SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA


Aku mengkalu balik Kedah guna baih(bas) jika tiket yang aku beli tu tak mengizinkan aku segera berangkat, maka aku akan gunakan masa yang berbaki tu untuk ke JalanPetaling aka Petaling Street aka China Town . Aku tak tahu makna yang tepat untuk Petaling, sapa yang tahu bolrh beritahu kat bahagaian komen.

Seronok ada rimas ada berdebar ada bila melalui sepanjang jalan ini yang sekarang ni dahpun merebak kesimpang kiri dan kanan jalan Jalan Hang Lekir(fuhh puas juga aku nak cari nama jalan ni dalam tenet)

Seronok kerana dapat melihat(jarang belipun)pelbagai barangan tiruan dijual, dan berselisih bahu dengan mek Salleh, pompuan cina dari tanah besar, pompuan kazakhstan dan pompuan arab, eh eh tak lupa juga mek Ndon...... Mat Bangla? Bersepah!!!

Rimas dengan suasana panas lembab terutama lepas hujan, bau peluh manusia yang hanyir dan hapak pelancung bajet dan sistem paksa beli oleh penjual dan makihamun mereka jika kita tidak jadi membeli selepas tawar menawar.

Berdebar bila aku disapa oleh wanita tak dikenali ketika mundar-mandir, negro ada, cina ada, mat salleh ada, Ndon ada yang aku tak ada(dan dia orang tak tahu) ialah bajet untuk layan depa.

Kita tinggalkan cerita diatas.

Apa yang sebenarnya aku nak papar disini ialah sesuatau yang amat menarik hati aku seterusnya membuat aku terasa amat bangga dan kehilangan secara serentak. Bangga kerana beliau masih lagi menjadi idola kebanyakan rakyat tidak mengira bangsa, terasa kehilangan sentuhan seorang Negarawan yang telah berjaya mengangkat Malaysia kemata dunia, tetapi jatuh terduduk kerana sitidolah....

Gambar yang aku paparkan dibawah bukanlah lama dalam simpanan aku, aku baru sahaja ambil 3 hari yang lepas. Namun baru hari ini dapat aku paparkan disini.



Rupanya mereka juga masih hormati beliau dan buat sisipan akhbar (fotostat) tu sebagai tangkal pelaris. Buktinya semasa gambar tu aku ambil ramai orang Arab dok khumun apek tu sambil minum ayaq dan cedok tau fu fah.

Bila aku minta permission untuk snap gerai dia dan close up keratan akhbar tu, dia dengan bangga membenarkan permintaan aku. Bila aku sudah dia tunjuk kepada gambar tu dengan jari telunjuk kanan seterusnya mengangkat ibu jari tanda jelas beliau masih berbangga dengan Negarawan yang jika sitidolah makin marah, ramai rakyat makin SAYANG.

Sebab?

BELIAU SAYANG UMNO


Aku tahu mengapa ramai pemimpin agak liat untuk membicarakan mengenai G7 +2 dan G2+2 secara telus. mereka-mereka yang dah lama berkecimpung didalam politik peringkat elit, baik diperingkat bahagian dan pusat amat tahu akan erti ni'matnya menjadi G7 +2 dan G2+2 setiap kali menjelang pemilihan.

Manakan tidak, semasa pemilihan inilah setiap calon akan diperah, ya...setiap calon akan diperah. Bila hasiol perahan diperolehi, maka perahan yang paling bernilailah yang akan diberi undi,. namun begitu terdapat juga pemerah-pemerah(pemeras?) ini akhirnya kembali memberikan undi mereka kepada calon kesukaan mereka walaupun mereka telah memerah calon-calon tertentu dengan pelbagai janji tertentu!!! Maklumlah siPenyamun berurusan dengan siPerompak ataupun sebaliknya. Kita anggaplah siPerompak adalah lebih besar dananya daripada sipenyamun.

Siperompak sentiasa sahaja merompak secara berterusan bagi menampung dana aktivitinya dari kantung perbendaharaan kerajaan dengan pelbagai cara terutamanya dari segi merasuah bagi mendapatkan sesuatu didalam perniagaan. Duit dari keuntungan itu dikumpul untuk digunakan bagi memberi dan membeli penyamun yang hadir 3 tahun sekali(sejak paklah ni dah jadi tak betoi dah...)itu.

Permainan inilah yang memeriahkan PAU sejak sekian lama.

Bagaimana pula jika saranan untuk menghapuskan peranan 'double handling' ini berjaya? Sudah tentu mesyuarat dicawangan kureng ummph bila mereka yang menawarkan diri untuk AJK Cawangan dan G7 bertandang dengan membawa 'serawa lenggak' saja. ni.Tuan rumah(ahlul UMNO cawangan) pula yang nak kena sediakan juadah kepada tetamu.

Diperingkat Bahagian? Mungkin selepas ini AJK bahagian tidak lagi berebut-rebut untuk menjadi G7 +2 dan G2+2, malah pakat-pakat tolak dan buka pencalonan untuk ahli biasa sahaja, pasai apa? Pasai tak boleh habuan dah...... pipun buat apa, habihkan duit poket sendiri, bukan boleh buat duit dah...... Silap-silap Ketua Bahagianpun hantaq wakil saja(tu pun jika dibolehkan oleh perlembagaan) atau lepas ni ahli-ahli pakat desak ubah perlembagaan agar orang lain boleh ganti KUB(bukan MKT) masa PAU. Manakala setiap kali MPB, lenganglah rumah-rumah Ketua cawangan, tidak seperti biasa, ada saja serbuan oleh team-team yang hendak bertanding. Jawatan campaign managerpun menjadi tidak mencabar dari segi bajet-membajet! Dan bila tiada sessi bajet-membajet oleh campaign manager, maka tidaklah beliau boleh manipulate akaun untuk kikis duit calon.....hishhh kerja haram lagi. Sapa ada idea untuk peringkat bahagian ni, boleh contribute....silakan!

Diperingkat Pusat: Hmm.... Bolehkan anda bayangkan PWTC apabila PAU semasa pemilihan tiada lagi kuasa mengubah keputusan MPB oleh G7 +2 dan G2+2??? Tentulah suasananya longlai dari hari pertama hinggalah kehari terakhir.....kerana apa? Tiada lagi duit dari perahan rasuah oleh calon berlegar diruang legar!!! Maka perniagaan oleh para peniagapun bolehlah kita jangkakan...... Mungkin yang paling laku sekali ialah kacang rebus saja. Cofee housepun mungkin ditutup awal sebab mana ada ahlul biasa berani bertenggek tanpa sponsor!!! Dan sapa nak sponsor jika tak dapat memerah? Ya lah, tangan yang memerah ni kan ada jari, yang melilih dari jari tulah yang digunakan untuk belanja ahlul marhien dicofee house....nak kluaq duit dari poket sendiri??? Tunggu kiamatlah...... Dan G7 +2 dan G2+2 mungkin kena bawa mai khemah dan ubat nyamuk jenis lingkaq dan ramai-ramai buat 'camp'aign kat Dataran Merdeka.....fuh!!! Adventerous!!! Baru semangat semasa Malaysia hampir merdeka dapat dihudupkan semula!!!

Dan tentu kita semua boleh bayangkan apa lagi kejutan yang akan berlaku jika peranan G7 +2 dan G2+2 ini dilupuskan kuasa 'double handling' dalam pengundian bagi membolehkan UMNO menzahirkan undi yang benar-benar mewakili akaq umbi!!!

Dan walaupun Hamid Albar bukanlah antara menteri yang aku sukai cara beliau berpolitik, tetapi kenyataan terbaru beliau yang bunyinya sama dengan apa yang aku dan beberapa orang bloggers lagi suarakan, iaitu menghapuskan peranan G7 bagi mengambarkan undi terus oleh akar umbi menunjukkan desakan oleh ahlul marhien UMNO semakin didengari, dan aku berharap sangat ianya bukanlah retorik, kerana SILpun benci rasuah dalam politik dan retorik. Suci betullah SIL sorang ni. Kheeiiyyiiaaqq Ptuihhh!!!



Aku boh skit dah lah.......


Baru hari ni aku berkesemptan untuk berblog lagi. Ini berkaitan dengan kehadiran aku kemajlis anjuran mykmu di Kelab Darul Ehsan tempohari.

Secara keseluruhan, memang meriah. Maklumlah namanya pun hari terbuka, dapat berjumpa dengan ahlul kmu, dapat lihat TDM, bergambar dgn TDM dan dapat berinteraksi secara eksklusif dengan TDM. Makanan pun sedap. Puas sebab hadir dan guna duit titik peluh sendiri untuk hadir majlis berkenaan.

Dapat juga berkenalan dengan orang baru dan orang yang hanya dikenali melalui mykmu sahaja. Aku ada beberapa cerita menarik untuk aku paparkan diblog aku ini atas lingkungan INI WILAYAH PERIBADI AKU. Dan sudah tentunya aku berhak untuk melontarkan pandangan peribadi aku.

Sesampainya aku keKelab dengan teksi(tumpang keta anak sedara , naik rapid dari TTDI, naik monorail dari KL sentral, naik LRT dari Hang Tuah dan akhirnya naik teksi dari terminal Ampang), Sdr Jebon dah ada kat depan Kelab. Aku dimaklumkan oleh Duke melalui khidmat pesanan rnbgkas (yg baru naik pangkat) Tun belum sampai. Akupun lewat sikit pasal guna public transport(masih banyak ruang yang perlu diperbaiki). Selepas bersalaman dengan Jebon dan beberapa orang lagi ahlul mykmu(TDM sebut 'em waai kay" saja....) aku meluru menuju kemeja pendaftaran. Lepas bayar duit pendaftaran, aku tertarik dengan baju T yang ada sillhoute TDM. Aku capai yg kala hitam, sebenarnya dah banyak kali hati aku meruntun nak beli baju T oleh mykmu ni, tetapi tiap kali nak ambil, gostan tengok poket, tak berapa mengizinkan. Tapi kali ni, ada lebihan stok yang menyebabkan aku tidak berfikir 2 kali untuk beli baju ni pada kali ini. Maklumlah, aku kalu beli baju, yang ghega dia ataih pada 10 hinggit, sluaq ataih pada 30 hinggit mmg aku berpada-pada, maklumlah ekonomi tengah menunjukkan kadar menurun/menjunam!!! Aku pula bukannya orang kaya.......

Selepas pendaftaran, aku meluru masuk kedewan...... eh eh eh, mana pi kawna-kawan yang aku kenal? Awat banyak sangat veteran ni??? Yang abangpun veteran, yang kakakpun veteran, tak nampakpun wajah-wajah putera, puteri dan pemuda, yang ada kebanyakannya wajah wanita dan peTUA!!! Kalut aku kontek Duke.....Duke jawab panggilan, aku kata aku tak dapat locate dia!!! Last skali aku suruh dia angkat tangan.....jawapannya negatif.... Aku berpeluh! Tang mana pula ni??? Sesatkah aku? Dan dalam keadaan 'lompang masa' sekejab, aku benar-benar terkedu! "Hoi!, hang masuk dewan mana? Dewan tu untuk Persatuan Teksi! Dewan kita yang opposite!"Duke sergah aku.

Hish... aku denga nmuka sadin kluar dari dewan tu dan diluar riuh rendah depa dok gelak kat aku pasai wrong entry! Eh eh, aku sebenarnya bukan silap(nak cover lah ni)...akupun drebar teksi juga, jadi aku masuk untuk jumpa beberapa kawan-kawan aku kat dalam tu..... dah salam-salam akupun keluarlah.....back on track... Duke gelak sampai sengat kepiah 'tunku' tu. Dah agak reda, dia pekenai aku kpd teh-tarik. Oooo Org Utara gak. Lpaih tu pakat2 tukaq2 nombor lah.

Kendian tu aku masuk dan duduk dimeja yang kerusi dia masih kosong. Sebelah aku ialah....lupa pula nama dia. Maklumlah gabra silap masuk dewan masih ada. Dan sebelah dia aku ingat pula nama dia.....Azad kot? Setelah itu ramailah bloggers yang terkenal masuk. Depa dok satu meja yang khusus. Tapi paling awal aku nampak Dato' Rijal Arbee. Lpeas tu baru nampak KJ masuk(he he Kadir Jasin lah.... orang Tanamera...) dan ramai lagi.

Kendian tu TDMun tiba. Macam biasalah....org2pun serbu utk salam dgn dia. Memang aura TDM masih dapat mengegarkan suasana. Aku cool jer.... Stakat ambil gambar. Tun Hasmapun aku ada ambil gambar dia. Dah reda, nyawapun dah teratuq, maka majlispun dimulakan oleh MC. Suara merdu dan lancar. Sempat juga dia promote yang bapa dia besa dapat surat pelantikan sebagai ketua cawangan yangditandatangani oleh TDM. Simpan buat kenangan anak cucu!!!

Jebon berucap!

Tun bercakap!

Lepas TDM selesai dan mc mempelawa hadirin untuk makan, maka melurulah kami kemeja hidangan, inilah agenda utama mesyuarat orang kita, termasuk aku. Lagipun duit dah bayar. Makanlah, sebab selepas makan ni, ada sessi soal jawab.

Selepas beberapa orang bangun untuk bersoal dan TDMpun menjawab, maka akupun bangun menuju ke mikropon(aku ni pantang dgn mikropon...tapi utk k'oke saja). Aku perkenal diri, aku habaq kat TDM aku ada cadangan/saranan dan minta TDM ulas atau cadangbalas.

Begini bunyinya: Tun, dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengatasi rasuah dalam politik SAYA dan seorang komentator dalam blog saya mencadangkan salah satu darinya 'term' politik wang kena ditukar kembali kepada rasuah politik. Manakala peranan G2 + 2 dan G7 + 2 mestilah dirombak. Dimana perlantikan mereka untuk mewakili bahagian-bahagian hanyalah sekadar membawa mandat oleh cawangan-cawangan yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian(MPB) kePAU. Maksudnya mereka ini tidak boleh dan tidak perlu mengundi sekali lagi sehingga apa yang telah diputuskan oleh perwakilan cawangan semasa MPB menjadi tidak bernilai, tidak bermakna! Aku kata bahawa disinilah kunci yang menghidupkan jentera rasuah dalam politik, bilamana undi mereka ini boleh diubah semasa PAU, bukan lagi undi oleh akar umbi, tetapi undi oleh G2+2 atau G7+2.

UNDI AKAR UMBI KEPALA HOTAK!!!

Apa jawab TDM?....."Payah, UMNO ada 3.5juta keahlian(susut sikit kot?) nanti macam-macam pendapat timbul, tak sesuai..... Lagi baik suruh G7+2 atau G2+2 pi buat sumpah dimasjid!!!

Aik, Tun...apa yang susahnya??? Mana lagi senang, G7 n G2 bawa mandat akar umbi tanpa perlu diadakan undi semula diPAU atau nak angkut depa pi masjid buat majlis angkat sumpah? Dan sumpah dalam politik ni boleh pakai ke? Ntah berapa banyak sumpah yang telah dipermainkan, kerana sipenyumpah(tambah-tambah sumpah palsu) tu fikir balasan Allah lambat lagi, sempat tobat, rugi jika duit yang akan diperolehi setelah memerah calon-calon tidak boleh dipraktikkan lagi dan bla,bla,bla,bla,bla,bla,.....

Teringat aku ayat-ayat Allah:

2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.


9:95. Mereka akan bersumpah kepada kamu dengan Allah, apabila kamu balik kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka kerana mereka adalah kotoran, dan tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan.

9:96. Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu sangat berpuas hati terhadap mereka; tetapi, jika kamu sangat berpuas hati terhadap mereka, sungguh, Allah tidak berpuas hati terhadap kaum yang fasiq.(Fasiq=orang yang tidak mengendahkan larangan Allah).


Allah sebenarnya melarang diriNya dijadikan rujukan sekiranya apa yang kita sumpah kan itu adalah ihklas dan tulin. Tetapi jika tetap juga Allah yang mereka hendak gunanakn namanya sebagai jaminan, ini peringatan Allah:


16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh membuat keadilan, dan berbuat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.

16:91. Tepatilah perjanjian Allah apabila kamu membuat perjanjian, dan janganlah melanggar sumpah-sumpah setelah mengukuhkannya, dan kamu membuat Allah penjamin kamu; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat.


InsyaAllah, balasan dari Allah yang berat didunia dan akhirat menunggu.


Apakah TDM tidak mahu mendesak UMNO untuk menguji dahulu cadangan ini, sebagaimana beliau mendesak melalui kuasa PM(dahulu) untuk menambat nilai ringgit atau memajukan industri automatif?


Akan menyusul analisis mengenai G7 dan G2


Ah ha......Pekan calon DMM.
Sembrong calon kj.

Apakah analisis yang dapat kita huraikan???

Najib dan Hisamudin pupu, ada pertalian darah.
Dalam politik?
Ya....dlm politik ada pertalian ke selain pertalian sama satu parti?

Apakah gambaran dari kecenderungan PUB-PUB di seluruh Malaysia yang telah bermesyuarat??? Masih lagikah kita tidak dapat mengagak??? Apakah yang tersurat akan dengan sengaja dijadikan yang tersirat(kekotoran dalam politik boleh menjadikan sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil bila musTAHIL ditukar dengan musKILOGRAM......janji SETIA KAT WANG!!!

Dari 167 PUB Malaysia(mohon betulkan fakta, jika silap), sebanyak 157 telahpun mengadakan mesyuarat(YB DMM=66,YB kj=47,YB DSKT=43 dan YB DZZA=1). Apakah perbezaan yang ketara antara pemilik no wahid dan pemilik no ithnain juga pemilik nombor thalatha(hat nombor Arba'a dah tarik diri) tidak memberi isyarat yang jelas kepada UMNO keseluruhannya tentang hasrat sebenar angka umbi sehinggakan apa-apa yang tersurat tidak akan sama dengan tersirat?

Apakah sekali lagi(entah berapa kali da...)metamatik dalam politik akan dipermainkan formulanya sehingga apa yang dicampur tidak akan sama dengan apa yang dijumlahkan, manakala jumlahnya walaupun salah akan diangkat sebagai jumlah yang benar???

Kalau inilah yang masih berlaku, UMNOlah yang menyeret keseluruhan institusinya kejurang kehancuran yang sekiranya berlaku tiada siapa(orang luar) yang patut dipersalahkan.

Dengan hanya tinggal lagi sepuluh PUB(semasa aku menaip ini) tidak dapat dinafikan lagi DMM akan terus berada dinombor wahid dalam carta pencalonan: inilah kehendak majoriti ahlul akaq umbi, tetapi jika elit UMNO mahukan ahlul akaq umbi memberontak secara undi protes pada PRU13 nanti, janganlah pula disalahkan mereka kerana asyik masyhuk dengan permainan politik gaya 2000an anda. Ini bukan ugutan, tetapi peringatan, kerana walaupun sebelum ini, isyarat-isyarat yang dihantar oleh akaq umbi melalui pelbagai saluran dipandang enteng oleh elit UMNO. DAH TERANTUKPUN MASIH TAK MAU TENGADAH LAGI??? Nak tunggu sampai tengkorak pecah dan tak boleh tampung otak lagi baru nak tunduk merunduk padi?

Apakah hasil tinggalan bapa-bapa(baca: KEPALA BAPAK!!!) UMNO yang dulu termasuklah yang dah dihumban dari UMNO dan sedang gila talak nak duduk di sri perdana) hendak kita sebagai generasi perwaris(bunyi macam prowaris pulak!) terus amalkan walaupun kita tahu ianya berdosa, tidak bermoral, hina, najis dan memberi segala mamcam kesan negatif jangka panjang(sekarangpun dah tererlah kesannya kepada institusi UMNO dari cawangan hinggalah pusat), iaitu rasuah wang bagi membeli kedudukan untuk mendapatkan kuasa lalu disalahgunakan pula kuasa itu?! Sendri mau ingat la..... HAPUSKAN GEJALA yang MENJADI JELAGA HINA yang menyelubungi UMNO.

Wahai generasi muda, marilah kita kembalikan semangat sebenar UMNO yang perlu kita pupuk dan semai agar terus subur merentas masa agar wadah ini terus diterima sebagai pelantaq untuk Melayu terus mendominasi politik tanah ini keran ini tanah kita, nusantara keseluruhannya adalah Melayu, rumpunan Melayu Nusantara adalah terlalu besar untuk senang-senang diperkotak-katikkan!!!

HIDUP MELAYU
AKU SAYANG UMNO!

Tahniah kpd DMM kerana terus dimercu pencalonan, manakala tahniah juga harus diberi kpd DSKT yang memecut melepasi garis kelayakan pada hari ini dengan pencalonan yang mendadak dari Pemuda-Pemuda Bahagian yang bermesyuarat hari ini, menjadikan ramalan bahawa akan berlaku pertandingan 3 penjuru satu realiti. Siapa yang menjadikan ramalan sebelum ini sebagai realiti??? Tentunya ahlul akaq umbi. Natijahnya, bukan pemimpin mempunyai kuasa, tetapi diberi kuasa. Sapa bagi??? Sekali lagi ahlul akaq umbi. Jadi??? Sandri mau ingat la......

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh berkempen yang agak panjang ini??? Semuga Allah sentiasa membuka hati dan aqal ahlul yang diberi mandat oleh ahlul akaq umbi untuk mewakili mereka pi ke PAU nanti agar tetap memilih calon yang telah diputuskan oleh MPPUB masing-masing.

Manakala DSNTR terus selesa tanpa tentangan sehingga kini, manakala begitu juga dengan TSMY yang jauh dihadapan meninggalkan Ali bollywood, Melayu asli yang tak tau berbahasa Inggeris(macam aku juga) dan juga anak mat bulat(tarik diri)....

NPU......no komen. Tetapi secara peribadi aku kurang berminat kerana kelibat mereka-meeka yang bertanding tu kureng ummph!

Setelah lama tidak singgah kat blog Pak Habib yang beberapa kali aku temui dulu-dulu(ta salah aku last aku jumpa kat Kulim masa Pilihanraya kecil tahun......aku tak ingat). BN kalah.

Apa kata beliau??? Huih marah bebeno dgn kj!!! hi hi hi......kesnya pasai kj tak dan nak jumpa dia. Pasai apa dia nak jumpa kj, dia saja yang tau. Tapi yang jelas, dia marah dan kondem kj down to ground!!!

Sekadar perbandingan sila lihat:

1. http://www.shalattas.com/news.php?extend.7

dan

2. http://www.shalattas.com/news.php?extend.96

Dan terus terang aku katakan sebab aku dah lama tak singgah kat blog dia pasai tulisan-tulisan dia yang lambung kj dulu serta cara dia depend paklah dan pelekeh sapa yang tentang paklah dan kj termasuklah TDM(rujuk: http://www.shalattas.com/news.php?extend.44). Tu Blog dia, jadi hak dialah nak tulih apapun!!!!

Dan aku tidak akan lupa tentang artikel yang di'recall' oleh beliau mengenai perenggan kata-kata kj yang menjolok TDM supaya meletak jawatan!!!

Petikan dari bog beliau:

"Nama KJ ‘kaki jalan’, ‘kaduk naik junjung’ mula terkenal apabila artikel majalah ‘The Economist’ tulisan Chris Lockwood bertajuk "The Changing of the Guard: A Survey of Malaysia" terbitan 5 April 2003 menjolok sarang tebuan meminta Mahathir supaya meletak jawatan. Menurut Khairy, dalam artikel majalah itu, "Khidmat yang paling besar yang boleh dilakukan oleh Mahathir setelah menjadi pemimpin Malaysia selama ini ialah bersara, itu sahaja".

Kata-kata beracun inilah yang kini menjadi antara racun yang kembali kepada kj dan malangnya ia juga menjadi serampang dua mata kpd paklah.

Apa-apapun bloggerpun amalkan demokrasi juga..... Kalau tak suka aku tak singgah. Singgah nipun secara indirect....singgah kat asam
husin, garam lempoyang , ada cerita yang dilinkkan oleh blogger yang kreatif ini.

Dan aku terjumpa pula nasihat shalattas ni:

Seperti biasa sasaran dan kencaman Zaharin khusus untuk Pak Lah saja. �Marah� betul blogger ini dengan Perdana Menteri Malaysia. Mungkin dia terlupa �marah� adalah musuh utama manusia. Rasulullah SAW selalu mengingatkan umatnya �jangan marah�, �la tar daf�. Dailog dalam filem P. Ramlee mengingatkan "marah?�, marah nanti kena jual".

La ni dia marah pula dekat bakal Perdana Menteri Malaysia(rujuk tajuk buku beliau.....)

Ini lagi satu yang saya kutip:

Kalau mahu berpolimik, �hujah� dan fakta mengenai perkara yang diperdebatkan perlu releven. Sayuti kata "dia boleh berbaik dengan Pak Habib, bolih bermaaf-maafan tapi dengan YB Dato Husam Musa tak boleh." Pelik penulis yang mempunyai gelaran �ustaz� ini. Hari Raya pun tak sanggup bermaaf-maafan sesama Kelantan. Dulu dia puji Husam melangit.

He he he..... kalau aku tukar nama husam pada nama kj???.....Alah, cerita lama, biarlah, nama pun diri dan kehidupan manusia sentias baharu.

Apa-apapun aku ucapkan tahniah kepada Pak Husin AlAttas, penulis buku politik Malaysia yang tersohor, kerana dah sedar siapa kj pada realitinya!!! Sifat baharu ada pada setiap manusia termasuk aku........

Maaf pak Habib!!!

Dalam kehangatan menilai dan melihat secara penuh debaran, aku tetap juga memberi tumpuan terhadap UMNO Jerai. Kali ini aku ingin fokus terhadap posisi Naib Ketua Bahagian yang mana ada 2 orang calon yang bukan sahaja bepotensi, malah juga bepengalaman dalam meneraju Pemuda UMNO Jerai, iaitu Encik Bahador Omar, seorang peguam. Bekas Ketua Pemuda dan biasa dipilih oleh BN untuk menjadi calon betanding PAU untuk DUN Sala(Sg Limau), tetapi kalah. Manakala seorang lagi ialah Saudara Ikmal Ismail yang telah memberi laluan kepada muka baru(sdr mat Jun)sebagai NKPUJ kerana beliau ingin pula memberi khidmat dalam peringkat yang lebih tinggi dalam bahagian dan sumbangan yang lebih signifikan pada peringkat pusat.

Masih layak untuk mengisi kepimpinan PUM, diPusat. Cemerlang sebagai pengerusi Biro Pendidikan Pemuda Pusat, mempunyai visi dan misi yang jelas seperti yang telah beliau buktikan selama ini dimana kita boleh merujuk 'track record' beliau dengan UMNO Jerai serta Pemuda UMNO Malaysia, malahan saya yakin hasrat nurani beliau untuk bersama-sama kepimpinan tertinggi dalam menjulang dan memperkasakan Melayu dan politik Melayu agar tidak boleh lagi diperkotak-katikkan oleh rakan-rakan lain dalam BN, malahan juga dalam menangkis selaran dan serangan liar oleh pembangkang dengan cara yang bijaksana.

Begitu juga hasrat beliau yang amat kuat serta ikhlas untuk melihat jurang keciciran pelajar Melayu dimana-mana sahaja dapat diatasi. Iltizam beliau yang tinggi dan jitu terhadap kes-kes akademik anak-anak Melayu baik diperingkat rendah(primary), menengah(scondary) mahupun iktisas(Tertiary) boleh kita rujuk samada dengan masyarakat setempat mahupun diperingkat pusat. Tanyalah mereka-mereka yang biasa berdampingan dengan beliau dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan akademik mahupun kemasyarakatan, kecuali mereka ini ada agenda tersembunyi, pastinya jawapan untuk apa yang Ikmal dah dan akan buat pastinya adalah yang terbaik untuk orang Melayu khasnya dan bangsa Malaysia amnya!!!

SELAMAT MAJU JAYA
kepada
IKMAL ISMAIL

*Sebagi manusia biasa, Ikmal juga bukanlah tiada kelemahan, ini tidak saya nafikan. Tetapi saya yakin jika kebaikan mengatasi kelemahan, yang terbaik pasti menjadi tujuan dia.

Setelah melihat pak lah seperti bangun tido dan masih mamun menjawab kritik TDM, maka saya dengan ini ingin usulkankan(accheewahh, macam dlm meshorat ameno pula!) paklah buka blog sendiri dalam masa segera/terdekat dan blognya mestilah terbuka untuk kritikan dan pujian seperti blog TDM, www.chedet.com.

Guna masa yang berbaki ni untuk belajar serba sedikit mengenai komputer dan blogging. Jadi mengkalu dah betul-betul pencen dari kerusi pm, maka tidaklah kekok sangat. Urusan negara biarlah Najib yang buat!!! Takkan tak percaya kat TPM kot? Ambil cuti seperti yang ramai orang cadangkan dan belajar IT secara komprehensif.

SIAPA PAK LAH, SIAPA TUN DR MAHATHIR???

Dua-dua aku kenai dan tahu membeza!!!

Aku dapat bayangkan hit yang akan beliau terima, boleh jadi hit yang real hit!!!

Dipetik dari Utusan:

Rais perlu 'ditender' terlebih dahulu - Shahidan

KANGAR 22 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan supaya Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim 'ditender' terlebih dahulu sebelum jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu semalam dianggap telah menghina ahli-ahli parti.

"Jika beliau (Rais) ditender, saya akan masuk tender dengan permulaan RM1," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shahidan berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan saranan Rais itu dan menyifatkan ia adalah kenyataan daripada orang yang terlalu marah.

"Saya faham dia terlalu marah dengan politik wang tetapi janganlah mengeluarkan kenyataan yang menghina orang, seolah-olah semua ahli UMNO mengamalkan politik wang," katanya.

Rais semalam menyarankan supaya semua jawatan tertinggi parti UMNO dipertandingkan secara tender bagi mengelak gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian.

Menurut Shahidan, UMNO Pusat sebenarnya harus meneliti perkara itu dan sepatutnya mencari kaedah terbaik untuk mengelak berlakunya politik wang.

"Contohnya, UMNO Pusat seharusnya membiayai semua mesyuarat parti peringkat negeri bagi mengelak politik wang.

"Ketika ini badan perhubungan negeri-negeri terpaksa membiayai sendiri semua mesyuarat parti. Negeri yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh pasti menghadapi masalah berbanding negeri yang kaya.

"Oleh itu saya sarankan supaya kerajaan Pusat membiayai semua mesyuarat-mesyuarat sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau sebagainya," katanya.



Aku faham jika Shahidan antara orang yang marah bila ada orang lain cuba untuk memberi komen membina mengenai politik wang. La ni dia dah jadi orang pak lah, dah ada jawatan yang penting(?). Ramai dah agak, bila pak lah yang dah dihujung julai bagi apa-apa jawatan, dia pun akan turn upside down dan dan.

Hina ahli UMNO? Hoi shidan kasin!!! yang rasa terhina tu ialah ahli(pemimpin) UMNO hat yang besa dan dah mangli dengan rasuah jenis ni. Yang kami ni, golongan marhien nak marah apa??? Kami bukannya besa dapat duit jenih tu dan kamipun tak mau duit jenih haram tu, TAK BERKAT!!!

Rais hanya beranalogi, sebagai sindiran. Tak sangka pula level of thinking shidan dah jatuh merudum macam bskl setelah diangkit jadi penasihat khas NCER oleh pm dihujung julai tu.......

Sapa nak tender sishidan ni pula? Brapa harga dia???

Pagi ni aku adap awai skit skrin monitor aku. Ada 2 orang blogger yang singgah. Sorang tu ajak aku linkkan blognya, dan dah aku lakukan. Sorang lagi tu suruh aku singgah kat blog dia, pun dah aku lakukan. Dan kedua-dua blog tu aku dah linkkan denan blog aku, atas penghormatan kepada mereka.

Semalam aku tidur awal, letih. Maklumlah supir.....

Eh!! Berapa bahagian lagi diKedah ni yang Pemudanya belum mesyuarat? Let me check. Hmm....
Kubang Pasu, Kulim-Bandar Bharu dan Sungai Petani. Tinggai 3 saja lagi. Dan aku dah check semua keputusan yang lepaih, tak dak satu pun Pemuda Bahagian yang dah meshorat bagi kat SIL of PM tu. Harapan aku,.... ya besaq sungguh harapan aku agar Allah melorongkan hati- hati pewakilan Pemuda UMNO yang belum lagi meshorat tu agar mengarahkan anggota tangan mereka melalui impulse power otak mereka yang menggunakan akal yang tenang untuk samada angkit tangan atau pangkah(pilih) DMM sebagai KPUM.

Aku dapat tahu ada tag-line baru yang mewakili Aspirinrasi calon yang tu lah tu..... iaitu

SETIA KAT WANG

SETIAJANGANTAKSETIASETIAJANGANTAKSETIASETIAJANGANTAKSETIASETIAJANGANTAKSETIA

Aku dihubungi oleh kawan aku, yang mohon aku dengan cara aku untuk berbuat sesuatu agar pencalonan Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai KPUM diKubang Pasu berjaya.

Menyedari keupayaan aku hanyalah dengan bersuara melalui blog, maka inilah yang aku terdaya buat masa ini.

Kubang Pasu........hmmm.... Hat yang dok ataih tu sapa ha? Let me check it out!!! Oh whooo YB Johari Baharom. Anak didik TDM lah ni.... tapi ini hari dia???

Aku pasti rata-rata, baik orang muda yang diluar parti dan ahli pemuda UMNO akar umbi pastinya mahukan DMM sebagai KPUM sebagaimana gelombang pengundian yang telah berlaku dimana-mana Bahagian diKedah ini. Seperti diJerai, hanya sebahagian dari barisan AJK dan KP (bukan semua bahagian, bukan semua KP dan bukan semua AJK) sahaja yang menyokong pencalonan kj(campur dengan perwakilan yang mewakili pemuda cawangan dimana AJK Pemuda Bahagian adalah juga ahli cawangan berkenaan) maka dapatlah undi yang sedikit jumlahnya. Jerai hanya memberi 29 undi kepada kj. Tapi kj mendapat BOO secara majoriti oleh perwakilan yang hadir.

Jika gelombang oleh 'floor' dimerata pelusuk negeri ini tidak dapat dihidu oleh para perwakilan PUKP, apakah ini bermakna deria bau mereka telah disembur dengan bauan dari jenama yang ada gambar 'Petuan Agong'? Sehingga deria sensitiviti mereka menjadi lemah dan tidak dapat menghidu roh baru yang sedang menjalar dan menyrap disanubari majoriti Pemuda UMNO?

Aku teringat bagaiman marahnya mereka terhadap Nazri Aziz sehingga mendesak melalui usul mesyuarat mereka dicawangan-cawangan (rujuk agenda daily)

Pecat Nazri:Bukan usul tetapi desakan

Naib Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu Ismail Khamis Isnin menjelaskan soal pemecatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hanya merupakan desakan dari tujuh cawangan sahaja dan bukan satu usul yang diluluskan dalam mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu.

Beliau memberitahu para wartawan di ibu pejabat UMNO Bahagian Kubang Pasu di Jitra bahawa lima cawangan yang mahu Mohamed Nazri dipecat daripada UMNO manakala dua cawangan lagi meminta agar menteri itu disingkirkan daripada Kabinet.

Menurutnya soal berkenaan tidak dibahanskan langsung.‘‘Kami tidak pernah meluluskan usul itu sebagaimana yang disiarkan dalam kebanyakan akhbar semalam,” katanya.- 28/8/2006

--------------------------


Usul pecat Pemuda UMNO Kubang Pasu tidak jejaskan Nazri

Datuk Seri Nazri Aziz tidak peduli pada usul Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, Kedah Sabtu yang meminta beliau dipecat kerana merasakan tidak menjadi sebarang kesalahan baginya mempertahankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan dari kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebaliknya menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang "bodoh" dan "keliru."

Katanya Pemuda UMNO bahagian itu sepatutnya meluluskan usul meminta bekas Perdana Menteri agar tidak lagi mengkritik Abdullah dan kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Nazri tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana mempertahankan Perdana Menteri mengikut "caranya tersendiri" setelah beliau merasakan perlu berbuat demikian kerana "terasa" dengan kritikan yang agak tajam.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usul itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar sayap parti itu.

Nazri yang merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gelang Patah Ahad berkata perlembagaan UMNO tidak menyatakan bahawa bersikap kurang ajar terhadap bekas pemimpin merupakan suatu kesalahan yang boleh dibuang parti.
Persidangan perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu dalam mesyuaratnya Sabtu telah meluluskan usul memecat beliau daripada mengganggotai UMNO dan jawatan kabinetnya berikutan kenyataannya yang disifatkan biadap terhadap Dr Mahathir.

Menurut Nazri, pada mulanya beliau tidak mahu bercakap kepada media tentang isu kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah dan kerajaan sebagaimana yang diarahkan oleh Kebinet tetapi kini terpaksa mengubah berikutan tindakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu itu.

Katanya beliau diberitahu bahawa apa yang berlaku semalam adalah Pemuda UMNO bahagian Kubang Pasu tidak meluluskan usul memintanya dipecat tetap

sebaliknya beberapa wakil pemuda bahagian meminta beliau dipecat semasa ucapan penangguhan mesyuarat itu.
Nazri berkata beliau akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Johari Baharum mengenai usul pecat itu.

Najib yang bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kelana Jaya Ahad beliau berkata UMNO tidak semestinya mengambil tindakan disiplin kepada anggotanyaa hanya berdasarkan usul yang dikemukakan pada mesyuarat perwakilan.

Katanya terdapat pelbagai usul dan pendapat yang dikemukakan pada mesyuarat peringkat bahagian tetapi ia tidak semestinya pendapat majoriti dan berkaitan dengan perkara yang bertentangan dengan disiplin parti.

"Setakat ini hanya pendapat persidangan Pemuda, tidak semestinya apa yang diusulkan oleh bahagian...tidak semestinya tindakan disiplin diambil. Pada pendapat saya, tidak ada keperluan untuk diambil apa-apa tindakan terhadap Nazri," katanya.

- 27/8/2006

--------------------
Pemuda Umno Kubang Pasu meluluskan usul pecat Nazri Aziz

Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kubang Pasu Sabtu meluluskan usul tanpa bahas daripada lima cawangannya supaya memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz daripada Umno kerana mengeluarkan kenyataan yang mereka dakwa sebagai keterlaluan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Usul itu dikemukakan oleh lima cawangan pergerakan itu, iaitu
cawangan Kampung Padang Pasir, Kampung Darat, Kampung Padang Halban, Kampung Lembah Arang dan Kampung Baru Batu 7.
Dua lagi cawangan iaitu Kampung Wang Perah and Taman Mahsuri mahukan Nazri dipecat daripada jawatan menteri yang disandangnya serta meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada bekas Presiden Umno itu.

Pergerakan Pemuda UMNO cawangan Kampung Belukar/Bendang Cherok pula mengusulkan supaya tindakan tertentu dikenakan terhadap Nazri berikutan kenyataan itu terhadap Dr Mahathir.

Bernama melaporkan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu, Zulkifli atau Mohd Ros Ahmad berkata, usul itu dibangkitkan kerana cawangan-cawangan tertentu dalam pergerakan tersebut amat menyanjung tinggi jasa Dr Mahathir.

Pada masa yang sama, pergerakan itu turut melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang sentiasa komited dalam tugasnya dan menyambung tugas Dr Mahathir secara berkesan walaupun dengan pendekatan yang berbeza, katanya.- 26/8/2006


Semuga ingatan pemuda UMNO Kubang Pasu kembali segar dan dari 5 hingga 7 cawangan yang BERANI BERUBAH pada 2006 dahulu kini telah bertambah kepada suatu angka yang dapat memberi lebih pencalonan kepada DMM sehingga boleh memenangkan beliau dengan selesa diKubang Pasu.


WAHAI Pemuda UMNO KUBANG PASU, letak sebentar sejarah membanggakan kamu mengenai TDM dalam kantung memori kamu. Tapi binalah kesedaran ANDA terhadap perlunya kita BERANI BERUBAH bagi menyuntik udara politik yang lebih segar. AURA yang semarak menyelubungi semangat kita adalah AURA yang

wajar dikekalkan oleh seluruh warga Pemuda UMNO agar usaha kita untuk menarik kembali minat golongan muda Melayu kembali kepangkuan UMNO. Hapuskan gejala rasuah yang jika berterusan akan menguburkan terus UMNO dari persada politik tanahair. Apakah anda mahu melihat tiada lagi satu Siasah yang sentiasa mempertahankan hak Ketuanan Melayu lenyap menyembah sejarah hanya kerana rasuah dalaman telah menjadi permainan biasa dalam UMNO? Golongan terdahulu yang mengganggap tanpa mainan rasuah, maka tidak boleh memenangi sesuatu kedudukan harus dilupuskan dari kitab peraturan tanpa buku setiap diri yang mahu melangkah menjadi pemimpin besar.


ANDA AKAN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA PADA PETANG24HB OKTOBER 2008 NANTI, HARAPAN AGAR AURA BERANI BERUBAH SEMARAK DISANA.


CALON KETUA PEMUDA YANG BERANI BERUBAH:


SAUDARA AMINUDIN(PAKTAM)


CALON NAIB KETUA PEMUDA YANG BERANI BERUBAH:


SAUDARA RAHMAN



AKHIRUL KALAM.... WAHAI PEMUDA KUBANG PASU, TUNJUKKAN YANG ANDA INGIN BERUBAH DENGAN BERANI UNTUK BERUBAH DENGAN MEMILIH DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR SEBAGAI KPUM!!!


TIADA KATA SECANTIK BAHASA,
TIADA GAMBAR SEINDAH LUKISAN


Tadi petang, aku yang hadir kedewan atas rasa sayangnya aku kepada UMNO pulang awal, selepas jamuan makan, lebihkurang pukul 1.30ptg. Aku bergegas kerana hendak meng up-date blog aku ini. Pukul 5ptg, aku sms seorang kawan untuk mengetahui keputusan mengenai G2 dan Alhamdulillah, 'colleague' aku dicawangan yang juga masih lagi NKPUC telah mendapat kepercayaan dari perwakilan untuk mewakili PUJ ke PAU nanti.

Sejarah bakal dicatat oleh saudara Izham Din dan seorang lagi untuk pertama kali menjadi orang-orang yang bertanggungjawab bersama-sama G2 yang lain untuk mencorakkan masa depan Pemuda UMNO Malaysia.

TAHNIAH SAUDARA IZHAM DIN

yang berjaya dalam misi kami bersama untuk menjadi G2 yang InsyaAllah akan mengundi DMM sebagai KPUM dan secara otomatis sebagai KPBN. Diharap seorang lagi pasangan beliau tidak mengkhianati mandat PUJ yang mahu DMM sebagai KPUM dan KPBN

BERANI BERUBAH!!!!

Semua ini kita lakukan kerana..................

KITA SAYANG UMNO

KEPUTUSAN TERKINI:
DMM 54 PENCALONAN.

Ini adalh keputusan semasa pengundian secara terbuka(angkit tangan):

Calon KPUM:

1. YB DMM - 135 -Menang

2. YB DSKT- 56

3. YB KJ - 29

Calon NKPUM:

1. YB DRIBP - 139

2. Sdr. RMNM - 23


Sebelum selesai mesyuarat PUJ tadi, soksek-soksek disekeliling aku ialah kegusaran ahli-ahli akar umbi mengenai peranan KPUB, NKPUB dan G2(wakil) yang bakal dipilih untuk membawa mandat dari PUJ ke PAU nanti. Rata-rata mereka berharapa wakil tidak akan belot serta mengkhianati terhadap kehendak ahli akar umbi yang mahukan DMM menjadi KPUM yang juga KPBN.

Kerana itulah sebelum ini aku menyarankan peranan G7 dlm pemilihan bahagian dan G2 dlm pemilihan PUB hanya boleh membawa apa yang telah dimandatkan oleh perwakilan cawangan kePAU. Kuasa untuk mengubah mandat ini sepatutnya tidak diberi kepada wakil. Disinilah bermulanya perbuatan paling hina dalam politik. Ramai ahli politik yang seumpama pelacur. Malahan kata kawan aku, pelacur lebih mulia kerana jika di'booking' dia tidak akan menerima tempahan baru sebelum tugasannya selesai dengan orang yang telah menempah mereka. Tetapi mereka yang terpilih dan diberi kuasa dibahagian untuk ke PAU ini akan menerima kesemua sogokan dan memilih sogokan yang terbesar untuk diberi undi. Inilah yang telah sekian lama mengucarkacirkan politik UMNO sehingga menjadi bahan lelucon rakyat luar samada yang tidak berparti, mahupun dari kalangan pembangkang.

Nasihat saya kepada wakil, halal haram didalam Islam adalah sama juga dimana-mana, luar politik atau dalam politik:

WAHAI PEMUDA!!! BERILAH NAFAS SEGAR BERWAJAH BARU YANG LEBIH MURNI DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN UMNO. APA-APA KEBURUKAN YANG TELAH BAPA-BAPA KITA LAKUKAN DAHULU MARILAH KITA SEGERA HINDARI SEPERTI POLITIK WANG, DIMANA MARUAH KITA BOLEH DIBELI BAGI MENDAPATKAN KEDUDUKAN DAN KUASA.

Aku kata ni sebab............
AKU SAYANG UMNO.

Aku tiba agak lewat tadi kedewan sebaguna Guar Chempedak. Ucapan oleh pengerusi merangkap setiausaha pergerakan Pemuda sedang berlangsung. Tidak terus masuk kedalam dewan, aku bertawaf satu pusingan untuk 'rekki' lokasi sekutu dari cawangan aku. Setelah pasti bahawa mereka ada dalam dewan, barulah aku kluarkan kamera cap ayam aku untuk mengambil gambar-gambar yang difikirkan sesuai dan bernilai.

Setelah ucapan panjang lebar dari KBUJ yang akan berundur selepas mesyuarat bahagina nanti, saat yang dinantikanpun tiba, dimana perwakilan bersetuju untuk mengundi calon PUM dahulu kemudian barulah PUB. Sebelum itu aku dimaklumkan bahawa beberapa sahabat dari mykmutara ada digerai berhampiran oleh NKUC aku. Bergegas kesana, memang dia org tengah rancak bersembang mengenai senario semasa pemilihan kali ini. Masing-masing mengakui aura yang menyelubungi mood marhein pemuda UMNO adalah berpihak kepada DMM. Manakala NKPUM juga tertumpu kepada YB Dato' Razali Ibrahim, MP dari Batu Pahat.

Gambar-gambar akan aku update kemudian, InsyaAllah.

Tiga slogan (tag line) diatas mewakili 3 calon yang akan bersaing untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Ketau Pemuda BN.

1. Dato' Mukhriz memilih slogan BERANI BERUBAH. Pada aku slogan ini begitu 'catchy' dengan seluruh akar umbi termasuklah ahli-ahli Pemuda UMNO peringkat akar-umbi. Bermula dengan slogan ini, aku percaya satu suntikan semangat telah dapat dijelmakan dalam setiap sanubari akar-umbi Pemuda khasnya dan seluruh ahli UMNO amnya. Dengan slogan ini selepas ini akan dapat mengembalikan keyakinan orang-orang Melayu kepada UMNO yang telah terhakis terutamanya kepada saluran 3. Doaku agar orang yang mencipta dan mendokong slogan ini menjadi pilihan majoriti perwakilan Pemuda nanti dan dapat mengetuai Pemuda UMNO dan BN bagi melangsungkan semangat BERANI BERUBAH dan Melayu kembali menyokong gagasan UMNO bagi terus menjadi teras kepada BN.

2. Dato' Sri Khir Toyo memilih Pemuda Berani sebagai slogan yang pada aku nampak agak eksklusif kepada Pemuda sahaja. Namun ternyata kekuatan sokongan dari Pemuda Bahagian tetap ada untuk beliau, semuga melepasi had kelayakan untuk bertanding. Selamat Maju Jaya.

3. Saudara Khairy Jamaludin pula bagi saya telah dan amat silap memilih slogan. Slogan beliau yang berbunyi(amat retorik bunyinya) "Setiakawan" bukan sahaja insklusif(sebagaimana diakui oleh beliau sendiri, malahan juga amat tinggi nilai eksklusifnya. Slogan itu bagi saya menjadi satu benteng yang menjarakkan beliau dnegan golongan akar umbi seperti yang Pemuda akar-umbi rasakan selama ini. Slogan itu hanya menjadi penterjemah yang amat jelas sikapnya dalam Pemuda UMNO. Hai........entah siapalah yang mengilhamkan slogan yang sebegitu insklusif dan eksklusif. Setiakawan tersebut memberi bayangan kepada aku bahawa memang ujud "inner circle" yang begitu taksub memperopogandakan diri beliau sehingga tidak dapat disembunyikan keserlahan strategi beliau. Pada aku degan keputusan terkini menyerlahkan lagi apa yang aku sangsikan. Jika ditanya aku, aku memilih untuk beliau hanya memberi fokus pada portfolio beliau sebagai MP Rembau sahaja. Mulakan langkah kembali dengan perlahan-lahan dan dari bawah @ dari A sebelum pergi ke B dan seterusnya........

Esok adalah hari dimana Mesyuarat Pemuda UMNO Jerai akan diadakan di Dewan Sebaguna Guar Chemepdak pada sebelah pagi. Nampaknya Ketua dan Naib Ketua tiada persaingan, tahniah kepada mereka berdua, iaitu Sdr Bassori dan saudara Zulkifli. Jadi debaran pemilihan pada peringkat Bahagian tidaklah terasa langsung. Hanya pada peringkat AJK Pemuda sahaja yang ada pertandingan bagi mengisi barisan yang akan menyokong kepimpinan Pemuda UMNO Jerai.

Dan bagi sdr Izham Din(Naib Ketua pemuda UMNO Guar Chempedak) yang hendak menawarkan diri bagi mengisi G2 Pemuda Jerai ke PAU nanti diharapkan beroleh kepercayaan dari perwakilan Pemuda UMNO Jerai. Anda adalah wakil kepada suara "DARE TO CHANGE"!!! ahli-ahli pemuda UMNO Guar Chempedak khususnya dan Jerai keseluruhannya!!!

Dan aku berharap agar para pewakilan Pemuda yang mendapat kepercayaan cawangan agar memberi undi anda kepada mereka yang anda rasa layak untuk memperbaiki imej pemuda UMNO pada peringkat Nasional. Anda mesti BERANI BERUBAH.

Pemuda-pemuda UMNO Jerai sepatutnya melihat disekeliling mereka, melihat kecenderungan laiun-lain Pemuda Bahagian yang telahpun mengadakan mesyuarat mereka, terutama diKedah!!! Kemanakah perginya undi para perwakilan. Diharap perwakilan Pemuda UMNOI Jerai juga BERANI BERUBAH!!!. Tidak semestinya mereka yang ada jawatan di peringkat Pemuda Bahagian sahaja yang layak untuk bertanding G2, yang berada dicawangan juga layak kerana turut membayar yuran dan turut mempunyai wawasan.

Moleklah rasanya aku perlu juga mengimbau senario semasa kedudukan dua kerusi teratas, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang juga secara gear otomatik presiden BN dan Tim. Presiden BN.

Tidak banyak yang hendaka kau perkatakan kecuali lega dan redha jika DSNTR bergandingan dengan TSMY. Semoga wawasan menuju kemajuan akan terus dipacu sebaik sahaja mandat penuh dari seluruh warga UMNO diberi kepada mereka berdua, kerana pada pandangan aku Malaysia telah dianjak secara mundur oleh paklah sekurang-kurangnya 15tahun kebelakang. Satu kuasa pecutan bersepadu oleh seluruh rakyat diperlukan oleh bakal pemimpin kita untuk menganjakkan semula politik dan ekonomi negara kearah hadapan yang positif.....hmmm ada saki baki lagi yang perlu dipelawa ketepi dari arus perdana politik tanahair bagi meletakkan kembali negara kelandasan yang selesa bagi seluruh rakyat!!!

Dari forum mykmu-malaysiakini:




Wow!!! baru jer CnP result dah dapat result baru:

Kelmarin aku menghadiri 2 rumah terbuka kawan-kawan. Terima kasih Duke of UMNO, terimakasih Wan Joe.

Yang satu tu aku hadir pukul 4.30ptg. Satu lagi pukul 10mlm.
Yang satu tu ahlul mykmutara. Satu lagi bisnesman yang menjalankan perniagaan yang 95%dikuasai oleh orang Cina iaitu perniagaan berasaskan aluminium dan kaca.

Pada kedua-duanya aku ucapkan terimakasih. Sunyi pula rasanya tanpa rumah terbuka oleh ahlul politik, almaklumlah takut menjadi sentuhan kecundang.....nanti disqualified pula.

Berbalik pepada Wan Joe, aku kenali beliau dengan agak lama juga, tak kurang dari 13tahun. Dari mula dia bekerja dengan tokey, kemdian tu berkongsi dengan tokey dan akhirnya jadi tokeh. Nyata tokey simata sepet yang dia tumpang belajar tidak lokek untuk mencurahkan ilmu, kerana wanjoe sendiri begitu komited untuk mendapatkan kemahiran.

Sekarang bagi aku wanjoe bolehlah dikategorikan sebagai usahawan yang sedagng meniti kejayaan, InsyaAllah. Dapat juga aku menambah kenalan malam tadi, dengan seorang tokey plaste siling dan tokey perabut. Mereka-mereka itu juga menimba pengalaman dari tokey sebelum menjadi tokeh. Bukan senang nak mahir dan menguasai sesuatu bidang.

Ini tidak, dok tak duduk tetiba melantun(dilantun?) menjadi Naib Ketua Pemuda, tak boleh cabar, biar dia dapat......rezeki terpijak. Kuat sungguh dia na!!! Patutnya dia kena ambil iktibar dari kawan aku yang bernama wanjoe yang berbelas tahun menimba pengalaman sebelum mengangkat diri menjadi tokeh, dan bila menjadi tokeh, kedudukannya teguh. Dan sikap merendah dirinya menjadikan aku selesa unutk meneruskan hubungan niaga dengannya.

Untuk Duke of UMNO anda ada misi besar yang perlu diterjemahkan dalam perjuangan ini. Kekadang tu yang nampak serupa tak mestinya SAMA.........


SAMBUTLAH SERUAN INI WAHAI PERWAKILAN PEMUDA UMNO:

ANGKATLAH

DATO' MUKHRIZ MAHATHIR
SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
DAN
KETUA PEMUDA BARISAN NASIONAL

BERANI BERUBAH!!!


G2

Dalam kesempatan ini, aku ingin memaklumkan bahawa salah seorang ahli Pemuda Cawangan aku, iaitu Cawangan Guar Chempedak, iaitu Saudara Izham Din, yang juga Naib Ketua Pemuda Cawangan(Ketua Pemuda ialah Hasmuni Hashim) telah menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Perwakilan G2, kePAU nanti.

Dalam cawangan, dia adalah seorang yang vokal dan idealis. Sentiasa berusaha yang terbaik, tidak memburu jawatan(dulu, masa aku dia dok tang Naib, bila aku menopause, dia tetap dok di Naib, bagi laluan kepada ahli pain untuk ketuai Pemuda Cawangan). Seorang yang tajam dari segi penilaian(sebab dia ni Jurunilai)* Sapa nak buat nilaian lepas ni boleh jumpa aku dulu sebelum aku bawa jumpa dia....he he he(selingan jer)

Jadi kepada sesiapa yang terpilih keMesyuarat Pemuda Bahagian Jerai, sokonglah Sdr Izham Din untuk menjadi salah seorang G2 ke PAU08 nanti. Tak berjawatan di Pemuda Bahaghian, tetapi sentiasa aktif menggerakkan agenda, terutamanya agenda sukan bolasepak bersama Pemuda Bahagian.

DAN YANG PALING PENTING:

BERANI BERUBAH!!!
BERI PENCALONAN ANDA KEPADA
DATO'MUKHRIZ

TUN DR MAHATHIR SEBAGAI
KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
DAN JUGA
KETUA PEMUDA BN

Kedua-dua mereka adalah calon yang telahpun layak untuk menawarkan diri sebagai KBUBJerai. Sapa tahu dengan jelas kedudukan sokongan dari cawangan-cawangan yang bermesyuarat supaya memberi komen berhubung dengan sokongan mereka?

Semuga apa yang aku denganr dan baca tadi bukanlah MIMPI. Saat-saat sebagai marhien UMNO yang inginkan suatu perubahan yang ada impak positif yang aku dahagakan sepanjang tempoh selepas PAU08 yang lalu akhirnya menjadi kenyataan hari ini. Tak perlu tunggu, tak perlu risau.

Akhirnya aku dapat menghela nafas yang lepasbebas, sekuat dengusan kerbau yang tengah 'piantan biang'. Nafas ku hela dari hidung yang kembang, sekembang hidun Faizal bin Ismail(FBI) yang germa melihat drumstick Fafau....he he he....

Berbaur dengan perasaan gembira yang hampir mengalirkan air mata. Air mata yang tak sama ketika dialirkan semasa pengumuman perletakan jawatan PM oleh TDM.

Gamaknya ESOK boleh jadi TDM akan sertai UMNO semula. Hushhh... aku hampir-hampir nak keluar dari UMNO sat spt TDM, tapi tak jadi sampai hari ni.....sebab?

AKU SAYANG UMNO!

Doaku semoga UMNO kembali kukuh sebagai pemimpin kepada BN dan Malaysia!!!

Dan in bukanlah satu lagi keputusan flip-flop dari paklah, tetapi keputusan muktamad tanpa talian hayat!!!

Apa ni??? Skrip drama atau filem Tamil ni? Kenapalah mereka ni sanggup menjadi kuda tunggangan kepada pemimpin yang berkepentingan sehingga tidak kira masa.....tidak ada PEMA! Juga tidak beradat dan tiada sensitiviti dalam memahami budaya dan agama aum-kaum diMalaysia ini........hmmm benarkah begitu atau mereka sengaja dan berniat begitu??? Yang balachi tu mungkin hanya sekadar hadir kerana diupah dan diumpan.

Hati siapa yang tak sakit bila majlis yang sepatut menjadi majlis muhibbah dikotori oleh najis politik??? Betul aku tidak suka dengan paklah, betul juga aku tidak suka dengan kj, tetapi tindakan si penyokong kasta terendah dari hindraf ini amat aku tidak sangka dan amat melukai perasaan aku termasuklah isteri dan anak-anak aku!!! Aku tergamam, emak aku hiba, isteri aku terkedu anak-anak aku terpingga-pingga!!! Beginikah sikap yang perlu dipupuk dalam masyarakat??? Betul, masing-masing wajib mengenengahkan masaalah bila ada masaalah. Platfom??? HOI!!! majlis rumah terbuka tu BUKAN platform yang sesuai!!! TAK ADA OTAK ATAU BEDAH KEPALA DAN PINDAHKAN OTAK KELUTUT?BAHLOL TAHAP DEWA!

Yang merancangpun bahlol, yang mengikut lagilah bahlol. Sebab??? pemimpin(layakkah?) yang diamanahkan rakyat untuk menguruskan kerajaan la ni LEMAH! Nak turun dari tampukpun pelan-pelan(kan dia banyak pelan). Memang pelan sungguh, teghempon-gehmpon. Yang aku tau nak tughun lazimnya lebih laju dari nak naik. Tapi yang satu ni nak tughun punyalah PELAN, pelan sungguh. Tughunlah cepat sikit, bagi orang yang macam aku ni dapat menyawa lapang sikit.........la ni nak menyawapun rasa tesangkut-sangkut. Apa yang sebenarnya yang menjadi pertimbangan dia hanya Allah sahaja yang tau............

Kepada Hindraf..........hangpa tak dakpun tak pa, banyak NGO yang mewakili kaum hangpa yang lebih berdedikasi dan bermatlamat yang selari dengan kerangka Negara Malaysia ni......

Salam Syawal kepada yang mengunjungi blog ini. Tadi singgah sebentar di zanas, laman kepunyaan sahabat aku, abang ipar lihat dan komen bahawa tarikh tu bukan 31hb Ramadhan bang oiii!!! Hari ni dah 1hb Syawal.

Kesempatan ini aku nak guna untuk mohon maaf dari setiap jiwa yang aku kenal atau tidak. Dah adat kita begitu, iaitu bila tiba Syawal, berebut-rebut kita pakat-pakat mohon maaf sesama kita, walaupun perbuatan memohon maaf itu patut dilakukan pada setiap masa.

1 Syawal ni, aku tak kemana.........balik kekampung dan berkumpul dengan kakak-kakak dan abang-abang ipar serta sanak-saudara. Anak-anak sahaja yang pergi beraya. Aku tak ada mood nak pergi mana-mana Mungkin esok atau lusa baru nak mulakan acara ni.

Pasal hujan, kendiannya mendung menyebabkan mood akupun mendung juga................

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO