata-rata oiii....Mungkin Kolonel Mat ada penawaq pada doa peluru piston koboi ni????






Semalam aku menerima beberapa sms yang mengajak berkumpul secara aman untuk memprotes kebenaran oleh hakim mahkamah tinggi kolalompo.  SMS berbunyi begini:

Salam rakan-rakan(bloggers/nonbloggers) satu perhimpunan yang bertema 'SATU PERHIMPUNAN BAGI MENENTANG PENGGUNAAN OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM' akan diadakan pada:

Ttarikh:  08/01/2010(Jumaat)
Masa  :  2.30 petang
Tempat::  Dataran 'Ground Zero' Sungai Petani (berhadapan Jam Besar).

Anjuran beberapa NGO Daerah Kuala Muda.

Mohon hebah dalam blog, semua umat Islam dijemput hadir.  Terima kasih.

**Terima kasih AAH, Jit Din, Arm serta kwn-kwn lain yang hantar sms pada aku.  Dan hari ni baru sempat aku buat posting.

Kolej Kejururawatan PUSRAWI menawarkan kursus :

KURSUS DIPLOMA SAINS KEJURURAWATAN

Pengenalan Kursus

Kursus Diploma Sains Kejururawatan yang ditawar oleh Kolej menyediakan pelajar bagi memperolehi kelayakan yang membolehkan pelajar berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan diiktiraf sebagai seorang Jururawat Terlatih.

Tempoh Kursus

3 tahun sepenuh masa

Modul Kursus

Kursus Diploma yang ditawar meliputi teori dan amali.Pembelajaran teori dijalankan di bangunan Kolej dan amali dijalankan di Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. Hospital-Hospital Kerajaan yang diluluskan serta Klinik-klinik kerajaan dan badan berkanun yang diiktiraf.

Matapelajaran Teras


1. Sains Asas Perubatan
* Anatomi & Fisiologi Manusia
* Biokimia
* Bakteriologi
2. Sains Tingkahlaku
* Psikologi
* Sosiologi
3. Sains Kejururawatan

Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu & Inggeris

Kelayakan Mengikuti Kursus

Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat keputusan berikut bagi matapelajaran


* Bahasa Malaysia (Kredit)
* Bahasa Inggeris (Lulus)
* Matematik (Kredit)
* Sains atau Biologi (Kredit)


Umur Mengikuti Kursus : Tiada sebarang had umur ditetapkan

Sesi Pengajian: Januari dan Julai

Pengambilan Pelajar:

Pengambilan pelajar adalah berdasarkan satu temuduga yang diadakan pada bulan November /Disember dan Mei/Jun setiap tahun.Hanya pelajar yang layak sahaja akan dipanggil untuk temuduga


Permohonan Untuk Mengikuti Kursus

SILA hubungi Datuk Zubir Saad(012-4752112), Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian Merbok untuk keterangan lanjut.

KEMASUKAN SEGERA DENGAN TEMPAT TERHAD SERTA LAIN-LAIN INSENTIF TERMASUK BIASISWA DARI BAITULMAL.

Hanya ada 40 kekosongan untuk diisi dengan segera berdasarkan "First Come First Serve".
Tarikh Akhir: 14/01/2010

**
TERBUKA UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN MUSLIM.

Atau boleh e-mail kepada detguaq@gmail.com.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO