SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PELUANG SUDAH TERHIDANG, APA LAGI ALASAN?

Posted by Detguaq Sunday, July 12, 2009


Pasti ramai yang baca berita ini:

1.6b ASM bertukar tangan?

KUALA LUMPUR 10 Julai - Sikap suka bertangguh dalam melabur kini menyaksikan 1.6 bilion unit amanah Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukan kepada bumiputera akan dijual kepada kaum lain.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) hari ini sekali lagi mengulangi kenyataannya kerana jualan ASM itu gagal mendapat sambutan.

Katanya, ASM yang mempunyai saiz 3.3 bilion unit, telah habis dijual untuk kuota kaum Cina manakala bagi India pula sehingga kini kuota mereka semakin habis dilanggani.

"Cuma yang tinggal adalah peruntukan Bumiputera sahaja dan jika ia tidak dapat dijual PNB mengambil keputusan untuk menjual kuota Bumiputera kepada kaum lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Buku Sajak 30 Tahun PNB yang dilancarkan oleh Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, di sini hari ini.

Menurut Hamad Kama, terdapat enam bilion baki unit saham amanah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang diperuntukkan untuk Bumiputera masih lagi boleh dilanggan.

Katanya, antara baki saham amanah untuk Bumiputera yang masih boleh dilanggan ialah Amanah Saham Wawasan, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Nasional 2.

Manakala, Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dananya terbuka adalah terhad kepada 200,000 unit bagi setiap pelabur.

"PNB masih mengharapkan agar Bumiputera mengambil kesempatan terhadap baki yang tinggal untuk melabur," katanya.

Hamad Kama berkata, setakat ini peluang untuk bumiputera melabur masih lagi terbuka dan berharap peluang itu segera diambil berdasarkan pulangan yang diberikan adalah kompetetif berbanding pelaburan dalam dana lain.

Dalam pada itu katanya, PNB tidak menafikan akan memperkenalkan dana-dana baru pada masa depan namun ia bergantung kepada keperluan dan kesesuaian.

"Kita tengok dari segi keperluan dan ia akan diumumkan apabila kita merasakan dana baru perlu diperkenalkan kepada umum nanti," katanya ketika merujuk kepada satu laporan akhbar yang menyatakan PNB akan memperkenalkan dana baru tidak lama lagi.

Hamad Kama berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum satu-satu dana itu diperkenalkan kerana ketika ini masyarakat lebih berminat kepada dana-dana yang berharga tetap.

Beliau berkata, sehingga kini Bumiputera telah melabur dalam semua unit amanah PNB sebanyak 77 bilion dan angka itu jika dilihat merupakan satu peningkatan positif.

Bagaimanapun katanya, angka itu boleh meningkat lagi jika kesedaran pelabur Bumiputera terhadap dana-dana PNB yang dilihat berdaya saing dan menawarkan pulangan tinggi berbanding instrumen pelaburan lain di negara ini.

**************************************************************************************

Inilah antara instrumen-instrumen yang pihak kerajaan sediakan kepada rakyat, terutamanya bumiputera. Bagi aku peluang ini adalah peluang yang sampai terus kepada marhaen, dan tiada lagi sepatutnya semboyan prejudis terhadap usaha berterusan kerajaan dalam membantu rrrrakyat. Malangnya pihak yang berkokok tidak kira ketika tidak pula mahu berkokok untuk berkempen supaya kuota ini segera disambar, balik-balik kokokan hanya melibatkan melemparkan kesalahan kepada orang lain. Dan jangan pula selepas ini kerajaan terus disalahkan jika kuota ini terlepas tangan! Laburlah walau sedikit.

0 Responses to PELUANG SUDAH TERHIDANG, APA LAGI ALASAN?

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ