SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

1Malaysia 3 - Pakatan Rosak 0.... JAGA-JAGA PERMAINAN BELUM TAMAT!!!

Posted by Detguaq Tuesday, December 15, 2009

Drama lewat malam di Parlimen...cubaan Anwar ‘tumbangkan kerajaan’ hampir berjaya




Najib diiringi Muhyiddin meninggalkan Parlimen selepas pengundian Bajet 2010 selesai Isnin malam Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan.

Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.



Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah..... – 14/12/2009 

*************************************************************************************************************************************
WOW!  TERIMA KASIH ALOQ STAQ YANG TOLONG BAGITAU AKU MENGENAI KEJAYAAN GENTING KABINET NAJIB MEMPERTAHANKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DARI TUMBANG DISAAT-SAAT AKHIR.....IRONINYA, MEREKA MEMILIH MALAM YANG TEPAT UNTUK MELANCARKAN SERANGAN.  
SEBELUM TU AKU NAK UCAP TERIMAKASIH KEPADA Br ANVAR KERANA TELAH MEMBUKA MINDA PEMIMPIN BAHAWA MEREKA TIDAK BOLEH LEKA DARI PERMAINAN 'POLITICAL BEAST' MACAM Br ANVAR LAKUKAN.  
AKU KATA MALAM YANG TEPAT IALAH KERANA PADA ANGGAPAN AKU KEMUNGKINAN TERDAPAT AHLI DEWAN(AHLI PARLIMEN) YANG PRO KERAJAAN YANG TIDAK KEMANA-MANA DAN TIDAK BERADA DALAM TUGASAN LUAR(OUT-STATION) KEMUNGKINANNYA TERLEKAT ATAU TERPAKU DIHADAPAN SKRIN LCD TV BERSAIZ 52" MEREKA KERANA LEKA MENONTON PERLAWANAN DIANTARA MALAYSIA DAN LAOS YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG... DAN DITAMBAH-TAMBAH PULA DENGAN KRISIS MCA. BENARKAH ANGGAPAN AKU INI???  DAN PEMIKIR-PEMIKIR ANWAR(ANWAR BUKAN TAHU FIKIR SENDIRI) MELIHAT INILAH PELUANG UNTUK MELANCARKAN SERANGAN MAUT, ALANG-ALANG SERANG MUNGKIN BOLEH MENANG. 

ALAHAILAH PEMIMPIN UMNO KOTA SIPUTEH DAH SEPATUTNYA MENJADI PENGAJARAN!!!!
DAN PENGALAMAN PAHIT DI PARLIMEN SEMALAM DIHARAP MENJADI WADAH PERINGATAN YANHG PERLU DIINGATI SELAMANYA SEBAGAI PANDUAN BERGUNA...

2 Responses to 1Malaysia 3 - Pakatan Rosak 0.... JAGA-JAGA PERMAINAN BELUM TAMAT!!!

  1. Bapak3 Says:
  2. Biarlah kejadian ini menjadi satu ingatan yang mendalam kepada BN, lebih2 lagi UMNO supaya jangan lena. Ini juga adalah satu peringatan kpd orang Islam dan Melayu untuk sedar betapa dekatnya tangan pengikut mata satu untuk merampas Malaysia.

     
  3. Anonymous Says:
  4. Tu yang kata Tuhan tolong BN.
    Dalam keadaan genting pun selamat lagi

    Yang kita kesal niii... mana pi MP2 BN pada masa tuuuu... Tak kan depa tak tau, ada undiian meluluskan bajet? Aku pelik lah. YDP Dewan tak kan tak bagi hin kat depa?. Pasai apa masa tu Anuar dan Hj Hadi dan lain anggota pembangkang ada di Dewan. Wal hal undian ini paling mustahak.

    Apa kerja Dato' Nazri yang jadi Menteri yang bertanggungjawab. Apa? tidaka adakah kakitangan dia di Dewan pada masa itu dan mengetahui lebih awal bahawa YDP Dewan nak buat undiang?. Bila pemberita tanya, dia kata "tak kan saya nak bawa pistol nak jaga depa". Betul juga. Nampaknya, Ahli2 Dewan termasuk Menteri2, Timbalan2 Menteri tak ada tanggungjawab.

    Masa saya jadi Ahli Dewan, kita buat 'free-cusol' Ahli Dewan BN. Jika tak ada PM, TPM atau Menteri yang bertanggungjawa memberi taklimat yang berkaitan dengan perkara2 yang akandibangkitkan. Bukan sahaja perkara dalam bill yang kita nak bentang, tapi apa yang pembangkang nak buat, kita dah tahu lebih awal dan kita cakap apa yang perlu kita buat. Sekarang kenapa? tiada lagi 'FC'. Semua kerja2 ini, Setiausaha Kerja BN yang urus. Mana pi Dato' Abu Kamis SUK BN yang baru?. Atau Zainol orang pejabat BN? Dia selalu urus hal2 saperti ni.

    Memang iyya, jika PM dan TPM tak datang pada malam tersebut, baget 2010 memang akan ditolak.

    Kita nak tanya MP2 BN dAN SUK BN, kenapa kerja2 begini sengaja di lalaikan?.



    Dulu masa saya jadi Ahli Dewan

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ