SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Semasa melayari blog ayahnda TDM saya bertemu dengan kerja ukur(survey?) ini. Sipemiliknya mohon agar setiap pertanyaan didalam kajiselidiknya itu dijawab.

Saya juga berharap seperti harapan beliau agar " bilangan responden melebihi bilangan yg berdemonstrasi." InsyaAllahAlHakam.

*SAYA TELAH 'PEG'KAN KAJESELIDIK INI SEHINGGA HUJUNG BULAN APRIL INI INSYAALLAH.

Aku akan berehat panjang setelah mengalami kemalangan kecil dan terlantar selama 4 hari di HSAH sg petani. Aku terima ini sebagai rahmat Allah terhadap aku dan bersyukur kerana melalui kejadian ini, aku tahu, aku sentiasa dibawah pemerhatian Allah.

2:104. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu berkata, "Awasilah kami", tetapi katakanlah, "Perhatikanlah kami"; dan dengarlah; bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih.


Dan sebagai hamba Allah, Allah telah mengingatkan aku:

29:2. Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?


3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.


9:126. Tidakkah mereka melihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.


Allah Al'AlaAm


Sikap yang masih tidak berubah membuat aku tertanya-tanya kearah mana mahu dibawa pemikiran dan wawasan kita. Apakah mahu dienjak kebelakang atau mahu dilonjak kehadapan?

Perangai bila ada kemalangan maut depan sekolah beberapa kali barulah mahu dibina jambatan, bebrapa nyawa terkorban kerana dikambus tanah runtuh baru sebok nak halang (itupun hanya atas kertas) budak bergaduh sampai mati disekolah masih dianggap kes terpencil, dan pelbagai isu yang sepatutnya diberi perhatian serius dan kena ada tindakan awal sebagai penghalang tidak pun diambil tindakan. Malah kenyataan meremehkan perkara berdosa tidak kira hatta berapa kupangpun ianya terbabit membuat saya kecewa, kerana pandangan bekas pemimpin yang mungkin sudah kebas dengan wang rasuah dalam hidupnya membuatkan UMNO sebagai sebuah institusi penyelamat dan penyatuan umat Melayu seolah-olah dicurah dengan najis!!! Padahal suara kebanyakan ahli diakar umbi tidak diambil endah. Dan sekali lagi sura akar umbi tidak diambil ENDAH!!!

**************************************************************************************

SPRM tidak perlu buang masa

PUTRAJAYA 6 Mac - Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak membazir masa dan tenaga kerja dengan memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung UMNO bagi menangani gejala politik wang.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata, badan tersebut sepatutnya menggunakan kepakaran yang ada terhadap projek-projek besar melibatkan kepentingan negara.

Menurutnya, walaupun usaha SPRM itu patut dipuji bagi membendung amalan rasuah di dalam parti, namun adalah lebih baik masalah berkenaan diselesaikan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri.

''Kenapa nak 'tembak nyamuk menggunakan senapang gajah'?

''Memandangkan SPRM kini sudah menjadi sebuah badan yang besar, sepatutnya ia menumpukan kepada kes-kes lebih besar melibatkan ratusan ribu ringgit kerana itu lebih berbaloi.

''Walaupun mungkin susah nak dapatkan bukti tapi ia sering menjadi bualan orang ramai sehingga ada gelaran-gelaran seperti 'Mr. 10%', 'Datuk 10%'," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai persediaan SPRM untuk menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.

Dalam laporan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyebut akan menempatkan pegawai dan anggota di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon untuk memancing undi.

Hampir 2,500 perwakilan akan mengundi pada pemilihan UMNO yang menyaksikan 269 calon bertanding merebut pelbagai jawatan bagi ketiga-tiga sayap parti itu.

SPRM sebelum ini mendedahkan sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO yang diterima badan itu ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Sabbaruddin mengakui memang terdapat amalan memberi duit di kalangan pemimpin dan ahli setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO tetapi nilainya kecil.

''Amalan ini telah wujud sejak tahun 1990-an lagi tapi ketika itu ramai di kalangan ahli UMNO tidak mempunyai pekerjaan, sekurang-kurangnya dapat juga mereka duit poket.

''Sekarang ini duit diberi untuk beli undi tapi jumlahnya cuma sekitar RM400 hingga RM500 saja," katanya.

Justeru, katanya, adalah lebih baik masalah berkenaan dikendalikan serta diselesaikan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

**************************************************************************************

Sepatutnya biarlah kenyataan ini berbunyi selain dari menyaiasat dan memantau rasuah politik dalam parti-parti politik, SPRM juga wajar menyiasat kes-kes besar yang lain!!!

Janganlah kenyataan anda atau sesiapa sahaja mengenai gejala rasuah membebankan lagi Parti UMNO yang sedang diusahakan oleh ahli-ahli UMNO yang lain untuk memperbaiki persepsi orang ramai terhadap institusi yang paling ramai ahlinya ini.

Jangan rosakkan proses me'remaja'kan kembali UMNO!!!

Disini sayugia ingin aku mempersembahkan sebuah nukilan yang penuh bermaklumat, dikupas kandungannya secara teperinci supaya jelas kepada sesiapa yang membacanya dengan syarat dibincangkan secara sihat lagi waras.

*Dipermodenkan sedikit pembukaan diatas:

Dibawah adalah artikel berinformasi dimana pendetailannya didiskusi dengan jelas, sila bincang dengan rasional.

Dibawah in aku pastakan(paste?) bahagian pandangan PAGE yang aku salin dari blog(apa nak guna kalau kita nak korek dari khazanah perbendaharaan bahasa Melayu?) Sedingin Salju yang juga disalin dan pasta dari Berita Harian.

Pandangan Page

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu.

Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page):

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala Bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

**************************************************************************************
Bagi aku pihak yang melaungkan agar dihapuskan terus PPSMI ini adalah mereka yang tidak berpijak dibumi, sebaliknya terawang-awang dibuai mimpi bikinan sendiri. Mencipta ketakutan seolah-olah satu lohong hitam yang dipenuhi duga-dugaan yang menimbulkan ketakutan kepada yang tiada.

Wahai ulama' bahasa Melayu! Tolonglah bangun dan berdiri pada kedudukan yang jelas diantara bahasa sastera dan bahasa saintifik atau teknikal agar ada boleh membebaskan diri dari gejala kebaluran dan kekaburan.

Atas keinsafan inilah, maka aku ringankan tangan aku untuk meng"gagau" dalam enjin carian untuk mendapatkan portal-portal pendidikan percuma yang sudah tentunya didalam bahasa inggeris untuk aku kongsikan bersama dengan anak-anak aku termaduk yang baru berusia 3 tahun yang sudah terbiasa menarikan jejari mulusnya bersama tetikus, menggerakkannya agar menuju sasaran yang tepat. Menggerakkan tetikus menjadikan dia sentiasa fokus!!!

Here we go my kids.....go with rational to the real world!!!

Sebagai langkah awal anda boleh layari secara percuma pengkalan atau laman sesawang yang ada permainan giat-antara(interactive game?) dibawah:

1. http://www.woodlands-junior.kent.sch.uk/interactive/

2. http://www.syvum.com/online/

3. http://www.abctooncenter.com/

4. http://www.boowakwala.com/

5. http://kids.nationalgeographic.com/Games/

6. http://funschool.kaboose.com/preschool/index.html

7. http://www.web-books.com/Language/Inter0/English_Main.htm

dan banyaaaaakkk lagi.

Silalah layan anak-anak anda dengan url-url diatas!!!!

Hmmmm.....samad said pun boleh layan cucu kalau dia tak malu......

Dipetik dari Agendadaily:
700,000 Pemuda UMNO diminta buat laporan polis

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu. Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu. Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa. Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978. - 2/3/2009

*************************************************************************************
Walaupun saranan dri YB Razali Ibrahim sudah beberapa hari berlalu, baru hari ini aku hendak memberi respon dengan kata-kata beliau. Aku merumuskan kenyataan beliau adalah kenyataan ikhlas lagi bijak yang menyentuh nurani marhien UMNO terutama Pemuda.

Saranan beliau untuk mengajak keseluruhan 700,000 ahli Pemuda UMNO agar membuat aduan polis secara individu pada aku amatlah menarik kerana dengan cara inilah baru menunjukkan penyertaan menyeluruh ahli-ahli Pemuda, bukan setakat dua tiga kerat elitis yang memakai uniform Pemuda yang hebat, kemudiannya menjerit-jerit sehingga tertonjol urat ayam dileher didepan kamera dan kemudiannya menunggu dihadapan TV untuk melohat kembali aksi mereka di cafe-cafe sambil berasa kembang pungkoq kerana dpat dilihat oleh rakyat!!!

Ya, aku sarankan setiap ahli-ahli Pemuda UMNO yang belum lagi membuat aduan polis kepada Raja Je Lutong agar segera berbuat demikian. Biar dia rasa tekanan yang lebih dahsyat. Biar putera mah kote nya pun merasai sehingga tidak mampu berdiri dan akhirnya memaksa Raja Je Lutong berkongsi kerusi beroda dengan putera mah kote nya goal beyond sink.....


Selalunya Menteri tak berpotfolio duduk di Jabatan Perdana Menteri, tak taulah pula ada menteri dikementerian yang baru diujudkan hanya kerana hendak memenuhi hasrat seorang yang dah kronik.........

Lihatlah petikan berita ini:

http://www.qatar-conferences.org/usislamic2009/program.php

18:30 – 19:30
Al Mirqab Ballroom
(I, II, III),
Lobby Level
COMMON CHALLENGES: ADDRESSING TOGETHER EMERGING GLOBAL ISSUES * (Photos )
Moderator:
- Carlos E. PASCUAL — Vice President and Director, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United States
Speakers:
- Madeleine K. ALBRIGHT — Former United States Secretary of State
- Anwar IBRAHIM — Minister of Parliament, Federation of Malaysia
- David PETRAEUS — Commander, U.S. Central Command
- Barham SALIH — Deputy Prime Minister of the Republic of Iraq



*terima kasih blogger AIDC dan blogger Paneh Miang. Aku akui memang jarang sentuh perihal siGILA sorang ni, pasal aku tidak pernah percaya apapun yang peminat belakang ni kata......

**

he he he...tak dapat jadi Prime Minister, dapat angkat diri sendiri jadi minister of parliament pun jadilah.....janji ada sedikit palit title menteri....apa punya kemarok si ma`rok sintok ni!


Perlumbaan kegarisan akhir semakin sengit(?) tinggal hanya lebihkurang beberapa kilometer lagi untuk sampai keakhir garisan.

Dan aku lihat calon no 3 seumpama seorang yang baru mendapat lesen memandu. Orang yang baru mendapat lesen memandu selalunya kalau di Utara kami panggil 'GILA STERENG'. Inilah perumpamaan yang sesuai untuk calon no 3. Dia tak kira stereng kereta ka, stereng bas ka, stereng kapai ka,stereng lori ka hatta stereng yang hak dok kawal pintu air(hydro gate) tu pun dia nak pulun pulaih. Sedang hala mana dia tuju dengan memulaih stereng tu tak penting, janji orang nampak dia puliah stereng, last-last semua yang dia bawa terejun gaung....


Stereng

nipun stereng


stereng ni pun boleh pulaih

boh limakupang hang pulaih la puaih-puaih.

ni stereng kapai lanun


Kalau gian sangat yang ni tentu boleh.....maklumlah ada hinggit!!!


yang ni aku risau....kira nak belah orang saja......bukan nak bawa elok-elok.


Mungkin boleh buat ubat bagi hilang sikit penyakit 'Gila Stereng'

Atau balik kebawah, belajaq dulu pulaih stereng jenih ni......

JEMPUTAN KE MAJLIS FORUM : "Ketuanan Melayu" 07 March 2009

http://media6.dropshots.com/photos/589017/20090301/004908.jpg

Forum : "Ketuanan Melayu"

Ahli Panel :
Datuk Nasir Safar
(Pegawai Penerangan Kepada Timbalan Perdana Menteri)
&
Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak
(Pensyarah Kanan UUM / Penganalisis Politik)

Tarikh :
07 March 2009 (Sabtu) 9.00 Malam

Tempat :
DEWAN MRSM Salit,
Jitra, Kedah Darul Aman

Anjuran :
Pergerakan Pemuda UMNO Kubang Pasu

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

*Petikan dari http://www.kmu.net.my/component/agora/?task=viewtopic&id=365

Rentetan dari sikap negatif pihak-pihak tertentu terhadap PPSMI yang pada aku majoriti dari mereka yang menentang itu samada tidak langsung mahu memahami objektif sebenar perlaksanaannya demi kemajuan anak-anak kita dari peringkat awal lagi, atau sememangnya hati, perasan, nafsu dan akal mereka telah diselimuti, diselubungi malah dilitupi kegelapan yang amat pekat sehinggakan sanggup mengorbankan masa hadapan anak-anak kita.

Atas sikap negatif mereka itulah menyebabkan aku berusaha mengagau(google) dari dalam internet untuk mendapatkan maklumat yang aku fikir boleh membantu. Pada mulanya aku meng google kembali portal interaktif untuk mengajar anak bungsu aku Aphblatical in English yang aku perolehi dari hasil menggagau English for baby. Dalam banyak-banyak portal ini yang dia paling minat. Walaupun umur anak bungsu aku ni baru menghampiri 3 tahun(lagi 2bulan) tetapi jari jemari beliau telah aku biasakan dengan tetikus dan papan kekunci pada komputer!!! Tak kan nak cari cikgu juga benda ni???

Dan akhirnya Allah melintaskan dalam kepala aku perihal seorang anak Melayu yang bernama MAKHTAR @ MOKHTAR Bin MANSOR, seorang bekas pengamal undang-undang yang kini mengorbankan kerjaya lumayan beliau demi mengembangkan kaedah beliau bagi melahirkan golongan mahir matematik dan sains. Bila aku menggagau perihal manusia istimewa yang Allah ciptakan ini, maka inilah cerita yang amat menyentuh hati aku disebabkan sikap prejudis sesetengah pendidik ketika berhadapan dengan sesuatu yang baru. Sikap skeptikal mereka ini samalah dengan sikap mereka ketika berhadapan dengan PPSMI.

Bacalah luahan beliau dan marilah kita nisbahkan dengan PPSMI.

Tuesday, June 24, 2008

Projek rintis Kaedah Mokhdar di 10 buah sekolah di Perlis

Link berkaitan :
http://more-dear.com/ (Untuk menghantar anak/jagaan/pelajar/diri mengikuti bengkel-bengkel mengasah minda matematik dan sains menerusi kaedah Mokhdar) http://www.kelabdarians.blogspot.com/ (Senarai & catatan individu yang berhijrah jadi lebih baik / mencatat kejayaan cemerlang setelah amalkan kaedah Mokhdar) http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/ (Kisah suka duka Mokhtar Hj Mansor memperjuangkan penemuan beliau kerana melihat bukti yang amat jelas bahawa penemuan ini, sekiranya natijahnya dilaksanakan, akan meletakkan bangsa dan negara menjadi antara bangsa dan negara paling maju jika tidak pun yang paling maju). http://www.revolusibahasa.blogspot.com/ (kaitan di antara sebutan perkataan yang panjang dengan kelambatan Melayu dalam pelbagai perkara) http://www.revolusiniaga.blogspot.com/ (berbicara tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kegagalan Melayu dalam perniagaan) http://www.fihrasat.blogspot.com/ (menceritakan pengalaman-pengalaman Mokhtar bermain dengan angka di dalam kaedah Mokhdar). e-mail : mokhtarhjmansor@gmail.com atau mokhtar@more-dear.com Alamat pejabat : No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor), Jln Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Tel : 03-67334402; 019-2605162; 017-6521730. Fax : 0367334402. "DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"

Pada bulan Oktober 2006, pegawai-pegawai di Unit Matematik di Pusat Perkembangan Kurikulum, khususnya Ketua Unit iaitu Encik Wahab (kini Ketua Bahagian Kesihatan PPK), Encik Ali, Encik Mazlan dan Puan Romnah telah memberi gambaran yang kaedah Mokhdar akan diperluaskan kesemua sekolah-sekolah di seluruh negara selepas perlaksanaan program itu di 10 buah sekolah projek rintis di Perlis mendapat feedback yang memberangsangkan. Hanya dua buah sekolah yang memberi feedback negatif dan kedua-dua buah sekolah itu, walaupun tidak dinyatakan oleh mereka kepada saya, mudah sahaja bagi saya menekanya.

Dalam kes sekolah yang pertama, sejak dari awal lagi guru besar sekolah tersebut telah menunjukkan sikap negatifnya terhadap program ini. Misalnya, semasa berada di sekolah tersebut di dalam program yang disusun oleh PPK, dengan tujuan mahu mendapatkan sokongan padunya (kerana dari gaya percakapannya, dia membayangkan yang dia tidak menyenangi langkah PPK melaksanakan program ini), saya mengajaknya ke kelas pra di sekolahnya. Dalam masa lebih kurang 15 minit, dengan disaksikan oleh guru-guru pra sendiri, yang kemudiannya menyatakan kehairanannya kepada saya betapa pelajar-pelajar pra dalam kelasnya begitu cekap menyerap kaedah Mokhdar, enam daripada 25 pelajar pra tersebut telah kuasai lapan darab asas.

Malangnya guru besar meninggalkan kami semasa saya mengambil masa 20 minit tersebut untuk melatih pelajar-pelajar tersebut. Bila beliau datang semula 15 minit kemudian, saya mengambil kesempatan bertanya kepada pelajar-pelajar akan jawapan bagi lapan darab tersebut. Ternyata enam pelajar tersebut mampu menjawab dengan pantas seolah-oleh darab-darab tersebut telah dikuasai selama bertahun-tahun. Malangnya guru besar tidak memberi reaksi yang positif sebaliknya mempertikaikan apa yang saya tunjukkan dengan berkata, yang penting di dalam matematik bukan untuk dihafal tetapi untuk difahami!

"Hai, bukankah ramai pelajar Tahun 6 yang masih belum kuasai darab walaupun telah belajar di sekolah selama enam tahun?" saya bertanya soalah tersebut kepadanya. Dia tidak menjawab.

Dalam program kedua yang diadakan di Langkawi, tiba-tiba guru besar ini menghantar guru lain pula untuk mengikuti latihan kaedah Mokhdar. Kali ini seorang ustazah pula yang dihantar menggantikan guru sebelumnya sedangkan semua sekolah lain menghantar guru yang sama dan semuanya merupakan guru matematik. Bila saya tanya kenapa sekolah beliau tidak menghantar guru yang telah menghadiri program ini sebelumnya kerana perlaksanaan program Mokhdar memerlukan kesinambungan, beliau cuma menjawab tak tahu kerana beliau hanya menurut arahan guru besar.

Satu lagi sekolah yang memberi penilaian yang negatif ialah sekolah yang menghantar seorang guru yang pada hemat saya seperti mempunyai masalah tertentu. Bayangkan, pada hari saya sampai ke sekolah beliau untuk memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar, beliau menyuruh saya berjumpa dengan penolong kanan sebelum program dimulakan sedangkan pada hari sebelumnya, pada sebelah petang, beliau sendiri yang menghubungi saya mengingatkan saya tentang program yang telah diatur untuk sekolah beliau yang telah diselaraskan bersama pegawai-pegawai daripada PPK.

Malah beliau hanya meninggalkan saya di depan pintu bilik penolong kanan dan saya terpaksa mengetuk sendiri bilik penolong kanan, sesuatu yang menjadi kebiasaan saya jika program yang diatur di sekolah adalah atas pelawaan saya sendiri di mana saya menerima layanan seperti seorang jurujual, paling baik, sebagai seorang jurujual yang terkenal di Malaysia. Di semua sembilan buah sekolah lain, termasuk di sekolah di mana guru besarnya bersikap hostile terhadap kaedah Mokhdar (beliau tidak ada di sekolah semasa saya sampai), semua guru dan pelajar telah siap berkumpul di dewan atau di tapak perhimpunan untuk mengikuti ceramah saya.

Saya mengetuk pintu dan belum sempat saya duduk, penolong kanan marah-marah kepada saya kerana katanya walaupun beliau menganggap yang kaedah Mokhdar adalah suatu kaedah yang amat baik, tetapi saya tidak memberinya notis yang mencukupi bagi beliau mengumpulkan guru-guru dan pelajarnya.

Saya terpingga-pingga kerana program itu telah diselaraskan bersama dengan pegawai-pegawai dari PPK dan guru-guru dari 10 buah sekolah terlibat 12 hari sebelum itu. Saya cuba memberitahu penolong kanan tersebut yang program tersebut sebenarnya telah disusun oleh PPK bersama dengan guru matematik dari sekolah beliau yang menghadiri kursus Mokhdar anjuran PPK dan saya bukannya datang sebagai seorang jurujual untuk mempromosi buku saya (jelas dari dialognya yang dia beranggapan sedemikian).

Beliau tidak mempercayai kata-kata saya dan mencari guru berkenaan. Rupa-rupanya cikgu ini tidak memaklumkan sama sekali tentang program ini kepada beliau, malah setelah dia masuk ke pejabat, saya masih tidak jelas tentang apa sebenarnya yang dituturkannya.

"Tak apalah, teruskanlah. Tapi lain kali saya tak akan benarkan lagi jika program diatur seperti ini," kata penolong kanan tersebut yang pada saya amat angkuh.

Sebagai tamu, walaupun saya sepatutnya seorang tamu kehormat, saya tidak mahu terlibat dengan perbalahan dengan guru tersebut. Saya hanya meminta diri dan terus ke kantin, tempat di mana majlis cermah diadakan. Yang ada hanyalah pelajar-pelajar tahap dua sekolah itu dan hanya ada dua orang guru yang berada di situ untuk menyelaraskan keperluan teknikal. Bagaimanapun, tidak seperti di sekolah-sekolah lain, mereka tidak mempedulikan saya sama sekali, seolah-olah kehadiran saya adalah tidak diundang.

Pada masa rehat, Penolong Kanan berkenaan datang ke kantin. Walaupun amat terkilan dengan apa yang telah berlaku di dalam pejabatnya tadi, dan walaupun dia tidak mempedulikan kehadiran saya di situ seolah-olah kehadiran saya tidak diundang sama sekali, saya rasa yang adalah tidak manis sama sekali jika saya turut bersikap meninggi diri sepertinya. Lalu saya dekati mejanya dan duduk di situ walaupun tidak dijemput duduk.

"Lain kali jika nak berurusan dengan pihak sekolah, dapatkan kebenaran dari Jabatan dulu," kata beliau. Semakin jelas kepada saya bahawa dia tidak tahu apa yang sedang berlaku sama sekali.

"Saya rasa program ini telah diatur oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, jadi apa perlu lagi saya dapatkan kebenaran dari Jabatan?" tanya saya.

"Siapa nama contact you di Kurikulum?" dia bertanya.

Saya menyebut semua nama pegawai di Unit Matematik, PPK, iaitu Encik Wahab, Encik Ali, Encik Aziz Naim, Encik Mazlan dan Puan Romnah.

"Saya tak kenal pun? Kalau mereka dari Kurikulum, tentu saya kenal," katanya lagi tanpa memandang sedikitpun kepada saya.

"Beginilah, PK. Saya excuse sekejap untuk ambil surat jemputan dari PPK."

Saya pun ke van saya (kereta saya rosak pada masa itu dan saya memerlukan RM7000 untuk membayar kos penukaran enjinnya) dan mengambil surat jemputan dari Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menghadiri sesi-sesi workshop yang dijalankan oleh PPK bersabit dengan projek rintis Kaedah Mokhdar di 10 buah sekolah di Perlis. Jelas dalam surat itu bahawa saya adalah orang yang 'amat' penting di dalam perlaksanaan projek tersebut.

Sebaik melihat surat tersebut, saya dapat melihat perubahan riak wajah Penolong Kanan tersebut.

"Kenapa Encik Mokhtar tak cakap dari awal yang encik datang dengan Pusat Perkembangan Kurikulum?"

"Cikgu ... tak terangkan'ke? Dia wakil sekolah cikgu dalam bengkel untuk projek rintis ini, program ini telah disusun bersama pegawai PPK sejak dua minggu lepas dan semua guru telah ditugaskan untuk memaklumkan dan meminta laluan dari guru besar bagi program penerangan tentang kaedah Mokhdar ini."

"Saya memang tak tahu sama sekali," katanya.

Jelas bahawa cikgu yang menjadi wakil sekolah berkenaan telah tidak memaklumkan sama sekali kepada pihak sekolah tentang program yang telah disusun untuk sekolah itu yang telah diputuskan bersama pegawai-pegawai PPK dua minggu sebelum itu.

Apabila berlangsungnya bengkel ketiga di Aseana Resort di Langkawi pada bulan September berikutnya, barulah saya dapat mengesahkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan cikgu ini. Daripada sepuluh orang guru yang mewakili sekolah-sekolah tersebut, lapan orang amat positif dan menurut pegawai dari Unit PPK yang mempengerusikan workshop, dua orang memberi written appraisal negatif tetapi lapan orang lagi memberi written appraisal yang amat positif.

"Boleh saya lihat komen mereka?" tanya saya.

"Saya boleh berikan, tetapi you janganlah ambil hati jika komen mereka tidak serasi dengan harapan you," katanya.

"Saya berkelulusan profesional, dan amat profesional. Tak usah risau, tetapi untuk meyakinkan you, tanpa melihat tulisan mereka saya sudah dapat mengagak siapa mereka."

"Kalau betul you tahu, siapa?" dia menduga.

Saya menyebut dengan tepat nama-nama mereka.

"Macam mana you tahu?"

"Cikgu .... 'ni, semasa saya ke sekolahnya dulu saya telah merasakan seperti tindak tanduk dia sengaja mensabotaj saya, dan cikgu ..... ini pula, pada hari pertama saya menemui pengetuanya dia telah menunjukkan sikap negatif terhadap saya walaupun kami tidak pernah saling mengenali sebelumnya."

Mahu tidak mahu, pengerusi pun menyerahkan kepada saya semua catatan yang dibuat oleh sepuluh orang guru tersebut. Kesemuanya amat positif selain daripada catatan yang dibuat oleh dua orang guru berkenaan. Wakil dari sekolah yang guru besarnya bersikap negatif terhadap saya tidak membuat catatan yang negatif, beliau sekadar menerangkan yang beliau tidak begitu jelas dengan kaedah Mokhdar kerana tidak mengikuti program itu dari awal kerana untuk tiga sesi yang dijalankan bagi bengkel Mokhdar tersebut, guru besarnya menghantar tiga orang guru yang berlainan sedangkan sekolah-sekolah lain semuanya diwakili oleh orang yang sama. Malah beliau juga mencatatkan bahawa beliau sebenarnya adalah seorang ustazah dan tidak mengajar matematik (sedangkan semua guru-guru lain ditugaskan mengajar matematik di sekolah mereka).

Saya tidak berdendam sama sekali dengan guru tunggal yang menulis, "Kaedah Mokhdar tidak berfaedah sama sekali dan ia hendaklah dihentikan setakat ini sahaja and full-stop", malah saya berlagak seperti biasa dan cuba mencari kesempatan berbual dengan guru tersebut yang sebenarnya duduk di kanan saya. Tetapi apa yang berlaku pad jam 10.30 pagi hari itu benar-benar mengesahkan anggapan saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan guru ini.

Pada jam 10.30 pagi, kami berehat. Pada masa itu pemandu van yang saya tugaskan untuk mengambil wang RM10000 daripada hasil jualan van tersebut di Alor Setar (van itu saya jual untuk mendapatkan wang bagi menyelesaikan bayaran kepada bengkel yang membaiki kereta saya dengan menukar enjinnya) telah menyerahkan wang tersebut kepada saya. Saya masukkan wang seikat itu ke dalam poket saya di sebelah kanan dan hal ini dilihat oleh guru berkenaan yang duduk di sebelah saya.

Ketika sedang minum di suatu sudut di hotel tersebut, tiba-tiba guru berkenaan mendapatkan saya. Tanpa silu, beliau berbisik kepada saya, "Boleh tak pinjamkan kepada saya RM2000, saya minta tempoh bayar dalam masa tiga bulan. Saya nak shopping, sayang, datang ke Langkawi tak boleh shopping."

Saya memandang tepat ke wajahnya, mencari kepastian jika dia hanya bergurau.

"Serius 'ni, saya tak main-main. Dalam masa tiga bulan saya akan bayar, jika Encik Mokhtar tak percaya, saya akan bayar secara ansuran setiap kali gaji dengan memasukkan wang ke dalam akaun encik."

"Saya bukan tak nak bagi, tapi wang ini nak saya gunakan untuk bayar kos membaiki kereta saya. 'Dah dua bulan saya ke sana ke mari dengan van," kata saya. "Tapi tak usah bimbang. Mencari duit adalah tidak susah bagi saya. Nanti bila saya ada wang untuk bagi cikgu pinjam, saya akan maklumkan kepada cikgu," kata saya sambil menyembunyikan gelodak perasaan saya terhadap tingkah lagunya.

Lalu saya membuat kesimpulan bahawa cikgu tersebut adalah sebenarnya seorang yang sewel atau mempunyai masalah mental kerana bagi orang biasa, sudah tentulah tidak akan mendatangi seorang yang tidak begitu dikenali begitu sahaja dan berbisik mahu meminjam wang daripada saya dalam jumlah yang tidak sedikit. (Semasa menulis catatan ini, setelah lebih dua tahun berlalu, baru terlintas di fikiran saya, agaknya jika saya pinjamkan kepada beliau jumlah wang tersebut, mungkin dia akan terus berjumpa dengan pegawai dari PPK yang memimpin sesi pagi itu dan menarik balik tulisannya dan menggantikannya dengan, "kaedah Mokhdar amat berfaedah and there shall never be not even a halt in forwarding it to the Malaysian students!"



..... BERSAMBUNG
*************************************************************************************
Bandingkanlah sikap-sikap mereka yang menentang KEADAH MOKHDAR dan mereka yang menentang PPSMI.
Inilah CABARAN aku kepada Ulama' Bahasa Melayu yang aku ulang dari ungkapan Tuan Makhtar @ Mokhtar bin Mansor, pelopor kaedah Mokhdar yang InsyaAllah akan aku hantar anak-anak aku untuk mengikuti bengkel beliau. Akan aku usahakan peruntukan untuk misi bermanfaat ini.

"DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"

Terutama kepada Mursyidul Am GMP iaitu samad said.

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO