SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Bila membaca artikel ini, ini, dan ini serta posting ini dari sebelah sana maka dapatlah aku merumuskan mereka sedang pusing keliling nak cari isu, tetapi tiada isu lalu dijadikan ketiadaan isu itu satu isu.

Hello, ini adalah satu Pilihanraya. Maka bila ada pilihanraya adalah kempen. Takkanlah bila ada pilihanraya, masing-masing duduk dirumah bersenang-lenang menonoton TV atau pergi bercuti dan berkelah diair-air terjun!!! PISpun berkempen! UMNO sebagai parti dominon BN sudah tentulah perlu berkempen bagi memastikan kemenangan calonnya. Dan sebagai parti yang mempunyai keupayaan dalam menunaikan janji, lalu apa yang dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin sudah tentulah akan ditunaikan sedapat mungkin. Dan memang sudah adat dalam pilihanraya-pilihanraya pengumuman-penguman oleh mereka mendapat liputan media, tetapi ini bukan bererti pengumuman dan perlaksanaan projek-projek pembangunan dan perkhidmatan hanya berjalan ketika pilihanraya sahaja, tetapi jika diikuti program-program kerajaan Barisan nasional sepanjang tahun sentiasa ada sahaja pengisiannya. Dan setiap pengumuman diluar musim pilihanraya selalunya tidak mendapat perhatian umum rakyat kerana samada telah biasa dipendengaran mereka dan penglihatan mereka(yang selalu mengikuti perkembangan) atau yang tidak tahu langsung(tidak ambil pusing) dan tidak mahu tahu(kerana hasad sebagai pembangkang yang menebal).

Program-program pelbagai bentuk yang berterusan disetiap pelusuk negara menyebabkan ianya bukan lagi isu kepada rakyat yang mendokong kerajaan, tetapi disebabkan ketandusan program, maka aktiviti sekecil menyerahkan memorandum dan repot polis yang entah apa kesnya menjadi satu program besar bagi pihak pembangkang. Aku dah muak dengan kerja 'wayang' mereka.

Dan sebagai provokasi mereka kononnya menyokong TDM dalam isu-isu tertentu padahal mereka ini sebenarnya bukanlah penyokong idealisme TDMpun, malah tidak faham kerana bebal mengenai siapa Tun yang sebenarnya dalam konteks ahli politik. Pengakuan Tun yang akur dengan keputusan Pemimpin atasan UMNO adalah wajar dan selari dengan sikapnya sebagai ahli parti. Dan aku seperti juga beliau(dalam konteks patuh kepada parti selagi berasas) telah mengambil keputusan untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Isa Samad, sebaik sahaja diumumkan bahawa beliau adalah calon bagi PRK N31 DUN Bagan Pinang, dimana BELIAU ADALAH JUGA KETUA CAWANGAN UMNO BAGAN PINANG dalam Bahagian Teluk Kemang dimana beliau sebagai Ketua Bahagian.

Manakala pengumuman oleh Dato' Seri Najib mengenai Bandar Tentera Darat kepada Bandar Port Dickson pada mereka tidak sesuai, tidak ada apa yang bagi mereka. Hendak diajar pula untuk ishtiharkan nama yang sesuai ikut otak bebal mereka. Kononnya sebab ada laut, kena letak Bandar Tentera Laut kononnya. DEPA NI BUTA MATA KA BUTA PERUT? Bukankah kawasan Lumut lebih sesuai untuk dihubungkan dengan Tentera Luat berbanding Tentera Darat yang mana Port Dickson telah sinonim dengan tempat latihan rekrut tentera darat sejak dahulu lagi??? Adakah mereka ini baru migrasi ke Malaysia sehingga tidak kenal tempat dan hubungannya? Dan begitu juga dengan Tentera Udara yang lebih sinonim dengan Tentera Udara? Tunggulah peristiharan-perishtiharannya pula. Bila? Eh itu pemimpin punya pasallah. Kalau pembangkang nak ishtiharkan juga ishtiharkanlah, belum tentu akan digezetkan kecualilah hangpa dah jadi kerajaan. Keciwi dan meroyan betullah!

Dan sewajarnya aku berlapang dada untuk menerima hujah dan alasan Tan Sri Isa Samad yang beliau utarakan bagi membela diri beliau dari umpatan pembangkang yang aku lihat umpama mereka yang kehabisan oksigen.......

Dari Blog DUN 31 Bagan Pinang

INIKAH PEJABAT CALUN PAS ???



Beginilah rupanya pejabat calun PAS yang tersiar dalam blog rasmi Calun PAS... Terkejut kerana sejak blog tersebut diujudkan (Feb 2008 - kini) Dia tak ada aktiviti untuk membantu rakyat cuma aktiviti yang ada ialah ... mengutuk dan mengecam kepimpinan KERAJAAN BARISAN NASIONAL ....



Bagaimanakah selepas ini? Logo BNkah lagi di N31?
Hanya pengundi N31 yang boleh menjawab,


Keadaan sibuk di 'Command Centre" sejurus sebelum
pengumuman calon bagi UMNO, DUN Bagan Pinang.

Sebagaimana yang telah diketahui, akhirnya dalam ramai-ramai kalangan pemimpin UMNO Bahagian Teluk Kemang, TSIS juga yang jadi pilihan. Aku difahamkan bahawa sokongan bukan sahaja datang dari kalangan pemimpin-pemimpin dan ahli akar umbi UMNO DUN Bagan Pinang, malah pengundi tidak berparti juga mahukannya beliau sebagai calon malah kata seorang delegasi kami ada NGO-NGO juga menyatakan pendirian mereka untuk menyokong TSIS.

Aku hendak lihat pengundi Cina dan India, apakah benar mereka turut menyokong TSIS sebagai calon atau hanya bermanis mulut ketika diwawancara atau ditanya tetapi hati menolak dan tangan memangkah ping-pong!!!!

Dan DSNTR, TSMY serta seluruh bijakpandai disekeliling mereka sudah merangka penjelasan, bukan hanya kepada ahli parti UMNO seluruh Negara bahkan juga seluruh rakyat jelata mengenai ke'releven'an slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dalam konteks memilih calon PRK N31, DUN Bagan Pinang!!! Dan semuga selepas ini mereka tidak jemu membuat 'rally' penjelasan yang boleh di'kunyah' oleh rakyat.

Dan aku berharap sangat penjelasan nanti menggambarkan satu penjelasan dari pasukan pemikir yang benar-benar bijaksana.


MARKAS TAKTIKAL ATAU MARTEK


PUSAT GERAKAN UTAMA


TEMPAT BERHIMPUN PARTI-PARTI BERTANDING SEMASA
HARI PENAMAAN CALON


TEMPAT PENAMAAN CALON, DEWAN MAJLIS PERBANDARAN
PORT DICKSON.

Gambar-gambar sekitar Majlis Pecah Tanah oleh TPM, TS Muhyiddin Yassin.










Sewaktu majlis ini berlangsung, aku tidak dapat menunggu sehingga selesai kerana terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur atas urusan urusetia dan kami kembali semula kePort Dikson pada malam hari kerana keesokan harinya segala keperluan dari segi logistik dan lain-lain soal perlu dibereskan agar ketibaan pasukan petugas dari UMNO Kedah ketika tiba nanti dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan selesa.

"Hangpa sampai tang mana dah? Pi teghuih sampai jumpa round about, lepaih tu kona kighi, jgn kona kanan. Kanan pi potdiksen. Sat lagi bila hangpa nampak balai polis teluk kemang, hangpa lajak pi depan sikit sampai nampak balai bomba. Tunggu tang tu sampai saya sampai." Itulah antara kata-kata yang aku denganr dari perbualan talipon antara Dato' Bakri dan Encik Razak Ariffin, Ketua Cawangan UMNO Taman Intan Perdana.

Sampai di depan balai bomba teluk kemang kami yang menaiki kenderaan Dato' Zubir berhenti seketika. Dalam tak sampai 10 minit datang sebuah pacuan ompek roda beronti dokek ngan kami bolimo. "Saya Azizi, Ketua Pemuda cawangan Encik Razak. Dia minta saya iringi encik-encik kebilik gerakan."

Eh eh....waghiehhhhh.......rupo-ruponyo ketuo ekau oghang kampong eden. Nah haih, Abang Razak, seorang pesara tentera yang telah berkahwin dengan orang N9, telah ambil keputusan untuk menetap disini selepas tamat perkhidmatan beliau dalam tentera. Askar yng pernah menghadapi saat getir erti peperangan. Yang merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan KOMINIS.

Pagi-pagi lagi beliau tealh datang kepenginapan kami bagai yang telah dijanjikan semalam. Kami dibawa bersarapan dibandar Potdiksen, iaitu sebuah kopitiam yang menghidangkan nasi lomak yang enak. Selepas itu kami dibawa melawat kawasan yang menjadi tugasan kepada UMNO Kedah dimana kami dipasangkan dengan UMNO Rasah.

Aku sungguh tertarik dengan personaliti Abang Razak yang hari ini sudah berhang-aku dengan kami. Rupa-rupanya Tokwan beliau merupakan pemimpin UMNO terkenal diBahagian Pokok Sena(errrmmm..Padang Terap? aku kurang pasti). Tok Awang Itam nama tokwan beliau. Beliau mewarisi sikap tokwan yang tegas dalam memimpin, berani mengatakan tidak kepada kebatilan tetapi pada masa yang sama mesra dan hormat pemimpin yang lebih atas secara rasional.

Cawangan Taman Intan Perdana(TIP) dan Bahagian Teluk Kemang ternyata amat bertuah mempunyai seorang Ketua cawangan yang komited pada tanggungjawab dan berwawasan terhadap masa depan setempat. Atas usaha beliau dan dengan kerjasama seluruh penduduk TIP dan Taman Politeknik maka pada hari ini harapan mereka untuk mendapatkan sekolah yang dekat dengan kawsan tempat tinggal mereka menjadi kenyataan.

Dan dengan gandingan Ketua Pemuda beliau yang aktif dan aggresif(Sdr Azizi), Timbalan yang boleh berganding, Ketua Wanita yang kuat menyokong, Ketua Puteri yang proaktif serta seluruh AJK sayap-sayap yang umpama segenggam penyapu lidi yang kukuh membuatkan aktiviti yang mereka anjurkan sentiasa berjaya dilaksanakan. Malah isteri beliau juga begitu mesra dengan kami seolah seperti ada pertalian kekeluargaaan dengan kami. Aura UTARA begitu terhidu disini......





Aku tiba dengan rombongan Perhubungan UMNO Negeri Kedah keN31 pada pukul 8.30 malam keTeluk Kemang setelah bertolak dari Sungai Petani(Padang Temusu) pada pukul 2.30ptg. Kami berempat, iaitu aku, Rosli Ahmad, Haji Ahmad Noor dan Dato' Zubir Saad, Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah.

Dan dari Tanjung Malim kami berlima dengan Dato' Bakri Haji Ali Mahamad, Pengarah Pusat Sumber UMNO Negeri Kedah terus keParlimen Teluk Kemang dan sesampai diBilik Gerakan Taman Intan Perdana, kami disambut oleh Encik Razak Ariffin, Ketua Cawangan UMNO Taman Intan Perdana seperti yang telah diatur dan diurus lebih awal oleh pihak Perhubungan UMNO Negeri.

Ketibaan kami mendapat bonus, bila pada malam yang sama juga Tan Sri Isa tiba ketempat yang sama untuk merasmikan bilik gerakan peti undi tersebut. Tentunya anda masih ingat megenai posting sebelum ini mengenai TSIS. Dan sudah tentunya akulah yang paling teruja untuk mendengar sendiri ucapan TSIS. Dan begitu juga penduduk yang semasa ketibaan kami begitu ramah menyambut ketibaan kami. Kelihatan mereka sangat-sangat bersemangat untuk membantu jentera parti bagi menjamin kemenangan UMNO N31, begitu juga rombongan kami dari Kedah.

Sebaik ketibaan TSIS pada pukul 9.15mlm, pihak pasukan bilik gerakan menyambut ketibaan beliau dan selepas doa selamat dibacakan, beliau dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan berkenaan.

Selepas Encik Razak berucap ringkas, TSIS dijemput pula untuk menyampaikan ucapannya. Skill berucap beliau ternyata seperti sebelum ini seperti ramai yang tahu. Beliau memberi kata-kata semangat kepada jentera Taman Intan Perdana dengan mengharapkan mereka terus memberi komitmen sepenuhnya bagi mendapatkan undi optimum dari peti undi mereka.

Ketika ucapan, apa yang menyentuh hati aku ialah bia beliau mahu seluruh jentera-jentera UMNO bagi PRK N31 memfokuskan kepada memenangkan UMNO kerana kemenangan kali ini amat bermakna kepada UMNO secara khusus.

"Tuan-tuan janganlah terlalu memikirkan mengenai calon. Siapapun yang dipilih oleh Presiden parti sebagai calon untuk DUN N31 wajiblah disokong seratus peratus. Yang lebih penting ialah menjamin kemenangan BN dengan majoriti yang besar, InsyaALLAH!!!".

Pengumuman beliau ternyata begitu jelas, telus dan pada pandangan aku begitu tulus. Suara dari seorang pemimpin yang cepat membaca kehendak rakyat ketika ini. Semuga elitis UMNO Teluk Kemang terbuka dan tidak terlalu EMO(pinjam istilah Encik Ariffin) dalam mengidolakan pemimpin.

RAKYAT DIDAHULUAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN










Sempena Hari Raya tahun ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah telah mengadakan Majlis Semarak Syawal Dan Penyampaian Sumbangan AidilFitri 2009 dikediaman beliau di Taman Markisa, Guar Chempedak pada 26/09/09 yang lalu bermula dari pukul 11.00pg sehinggalah pukul 6.00ptg.

Antara yang hadir ialah Timbalan Pengerusi Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato' Zubir Saad, Dato' Bakri, Haji Ahmad, Dato' Othman Aziz, Ketua Wanita UMNO Jerai dan ramai lagi kenamaan Negeri Kedah serta orang ramai.

Semasa aku tiba keadaan agak tenang namun kunjungan masih tiba bertali arus. Aku difahamkan kedatangan pada tengahari amatlah menggalakkan dan inilah kali pertama aku dapat hadir pada majlis yang beliau anjurkan di Jerai, tempat aku.

Secara peribadi, setelah berpeluang bercakap secara bersemuka dengan beliau dapatlah aku menilaikan diri beliau. Pada aku beliau ada kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri dan InsyaAllah kejayaan akan mengiringi beliau jika disertakan kesungguhan. Begitu juga dengan tanggungjawab beliau dalam menerajui Biro Penerangan UMNO Negeri dengan sokongan Dato' Zubir dan pasukannya. Aku difahamkan yang Unit Media Baru telah memberi komitmen untuk membantu beliau dan Biro Penerangan bagi menjayakan matlamat UMNO Negeri Kedah dalam konteks penerangan maya dan juga penerangan konvensional bagi memperbetulkan persepsi serong golongan tertentu rakyat terhadap prinsip sebenar parti UMNO dan pihak Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib.

Beberapa program susulan oleh beliau akan dilaksanakan secara berkala dan konsisten bagi membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan UMNO sebagai sebuah parti yang dominan dalam iklim politik Malaysia.





Menjelang penamaan calon bagi N31 pada 3hb Oktober 2009, majoriti bloggers, baik picisan macam aku dan moderate seperti Jelapang, Azli Shukri, Parpu Kari (sekadar menyebut beberapa blogger) dan blogger tersohor terutamanya Tun Dr Mahathir dan secara sinis oleh Husin Lempoyang, dan forum-forum poltik dalam mykmu dan KCD, maka sahlah yang Tan Sri Isa Samad bukanlah calon kegemaran maya. Namun jika dilihat secara realiti di tompek beliau, sokongan ahli 'nampak'nya macam jika bukan TSIS yang di angkek sebagai calon umpama donia akan kiamat dek gamat dan gempitanya sokongan mereka yang berpangkat dalam Bahagian UMNO Toluk Komang. Namun begitu beberapa pemimpin UMNO dan BN peringkat Nasional ada yang menolak cadangan mencalonkan TSIS namun ada pula yang menyokong. Tetapi rakyat yang tidak berparti pula bagaimana? Persepsi seluruh rakyat Malaysia terhadap UMNO pula bagaimana?

Manakala pihak pembangkang pula awal-awal lagi sudah memutarkan rekod politik mereka dengan mendakwa pengurusan UMNO sedang pening kepala kerana buntu dengan kata putus untuk meletakkan calon yang boleh menjamin kemenangan. Ada portal pembangkang diKedah awal-awal lagi sudah mendakwa bahawa PAS sudahpun menang pusingan pertama kononnya. Alasan mereka ialah jika TSIS yang dipilih untuk bertanding, kemungkinan untuk PAS menang adalah cerah secerah bule gerhano.

Bagi aku seperti yang aku telah nyatakan dalam posting yang bertajuk ISA DIBAGAN PINANG: PEMBANGKANGPUN SETUJU yang telah diterbitkan pada 8hb September 2009 yang lalu dimana sebelum itu dan selepas posting aku ramai lagi blogger-blogger yang senada dengan aku yang mahu TSIS tidak dicalonkan untuk PRK N31 sebagai rancangan jangka panjang dan sebagai indikasi kepada perubahan yang dicanang-cangankan oleh kepimpinan baru UMNO dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

AKU AMAT BERHARAP SANGAT AGAR CALON LAIN DIPILIH SELAIN DARI TAN SRI ISA SAMAD. Bukanlah kerana aku benci dia, tetapi kerana aku sayangkan UMNO sepertimana dia sayangkan UMNO.

Begitu juga komen-komen oleh pengunjung-pengunjung blog-blog yang membuat 'posting' tentang TSIS dan PRK N31 yang rata-rata mahu DSNTR selaku Presiden UMNO tidak membuat keputusan yang salah dek kerana saranan mereka yang berkepentingan diBahagian.

LAGIPUN DATO' SERI NAJIB BUKANNYA ADA
MENANTU YANG PERLU DIRUJUK!!!









Tiada yang sempurna makhluk Allah termasuk aku walau termasuk dalam sebaik-baik kejadian. Oleh itu kepada pengunjung-pengunjung aku mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang aku berblog melalui pelantaq hujah.

Terimakasih yummy kerana pinjamkan flash greeting card ini.

Semalam aku sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti UMNO Bahagian pada sebelah pagi dan puteri pada sebelah petang sebaagi tanggungjawab aku terhadap parti..

Semasa kami sedang mengiringi Jentera UMNO Bahagian untuk mengagih-agihkan sumbangan Hari Raya, pelbagai peristiwa dapat aku saksikan dalm wad-wad. Ketika diwad kanak-kanak aku dapat melihat ibu-ibu yang tidak bermaya selepas bertarung dengan kesakitan demi ingin melihat waris baru, begitu juga anak-anak yang terpaksa berjemur dibawah cahaya ultra violet kerana kekuningan. Kami terserempak juga dengan seorang kanak-kanak lelaki yang cedera dilanggar ketika pulang dari masjid.

Ketika diwad wanita, sedang kami memberi sumbangan, kami dikhabarkan ada seorang pesakit wanita baru meninggal dunia kerana 'stroke'. Kami dimaklumkan bahawa pesakit berkenaan sudah tua dan terlalu uzur. Terkejut juga bila difahamkan mereka tidak dapat mengesan waris wanita berkenaan, mujurlah Abang Omar setiausaha kerja merupakan jiran sekampung kepada mennantu wanita berkenaan, dan urusan selanjutnya dapat diuruskan dengan lancar. Ketika didalam wad ini aku dapati ada beberapa lagi pesakit yang lanjut usia. Ada pula seorang makcik yang pada pengamatan aku sakit buah pinggangnya sudah agak teruk.

Begitu juga ketika diwad pesakit lelaki, ada seorang pesakit hati yang kronik dan berkeadaan muram, mungkin sudah putus harapan. Kulitnya yang kering dan mengelupas adalah mungkin samada kerana tindakbalas kepada ubat-ubatan atau mungkin juga kerana kesan dari hatinya yang tidak berfungsi dengan normal. Hiba aku. Dan pada seorang lelaki muda yang hanya boleh terlentang dalam keadaan yang mengiring, aku bertanya sebabnya. "Saya jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan". "Sebab kerja ke?" aku tanya lagi. "Tak, saya ditolak oleh lelaki mabuk yang memeras ugut saya. Disebabkan saya tak berduit dia menolak saya dari bangunan". Allah.......mengapa kejamnya manusia ini. Eh eh ini bukan manusia, ini syaitan. Aku hanya dapat luahkan rasa sedih dan kasihan kepadanya. Dan berharap dia akan Allah sembuhkan kelak.

Yang seorang lagi tu baru sahaja dimasukkan kewad dan sentiasa menekan bantal keperutnya walaupun sudah disuntik. Mungkin belum meresap sepenuhnya cairan tadi. Beliau adalah pesakit gastrik yang sudah teruk. Mungkin sudah jadi ulcer perut. Disebabkan terlalu skit, kehadiran kami tidak dihiraukan. Aku faham.....

Semua sumbangan selesai diagihkan dengan lancar atas kerja sama pengarah hospital dan kakitangan-kaikitangannya dalam tempoh kira-kira sejam. Sungguh berdedikasi mereka-mereka ini. Walau penat, senyum tetap terpahat. Mereka gembira bekerja dan tinggal disini kerana suasananya. Dibelakang Hospital, tersergam bangunan agam milik Allah yang sungguh indah menghias dan melengkapkan lanskap. Itulah Gunung Jerai.

Selesai aku ikut sdr Mokhtar, PA Dato' Shuhaimi disini. Aku ambil semua gambar-gambar aktiviti Dato' untuk aku proses sebagai galeri foto maya.

Sebelah petangnya pula aku berkesempatan menghadiri majlis berbuka anjuran Puteri Jerai yang menjemput ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim sekitar Parlimen Jerai untuk diraikan sebagai tetamu istimewa. Hotel Seri Jerai milik NAZA Motors menjadi pilihan. Suasana disekelilingnya sungguh mempersonakan. Tak sangka ianya sebegitu aman......Ramai watan yang tak tahu, termasuk aku. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kesana. Aku tiba tepat pada waktunya. Mereka sudah duduk ditempat masing-masing sementara doa selamat dibacakan oleh Ustazat Ali, AJK Bahagian. Turut hadir ialah kekanda Aziz Din dan ayahhnda Ahmad Md Noh, setiausaha Bahagian. YB Dr Leong juga hadir atas semangat perpaduan diiringi oleh pembantu beliau. Selesai berbuka semua tetamu diberi sumbangan hari raya oleh Puteri UMNO Jerai dan turut menyumbang, ialah ibu kepada Puan Hafizatulnisah.

Majlis berjalan lancar dan berakhir ketika jam menunjukkan 8.30 malam.


Pesakit gastrik yang sudah teruk

Inilah adik yang dilanggar semasa pulang dari masjid

Tiada perkataan yang hendak aku luah, gambar ini menceritakan semua


Kasihan anak muda ini yang gelap masa hadapan kerana
manusia lain yang lebih hina dari binatang




Petang ini, betempat diMasjid Sungai Lalang, Biro Agama dengan kerjasama Biro Penerangan dan naungan UMNO Bahagian Merbok telah mengadakan satu aktiviti bagi mengimarahkan masjid. UMNO Bahagian Merbok begitu bertuah kerana majlis anjuran mereka kali ini sempat dirasmikan oleh Menteri diJabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio keagamaan(Agama Islam), Yang Berhormat Bregidier Jeneral(B) Dato' Jamil Khir Baharom yang juga sudi untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak khairiah sekitar Masjid Sungai Lalang.

Sebelum daripada ini, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan biro-biro penerangan bahagian-bahagian UMNO Kedah dan kerana mesyuarat itu, maka majlis ini sedikit lewat. Namun tetap berjalan dengan lancar.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Merbok, Dato' Tajul Urus Md Zain serta seluruh barisan AJK Bahagian Merbok. Turut kelihatan ialah Dato' Zubir Saad, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Merbok dan juga Dato' Fauzi Saad, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Sungai Petani dan beberapa kenamaan lagi.


Wajah Ceria Dato' walaupun agak keletihan setelah menempuh
perjalanan jauh dan kemudiannya mesyuarat panjang
dan akhirnya masih mampu tersenyum mesra ketika
menemui rakyat.



Sumbangan yang bakal diagih


Sedang menyampaikan sumbangan sambil dibantu oleh
Ketua UMNO Bahagian Merbok
Dato' Tajul Urus.


**************************************************************************************
Inilah kali pertama aku dapat scoop aktiviti Dato' Jamil Khir setelah bergelar menteri. Walaupun aku dan beliau dari parlimen yang sama., mungkin kerana tiada kesempatan pada aku menyebabkan aku tidak dapat mengikuti program-program dan aktiviti-aktiviti yang beliau hadiri walaupun beberapa kali beliau telah pulang keJerai dengan jadual yang banyak lagi padat.
Tahniah Dato' atas kesungguhan yang Dato' tunjukkan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

**Ada orang ligan jawatan sampai huih tapak kasut, bengkak-bengkak tumit, hemoih tahap gaban, taaak dapat-dapat keran bukana KUN dari Allah. Lalu Allah buktikan bahawa apabila KUN sebagai menteri kepada Dato' Jamil Khir faya KUN lah Dato' sebagai menteri.......

SubhanaAllah

Aku sebenarnya lebih kerap mengunjungi Pasar Ramadhon Taman Ria dan sekali-sekala Pasar Ramadhon Sungai Layar. Tetapi bila aku menjejaki Pasar Ramadhon ditanah tumpah darah aku, Pekan Guar Chempedak, hanya selepas 15 Ramadhon, kini aku kerap balik me'masak' menu tunjuk-tunjuk aku disana, sebab lebih mudah aku untuk menguruskan menu.....maklumlah.....aku kena layan DUA BUAH RUMAH SERENTAK!!!!











Kebanyakan peniaga diPasar Ramadhon Guar Chempedak menyediakan mutu masakan yang amat memuaskan, enak dimakan dan dengan harga berpatutan, malah boleh dikatakan murah berbanding Pasar Ramadhon Taman Ria untuk menu-menu tertentu!!!!

**Aku akan ceritakan tempat-tempat yang aku selalu berbelnja untuk berbuka puasa kerana kualiti makanan mereka yang perrrggghhh!!!!!

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO