SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PENGUMUMAN 'BEDAK SEJUK'

Posted by Detguaq Wednesday, December 9, 2009




Aku tak tahu bagaimana perasaan hangpa semua, tetapi aku memang hampa......berita yang baru aku baca tadi membuat aku tetiba seperti ibu mengandung sulong, MELOYA.  Memang rasa meloya aku ni dah lama semenjak kemenangan secara tak bermoral oleh Ketua Setia Kat Wang dalam "PEMBAHAGIAN KERUSI KETUA PEMUDA".  Sebenarnya yang bertanding hanyalah akar umbi, tetapi apakah dipihak paling atas hanyalah berkompromi sesama elitis? 

Aku tidak sama sekali mengalu-alukan sebarang perlantikan terhadap kj dalam kabinet 1Malaysia. Mengapa DSNTR mahu mencari masaalah dengan akar umbi jika benar beliau mendokong selogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Atau zahid begitu hebat mempengaruhi DSNTR sehingga beliau akan sanggup berubah fikiran?Nampaknya pengumuman dalam akhbar beberapa hari lepas hanyalah 'bedak sejuk' yang akan gugur relai dari pipi bila kita tersenyum atau cair mengalir mengikut aliran air mata bila kita menangis.

Aku ada slogan khusus untuk DSNTR  mengenai ahli-ahli marhien UMNO;

"AHLI AKAR UMBI DIDAHULUKANKAN, 

KEKUATAN PARTI DIUTAMAKAN"


Apakah yang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak mahukan dari rakyat dan ahli-ahli parti sebenarnya?  Apakah suara-suara yang kedengaran baik di maya mahupun di luar tidak langsung bermakna dan bernilai?  Atau hanya bernilai bila ada PILIHANRAYA????

Ini madah untuk pejuang tulin:



BERUNDUR BUKAN BERERTI KALAH,
HANYA MENGATUR LANGKAH YANG LEBIH GAGAH,
UNTUK MENJADI PEMIMPIN TERMEGAH,
PENGORBANAN AWAL MENJADI HADIAH,
AGAR LEBIH IKHLAS SETIAP LANGKAH,
MENUNDUK MUSUH YANG BAKAL TERMENGAH!



Dari UM:

Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri?

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkemungkinan dilantik timbalan menteri dalam perubahan kecil peringkat kementerian yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Menurut portal Malaysia-instinct.com, pelantikan itu kemungkinan menjadi kenyataan jika perletakan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib diterima.
''Khairy dijangka diberikan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak semestinya mengisi vakum di Kementerian Pelancongan jika Sulaiman Abdul Rahman berundur,'' menurut portal berkenaan di sini hari ini.
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu bahawa tiada rombakan Kabinet akan dilakukan dalam jangka masa terdekat melainkan beberapa perubahan melibatkan timbalan menteri.
Beliau juga mengesahkan bahawa Sulaiman telah menyampaikan hasrat untuk berundur sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Khairy sebelum ini tidak diberikan sebarang jawatan dalam mana-mana kementerian sebagai memberikan ruang untuk beliau menumpukan perhatian menarik kembali sokongan golongan muda kepada UMNO.


(Sila lihat juga blog azlishukri).

Berapakah upah yang Malaysia Instinct dapat hasil dari menerbitkan berita secara spekulatif ini?

KONONNYA:  
Menurut portal itu, pelantikan itu akan dibuat sebagai menghormati jawatan Ketua Pemuda UMNO.

**Wahai Datuk Seri Najib Tun Razak, Wahai Perdana Menteri Malaysia, penghormatan yang sebenar, penghormatan yang tulin ialah jawatan itu kena diserah kepada orang lain mengikut perlembagaan berikutan kj sebenar-benarnya tidak mendapat sokongan Pemuda akar-umbi sebelumpun lagi dia bertanding.  Ini adalah fakta dan figuranya boleh dilihat sekarang bila Pemuda kelihatan begitu lemah dikebanyakan bahagian-bahagian dan negeri.  Di Pusat tak payahlah di beri komen kerana Dato' Seri Presidenpun selalu ke Bangunan UMNO berbanding kami dikampung yang hanya berpeluang kesana kadang-kadang bila ada PAU.




3 Responses to PENGUMUMAN 'BEDAK SEJUK'

  1. bagus madah untuk pejuang tulin tu.. KJ kalo nak pegang jawatan kena duk sabar dulu.. ikut madah tu.. kalo nak jadi pejuang tak semestinya kena ada jawatan besar!!!

     
  2. Sokong Mukhriz jadi menteri penuh walaupun bukan pejuang tulen, KJ rileks dulu la, hang muda lagi. Jadi la Timbalan dulu, ikut senioriti..

     
  3. Siberangan Says:
  4. Bagi lah satu lagi Menetri penuh kat Kedah niiii...!!!!!!

    UMNO/BN Kedah BERANGAN-ANGAN nak ambil balik negeri niiihh..

    Jika ada saorang lagi Menteri penuh. Banyak jalan kita bulih buat kerja. Menteri penuh tuuu... DSNTR lantik jadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri, jaga semua Jabatan Kerajaan Persekutuan yang ada lebih dari 30 Jabatan di Negeri Kedah:

    1. JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN.
    2. JABATAN PENERANGAN
    3. JABATAN PERTANIAN
    4. MADA
    5. KEDA
    6. JABATAN HAL EHWAL KHAS.
    7. LADA
    8. JABATAN IMIGRESHEN
    9. JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
    10. JABATAN LAUT
    11. APMM
    12. JABATAN HASIL DALAM NEGERI
    13. TENAGA NASIONAL
    14. RISDA
    15. FELCRA
    16. FAMA
    17. JABATAN PERTAHANAN AWAM
    18. BIRO TATA NEGARA
    19. JABATAN PENERBANGAN AWAM
    20. POLIS
    21. ATM
    22. JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI
    23. JAKIM
    24. YADIM
    25. JABATAN KEBAJIKAN MESYARAKAT
    26. MAJLIS KESELAMATAN NEGERI
    27. PEMEGANG AMANAH RAYA
    28. JABATAN PENGANKUTAN JALAN
    29. LKIM
    30. JABATAN PERIKANAN
    31. JABATAN HAIWAN
    32. PENGATKUASA PADI BERAS
    33. JABATAN MINRAL
    34. JABATAN KESIHATAN DAN PERUBATAN
    35. JABATAN AIR KEDAH (SWASTA)
    36. SPRM
    37. JABATAN KILANG DAN JENTERA
    38. JABATAN PEMETAAN NEGARA
    39. JABATAN PENDIDIKAN
    40. MARA
    41. UNIVERSITI2, MAKTAB2, KOLEJ2
    DLL JABATAN PERSEKUTUAN.

    Sepatutnya yang jaga Jabatan Persekutuan tu bertaraf Menteri Penuh.
    Kerja pun sedap sikit. Timbalan Menteri yang jaga la ni, Ketua2 Jabatan tak segan dan depa terima arahan tapi depa buat tak tau jeee..

    Camana pendapat Pelantaq Hujjah? bagus tak?

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ