SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

BAHASA TEKNOLOGIS, BAHASA SAINTIS dan BAHASA SASTERA

Posted by Detguaq Wednesday, March 4, 2009

Disini sayugia ingin aku mempersembahkan sebuah nukilan yang penuh bermaklumat, dikupas kandungannya secara teperinci supaya jelas kepada sesiapa yang membacanya dengan syarat dibincangkan secara sihat lagi waras.

*Dipermodenkan sedikit pembukaan diatas:

Dibawah adalah artikel berinformasi dimana pendetailannya didiskusi dengan jelas, sila bincang dengan rasional.

Dibawah in aku pastakan(paste?) bahagian pandangan PAGE yang aku salin dari blog(apa nak guna kalau kita nak korek dari khazanah perbendaharaan bahasa Melayu?) Sedingin Salju yang juga disalin dan pasta dari Berita Harian.

Pandangan Page

Apa yang mendorong Page bertindak?

Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong. Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris.

Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir. Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.

Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi. Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak. Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?

PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan.

Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.

Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.

Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?

Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.

Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu 'dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon. Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.

Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?

Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif.

Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.

Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek 'PIERS' untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris.

Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.

Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?

Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang. Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah.

Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu. Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI.

Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.

Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?

Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan. Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.

Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna. Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?

Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus. Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu.

Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page):

Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?

Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus.

Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat. Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik, Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala Bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.

**************************************************************************************
Bagi aku pihak yang melaungkan agar dihapuskan terus PPSMI ini adalah mereka yang tidak berpijak dibumi, sebaliknya terawang-awang dibuai mimpi bikinan sendiri. Mencipta ketakutan seolah-olah satu lohong hitam yang dipenuhi duga-dugaan yang menimbulkan ketakutan kepada yang tiada.

Wahai ulama' bahasa Melayu! Tolonglah bangun dan berdiri pada kedudukan yang jelas diantara bahasa sastera dan bahasa saintifik atau teknikal agar ada boleh membebaskan diri dari gejala kebaluran dan kekaburan.

Atas keinsafan inilah, maka aku ringankan tangan aku untuk meng"gagau" dalam enjin carian untuk mendapatkan portal-portal pendidikan percuma yang sudah tentunya didalam bahasa inggeris untuk aku kongsikan bersama dengan anak-anak aku termaduk yang baru berusia 3 tahun yang sudah terbiasa menarikan jejari mulusnya bersama tetikus, menggerakkannya agar menuju sasaran yang tepat. Menggerakkan tetikus menjadikan dia sentiasa fokus!!!

Here we go my kids.....go with rational to the real world!!!

Sebagai langkah awal anda boleh layari secara percuma pengkalan atau laman sesawang yang ada permainan giat-antara(interactive game?) dibawah:

1. http://www.woodlands-junior.kent.sch.uk/interactive/

2. http://www.syvum.com/online/

3. http://www.abctooncenter.com/

4. http://www.boowakwala.com/

5. http://kids.nationalgeographic.com/Games/

6. http://funschool.kaboose.com/preschool/index.html

7. http://www.web-books.com/Language/Inter0/English_Main.htm

dan banyaaaaakkk lagi.

Silalah layan anak-anak anda dengan url-url diatas!!!!

Hmmmm.....samad said pun boleh layan cucu kalau dia tak malu......

5 Responses to BAHASA TEKNOLOGIS, BAHASA SAINTIS dan BAHASA SASTERA

  1. Anak Bapak Says:
  2. Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz

    Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.

    YB Datuk

    YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.

    Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .


    Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.

    Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

    Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....

    Inilah Komen yang saya maksudkan.

    Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
    “Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

    Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.

    “Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah

    Daripada Pemuda kecewa

     
  3. Daddy Says:
  4. Assalamualaikum.. salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..


    LIMA DALIL UTAMA mengapa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) Wajib di hapuskan:-

    1) Mengekalkan kepelbagaian manusia yang menghuni bumi. Ini perkara pertama kenapa PPSMI wajib dihapuskan... PPSMI adalah langkah pertama dibawa golongan yang membawa CELAKA kepada BANGSA Melayu untuk melemahkan dan seterusnya melenyapkan BAHASA Melayu dari muka bumi ini... PPSMI ibarat penghapus salah satu keanekaan manusia di bumi ini.. Kesedihan sepatutnya bukan sahaja ditangisi manusia yang mengaku Melayu tetapi seluruh manusia lain... Kalau manusia sedih dengan pupusnya pelbagai spesies hidupan seperti burung dodo yang nama saintifiknya Raphus cucullatus (sila perhatikan nama saintifik spesies ini adalah bahasa latin BUKAN Bahasa Inggeris) di kepulauan Mauritius maka sepatutnya seluruh umat manusia bersedih dengan kehancuran Bahasa Melayu yang dituturkan dan boleh difahami ratusan juta manusia di rantau Asia Tenggara. Semua binatang di bumi ini berjuang untuk hidup dan tiada yang memupuskan diri sendiri tapi Melayu di Malaysia ada yang sedang memupuskan identiti mereka sendiri... Tak taulah siapa yang lebih berakal antara dua makhluk berkenaan.

    2) PPSIM adalah enjin pertumbuhan yang membantu meningkatkan penghinaan kepada Bahasa Melayu. Selepas ini semakin ramai yang selesa menggunakan pelbagai istilah Inggeris dan semakin angkuh menunjuk-nunjuk kononnya berilmu dan pandai “cakap Omputih” Akan semakin ramai yang tak sedar diri dan merasa bangga dapat menyelit sepatah dua istilah Inggeris dalam perbualan. Semakin ramai manusia Melayu yang dulunya bercakap Melayu jadi malu dan segan nak cakap Melayu dengan orang lain... Apa lagi kalau orang lain itu menunjuk pandai berbahasa Inggeris dengan mereka... Budaya ini semakin menjadi sekarang... dan semakin pesat di masa akan datang kalau jadi (harap sangat tak jadi) PPSMI diteruskan. Sedikit demi sedikit lama-lama tiada lagi orang yang bercakap Melayu... sebab malu... dengan orang lain. Ramai dah aku jumpa Melayu berlagak dan angkuh dengan Aku nak “speaking” (saja aku guna istilah Inggeris ni sebab itulah tanda dagang “kecerdikan” bagi Melayu tak sedar diri.. sesama Melayu pun tidak mahu guna Bahasa Melayu)

    3) PPSMI dasar buas yang membunuh identiti bangsa (Melayu). Sesiapa yang kononnya pejuang Melayu dan pejuang Ketuanan Melayu.. sila CELIK dan buka mata luas-luas dan bersihkan fikiran karat dan betulkan songsang akal menyokong membuta tuli. Apa lagi yang nak diperjuangkan kalau bukan salah satu identiti paling penting Melayu ini yang sedang dipijak-pijak secara hina oleh perjuangan anda sendiri? Apa sebenarnya yang anda semua perjuangkan?? Melayu ke?? Atau berjuang untuk pangkat dan harta dengan menipu Melayu secara terancang?? Pengenalan utama bangsa adalah bahasa... tiada bahasa maka tiadalah sesiapa kenal sesuatu bangsa itu berbeza dengan bangsa lain..

    4) PPSMI bukan jaminan menjadikan manusia hebat dan cemerlang dalam sains dan matematik. Eksport utama Filipina.. negara yang penduduknya hebat penguasaan bahasa Inggeris adalah pembantu rumah dan jururawat terlatih. Selain dari itu bersepah negara mundur yang hebat penggunaan Bahasa Inggeris di Afrika dan Amerika Latin yang tidak sampai ke mana-mana pun kehebatan rakyatnya. Sebaliknya bersepah juga negara-negara barat di Eropah (Sepanyol, Jerman, Itali, Belanda, Portugis dan banyak lagi) yang tidak menggunakan dan mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih cemerlang dalam sains dan teknologi (kapal selam kita beli dari Perancis… sampai kita guna penterjemah nak bincang beli kapal selam dengan mereka) Perancis hebat juga dengan 65 juta penduduk boleh mereka maju dengan bahasa mereka. Sepatutnya Bahasa Melayu difahami beratus juga manusia di Asia Tenggara mesti lagi hebat kalau kerajaan memerintah secekap kerajaan Perancis dalam mengerakkan rakyat mereka kenal budaya bangsa sendiri. Rusia iaitu negara yang kita menumpangkan “pelancong” angkasa kita, juga tidak guna Bahasa Inggeris.. semua teknologi angkasa mereka guna Bahasa Rusia, malah Rusia lebih ke hadapan dalam teknologi angkasa berbanding USA (sila lihat data pelancaran roket lebih banyak Rusia dan kegagalan pelancaran pula lebih banyak Amerika Syarikat) SIAPA KATA BAHASA INGGERIS JAMINAN UNTUK MAJU…??? Mungkin “benar” pada para kontraktor dan pembekal yang mendapat kontrak dari kerajaan.. kerana akan memajukan perniagaan mereka... SIAPA TU?


    5) PPSMI sedang meragut semangat ramai pelajar dan guru yang sejak azali penutur Bahasa Melayu yang tegar. Seorang cikgu perasaan mereka aku tau sebab ada cikgu aku kenal yang tak pandai berbahasa Inggeris tetapi terpaksa mengajar menggunakan bahasa yang mereka sendiri tak faham.. sangat tertekan,,, Bagaimana murid-murid??? Entahlah Cuma boleh aku cakap kesian… semua mereka di sekolah “hulu”… dah lah bahasa tak faham… apa yang diajar jangan cakaplah… Dua-dua hangus… Ilmu matematik dan sains tak faham… Bahasa Inggeris pun tak faham (cikgu pun geleng kepala sebab dia sendiri pun tak faham nak mengajar dalam bahasa yang dia tak faham atau kurang faham).

     
  5. Detguaq Says:
  6. Salam anak bapak, berkompromi bukanlah ertinya menyerah kalah, tetapi mencari jalan penyelesaian terbaik, setelah jalan politik menemui kebuntuan, lagi pula yang diajak sebenarnya ialah PAS, bukankah PAS dahulu pernah bersama BN? Dan siapakah yang teramai dalam PAS?

    untuk AKU, lima dalil kamu tidak dapat berhadapan dengan berpuloh dalil yang mewajarkan PPSMI!!!

     
  7. Daddy Says:
  8. Assalamualaikum.. salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..


    Aku tak nak dengar dalil-dalil dari kontraktor kelas F.. lulusan apa aku tak tau... aku nak dengar dalil-dalil dari puluhan profesor Universiti.. yang ada PhD yang lebih pandai dan tahu apa mereka perjuangkan...yang bersama dalam perarakan MEGA petang ni

    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

     
  9. Daddy Says:
  10. Assalamualaikum...

    Pendirian SAKTI

    Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraan
    dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan
    terhadap dasar baharu kerajaan untuk menginggeriskan kembali
    pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah mulai tahun
    2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah
    balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan”, dan sekali-kali
    bukan kerana kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.
    Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang
    berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli)
    pembangunan SAKTI zaman berzaman di negara-negara maju. Oleh
    sebab kami juga terlibat secara langsung dalam pembangunan SAKTI
    negara ini, yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara
    ini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa
    dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami
    menyuarakan pandangan ini.
    Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan
    kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam
    kalangan pelajar kepada peringkat jua pun tetapi kami amat tidak
    bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu
    dilakukan menerusi pengajaran dan pendidikan Sains dan
    Matematik sekolah. Melalui bahasa Inggeris. Ringkasnya, antara
    sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:
    1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains
    dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI
    Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    2
    Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain
    Mantan Presiden
    Akademi Sains Islam Malaysia
    Mengapa Kami Bantah!
    4
    bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa
    Melayu (bahasa kelima terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan
    bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati
    dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat
    ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Malah kini tesis Sarjana dan
    Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan!
    Langkah penginggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan dan
    akan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan
    bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sejak tertubuhnya UKM
    1970. Sekaligus langkah ini, mensia-siakan ribuan sarjana kita sejak
    1970 yang bertungkus lumus membangunkan bahasa Melayu
    dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan
    secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di
    dunia walaupun dengan menginggeriskan pendidikan sains dan
    matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan
    menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang
    lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan
    penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.
    2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan
    pembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzaman
    tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di
    negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa
    Kebangsaan masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas
    dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya.
    Dengan inilah kemudiannya kita memudahkan pengembangan
    dan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramai
    yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi
    kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport
    SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam
    bahasa Kebangsaan kita sendiri juga menunjukkan keesahan
    hukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang
    berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf antarabangsa
    menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40
    tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian
    SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.
    3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:
    Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa
    bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya mereka
    memperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim
    terhadap Ayat ke-4, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa
    Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya melainkan daripada
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    5
    kalangan sesuatu kaum itu sendiri untuk memudahkan kaum
    tersebut memperoleh ilmu dan hikmah.
    Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian
    yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran,
    epistemologi dan daya pengkaryaan pada abad ini seperti Ravetz,
    de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa
    orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah
    menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah)
    menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada
    keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai pemangkin
    dan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bono
    menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior
    dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini
    sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang,
    dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!)
    tetapi tidak dalam bahasa kebangsaannya. Setiap bahasa
    sebenarnya ada keunikan tersendiri dalam berperanan daya
    pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun).
    Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat
    beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga
    menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan
    matematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakan
    bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah
    Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!
    4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran,
    tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang
    memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa
    menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang
    mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit
    di negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patut
    dipersalahkan juga.
    5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah
    adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan
    seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa
    (Inggeris). penginggerisan dua mata pelajaran ini hanya
    menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak
    dapat”. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua mata
    pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan
    bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan
    kerenah baharu lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau
    kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran
    sains dan matematik memang banyak dan semuanya
    menunjukkan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan itu ada
    Mengapa Kami Bantah!
    6
    advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat
    memperbaiki pencapaian sains dan matematik.
    6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak merugikan sesiapa pun:
    Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju
    itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang
    berpendapat pendidikan dalam bahasa Kebangsaan Malaysia
    adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak
    berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini
    pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai
    menerusi sumbangan ribuan mereka yang berpendidikan dalam
    aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan
    Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)
    Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan
    semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan
    dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
    Sains dan Matematik Sekolah seperti yang diputuskan itu dan
    sebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untuk
    memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa
    Inggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya, menerusi pendidikan
    bahasa Inggeris.
    Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:
    Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan).KP:601211-01-6269
    Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
    Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP:500922-07-5107
    Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
    Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
    Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
    Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
    Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
    Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
    Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
    Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
    Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
    Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
    Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP: 591108-11-5043
    Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
    Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
    Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI
    7
    Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
    Prof. Faridah Habib Shah (Genetik). KP: (terlupa masuk)
    Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
    Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
    Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
    Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
    Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP:520709-01-5373
    Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
    Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
    Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483
    Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
    Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
    Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179
    Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P. 570324-06-5543
    Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
    Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
    Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
    Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
    Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan). KP:
    Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). KP:
    Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
    Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
    Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
    Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
    Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) KP: 3821920
    Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
    Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
    Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
    Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
    Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
    Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
    Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111
    Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
    Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
    Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
    Mengapa Kami Bantah!
    8
    Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
    Prof. Othman Hj. Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
    Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
    Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP: 4380233
    Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
    Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
    Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
    Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
    Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
    Prof. Shahrim Hj. Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
    Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
    Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP: 4478636
    Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
    Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
    Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
    Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-
    5623
    Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri
    Pendidikan Malaysia.
    September 2002

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ