SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Tarikh 22/06/2008 hingga 30/06/2008 berlalu begitu pantas. Jedanya selama 8 hari telah Allah isikan dengan bilangan peristiwa yang tidak tergambar jika ingin aku kutip satu-persatu. Dalam tempoh ini juga gelojak untuk aku menulis dalam blog aku begitu bergelora......namun apakan daya, hambatan hidup diluar sana semakin mencabar dan merentap masa aku untuk menarikan jari jemariku diatas papan kekunci, manakala tetikus akupun semakin liar dari aku pada mulanya, namun kembali mesramanja bila mengetahui dan merasai bahang tangan tuannya....tak lah menikus sangat tetikus aku tu.......

Banyak peritiwa telah kabur dari inbox aku, dan tinggal hanya beberapa memori yang masih dapat aku recall.

Dibawah nanti akan aku bahagi kepada beberapa segmen sebagai catatan peribadi dan umum.

Yang umum dulu........

Aku baru sahaja tergerak untuk melayari blog UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO Jerai. Secara ikhlas aku tidak mengenali mereka-mereka yang terbabit dalam pengurusan dan pengendalian blog-blog berkenaan. Secara peribadi kau amat seronok melihat politik parlimen Jerai sudah mula ditumbuhi blog-blog setelah aku memulakannya selepas PRU 12 yang lalu.

Hmmm......jika dilihat blog UMNO Jerai, aku macam terbau sesuatu......
Gambar Tok Mi Ji Lah besaq.......gambaq Tok Bad pula kuncup skit......ada baulah..... Kot-kot,... kot-kot saja ni(ghasa syak dalam ati aku).....blog yang bersponsor kot???? Mengkalu tak sponsor ngan fulus, sponsor ngan smangat......

Blog Pemuda lak macam diurus oleh salah sorang AJK PB UMNO Jerai jer.... tapi kedua-dua blog tu aku nampak agak 'decent'....

Dan aku baru saja dihubungi oleh kengkawan yang sedaq siapa sebenaqnya pemudaujungjulai. Terima kasih atas ingatan hampa. Aku freelance yang tidak memihak kepada sesiapa, tetapi yang betul-betul sayangkan UMNO dari dalam Qalbu aku. Aku adalah rasionalist yang aku tahu dalam politik UMNO tiada tempat untuk aku menapak keatas. Peduli apa!!!

Perjuangan aku adalah kelangsungan dari aruah datuk(tokwan) aku semasa zaman pra-merdeka dah jadi ketua cawangan. Ayah aku yang juga dah aruah juga adalah pendokong kuat Perikatan dan BN. Politik kedua-dua 'senior' aku itu menjadi acuan aku untuk bergerak dan mencorak pemikiran politik aku. Sebab itulah aku agak kritis dalam menyuarakan politism aku. Dan yang paling penting aku tidak suka terikat dan diikat dalam meluahkan pandangan poltik aku.

Yang rapat dengan aku tahu cara aku. Kalah dalam pertandingan?? Kalau orang lain mungkin dah seghot teguih......aku? Dah ku katakan bukan jawatan yang penting, tetapi sumbangan. Ini kata-kata dari marhein seperti aku adalah kata-kata yang diluahkan seiring dengan hati. Bukan kata-kata penuh retorik dari pemimpin yang dah berjayakaya hasil kedudukan politik mereka namun apabila bangun berucap dengan airmata berderai mengaku bahawa dia sanggup bergadai harta dan keringat demi memperjuangkan nasib Melayu UMNO Jerai. Ahli yang miskin, tetap juga miskin......ntah-ntah depa teghuih dok pesiap bungalow anak beranak depa setelah 'Istana' mereka siap berdiri megah diluar kawasan mereka. Tapi oghang lein pula kata, takkan pemimpin nak dok di dangau pula......betul bukan nak suruh dok dangau, tapi tak patutlah pula dok dalam ghumah macam istana......kita bukan raja, bukan sultan. Bersederahanalah.....

Depa yang ghapat ngan calon yang satu lagi tu pula kata, dia tu kaya dah.... belum aktif dalam peringkat tertinggi dibahagianpun dia dah kaya.......betoi....memang dia dah kaya. Tapi kalu dia betandin dan menang, mauka dia balik dok begelumang dengan marhein Jerai? Sapa nak jaga empayar peniagaan dia yang dah menjangkau bilionan dollar tu??? Lagi satu pasai orang-orang yang dok promote calon yang satu lagi ni....rata-rata yang aku jumpa kurang senang dengan personaliti mereka. Jadi calon ni kenalah berhati-hati dengan mereka yang menawarkan diri untuk promote dia tu sebagai KB. Kalu tanya aku??? Calon ni tak payahlah dok pakai orghang tengah untuk promote dia. Keupayaan dan kredbiliti dia dah cukup untuk meyakinkan marhein UMNo Jerai. Harap-harap depa yang dok kalut tolong promote dia tak jadi macam tupai baiki labu......

YB baru di DUN aku? Ada sekali dua saja aku dapat berhubung dengan dia melalui tipon, aku tak tau pasai apa, tetapi sejak dia menang tempoh hari sebelah matapun aku tak sempat tengok dia. Mungkin belum jodoh.....tapi kau ghasa lepaih ni dia kena jumpa juga ngan aku......pemilihan dah dekat. Tu pun kalu cawangan aku pilih aku jadi perwakilan. kalu tak akulah yang kena tipon dia untuk jumpa jika aku ada keperluan, maklumlah rakyat kasta marhien saja....

Tapi secara peribadi aku lebih rapat dengan YB lama yang sentiasa berkincah dengan oghang kampung tak kigha masa.....dan amat sederahana dalam menonjolkan kehidupan beliau kepada masyarakat.

Bab peribadi?......hmm nantilah. Namapun peribadi.

Ini cerita kawan aku. dia memang macam aku juga, berpendirian yang sama macam aku. Dia juga sayang UMNO macamana aku sayang UMNO. Dia tak berjawatan besar dalam UMNO....macam aku juga.... Tetapi dalam dok kalut-kalut pasai kecelaruan politik, namun kesempatan untuk menolong insan kurang bernasib baik sempat juga dilakukan secara beramai-ramai dengan bantuan yang amat bermakna dari salah seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia(EPUM).

Ceritanya begini, tadi baru dia ceritakan pada aku. Dia ceritatupun bukanlah nak apa-apa pablisiti. Dia kata kau nak ceritapun kat blog aku ni, toksahlah dok tonjolkan diri dia. So akupun setuju.

Satu pagi dia didatangi oleh kenalan yang duduk diPPR Paya Nahu yang memang terkenal disini sebagai 'Ghetto Area'. Masalah sosial seperti dadah, rempit, bohsia n bohjan, bersekedudukan, malah apa sahaja gejala negatif, disini kamusnya penuh dengan terma-terma tersebut termasuklah keciciran dalam pembelajaran(KDP).

Jadi, dia kata untuk terma-terma yang lain tu, bukan dia tak berminat, tetapi tak 'peraya' nak buat apa. Bukan tahap dia nak bendung benda tu, tapi bab KDP tu dia amat berminat jika yang KDP tu berminat dan ada daya usaha sendiri. Maka dalam kes ni diapun tolonglah perpanjangkan kepada kawan kita yang dok dalam EPUMtu. Dan-dan Exco tupun bagi respon yang positif. Dan dalam masa 2hari masalah untuk kes itupun selesailah.... Alhamdulillah.....

Dan budak KDP tu yang baru berumur 10tahun(perempuan) dapatlah meneruskan persekolahan atas usaha dan tindakan pantas si Exco ni........ Dan atas usaha peribadi, budak KDP ini disedekahkan satu set alatan persekolahan, manakala kawan dia yang duduk kat salah satu flat diPaya Nahu tupun dengan sukarela membantu dari segi penjagaan budak tu seperti urusan 'transport' budak tu, duit poket persekolahan dan unifom.

Dan EPUM tu pula berminat untuk meneruskan usaha murni ini dan memperluaskan keseluruh pelusuk negara tanpa mengira batasan kaum dan ideologi politik mereka.

Namun apa yang aku harapkan biarlah usaha ini dijalankan diatas platform ikhlas. Baik kawan dia yang dok PPR Paya Nahu tu ataupun EPUM yang cargas tu mahupun sesiapa sahaja yang ingin membantu dalam kes KDP ini...........semuga JEJAK ILMU ini akan mendapat keberkatan dari Allah, InsyaAllah.

BERITA INI DIPETIK DARI BERITA KALIMULLAH HARIAN :

Presiden SAPP bayangkan wakil campuran bebas


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti itu hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai “wakil rakyat” bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan “wakil rakyat” bebas ini terdiri Ahli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah “tidak popular” berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di Semenanjung.


“Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya,” katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung),” katanya.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

“Kita tunggu dan lihat,” kata Yong, yang mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai “campuran wakil bebas”.

“Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar Ahli Parlimen dan Adun, sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang,” kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan Adun Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan “sekumpulan wakil bebas” dalam masa beberapa hari saja.

Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik,” kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini. — Bernama


Natijahnya disini, siapakah yang akan benar-benar terpukul dengan ombak tsunami dari tanah borneo ini??? Aku yang membaca ni pun dah menggigil kegeraman melihat sikap ayah lah yang selama ini seperti menelan ubat tidur yang berlebihan..... ataupun seperti terlebih suntikan ubat kebas.....

Ini yang aku petik dari Malaysiakini:

Usul tidak percaya terhadap PM
Jun 18, 08 2:04pm

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

sapp sabah pc 180608Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

sapp eric majimbunMajimbun (kiri) yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

sapp dr chua soon bui

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

bullet buttonWalaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet buttonKenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

bullet button Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Manakala Majimbun pula dalam kenyataan berkata: "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,s aya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu tidak akan keluar pada masa ini dari BN yang dipimpin oleh Abdullah, tetapi statusnya akan disemak pada hujung minggu ini.

Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan.

"Itulah sebabnya kita perlu membuat segera pengisytiharan tidak percaya kepada PM dan kerajaan, untuk memberitahu kerajaan BN bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang amat serius di Sabah," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu pada jam 2 petang tadi.

Keputusan Jumaat ini?

Pengumuman hari ini dilihat sebagai satu tindakan pertama oleh parti komponen BN itu untuk meninggalkan BN.

"Hari ini hanyalah langkah pertama. Mungkin tidak ada yang melompat sekarang," kata satu sumber.

Sementara itu, tinjauan pendapat dalam blog SAPP juga menunjukkan sikap di peringkat akar umbi mengenai perkara tersebut. Tinjauan itu bertanya kepada orang ramai sama ada parti itu perlu kekal dalam BN, meninggalkan BN tetapi menjadi parti bebas, atau menyertai Pakatan Rakyat.

Daripada 2,052 orang yang melayari blog itu sehingga tengahari tadi, seramai 85 peratus atau 1,749 orang, mahu SAPP menyertai Pakatan, 242 atau 11 peratus (tinggalkan BN dan jadi bebas) . Hanya 2 peratus (61) mahu SAPP kekal dalam BN.


Dan Ini dari Utusan:

SAPP isytihar hilang kepercayaan kepimpinan Abdullah

18/06/2008 4:50pm

KOTA KINABALU 18 Jun - Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Presidennya Datuk Yong Teck Lee berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) lewat menyelesaikan semua isu-isu membabitkan Sabah.

SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.


Nak kata lagiiiii..........MALU MALU MALU!!!!

Bagi memenuhi hasrat pelayar dari UMNO bahagian Jerai, maka akupun membuat satu platform untuk pengundi. Undilah dengan bijak. DIN LANGUT tu aku boh sebagai 'sambal belacan' sahaja. Dan aku nak ingatkan disini, bahawa apa-apa keputusan terhadap undian ini bukanlah gambaran sebenar keputusan terakhir pada Mesyuarat Agung nanti. Sana nanti apa-apapun boleh terjadi, bukan tak tau......perwakilan...maklumlah....

Aku juga akan tutup peti mengundi ni tepat pada pukul 12 tgh malam hari pencalonan(kalau aku dok bejagalah...)

Baru tatsat aku terima panggilan dari seorang rakan seperjuangan. Dia bagitau sudah ujud satu blog yang khusus mengenai UMNO Bahagian Jerai. Sebelum melayari blog berkenaan aku chit-chat dulu dengan dia. Dia dapat tahu dari puteri umno. Dalam blog tu kononnya ada cerita sensasi mengenai calon-calon yang akan bertanding sebagai Ketua Bahagian(KB) sehingga menyebabkan ketua la ni melenting. Akupun 'gagau' melalui injin pencari yang tak pakai apa-apa 'fuel'.....lalu aku jumpa LAH........ alamat dia:

http://coolblog.ws/umnojerai/

Kali pertama aku hadap monitor komputer aku ni aku dapati terpampang diatas sekali bekas Ketua Pemuda yang juga AJK bahagian, seorang ahli perniagaan bertaraf 5 bintang yang amat berjaya dan dikenali oleh kasta koporat dan elitis UMNO. Bagi bahagian kami, kami juga amat mengenali beliau. Jika konpom, inilah kali kedua dia akan bertanding menghadapi KB yang dah lama dah........dok di 'bangku' tu.

La ni pun aku dok selak sat blog tu lepaih tu aku gostan balik mai blog aku untuk terus menulih. Kalau mengikut kedudukan berita yang awal ini, aku dapat tafsirkan bahawa blog ini adalah diujudkan oleh penyokong Dato' Suhaimi Abdullah (DSO).

Kiriman yang pertama ialah pada 3hb June(selamat berblog kpd beliau) mengenai hasrat untuk mendapatkan undi dari voters terhadap calon2 KB iaitu DB dan DSA. Aku? Aku dah undi. Dah lama dah...... undi sulit, pasai kat situ suruh undi tapi tak bolehpun!!!!

Tapi sapa yang tak tahu stail UMNO Jerai, ini aku nak ceghita skit.... DiJerai, angin taufan tak penah ada, angin putin beliungpun tak penah langgaq UMNO Jerai.......yang ada angin sepoi-sepoi tak reti bahasa. Sapa yang dok buat pasai nak lawan KB atau berlawan arus dgn KB akan dipuput secara sepoi-sepoi sehingga padam...... atau aku boleh umpamakan seperti pokoknyok yang dicantas puncaknya, lalu ditebuk spt kawah lalu dituang minyak atau racun, kemdiannya dibahagian pangkal(ataih sikit pada peghedu) di buang kulit keliling pemeluk lalu dibiarkan mati......pelan-pelan....laih-laih denganq, "Laa.....kawan tu dah ghuyub...". Jerai tak seperti Merbok, tak seperti Sg Petani. Disana kasaq. Siap ribut, siap putin beliung...kalau sapa ada sora deghaih, ghajin dok tongkah aruih, sahih boleh dok lama dalam kepimpinan. Tu yang bila DUN Gurun dighenjak masuk keParlimen Jerai, ghamai pemimpin depa seghot. Kawan aku sorang tupun seghot. Aku tanya pasaia apa hang seghot. Dalam Merbok dulu Daimpun hang seghengam..... Dia kata aku kalah dengan angin sepoi-sepoi.....sejuk tak dapat dijangka...

Awat sihat ka lagu tu? Pemimpin yang di'cipta' diperingkat AJK bahagian adalah kekal dengan ciptaan sebegitu. Sampai takat tu. Siapa-siapa yang ditonjolkan sebagai AJK Bahagian kena restu bahawa itulah sahaja pangkat mereka dalam Bahagian Jerai. KB akan menggunakan apa sahaja strategi untuk terus duduk dibangku terataih dan yang lain-lain hanya layak duduk di bangku simpanan.

Tetapi dengan senario yang ada, secara peribadi aku memang berkehendakkan UMNO Bahagian Jerai diterajui oleh orang lain yang boleh membawa angin segar pembaharuian dalam politik UMNO khususnya UMNO Jerai. KB la ni dah dua kali kalah dah..... pengundi golongan muda dan pengundi kaum lain terang-terang menolak beliau. Itulah yang aku fikir.........

Dan menariknya bangku-bangku yang duya lgi tupun akan ditandingi khabarnya..... iaitu TKB dan NKB. Siapa mereka????


Kelamarin ada kawan sms aku bertujuan untuk memperpanjangkan jemputan oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir untuk hadir dalam majlis tahlil dipadang sera. Antara agenda dalam majlis tahlil itu ialah ucapan DMM yang aku percaya berunsur politik.

Secara peribadi aku tidak setuju. Namun aku tidak pula menolak sekiranya disetiap majlis yang membawa kebaikan dimulai dengan doa. Bagi aku menggunakan platform seperti ini adalah kurang wajar, seolah-olah kita memperkudakan yang lebih mulia untuk memperolehi faedah yang lain.

Atas tidak kesetujuan saya itu, adalah tidak adil jika saya tidak pula memberi pendapat bagaimana yang sebaiknya(pada saya) untuk dilakukan. Seperti yang saya katakan sebelumnya, iaitu jika majlis itu majlis yang membawa kebaikan, just 'straight to the point'. Jika majlis tahlil, biarlah ianya sebagai majlis tahlil, kerana ianya adalah acara keagamaan(?). Dan disusuli dengan pengumuman untu mengadakan hari yang lain dan tempat yang lain satu majlis yang misalnya ceramah politik, biarlah nampak ada 'pengasingan'. Takkan nak letak semua dalam satu poket.... Tetapi jika hendak mengadakan majlis yang menjurus kepada politik misalnya, berpadananlah dengan dimulakan dengan doa.

Cukup pada saya, pihak yang selama ini selesa memperdagangkan agama bagi tujuan politik, tetapi dalam masa yang sama mereka menaburkan kotoran politik atas kemurnian agama. Baik PAS mahupun Hadhari.

Lagi pula bekenaan tahlil(arwah?) ini pada aku ujud kesamaran dari segi syari'ah.

Kesimpulan: Sokongang aku Terhadap DMM sebagai calon KP UMNO Pusat TATAP tidak berubah. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!Hidup TDM!!!, Hidup DMM!!!.

*Anda boleh bersetuju dan tidak bersetuju.



Rasanya hari ini aku ada masa sikit untuk tulis mengenai pertemuan tertutup YB Ismail Sabri dengan kononnya NGO belia dan sukan Negeri Kedah.

Apa yang dapat aku kutip ialah mengenai hala-tuju kementeriannya yang amat penting bagi menarik kembali golongan saluran 4, bukan budak kanyiaq tingkat 4.

Yang menarik ialah:

1. Golongan belia Melayu yang tidak hiraukan lagi Ketuanan Melayu seperti yang terdapat dala m dasar kesihatan negara, pendidikan negara, pengagihan projek bumi/nonbumi dan lain-lain lagi yang berkaitan keistimewaan orang Melayu/bumiputera.

Soalannya mengapa? Dia sendiri tidak boleh/mahu menjawab. Hanya melontarkan soalan. Tidak mungkin seorang yang bertaraf menteri tidak dapat mengupas kecenderongan orang muda ini. Pada saya ianya mudah dan jelas, kerana golongan muda bukanlah golongan yang kompleks seperti kanak-kanak ataupun orang tua yang tidur bangun mereka dalah politik. Begini, golongan ini adalah antara golongan yang tidak benar-benar merasai apa itu kelebihan sebagai rakyat bumiputera Malaysia. Mereka bukannya kontraktor, mereka bukannya pembekal kepada kerajaan, mereka hanyalah samada golongan bawahan yang tahap SPM bekerja dikilang-kilang yang tiadapun keistimewaan kepada bumiputera. Begitu juga golongan yang mempunyai tahap pelajaran tertiary, mereka juga kebanyakannya bekerja dengan syarikat yang tidak meninjolkan apa-apa status bangsa, yang hanya mengiktiraf meritokarasi dalam organisasi mereka. Tambahan pula dengan semakin kurangnya pelajar melayu yang mendapat kemudahan biasiswa, maka itulah mereka tidak lagi mengerti apa itu keistimewaan sebagai bumiputera ataupun merasai kelebihan dengan adanya taraf itu pada mereka.

Golongan yang amat merasai aya yang YB Ismail rasa ialah mereka-mereka yang 'berniaga' dengan kerajaan. Mereka inilah yang berasa tergugat. Meraka inilah yang resah gelisah. Mereka inilah yang gundah gulana. Bedudak apedehal...........


2. Bilamanpula disentuh mengenai kelesuan pada tiap-tiap aktiviti sukan ayng dianjurkan oleh pertubuhan belia, yang juga menjadi tandatanya kepada yb Ismail, pada saya juga ada jawapannya. Apabila pertubuhan-pertubuhan belia dan pertubuhan-pertubuhan sukan ini disuntik dengan kehadiran orang-orang yang gila berpolitik tidak kira pema dalam kepimpinan mereka, mereka jadi jemu, jadi meluat, jadi yorn....... Mereka-mereka merasakan pemimpin-pemimpin ini hanya menjadikan pertubuhan mereka sebagai 'jumping stone' untuk mendapatkan mileage politik. Lalu penghayatan dan pengorbanan mereka bukanlah ikhlas semata-mata kerana belia dan kerana sukan.

Walaupun terdapat banyak desakan dan syor-syor supaya badan-badan ini diurus oleh mereka yang berkebolehan serta berpengalaman serta tidak terlibat secara aktif dalam politik peringkat kepimpinan, baik diperingkat bahagian, negeri mahupun pusat. Biarlah belia-belia yang menyertai pertubuhan-pertubuhan ini dapat merasakan angin segar tanpa 'bau politik'.

Tadi baru sahaja selesai pertemuan secara santai antara menteri belia dan sukan, YB Ismail Bera yang menggantikan Miss Azalina Othman yang bertukar kementerian di Kelab Cinta Sayang SP dengan beberapa 'NGO' Kedah.

Aku tak pi, 'kawan' aku yang pi sana. 'Dia' bagitau nampaknya owang politik yang ghamai(tak berapa ramai). Perjumpaan secara tertutup. Yang tertentu saja dijemput. Tu yang aku tak pi tu, walaupun aku dapat tau tengahari tadi.

Pengerusi pertemuanpun orang UMNO Merbok, Ucapan aluanpun oleh UMNO Jerai(Bang Bad hang). Esok kawan kau janji nak bagi gambar. Esok baru aku boh gambaq. Sikit saja. Pasai? Pasai diapun sentuh sikit saja pasai politik. Nanti banyak-banyak, dia kata hangat pula.

Nantilah, esok aku sambung lagi.....

Harga minyak mentah dan siaproses yang gila melambung menyebabkan aku menjadi pemburu sejarah. Apatahlagi bila ada rencana-rencana picisan didalam berita arus perdana yang ternyata sipenulisnya menghasilkan sesuatu kerja taraf sambilewa hanya sebagai menyahut 'work order' dari ketua editornya barangkali. Dan tulisan seorang professor dalam rencananya juga hanya mengambil sepintas lalu isu bahanapi alternatif(juga didlm Berita Harian hari ini)

Apabila diselak-selak lembaran sejarah, rupa-rupanya pada tahun 1806 lagi telah dibangunkan sebuah engine yang menggunakan kombinasi hidrogen dan oksigen oleh Francois Isaac de Rivaas.

Maknanya memang ada usaha sejak dari dulul lagi enjin yang menggunakan kuasa air(bukan stim) telahpun diusaha, malangnya mungkin kerana kepentingan keuntungan perniagaan, maka enjin seperti ini tidak diberi galakan kerana tidak menguntungkan pengusaha.

Manakala bila aku melawat wikipedia untuk search mengenai 'water fuel engine', aku terkejut dengan cara penyampaian yang penuh dengan prejudis terhadap ciptaan stan meyer. Bagaimana mereka mempersoalkan ketulinan ciptaannya. Aku tidak kisah mengenai bahan yang digunakan. Tetapi fokus penggunaan air sebagai 'fuel' telah cuba diherotkan oleh wikipedia sendiri.

Inilah antara yang disebut dalam wiki:

Applications - Claimed

[edit] Automotive

Oxyhydrogen is often mentioned in conjunction with devices that claim to increase automotive engine efficiency. See water-fuelled car

Many of these claims, prima facie, violate the Law of conservation of energy. See Conservation of energy and Electrolysis of water:Efficiency. To date, all of these claims have been fraudulent.

Dan bila aku cuba google nama daniel dingel dalam wikipedia, langsung tidak dapat dikesan, walhal, dia telahpun 30tahun tidak menggunakan petrol untuk menghidupkan enjin keretanya!!! Nampaknya wikipedia juga tidak terlepas dari kawalan tangan-tangan ghaib!!!

Inilah komen dari mereka yang berperasaan seperti saya:

Water Is The Fuel of The Future!

Let me ask you...

"Microsoft came out of nowhere, came out of the garage, so why not hydrogen technology."

Its sad that this information is filtered and controlled, but then again, THANK YOU INTERNET!

The Time has come for this technology... and you can run your car on water today at a very reasonable set-up cost.

Click Here to Discover How to Start Saving Gas TODAY!

Water is the safest and cleanest fuel in the world.


SEBAR-SEBARKAN!!!!

Rentetan dari tulisan saya mengenai kehebatan air sebagai bahanapi untuk menghidupkan enjin/jentera, maka saya amat berharap seluruh rakyat Malaysia membuka mata kepada kuasa air yang Allah jadikan untuk menghidupkan seluruh makhluk dibumi.

Terjemahan dari AlQAuran(terjemahan):

30:24. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah Dia memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan dari langit air, dan Dia menghidupkan bumi setelah ia mati. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memahami.

41:39. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa kamu melihat bumi tunduk; kemudian, apabila Kami menurunkan air kepadanya ia bergetar dan menggelembung. Sesungguhnya yang menghidupkannya ialah Yang menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Lihatlah bagaimana ayat-ayat yang juga tanda-tanda kebesaran Allah sebagai satu medium kuasa menghidupkan makhluk(ciptaan)Nya.


HELLO PETRONAS!!!!

HELLO PROTON!!!

Sementelahan duit masih ada dikantung, silalah gunakan ianya sebijak mungkin. Binalah enjin yang boleh diperjalankan dengan menggunakan air sepenuhnya. Sistem penyejukan enjin buat masa yang terdesak ini, bolehlah dikekalkan dengan menggunakan minyak silinder sediaada, begitu juga bahagian-bahagaian sendi, bolehlah terus kita gunakan minyak mineral sehngga kedapatan bahan alternatif seperti minyak dari tumbuhan.

Matlamat sekarang ialah meminimakan penggunaan minyak mineral yang disedut dari perut bumi!!!

Saya amat terharu dengan kata-kata daniel dingel bahawa apa yang dibuatnya adalah sebagai sumbangan kepada jagat dan mendedikasikan usahanya untuk rakyat filipina, buakn untuk kantung semata-mata seperti rombongan-rombongan koporat dari eropah dan asia yang melihat dari sudut keuntungan semata-mata.

Persetankan plan yang telah diaturkan oleh siIblis Yahudi dan Syaitan Amerika yang cuba terus-terusan memomokkan manusia jahil bahawa hidrogen merbahaya dan boleh mencetuskan letupan walaupun tangki yang kukuh dibina untuk menyimpan gasnya bagi tujuan menggerakkan enjin. Buat apa tangki hidrogen? Baldi yang tertutuppun boleh menghasilkan dua unit gas hidrogen dan satu unit gas oksigen. Kenapa kita hendak membiarkan diri kita dobodoh-bodohkan oleh momokan yahudi dan amerika? kecualilah kita terus TIDO dan MAMAI.

Bangun!!!!Bangun!!!Bangkit!!!Bangkit!!!!


SEBAR-SEBARKANLAH KESEDARAN INI!!!!





Hari ni aku tak mau tulih pasai politik. Dah meluat bercampur benci dah..... Surat terbuka untuk ayah lah yang terbaru yang aku baca lebih keras dari biasa.....reaksinya masih juga macam oghang baghu bangkit dari tido....mamun...

Puas dah dok kheyau kat orang ataih pasai 'free energy' ni. Habaq boleh habaq la.... tapi telinga badak depa mana boleh koggheekk. Tayiek linga depa dah keghaih macam konkrit grade 45 dah....

Hampa kenai dak dengan daniel dingel? hampa kenai dak dengan stan meyer? hampa kenai dak dengan nikola tesla?

Daneil dingle adalah seorang jurutera yang berkerja dengan NASA dan berbangsa Filifina. Beliau telah mendedahkan kegunaan air sebagai bahan api alternatif kepada kerajaan Amerika, tetapi dipendamkan oleh kerana kepentingan minyak yang didominasi oleh yahudi. Stan meyer pula adalah bangsa Amerika yang mencipta engin kereta yang menggunakan 100% air sebagai bahanapi. Beliau telah terbunuh(dibunuh?). Tesla yang hidup diawal kurun ke19, berbangsa serbia, berhijrah keamerika, juga pernah mengenengahkan idea air sebagai bahanapi utama untuk enjin, juga dipendamkan dari pengetahuan umum atas kepentingan dominasi minyak oleh yahudi. Namun ketamakan yahudi kini sudah samapai ketahap maksima dan akhirnya saya percaya sikap ini akan akhirnya menjerumuskan mereka ketahap yang paling rendah dan hina sebagaimana janji Allah!!!

Selepas ini bila rata-rata manusia didunia yang berkenderaan telah menggunakan air sebagai bahanapi, bagaimanakah mereka hendak memonopolinya? Saya yakin Allah sedang mengatur hari-hari akhir kejatuhan harga minyak yang akhirnya ianya bukanlah lagi bahan yang menjadi buruan manusia tamak.

Sila google untuk mengengetahui cerita mereka di:

wikipidia
you tube dan
beberapa site lagi didalam internet.

Jangan biarkan diri terus dibelenggu kebodohan.


Sungguh tertarik aku dengan kiasan yang diberi oleh rais yatim yang dulunya telah membakar jambatan(kayu) dengan UMNO(lama) tetapi kini membina jambatan konkrit bertetulang besi yang lebih kukuh sebagai penghubung antara dia dan UMNO.

Bekas YB yg juga ketua cawangan akupun memberi hujah yang sama semasa aku berdialog bersama -sama dengannya melalui talipon malam tadi. Biasalah..... bekas yb jer....

Kata beliau(dan itu juga yang aku fikirkan, dah lama dahh....) patik-patik yang dikeliling ayah lah terus berusaha dengan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk terus Chong, Gelembong dan Temberang imam mazhab hadhari itu bahawa:

  1. Pengundi yang telah memangkah pr akan kembali memangkah bn pada pru 13.
  2. rakyat dah tak marah lagi dengan ayah lah
  3. cerita umno yang berpecah belah telah kembali bersatu, kerana setiap pengerusi negeri telahpun menyatakan taat setia tak berbelahbagi dengan duli baginda ayah lah
  4. pembangkang dalaman tidak banyak dan raungan mereka semakin serak dan pelahan
  5. ketua2 bahagianpun dah menjunjung duli bahawa mereka tatap badiri teguh dibelakang baginda ayah lah
  6. buatlah apa saja tindakan, rakyat hingaq sat saja, lepaih tu depa diam laaa....
Dan ayah lah terus tersengih mendengar titah patik-patiknya dan memerintahkan agr patik-patiknya terus mencerita yang muluk-muluk saja untuk didengari bagi menjadikan ianya gurindam seloka untuk menidurkan baginda ayah lah.

Dan setelah patik-patik itu mendapati baginda ayah lah TIDO, lalu merekapun bertebaranlah keseluruh kementerian-kementerian bagi menyelongkar segala apa yang boleh diraup untuk anak-cucu mereka 7 keturunan dengan kerjasama menantu baginda yang bermuka dua(atau lebih) sebelum baginda ayah lah bangun dan tersedar. manakala anaknda bagindalah yang mengetuai pakatan patik-patik ini untuk mematuk. dialah raja patuk, patik-patik tu hanya dapat patuk seghedak saja, tapi seghedak-seghedakpun tatap tak habih tujuh kreturun.

patik-patik hina ini bergerak dengan begitu gelojoh kerana takut baginda ayah lah terbagun dengan bangun yang sedar. la nipun kalau terbangun, hanyalah kerana mamai yang endah-endah..... patik-patik ini amat-amatlah berharap ayah lah bangun sambil tersedar dengan sebenar-benar sedar apabila raupan mereka telah maksimum. itulah harapan mereka yang menggunung demi bangsa(baca: diri sendiri) mereka.

dan jika selepas itu emapayar ayah lah nak ranappun, ranaplah........depa dah tak habih makan 7 keturun. ayah lahpun bukannya akan susah, pencen ada....... yang akan merana adalah anak-cucu kita yang akan hidup diatas tanah 'kita' tapi milik orang.........

SAYA AMAT KETANDUSAN INFORMASI MENGENAI ALUNAN, ALIRAN DAN OMBAK POLITIK JERAI. JADI SESIAPA ADA INFO SILA EMAIL KEPADA SAYA DI:

detguaq@gmail.com

kesudian anda amatlah saya alu-alukan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Setelah pagi tadi khutbah dibaca oleh khatib alfadhal sharir ibni johriah mengenai jangkaan kenaikan minyak pada bulan ogos, maka aku seperti orang lain juga, masih sempat menghela nafas sambil mencongak hitungan hari sambil memikirkan strategi yang paling sesuai sebelum tiba hari yang dinanti.......umpama menanti surat peringatan dari bank.......

Tup-tup meletup.....eh..eh....tup meletup, tup meletup, tap melatap, tip meletip pm ayah lah dengan muka selambakera mengumumkan kenaikan mendadak harga minyak petrol dari RM1.98 kepada RM 2.70, kenaikan sebanyak hanya 0.78sen......bukan sampai sehinggit!!!! Bagi dia kenaikan mendadak ini WAJAR(bagi dia apapun wajar.....). tapi kenapa flip-flop? Tak kan dia tak dapat bezakan bulan JUN dengan bulan OGOS? Atau dia dah datang bulan?

Mungkin siShahrir tu kot yang pandai-pandai mendahului imamnya? Atau imamnya sengaja nak tunjuk bahawa sayalah pm malaysia, pemegang kuasa politik mutlak dimalaysia ni. Depa yang buat pengumuman awai tu bukannya ada apa-apa kuasa, aku suruh kata A, dia kata A, bila aku kata B, dia setakat BIRUUUUU........kah kah kah!!!!

Atau adakah ini strategi tokey supermarket oleh ayah lah? Lambung harga tinggi-tinggi, kemdian tu bagi potonga harga gila-gila kononnya. Padahal harga tu dah dimainkan keuntungannya pada awal lagi, dimana peratus potongan tu hanyalah tayangan dikertas tanpa makna walaupun tulisannya penuh muka kertas manila. Pandu kemarahan orang keperingkat tertinggi, kemudian henyakpujuk keperingkat tersejuk. mainan sakailogi(maaf, tidak kena mengena dengan sesiapa atau bangsa).

Kalau mainan ini berjaya, memuncaklah nama ayah lah dipersada pujian. dan sebaliknya kubur politiknya akan semakin luas dan dalam menunggu untuk dia terjun!!!

Melihat kepada kenyataan dari TDM dalam blog beliau, amatlah menyemarakkan semangat saya sebagi orang UMNO, walaupun TDM bukan lagi buat masa ini ahli UMNO.

Yang menjadi persoalan saya seharian, apakah tindakan-tindakan yang bertali arus serangan-serangan oleh ayah lah terhadap TDM dan serangan-serangan balas yang perlu TDM buat sebagai pejuang politik tulin ini adalah atas kemahuannya atau sebalikknya? Apakah tindakan begini boleh ditakrifkan tindakan aggresif oleh orang yang mempunyai dendam kesumat yang tidak berpenghujung. ayah lah jika hendak dicongak apa sangat marahnya kepada TDM.

Jadi jika saya katakan bahawa dia adalah sebenarnya diperkuda oleh nafsu amarah bersaratkan dendam kesumat yang tak bernoktah, apakah ianya tidak boleh dipertimbangkan dari segi logiknya persoalan ini?

Saya tidak fikir dan tidak nampak ayah lah yang mengatur catur politiknya. tyetapi orang lain yang menggerakkan buah-buah catur politiknya sambil meyakinkan dia bahwaa gerakan catur politiknya sedang memerangkap 'permaisuri politik TDM, sambil memujuk ayah lah agar terus 'relex' dan lihat sahaja pergerakan buah catur politiknya yang digerakkan oleh tangan-tangan lain. Bagaimana kesudahannya?

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO