SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA



Inilah teori aku. Mungkin juga orang lain fikir macam aku, mungkin juga disebaliknya. Appeedyyaaa?

Setelah menyedari bahawa kemasukan ezam tidak dapat membawa keuntungan jangka pendek bagi ayah lah, maka plan B terpaksa dijalankan walaupun mungkin akan menyebabkan UMNO rebah tegulin.

Menyeret Mukhriz bersama-sama YB Tajudin akan memarahkan lagi luka yang telah sedia menanah. Kanser terbaru yang dibawa masuk ketubuh kabinet UMNO oleh ayah lah seperti zaid mengakibatkan penyakit bertambah serius.

Dan tindakan seterusnya dilihat nyata ada unsur-unsur ugutan untuk menutup mulut mereka yang berani mendedahkan kepincangan ayah lah. Demam ayah lah tak kebah-kebah. Anak semakin gundah Menantu semakin gelabah.

Tukang Punahsihat bukanya memberi ubat tetapi musibat. Semakin mereka cuba merawat semakin penyakit menjadi melarat.



Semalam setelah 24jam mohon masuk balik UMNO Ezam diberitakan oleh akhbar arus perdana akan bertanding KP UMNO sekiranya ada pencalonan. Hari ini dah jadi lagu lain. Tak betul langsung akhbar diMalaysia ni. Tak boleh pakai berita dia orang. Itupun sekiranya Ezam yang betul. Aku tak fikir begitu. Penafiannya boleh disiarka nsegera secara update news kerana kita diinternet ada kemudahan sebegini. Agaknya setelah seharian lekalalai dengan keseronokan dilayan oleh pm flipflop yang tido, maka diapun dah dirasuk oleh semangat sang idolanya yang baru.

Apakah kerana memang pening lalat kerana bangun dari tido atau mamun kerana mabuk ubat resdung maka tindak-tanduk ayah lah yang mengetuai kerajaan PAHABAHU sebenarnya tidak pernah berubah-ubah walaupun dahi politiknya dah benjol kerana terhantuk rasukalang PRU12 yang lalu.

Rupa-rupanya anganan yang disorongkan oleh entah siapa kedalam impian ezam tidak berjejak umpama teratai. Sudahlah kemasukannya dipertikaikan, impian politiknya pula impian yang tidak kena pada tempat.

Apakah ini penangan dari Punasihat yang sama-sama berasa kepanasan bak cacing yang semakindicari oleh pemancing, panik sehingga tidak dapat hendak sembunyikan perasaan mereka hasil asakan akar umbi.

Buatlah kenyataan apapun mengenai kemasukan mereka-mereka ini kedalam UMNO, kononnya ada faedah. Saya percaya disebaliknya mengenai keyataan Kerismudin. Ezam hanyalah mengundang bersama perpecahan UMNO dengan kemasukannya. Itulah perasaan saya.

Siapa Si Ezam? Masuk balik UMNO tak sampai sehari dah bunyi macam-macam.

Petikan dari Utusan:

Sedia tanding jawatan Ketua Pemuda

PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Bagaimanapun, beliau sedar kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam UMNO tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.

Namun Mohamad Ezam berkata, beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin UMNO yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu kaum yang dihormati oleh kaum lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam UMNO ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

- Bernama


*: Kata kemarin bukan kerana jawatan. Hari ini dah bagi 'hint'. Nampaknya UMNO sekarang benar-benar merudum darjah kemuliannya. Senang sangat kalau nak cari kedudukan. Keluar parti, jadi pembangkang yang vokal, keudian tu tunjuk insaf, masuk balik dengan kenyataan tidak kejar jawatan. Esoknya 'kenen' sikit, bagi 'hint' dan tunggu respon. Senang sungguh la ni nak buat marketing dalam UMNO.

Dan terkini ada satu blog yang mengimbau kegiatan masa lampau ezam, iaitu

http://kisahezam.blogspot.com/

Aku dah baca dan aka nterus membaca. Dan apakah didalam politik malaysia semuanya halal? Semuanya boleh? Putar belit kenyataan, mungkir janji, tikam belakang kawan, hubungan terlarang, bla bla bla....... Awat? Dalam politik ni Allah kata buat apapun tidak berdosakah selagi alasannya adalah kerana politik?



Aku perasan!!! Hampa tak perasan ka? Kalau dok pedo perati baik-baik tentu hampa nampak.

Ginilah, oghang2 yang dok pi tungu Tun semuanya ceria, bersemangat dan bertenaga. Laungan yang meletup dari mulut adalah laungan dari dalam. Laungan dari naluri. Laungan yang 'real'.


Kain rentang yang dipegangpun begitu kemas. Pegangan mereka eratkukuh kekain pemidang memberikan impak yang nyata bahawa penungguan untuk Tun adalah menunggu kepulangan pejuang bangsa. Sorak-sorai ketika menyambut Tun adalah sorak-sorai Melayu yang insaf akan halatuju masadepan anakcucu. Tun berucap kerana khalayak memang menunggu ucapan Tun dan Tun tahu membaca isihati yang menunggunya.


Lihatlah pula senario baliknya pak lah(presiden parti PAHA(ini versi aku) atau parti PAHAB versi kawan2 yang sewaktu dgn aku dari negara yang sama tapi waktunya yang berbeza.


Ada kawan pula cadang pak lah tubuh parti yang dia tak payah turun kuasa, iaitu PAHABAHU atau Party Abdullah aHmad BAdawi Hadhari Union, kerana minat mendalamnya untuk menyentuh bahu yang bukan muhrim dan menyelak seluar isteri kerana nak tunjuk kepala lutut.


Kembali kepada senario di lapangan terbang tentera udara. Memang yang datang tu lebih, tapi hanya dari UMNO WP KL. Kain rentang ada, tapi tengoklah macamana depa pegang..... tak cekang langsung, nampak sangat ada unsur-unsur paksaan oleh pemimpin depa. DAN YANG PALING AKU PERASAN SEKALI DAN YANG PALING BERKESAN DISANUBARI AKU BILA TENGOK SALAH SEORANG YANG DOK BAWAH KAIN RENTANG TU MENGOLENG-OLENG TANGANNYA. Bukan melambai-lambai seperti orang yang sedang kegembiraan, tetapi menggerakkan tangannya seperti India yang nak bagi isyarat 'YELLEK'.


Aku tak tau orang lain punya tafsiran mengenai message yang pompuan tu nak bagi tau, tetapi aku baca sebagai begini:

"Mai nipun pasai dipaksa, bukannya aku suka. Depa punya bodek, aku yang terkedek-kedek tengah hujan renyai."(Tun balik cuaca terang benderang!)


Kalaulah ada dalam you tube, mesti korang dapat tengok gelagat mereka yang dipaksa tunggu dilapangan.


Turun bukan reti nak kata apa, tau ghenyeh je.... Apa lagi, juak-juak bertaraf patikpun melurulah tuan patik untuk menjilat tangannya. Maklumlah tuan patik tu dah banyak hari tak usap poket patik-patiknya Lihatlah muka-muka patik yang tertunduk-tunduk menjilat tangannya, muka masing-masing hitam dengan kepura-puraan. Dan ada jugalah yang betul-betul hitam.....tak boleh nak kata apa dah, dah semulajadi.


Agaknya diapun tau oghang bukan nak dengaq dia becakap........

Tiada lagi Pulau Batu Putih!!! Dah tenggelam!!! Singapura telah menggempabumikan kawasan tersebut sehingga mengenggelamkan PBP dan sebagai gantinya sebuha pulau timbul menggantikan PBP menjadi Pedra Branca. PBP dah dikuburleburkan.

Sementara South Ledge masih belum jelas kedudukannya. Masih kabur. Apakah hendak terus dibiarkan kekaburan itu tanpa usaha untuk menjadikan ianya sesuatu yang jelas dan sah? Nak TIDO lagikah?
Dipetik dari Berita Harian edisi Singapore 24/05/08:

Mengenai Terumbu Karang Selatan (South Ledge) pula, keputusan ICJ tidak jelas dan ia setakat menyatakan bahawa kedaulatannya milik negara yang mempunyai kedaulatan terhadap kawasan perairannya.

Pulau Pisang?

Sempadan Malaysia Thai?

Sempadan dengan Indonesia?

Sempadan dengan Filipina?

NAK TIDO LAGI KAH??????

Kemarin seharian aku hanya boleh melilau kelilin sebab capaian aku di internet jadi lembab membuat aku memutuskan untuk reformat. Pepagi tadi aku dah selesai memformat komputer dan petang ini baru berkesempatan untuk memblog aka blogging.


Sejak sihawa silap memilih menu yang kononnya diet terbaik untuk suami dan anak-anak, sehinggakan suami senak perut, anak-anak cirit-birit sihawa tetap memepertahankan bahawa itulah menu yang terbaik. "Alah....bukan matipun, baru senak dengan cirit-birit," alasan sihawa. "Lama-lama bila dah biasa dengan resepi tu oklah.....,"tambah hawa lagi. Beliau lupa yang sisuaminya tu deketot(doktor). Sebagai suami yang ada ilmu, sideketot tadi menyanggahi pendapat sihawa yang telahpun terbukti resepi tadi merbahaya pada kehidupan dan nyawa dia dan anak-anak.


Dan deketot tu pula tahu yang resepi tu jiran sebelah yang baru saja hawa bagi 'batu menggilin' pada jirannya walaupun dia tahu batu tersebut adalah warisan turun temurun depa. Kononnya pasai nak jaga hati jiran walaupun jiran tu tak pernahpun jaga hati mereka. Ntah berapa kali dah depa mengkelai pasai jiran ni. Tak tau macamana dah nak buat sideketot ni dgn bini dia. Hari tu dengan ank-anak dah ada yang protes, tapi dia buat macam muka kebaih, macam tak dak apa-apa.... Pagi tu pasai dah tak tahan dah dengan prangai bini dia, deketot tu pun kata kat bini dia, "Aku akan tinggaikan hang selagi hang dok guna resepi tu untuk jamu aku dan anak-anak makan.""Aku akan hanya kembali tengok anak-anak untuk pastikan depa selamat, itupun dari luaq sehiggalah hang tak lagi guna resepi yang boleh bunuh kami ni." Kecoh juga keh ni sampai Pak Long tau, Pak Ngah tau, Pak Lang tau, Makcik bedah tau. Aji yg dok kat balik sana jln pun tau, Chong Ah Koo yg dok meniaga peluang tu pun tau, Kepal Singh Waliapun tau........ pak lahpun tau, tapi dia buat tak tau....buat-buat muka kebaih......


Inilah kiasan yang paling sesuai bagi aku dengan tindakan TDM yang keluar sementara dari UMNO sehinggalah pak lah turun dari tampok.


Pada aku kedua-dua mereka sudah mengorak langkah, walaupun hayunannya tidak sama tetapi tetap menuju kehadapan. Walauapun nampak seperti Najib melangkah bersopan santun macam pengantin manakala langkah Muhyidin dilihat seperti pendekar dihadapan pengantin, namun itulah langkah masing-masing. Siapa sampai dulu? Itu bukan ukuran. Tetapi langkah yang dibuat mencerminkan masing-masing dah sampai kesatu garis yang telah lama sepatutnya mereka tuju sebaik PRU 12 dahulu berakhir dengan keputusan kita menang(?)......


Garis ini adalah garis fasa 'ghempon' kepada fasa 'aggresif'. Kedua-dua mereka sudah kelihatan semakin aggresif. Ini adalah sihat untuk UMNO. Aku memang suka dengan kenyataan terusterang Muhyiddin mengenai reformasi yang wajib pada UMNO. Rasa seperti dipedulikan oleh pemimpin. Itulah rasa yang telah lama hilang dari aku selepas beberapa ketika TDM turun dan digantikan oleh penggantinya yang aku tidak sangka begitu halus sekali hatinya...lekeh adalah perkataan paling wajar untuk beliau. Akupun bayar yuran.......

Aku baghu terprasan yang Jeanbara telah sudi linkkan blog aku dengan blog dia. Dan sebagai balaih bekaih, aku linkkan pula blog dia dengan blog aku.

Jadi pada para pengunjung selamat melawat blog aku. Sila beri komen. Anda bebas untuk beri komen. Pro and Cont are wellcome.

Macam-macam posisi aku cuba untuk meneran keluar kepala ta ali ya kaf yang dah mula mengeras tu...... Kemeragaman perut aku menandakan dia sudah tak diterima oleh usus kecil dan besar aku. Tetapi ulat-ulat putih dan kuman-kuman lain yang memerlukannya untuk kelangsungan hayat menganggap sebaliknya. Sambil menjegil? Dah..... Sambil mengertap bibir? Dah...... Sambil menjerit tanpa suara? Dah...... Posisi duduk? dah...... Posisi cangkung(SALAH NI kalau guna tandas duduk)pun dah........

Broklek? Awai-awai dah aku telan.......tak payah nak ajaq.
Minyak Angin? Tak dak kesan langsung
Macamana lagi aku nak buat ni...... Ta Alif Ya Kaf ketegaq sangat........

Last-last kau keluaq dululah dari tandas........tapi buat sementara sahaja. Pasti ada ubat untuk PAKSA menda ni kluaq.........

Lepaih kluaq saheh perut aku kembali sihat dan yang penting kesihatan aku dalam POLITIK!!!

SYABAS! SYABAS! SYABAS!......HUUUUUAAAAAAAAARRRRGGGGHHHH...HU HU HU....

Perasaan aku begitu bercelaru, rasa marah yang tidak tahu kemana nak aku lepaskan. Walaupun aku jauh diUtara, namun apa yang telah diputuskan amatlah meruntun maruah aku sebagi rakyat Tanah Melayu. Batu Puith bukan lagi batu putih, tetapi Pedra Branca(puas aku google untuk dapat nama ni, pasai aku tak ingat langsung nama batu putih dalam bahasa asing.

Apakah yang akan terjadi kesan dari pengumuman ini? Bagaimana pula bentuk geografi kawasan behampiran pada masa terdekat dan masa akan datang? Apa perasaan rakyat Johor yang kebanyakan? Yang dapat merasa untung hasil dari menjual pasir kepada Negara Ketuat itu mungkin biasa saja.....

Apakah ada habuan yang maha besar oleh pihak-pihak tertentu oleh Negara Sekenit tu?????

Sekali lagi maruah kita dimeghuah oleh kehinaan!!!!!


Tatsat je aku baca Utusan Meloya yang Mokhzani turut mengambil langkah yang sama. Biasalah..... Merbok, dari dulu memang robust..... Aku tabik dengan semangat geng Merbok. Tabik aku juga untuk Mejar Anuar kerana mendahului dari segi cawangan(Jln Badlishah) yang semua ahlinya sebulat suara bersetuju untuk membubarkan cawangan mereka bersamaan dengan hari TDM mengumumkan secara rasmi keluar dari UMNO(19/05/2008).

Bahagian aku?.....Jerai.....selembut bayu menusuk kalbu.....lembut lembai macam PM juga.... Kami akur konon..... Aku dan beberapa sahabat dari cawangan aku dah bertekad untuk buat pengumukman semasa mesyuarat cawangan ni. La ni secara tak rasmi aku dok berehat ditepi tebing dah.....sampan UMNO aku dah aku labuhkan sekejap. Ikatannya walaupun tak ikat mati, tapi aku ikat betoi-betoi. Kalau tokey pengkalan lain ajak singgahpun aku tak akan singgah. Tunggu tokey pengkalan UMNO tukaq orang lain baru aku pi singgah balik.....

Aku tak kisah..............

Saya baru sudah membaca kenyataan dari DMM. Molek benarlah untuk beliau terus berada didalam untuk terus memberi tekanan. Saya yakin bahawa bveliau juga akan medapat sokongan dan dokongan dari dalam.

Manakala Ayahnda TDM yang telahpun membuat keputusan untuk menekan pak lah dari luar bersama-sama dengan silent majority dan marhien seperti saya juga merupakan usaha yang pasti akan memberi kesan dalam memulihkan parti UMNO dalam mengembalikan kekuatannya disamping membuat pihak pembangkang 'gigit jari'.

Memanglah dipihak pembangkang amat berharap Pak Lah terus menjadi kepala UMNO agar boleh digunakan kelemahannya dalam memimpin demi survival mereka yang selama ini mereka tidak pernah mendapat comfort position selama menjadi pembangkang.

Saya sendiri tidak rela untuk membiarkan perkara ini berterusan......

Semuga ada tindakan berani dari Kepala Batas(marhein UMNO seperti saya).........

Dipetik dari Bigdog Dot Com:

Sidang media Dato’ Mukhriz
Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun akan memanggil sebuah sidang media di Bilik Meranti, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur jam 5.30pm ini.
Ini adalah susulan kepada pengumuman kejutan Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar semalam. Tun Dr. Mahathir mengesa ahli UMNO keluar ‘bersyarat’ dari UMNO dan membubarkan Cawangan UMNO tetapi meminta agar tidak menyertai parti lain. Mereka dinasihatkan kembali menjadi ahli UMNO setelah ada Kepimpinan lain mengantikan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO, BN dan Kerajaan Persekutuan.
*Perkembangan terkini 6.25pm
KENYATAAN MEDIA
UNTUK KELUARAN SEGERA
20 MEI 2008
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:
1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;
2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;
3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan
4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.
Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.
Sekian.
*Perkembangan terkini 7.15pm
Semasa sessi soal jawab, Mukhriz menjelaskan bahawa beliau belum lagi berunding pengundi Jerlun dalam isu keluar UMNO yang banyak pihak membuat jangkaan dan andaian. Beliau memilih untuk masih setia dengan UMNO kerana begitu banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan parti dan tidak akan berganjak dari terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletakan semua jawatan. Keputusan ini tidak didorong mana mana pihak.
Exco Pemuda UMNO itu juga menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir ada membincangkan tindakan beliau mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO, tetapi beliau tidak pula membincangkan sebaliknya. Beliau mengaku bahawa keputusan beliau untuk terus bersama UMNO akan mengecewakan ayahandanya dan akan bertemu ayahandanya untuk menjelaskan tindakan beliau.
Beliau menegaskan bahawa menurut tradisi UMNO, Timbalan Presiden akan mengambil alih seorang Presiden. Apabila ditanya siapa yang paling layak menjadi Presiden, beliau berkata atas ahli UMNO untuk menentukan calon itu.
Apabila ditanya apakah tindakan ini (terus mendesak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah meletak jawatan) akan memporak perandakan UMNO, beliau menjawab “UMNO sekarang ini sudah pun porak peranda!”. Beliau terus menjelaskan bahawa dengan Kepimpinan yang lemah, Malaysia tidak lagi menjadi destinasi menarik untuk pelaburan asing langsung (FDI) dan antara buktinya pengumuman Tun Dr. Mahathir semalam memberi kesan negatif kepada Bursa Malaysia hari ini.
Untuk soalan kenapa beliau gagal menghadiri majlis makan tengahari bersama PM ‘Flip-Flop’ Abdullah diParlimen siang tadi, beliau menjelaskan bahawa beliau sedar ianya dianjurkan hanya untuk MP BN menyatakan terus sokongan kepada PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan beliau memilih untuk setia kepada parti dan Perjuangan, bukan Kepimpinan.















Gambar-gambar semasa TDM diStar City hotel


Pagi setelah singgah sebentar dipejabat untuk maklumkan kepada kerani yang baru aku ambil apa yang pelu dilakukan oleh beliau sepanjang ketiadaan aku di pejabat, lalu aku terus menuju keAlor Setar. Beberapa orang kawan-kawan aku telah berada disitu menunggu dari awal ketibaan TDM. Aku sampai tepat jam 10 a.m. Ada kawan dari Alor Setar mengoleng-olengkan tangan, tujuan untuk menyakat aku(konon nak bagitau yang TDM tak jadi datang lah kot). Namun aku terus bergegas kedalam lobi hotel dan kebetulan kawan-kawan kau menelepon aku dan memberitahu aku untuk terus masuk kedalam dewan melalui tangga. Sampai kedalam aku terus kemeja yang disediakan untuk menandatangani kehadiran(yang pada peringkat bersurai kau mencadangkan tendatangan itu diubah kepada tandatang yang menyokong kenyataan dan tindakanTDM). Semasa menandatangani aku perasan YB Soraya(Sg Tiang) dan YB Syed Sobri(K/Nerang)pun ada. Apakah tujuan kehadiran mereka? Beberapa SB juga ada. Balachi Tok Detpun ada










Kerusi sudah penuh orang masih berpusu-pusu. Ramai yang terpaksa berdiri. Aku tidak bernafsu sangat untuk duduk, tetapi berjalan mundar-mandir untuk berjumpa dengan beberapa orang kawan-kawan baik dari lain-lain bahagian UMNO muhupun kawan-kawan 'maya' yang dah tak 'maya' lagi setelah kerap bertemu.










Bila TDM tiba, aku berpeluang untuk menjadi yang terawal didalam dewan untuk menyambutnya. Tanganku yang dihulur segera dijabat oleh tangan TDM, langkahannya menuju kepentas diwarnai oleh langkahan yang gagah, tak sepadan dengan usia beliau. Gambar demi gambar aku rakamkan, gambar beliau dan gambar mereka yang hadir. Hadirin semakin ramai yang kena berdiri. Ada yang mengambil langkah drastik untuk duduk ditengah-tengah laluan bersama anak diribaan untuk menatap seorang pemimpin yang disegani dunia.








Dimulai dengan ucapan oleh pengerusi majlis dari Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang menjemput TanSri Khalid selaku pemimpin DPMK sebagai pemula, beliau mengalu-ngalukan kehadiran ramai orang yang dengan rela hadir tanpa perlu diangkut oleh bas yang disewa dan nasi bungkus yang disedia. Eh eh, ada juga yang dihantar oleh mereka-mereka yang tertentu untuk mendapat firsthand story sepeti orangkanan Det Khalid, YB-YB, orang kepercayaan YB(spt DUN Guar Chempedak), pemecah suasana seperti salah seorang anggota Pemuda Bahagian Pokok Sena dan pengkagum TDM seperti seorang wanita Cina yang gugup tetapi dapat juga meluahkan apa yang ingin diperkatakan.








Selepas ucapan Tan Sri, terus dijemput TDM untuk berucap. Tiada apa yang perlu diulas oleh saya mengenai ucapan TDM, bukan keran tiada isi, tetapi isinya boleh dibaca pada blog-blog yang ada seperti mykmu, depa-kata dan blog tun sendiri.








Yang saya ingin tarik perhatian, bila samapai sessi soaljawab, maka beratur panjanglah mereka yang ingin bertanya seperti orang beratur dikedai nasi kandar. Malangnya oleh keran masa yang terhad, tidak semua dapat peluang untuk bertanya dengan TDM. Apa yang saya kesalkan mereka yang bertanya ini kadangkala lupa bahawa perhimpunan ini bukanlah perhimpuan parti yang mereka sibuk dok memperkenalkan jawatan masing-masing. Sekadar memperkenalkan nama sudah memadai. Dan ada lagi yang masih dok ingat TDM masih PM lalu bertanyakan soalan yang tidak dapat TDM sebagai marhein UMNO untuk laksanakan persoalan tersebut. Penanya itu berasal dari Banggol Lalang, Gurun......hidup dalam nostalgia rupanya dia.








Dan bangun pula pengerusi tetap disatu bahagian yang mengeluarkan ketetapan-ketetapan dalam perlembagaan UMNO. Hello, awat tak buat semua tu diBahagian hangpa? Laksanakanlah langkah berani itu tanpa restu Ketau Bahagian.








Kemdian pula tu bangun AJK(Timbalan Ketua(?) Bahagian Pendang(aku tak pasti pula) menyarankan langkah-langkah dalaman yang hanya tujuannya untuk bangun bercakap sebagai tujuan penonjolan imej(itulah yang diomelkan semasa berjalan bersama seorang kawan lagi menuju kekenderaannya).








Sebelum tu bangun juga seorang bekas timbalan Ketua Bahagian(dakwa beliau adalah dari Kuala Kedah) bertanya sesuatu kepad Tun, yang saya kurang jelas, lalu tidak dapat saya ulas, tetapi yang paling menarik ialah pertanyaan dari Puteri Kuala Kedah yang bertanya TDM kenapa memilih Pak Lah? Jawapan TDM bukan sahaja sekadar jawapan malah merungkai sebab sebenar pemilihan Pak Lah. Mengikut perlembagaan parti, bukan mengikut kehendak dan nafsu TDM. Kerana pada masa itu, Najib(?) adalah pilihan hatinya, bertentangan dengan kedudukan terkanan dalam UMNO. Salah TDMkah? atau salah seluruh ahli UMNO yang pada masa itu nampak imej Mc Clean pada Pak Lah? Ye lah...... siapa yang angkat dia dari bawah? Selepas di'freeze'kan setelah peritiwa hitam Kuli-TDM?Siapa yang bagi undi untuk kerusi -kerusi yang dia bertanding? Sehinggalah dia bertanding kerusi Naib Persiden seterusnya kerusi Timbalan Presiden? Siapa kalau bukan seluruh ahli UMNO? Hai lah Puteri, bukankah kelahiranmu dibawah tangan TDM? Puas hati dengan jawapan TDM? Aku puas hatilah....








Tetapi semasa dia mencabar ahli UMNO untuk keluar sekejap dari parti, ramai yang keahliannya sebagai ahli biasa tiada masalah untuk mengiakan saranan TDM, tetapi bagi yang ada jawatan, inilah pilihan yang paling susah untuk diterjemahkan. Maka kehadiran mereka hanyalah untuk menghiburkan hati, sekadar untuk melihat stand alone show.

















Aku baru ronda blog Depa-kata :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN UBI



Memandangkan syor supaya kita semua makan ubi sebagai alternatif kepada nasi dah semakin popular, dipaparkan di sini gambar sebahagian daripada jenis-jenis ubi. Bukan apa, kut la ada adik-adik generasi la ni yang dah tak kenai. Sebenaqnya ada terlalu banyak lagi jenis ubi, daripada ubi kemili sampai la ke ubi gadung dan ubi gajah. Nanti la, kalau perlu, kita perkenaikan secara berperingkat.Jeanbara juga berharap sangat agar kawan-kawan kita macam pu3 kulim, ctz dan lain-lain tu sudi cari-carikan resipi memasak ubi untuk dikongsi bersama. Pesan kita pada kawan-kawan dalam blog ni, yang ada mini market dan kedai runcit, jangan la lepas ni dok penaik harga ubi pulak naaa...
Dan inilah komen aku untuk sama-sama praktikkan:
Aku la ni dok belateh makan capati waktu pagi, tosey waktu tengahari, roti arab petang dan roti nan blah malam. Empat sujek ni aku rotate time table dia. Hat pagi pi malam, hat malam pi tengahari dsbnya. Makan plak tu asas saja. semua ngan kuah parpu saja. Nak bagi kena pasang pula ngan susu lemu waktu pagi, ayaq suam waktu tengahari, barli panaih waktu petang dan susu sarbathalia waktu malam(yang nipun aku rotate). Wat masa la ni aku tengok boleh kenyang gak. Perutpun makin kempeh. Lapaqpun bleh bertahan.Kos?Pagi 2 hinggitTengahari 2 hinggitPetang 2 hinggitMalam 2 hinggitJemelah: 8 hinggit(pukoi rata) saghee.Mamak india kat kedai yg aku pi selalu tupun dah knai....Yennadaeeeyyyy......!!!!!
Bagi aku, aku akan cuba apa saja cara untuk berjimat. Anak2 dan isteri aku utamakan. Biaq depa teruih makan hat yang baguih-baguih. Mak akupun kalau aku belikan benda makan, aku akan beli yang elok-elok. Braih wangi, minyak sayuran, ikan segar, syuq segaq semua aku beli. Aku boleh makan yang aku ceghita diataih tu pun kigha dah Alhamdulillah....

Aku pasti ramai yang akan memenuhi tempat mereka kunjungi untuk temui rakyat jelata. Masing-masing dahagakan politik yang stabil dan pemimpin yang kuat lagi berwibawa seperti mereka. Bukan pemimpin yang hanya beretorik sahaja.

Apa kata DSAAB semasa berucap pada hari sambutan ke 60 UMNO?

Jangan lupa diri - Ahli UMNO perlu tingkat integriti agar parti terus relevan – Abdullah.

Siapa yang lupa diri? Golongan marhien UMNO ke golongan elit dlm UMNO? Nampaknya ahli juga yang disalahkan. Lagi-lagi slah ahli-ahli! Depa tak salah. Dia tak slah. Menantu dia tak salah! Depa ni integriti depa tinggi!!! Kita ni yang takdak integriti.

Rakyat yang rosakkan 300,000undi tiada integriti. Ahli yg tak keluaq mengundi tiada intigriti. Ahli yang protes tiada intigriti.

Cukup beretorik ucapan dari PM yang seperti 'kebas' perasaan.

Salam.

Rentetan hasil dari pembacan aku di DEPA-KATA:

Aku setuju bahawa Boss-boss bahagian la ni masin-masin dok tengah kalut n sibuk dok atok strategi macam mana nak kekalkan jwtan. Apa nak jadi pada marhien umno dan rakyat trutama Melayu yg dok selama ni jadi silent voters depa tolak sebelah. Yang dok brangan nak dok jwtan yg lebih tingipun ramai gak di bahagian tu. Tapi mengkalu bahagian tu mmg patut kna ganti ketua dia(kebanyakan ka @ kesemua ka d neghi kedah ni????)kna ganti la....
Pasai nak counter dgn Kjaan Pas depa tolak ketepi sat sampai habih PAU. Yang aku dok ghisau tak dan PAU ada PRKP dan sebelum tu puak yg dok brangan nak jadi tazanpun dah ramai minatnya, maklumlah rantin dan dahan sebelah sana tu nampak cantik dan kukuh dari sebelah sini.....do dlm banglopun wat pa kalu dok tepi jamban, baik dok stingaden...pdn ngan muka yg dok jolok srg tebuan.

Aku la ni heghan sunguh, pasai apa aku tengok depa-depa ni yg dah dok jadi menteghi bukannya baghu, ada yg dari tak dak anak, sampai dah anak nak beranak pula(jadi Datuk atau tok wan). ulu masa pa nama....TDM jadi PM nampak depa ni cam ceghedik, tapi bila dok bawah DSAAB depapun jadi sama bodo nan boss depa....maklumlah...sifat baharu........ish ish ish...

Salam semua,

Terasa hidup ini kembali ceria dan bersemangat kerana baru jer lepas lawat blog TDM. Walaupun aku entah yang keberapa ratus yang memberi komen dlm blog Beliau, aku rasa kau bukan yang terakhir....

Aku hairan dengan sikap kepala kerajaan sekarang yang terus-terusan menjadi tunggangan dalam menghadapi sesuatu isu dan keadaan kerana nampak begitu jelas yang beliau tidak begitu memahami sesuatu isu sehingga sanggup menjadi platform untuk menaikkan sesuatu isu itu seperti kes badan kehakiman. Apakah beliau betul-betul faham situasi kes TSA???

Dan apakah pengumuman beliau mengenai Suruhanjaya Kehakiman sudah memadai berakhir sebagai pengumuman? Tidakkah kenyataan beliau bahawa akhirnya, ya.... akhirnya sebagai PM, sesiapapun akan mengambil langkah yang sama iaitu keputusan adalah ditangan PM!!! Bukan begitukah yang TDM lakukan? Apa bezanya???

Rakyat terus dipertontonkan dengan lakonan hambar yang tidak berjiwa dari DSAAB.....

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO