SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

ISA

Posted by Detguaq Friday, December 12, 2008

Dibawah ini adalah kenyataan media oleh Menteri Dalam Negeri.

ARKIB : 11/12/2008

Enam tahanan ISA dibebas

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Seramai enam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan sejak bulan lalu dan pembebasan terbaru melibatkan lima orang pada 4 Disember baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, dengan pembebasan terbaru tersebut, jumlah terkini tahanan ISA pada masa ini ialah 46 orang.

''Kita akan membebaskan tahanan ISA dari masa ke masa apabila kita rasa mereka sudah dipulihkan sepenuhnya. Pendirian kerajaan ialah jika seseorang itu tidak menjadi ancaman, telah dipulihkan dan boleh dikembalikan kepada masyarakat maka mereka akan dibebaskan.

'' Pada 4 Disember baru-baru ini kerajaan membebaskan lima orang iaitu dua ahli kumpulan pemisah warga Thailand yang dilepaskan dan diusir balik ke negara asal, dua warga Malaysia yang masing-masing ditahan selama tiga tahun sebulan dan seorang lagi sembilan bulan kerana menjadi ejen kepada perisik asing dan seorang lagi warga Malaysia yang menjadi ahli Jemaah Islamiyah (JI)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Jelas Syed Hamid, kedua-dua warga Thailand itu ialah Ab. Rahman Ahmad dan Mohd. Termizi Zakaria sementara tiga lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Abdul Mohd. Faisal Samsudin dan Anbalavan yang dipercayai menjadi ejen perisik asing dan Murad Sudin kerana dipercayai anggota JI.

''Murad Sudin dibebaskan setelah ditahan enam tahun dan didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam. Kita harap mereka akan dapat pulih kembali kepada masyarakat dan tidak akan melakukan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara

''Seorang ahli JI iaitu Yazid Sufaat telah dibebaskan pada bulan lalu. Dia sudah ditahan untuk tempoh yang lama," katanya.

Tambah Syed Hamid, kerajaan tidak akan menahan warga Malaysia atau bukan warga Malaysia lebih panjang daripada tempoh yang sepatutnya.

''Apa yang diutamakan ialah kepentingan negara daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam selain bebas daripada mereka yang menggunakan tindakan militan untuk memperjuangkan ideologi masing-masing," katanya.

Beliau menambah, banyak soalan berkenaan tahanan ISA dibangkitkan dari masa ke masa dan beliau perlu menjelaskan semua soalan yang dikemukakan.

''Semasa saya mula menjadi Menteri Dalam Negeri, tahanan ISA adalah seramai 75 orang namun dan pada hari ini jumlahnya ialah 46.

''Daripada 46 tahanan ISA yang ada sekarang, 16 adalah anggota JI, 13 merupakan anggota Darul Islam, 10 terlibat dalam kesalahan membuat dokumen palsu mengenai kewarganegaraan termasuk kad pengenalan dan pasport, lima daripada pertubuhan haram Hindraf dan dua lagi ditahan kerana bekerja untuk agensi risikan antarabangsa," katanya.

Melihat dari senarai diatas, saya sebagai rakyat Malaysia hairan dengan sikap penentang ISA. Kenapa mereka ini fobia dengan ISA? Hanya yang bersalah yang berasa takut dan tertekan dengan akta ISA.

Saya tidak langsung melihat dalam senarai adanya orang yang menjadi agen insuran, pengusaha kedai fotostat, 'petition writer', ahli pertubuhan badan kesenian, pemandu teksi atau mana-mana rakyat yang mematuhi undang-undang disumbat kedalam tahanan ISA kerana kegiatan harian atau profesion mereka. Kerana rakyat seperti saya bukannya seperti yang dikatakan oleh menteri dalam negeri, iaitu "Pendirian kerajaan ialah jika seseorang itu tidak menjadi ancaman, telah dipulihkan dan boleh dikembalikan kepada masyarakat maka mereka akan dibebaskan."

Dan saya sebagai rakyat yang sentiasa taat kepada Negara Malaysia ini bersetuju bahawa ISA masih lagi releven bertepatan dengan apa yang telah dihuraikan oleh MDN kepada Utusan Malaysia.

Isa tetap relevan

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekali lagi menjadi topik perbualan di kalangan rakyat negara ini apabila beberapa individu ditahan di bawah akta tersebut tidak lama dahulu.

Berikutan itu pelbagai tohmahan dan dakwaan dibuat terhadap akta ini dengan sebahagiannya mendesak kerajaan menghapuskan ISA yang pada sudut sejarahnya digubal untuk mengatasi kegiatan subversif dan komunis.

Bagaimanapun berdasarkan kepada kenyataan dan kempen yang dibuat, jelas, kumpulan itu hanya menonjolkan satu sifat ISA iaitu membenarkan penahanan tanpa bicara sedangkan banyak sisi lain akta tersebut yang diakui telah menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

Mingguan Malaysia mendapatkan penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang dengan panjang lebar menceritakan bagaimana akta ini berperanan di sebuah negara yang cukup sensitif seperti Malaysia.

Beliau yang diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, ROZAMAN ISMAIL dan HERMAN HAMID turut menyentuh soal sikap sesetengah rakyat yang seperti mempunyai dwi standard terhadap akta ini iaitu tidak membantah jika digunakan kepada pertubuhan Melayu-Islam dan akan berkata tidak, bila dikenakan ke atas kumpulan atau penyokong mereka.

Dalam wawancara selama sejam itu, beliau berkata, asas tindakan di bawah ISA dipastikan berpaksi kepada keadilan dan akta ini tetap relevan untuk membenarkan polis bertindak sebelum kehancuran berlaku.

‘‘Membina keharmonian dan toleransi mengambil masa yang panjang tetapi hendak meruntuhkan hanya sesaat sahaja diperlukan,’’ kata beliau dalam wawancara yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

MINGGUAN: ISA kembali menjadi polemik tetapi sebahagian besar rakyat hanya melihat ISA itu dari satu sudut sahaja. Apa pandangan Datuk Seri?
SYED HAMID: Ada dua bahagian dalam ISA iaitu pencegahan dan proses pertuduhan di mahkamah.

Apa yang sering menimbulkan kekeliruan ialah apabila disebut sahaja ISA, banyak orang beranggapan tangkapan dibuat di bawah seksyen pencegahan. Sebenarnya, pencegahan ini pun ada dua bahagian, iaitu di bawah kuasa polis untuk memulakan siasatan jika mereka menganggap ada sesuatu yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Ia dilakukan di bawah Seksyen 73 yang membenarkan penahanan tidak lebih dari 60 hari. Itu kuasa mutlak polis tanpa memerlukan kebenaran Menteri Dalam Negeri. Menteri hanya terlibat jika mereka hendak membuat tahanan di bawah Seksyen 8 iaitu tahanan selama dua tahun.

ISA bermula ketika kita hendak menangani ancaman keselamatan bersifat subversif seperti komunis. Pada tahun 1989 apabila kita tidak lagi berhadapan dengan ancaman tersebut, akta berkenaan masih wujud dengan matlamat mencegah kekacauan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman. Ia mempunyai beberapa perkara yang berbeza dari akta-akta lain.

Jika ada kecurigaan, ada ancaman yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, maka kita ambil tindakan awal dari berlaku. Jadi kita kaitkan dengan persepsi ada atau tidak ancaman keselamatan dan ketenteraman awam, kalau dibuat di bawah Seksyen 8, ia adalah tahanan selama dua tahun oleh menteri berdasarkan kepada persekitaran suasana ketika itu.

Ancaman ini terbahagi kepada tiga iaitu keselamatan, ekonomi dan perkhidmatan penting. Kalau ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam kita bersandarkan kepada laporan yang kita yakin kemungkinan perkara itu berlaku termasuk di atas kecurigaan yang membolehkan kita mengambil tindakan.

Ini telah diputuskan oleh mahkamah dalam banyak kes bahawa apabila menteri berpuas hati ada ancaman, maka menteri boleh membuat tindakan untuk menahan seseorang sehingga dua tahun. Akta ini bukan akta yang popular kerana ia tidak melalui proses undang-undang biasa. Ia juga bukan untuk menghukum tetapi ia adalah akta pemulihan seseorang. Sebab itulah seseorang tahanan ISA tidak dikategorikan dalam rekod kesalahan jenayah. Selain itu bekas tahanan ISA tidak perlu menunggu sehingga lima tahun untuk bertanding (pilihan raya) malah ketika dalam tahanan juga, tahanan masih dibenarkan bertanding.

Jadi orang ramai perlu diberi pemahaman bahawa ISA adalah untuk pencegahan?
SYED HAMID: Untuk membina keharmonian, toleransi bagi membolehkan keselamatan dan ketenteraman hadir dalam masyarakat, banyak tindakan awalan perlu diambil walaupun mungkin tidak kelihatan pada mata kasar. Ia berdasarkan maklumat risik dan maklumat terperinci berkenaan apa yang berlaku sebelum dan selepas seseorang itu ditangkap.

Ia tidak melalui proses mahkamah tetapi tidak bermakna yang kita menyekat seseorang daripada mengambil tindakan mahkamah. Walaupun undang-undang itu sedemikian, tetapi banyak mereka yang ditahan di bawah akta ini mencabar keputusan yang dibuat oleh menteri atau polis. Ia merupakan tindakan memfailkan habeas corpus supaya orang yang ditahan itu dibebaskan. Tetapi keputusan mahkamah menunjukkan bahawa keputusan menteri dalam menentukan apakah bentuk ancaman keselamatan dan ketenteraman awam tidak boleh dicabar. Selalunya kejayaan memperoleh habeas corpus adalah atas asas kaedah atau kesilapan teknikal. Banyak kes yang berjaya adalah macam tu.

Dalam kes permohonan habeas corpus Raja Petra Kamaruddin yang dibenarkan mahkamah, apa pula kesilapan teknikalnya?
SYED HAMID: Dalam kes ini mahkamah membuat keputusan berlainan dari apa yang diputuskan mahkamah lain sebelum ini termasuk oleh Mahkamah Persekutuan. Dalam kes Raja Petra, mahkamah mengambil kira keputusan yang dibuat menteri itu menurut Perlembagaan atau tidak. Kemudian mahkamah dalam kes ini membuat keputusan yang kita anggap ada kesilapan dari segi undang-undang dan kes duluan (precedent), sebab itu kita buat rayuan. Tujuan bukan untuk terus tahan dia tetapi kerana banyak persoalan undang-undang yang tercabar dengan keputusan berkenaan.

Justeru kita mahu penentuan dari mahkamah sama ada keputusan hakim itu betul atau tidak dengan membuat ujian subjektif bukan ujian objektif. Ia kerana dalam melaksanakan ISA tak boleh nak kata 'bila tidak ada orang buat demonstrasi, maka tidak ada ancaman'. Ini bermakna mahkamah mempersoalkan budi bicara menteri. Banyak maklumat yang kita ada tidak boleh didedahkan. Sebab itu selalunya dalam kes undang-undang dahulu, mahkamah tidak pernah persoalkan. Kita menghormati keputusan itu yang hakim gunakan hujah-hujah yang padanya boleh diterima.

Namun keputusan Mahkamah Tinggi bukan mengikat mahkamah lain. Ia boleh menjadi contoh kepada keputusan lain tetapi ia tetap mempunyai kesan yang amat jauh dan mendalam. Sebab itu kita nak rujuk kembali supaya mahkamah boleh membuat keputusan di atas asas bahawa tidak ada perubahan di dalam penafsiran kuasa melaksanakan budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri.

Ertinya kuasa eksekutif dalam melaksanakan ISA tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah?
SYED HAMID: Tidak boleh, kerana peruntukan akta ini termaktub di bawah Perlembagaan yang membenarkan salah satu pengecualian di dalam Perlembagaan berkenaan soal kebebasan. Bila kita laksanakan ISA, perkara itu adalah diberikan kuasa dalam perlembagaan sendiri di bawah Artikel 149 yang memberi kuasa kepada kita untuk gubal undang-undang pencegahan yang membenarkan kita menangkap seseorang tanpa bicara dan menyekat kebebasan mereka. Itu diberikan undang-undang, bukan sesuatu yang wujud dengan sendirinya.

Bagaimanakah keadilan itu ditentukan apabila ISA digunakan?
SYED HAMID: Bila kita bercakap keadilan sebagai konsep, kita tidak menzalimi dan menganiayai sesiapa. Kita mahu melindungi orang awam dan kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam. Kita tidak boleh membenarkan kumpulan kecil merosakkan keharmonian, ketenteraman awam, ekonomi negara atau perkhidmatan penting.

Apakah perlu untuk kita menunggu sehingga ia berlaku? Macam kita nampak orang pergi memotong kabel tetapi tidak ada saksi, macam mana kita mahu tuduh dia? Tetapi dia telah menjejaskan ketenteraman awam. Keadilan yang dimaksudkan ialah tidak ada penganiayaan, bukan kerana kita benci seseorang atau kerana sikap atau kaum atau agamanya, tetapi konteks yang diambil kira adalah berdasarkan ketenteraman dan keselamatan awam. Polis mempunyai banyak maklumat yang orang ramai tidak tahu, itulah keupayaan polis selama ini sehingga kita berasa selamat untuk bergerak.

Macam mana kerajaan hendak mematahkan hujah yang mengatakan ISA tidak lagi relevan kerana ia digubal untuk tujuan subversif dan komunis?
SYED HAMID: Sebenarnya kita tidak perlu untuk berikan asas jika kita yakin dan percaya bahawa ada tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan. Kita mesti berpuas hati, fungsi menteri mesti berpuas hati berhubung ketenteraman awam. Kalau kita mempersoalkan kuasa menteri, macam mana nak kata puas hati, itu dah jadi undang-undang biasa, bukan lagi mencegah. You hit at the core, tidak betul untuk berkata ISA hanya untuk subversif dan komunis. Sejarahnya ya, tetapi dalam konteks sekarang ia sudah ada tiga 'limb' baru. Sayap-sayap ini kata apabila ada apa-apa yang boleh menjejaskan keselamatan, ekonomi dan perkhidmatan penting, kita boleh gunakan. Tiga faktor ini, bukan hanya subversif elemen, yang subversif elemen yang ditafsirkan itu pun digunakan preamble (mukadimah) akta ini. Preamble itu adalah yang mengaitkan akta ini dengan sejarah. Sebab itulah ada akta ini pada masa dulu.

Kita dalam dunia yang ancamannya sentiasa berubah. Kalau dulu orang tidak kenal pengganas, pengganas urban. Orang tidak tahu bahawa rusuhan boleh menyebabkan ini. Selepas peristiwa 11 September, semua keadaan berubah. Amerika Syarikat (AS) tidak ada akta sedemikian tetapi sekarang telah ada Patriot Act yang serupa, begitu juga dengan Britain dengan Terrorist Act. Justeru kita tidak boleh melihat bahawa sesuatu undang-undang itu akan diaplikasikan berasaskan iklim dan tuntutan lama.

Sebab itu apa yang kita buat ini ialah berasaskan iklim dan tuntutan masa kini. Negara kita ini adalah negara yang paling sensitif. Hubungan kaum tidak ramah. Saya bertanya dengan polis, macam mana dengan ISA ini? Banyak ke orang yang menentang? Sekarang orang bercakap vigil yang kita tidak tahu. Dulu ada ke vigil? Ada lilinnya? Dulu mana ada semua ini. Orang tiru semua dari luar negara bawa lilin berdemonstrasi hendak hapuskan akta ini.

Saya tanya kebanyakan orang, mereka berasa selamat kerana ada akta pencegahan ini. Kita tidak tunggu bangunan untuk runtuh. Kita tentukan bangunan itu tidak akan runtuh. Sebab itu, apabila saya tanya kepada polis, mereka memberitahu, majoriti rakyat masih mahukan ISA.

Kumpulan yang tidak mahukan ISA tujuannya supaya mereka boleh membangkitkan segala perkara yang hendak dibangkitkan, boleh dibangkitkan. Supaya tidak ada sesuatu yang boleh menyekat dan membanteras dari sesuatu berlaku. Kebebasan tanpa memahami kefahaman tanggungjawab kita akan menghancurkan negara. Selama ini jangan ambil lewa bahawa negara ini selamat kerana ada keselamatan.

Dalam isu pertubuhan haram Hindraf ada berpandangan kerajaan terlalu lambat untuk bertindak?
SYED HAMID: Saya tidak mahu komen apa yang telah berlalu. Biar lambat daripada tidak mengambil tindakan langsung. Kita lihat apabila kita senyap sekian lama, tidak ambil apa-apa tindakan, orang tengok seolah-olah kita ini teragak-agak, itu bukan sebabnya. Kita tidak mahu berlaku kezaliman, tidak berlaku tidak adil di atas asas kaum, agama atau budaya.

Jadi bila kita tengok tindakan mereka semakin lama semakin membawa kemudaratan, barulah kita ambil tindakan, tetapi bila kita ambil tindakan, ada yang kata patut sudah dikenakan tindakan awal-awal lagi. Persoalannya, apa akan jadi kalau kita terus tidak ambil tindakan? Sudah pasti keadaan akan lebih buruk lagi. Saya tidak fikir tidak ada menteri macam saya kena menghadapi 23 laporan polis kerana kenyataan saya dan tindakan yang diambil demi mempertahankan asas dan fundamental negara.

Apa yang menghairankan, sekarang ini semua perkara dilihat dari sudut agama dan kaum. Kalau soal Melayu dan Islam, orang seolah-olah menganggap tidak penting, begitu juga apabila mereka mencabar soal Melayu dan agama Islam, ia akan dianggap sebagai kebebasan serta hak asasi.

Tetapi kalau soal kaum lain, sikit sahaja kita sentuh, dia marah. Ada orang bercakap berkenaan Barack Obama. Dia lupa yang Obama tidak pernah bercakap tentang negara asalnya tetapi hanya bercakap berkenaan Amerika. Patriotisme dia kepada Amerika, bahasa yang dia cakap satu, loghat dia satu. Perkara ini kita tidak timbulkan. Ini soal siapa jadi Perdana Menteri mula nak dipertikaikan, nak itu, nak ini. Asas-asas kita pun mula dipertikaikan.

Ia bukan formula yang boleh membawa kepada pengintegrasian tetapi perpecahan. Jadi kita perlu mengambil tindakan pantas. Kalau tunggu ada pergaduhan kaum berlaku baru boleh mengambil tindakan mencegah. Itu bukan lagi mencegah, itu untuk membanteras.

Apa pandangan Datuk Seri melihat trend segelintir pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri secara terbuka sudah sealiran dengan pembangkang dalam isu menghapuskan ISA ini?
SYED HAMID: Saya fikir orang terbawa-bawa dengan pendekatan universal termasuk orang Melayu yang menganggap diri mereka liberal, sedangkan liberal mereka kerana ada undang-undang yang mencegah dari sesuatu itu berlaku. Mereka lupa apa yang mendokong kedudukan mereka. Bila ada di kalangan kita orang Melayu misalnya menjadi apologetik. Keindukkan kita pun menjadi apologetik. Kenapa masih takut soal sejarah? Apa asal-usul kita? Kita bukannya hendak mengambil hak orang lain.

Adakah trend sebegini sihat kerana Melayu liberal ini dilihat sama-sama lantang dengan puak-puak penentang ISA termasuk parti pembangkang?
SYED HAMID: Pandangan saya, liberalisme mengikuti nilai sejagat ini mesti kita tafsir dalam konteks sejarah kita. Apakah kita mahu jadi seperti mana Amerika Syarikat (AS). Di mana tempatnya pribumi di AS, Australia? Kalau kita nak jadi macam itu, okey lah. Yang kita hendak sekarang bukan mahu mempersoalkan kerakyatan dan kenegaraan kaum lain tetapi menerima hakikat sejarah dalam konteks kerjasama kita, dalam konteks perkongsian negara.

Kalau kita dah bagi duduk sama-sama, berjuang sama-sama selepas itu mula hendak mempersoalkan kembali berkenaan apa yang para pelopor kemerdekaan asaskan dan kita lupa kata-kata hikmat yang dikeluarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T Sambanthan, maka ia akan menjadi sukar.

Kebelakangan ini banyak kempen dalam laman web, blog yang menganjurkan pembebasan tahanan ISA yang telah lama ditahan, mengapa mereka masih belum dibebaskan?

SYED HAMID: Tempoh tahanan ini boleh dilanjutkan apabila pegangan kepada ideologi dan matlamat seseorang yang ditahan itu masih tidak berubah. Kita ada masa untuk duduk dengan mereka tiap-tiap hari. Orang lain tidak tahu. Bila dia masih lagi memikirkan untuk menggunakan rangkaiannya semula dan tujuannya belum berakhir, maka penahanannya akan diteruskan.

Sejauh mana kerajaan mampu memulihkan mereka?
SYED HAMID: Saya tengok kategori yang dapat kita pulihkan ialah dalam membetulkan pendekatan mereka terhadap agama. Misalnya pendekatan, perjuangan dalam mencapai matlamat hendak menubuhkan rangkaian negara Islam di Nusantara. Itu selalunya dapat kita betulkan berikutan keadaan negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk. Selain itu kita juga menunjukkan kepada mereka bagaimana kita boleh mendekati orang. Bagaimana kita tidak membangkitkan kecurigaan orang terhadap agama dan macam mana agama Islam melahirkan kedamaian dan keamanan.

Kebanyakan tahanan yang saya jumpa dapat menerima bahawa pendekatan yang membawa porak-peranda dan huru-hara tidak akan membawa kesejahteraan. Golongan yang paling susah hendak dipulihkan ialah apabila pegangan mereka itu berkaitan dengan kepercayaan politik. Kadang kala kita lepas saja tanpa dapat dipulihkan.

Dia tidak mahu berubah sebab dia ada cita-cita dan aspirasi politik. Misalnya ada orang daripada parti pembangkang yang masuk ISA atau kita ambil tindakan ke atas mereka yang mempunyai pegangan ekstrem melampau yang merbahaya yang dianggap mempunyai pendekatan militan. Jadi orang sebegini ada di antara mereka berpegang kepada ideologi politik yang cukup rigid kerana prinsip perjuangan dia adalah politik, dia mahu berkuasa. Maka dia tidak akan berubah. Ramai orang ingat, kita tahan orang bawah ISA supaya dia sokong kerajaan, bukan itu yang kita mahukan. Kita mahu mereka sedar tanggungjawab sebagai rakyat supaya dia tidak membawa pendekatan militan yang boleh menodai dan menjerumuskan negara dalam keadaan tidak terkawal.

Bukan untuk tujuan politik kerajaan

Sejak kebelakangan ini ada parti pembangkang tertentu yang memberi tekanan terhadap orang Melayu dalam pelbagai isu dan ada juga yang melabelkan Utusan Malaysia sebagai rasis dalam melaporkan berita dan artikel. Apa pandangan Datuk Seri?
SYED HAMID: Orang Melayu walaupun senyap tetapi itu tidak bermakna dia tidak marah. Jadi kerajaan tidak akan biarkan begitu sahaja.

Saya nak cakap, surat khabar dan media yang bercakap mengenai isu-isu Melayu dan agama Islam tidak banyak, hanya Utusan Malaysia tetapi Utusan Malaysia diserang dan mereka melihat dari sudut – ‘‘Utusan ni ekstrem’. Sedangkan surat khabar bahasa lain, kaum lain bukan main lagi, cukup banyak.

Polis tidak suka kepada kontroversi. Segala tindakan adalah berasaskan kepada undang-undang dan undang-undang memberikan polis kuasa tertentu. Bila orang tak puas hati ia akan dicabar di mahkamah. Jadi tak boleh kalau dia mengatakan ini tak betul... itu tak betul..., jadi orang pula kata kalau kita buat kenyataan menyokong Utusan, orang kata kita pro Utusan, menganaktirikan orang lain, Utusan kita beri layanan istimewa.

Saya fikir Utusan bertanggungjawab seperti mana akhbar-akhbar lain untuk mengenengahkan suara rakyat. Jangan pula apabila orang lain bersuara, kita kata itu suara rakyat, tetapi kalau suara orang Melayu kita kata itu bukan suara rakyat, semua tindakan yang diambil orang Melayu dianggap melampau, menyinggung perasaan, rasis sedangkan tindakan yang orang lain buat walau berbentuk perkauman, tidak.

Saya ada rekod melibatkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) bercakap di Parlimen, dia kata biarlah orang yang bekerja di bahagian rekod perkahwinan mestilah orang bukan Melayu. Sebenarnya memang bukan orang Melayu pun, sebab ia melibatkan pasangan bukan Islam.

Kita tidak pernah letak orang Melayu untuk jadi pegawai di situ. Orang India, Cina dan kaum lain jadi pegawai di situ. Tapi dia sengaja bangkitkan kerana macam ada minat ke arah untuk melahirkan sentimen kaum. Mereka seperti ini main sentimen kaum dan berlindung atas kebebasan, undang-undang dan hak asasi yang menjadi permainan mereka.

Ada dakwaan kerajaan menggunakan ISA untuk tujuan dan kepentingan politik?
SYED HAMID: Kita tidak pernah mengambil tindakan untuk politik tetapi kita faham bahawa orang politik tidak pernah terkecuali daripada tindakan jika dia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Bila orang UMNO dulu kena tahan ISA, mereka tak pernah bising, tetapi ada pemimpin komponen BN kata bila orang Melayu bercakap sesuatu yang tak disenangi, dia suruh kenakan ISA sedangkan dalam masa yang sama, dia suruh ISA dihapuskan. Saya tengok kadang-kadang bila nak gunakan ISA kita macam ada dwi standard, tidak boleh begitu kerana kita rakyat Malaysia, semua rakyat ada hak yang sama.

Dalam suasana politik dan dari apa yang digambarkan ini menunjukkan Malaysia belum bersedia menghapuskan ISA?
SYED HAMID: Ada negara yang bercakap dengan saya menganggap kita untung kerana ada akta ini yang dapat mengelak huru hara di dalam negara. Kita boleh bertindak cepat. Negara yang tidak ada ISA pun wujudkan Patriot Act. Kita tidak ada insiden seperti pengeboman Bali. Dulu tengok kekuatan al-Arqam, kehadiran di kalangan umat Islam, orang Melayu 100 peratus tetapi kita ambil tindakan kerana bimbang kesan pelampau. Semua kita ambil tindakan.

Tidak ada sesiapa patut fikir berkenaan ISA. Pada saya, orang yang betul-betul tidak mempunyai pandangan dan motif yang lain tidak patut berfikir berkenaan ISA. Dia patut fikir seolah- olah ISA tak wujud, justeru orang yang sentiasa fikir ISA ini kerana dia hendak melakukan sesuatu tanpa disekat. Mereka berpendapat tanpa ISA, mereka boleh buat apa yang mereka suka, ini perspektif saya.

Kalau kita tidak melakukan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan, buat apa kita nak khuatir? Perjuangan ini satu kelompok. Soal nak semak dan pinda, kerajaan tidak pernah tutup tetapi kita kena ambil realiti.

Di Barat selepas kejadian 11 September, insiden kezaliman dan penganiayaan terhadap orang Islam dan harta orang Islam di negara Barat makin bertambah mengikut laporan.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan ada kes orang bakar keluarga Islam dalam rumah mereka, pecahkan itu dan ini, macam-macam. Bila ada sesuatu perkara berlaku cepat menyalahkan orang Islam. Negara kita terselamat daripada itu semua sebab kita ambil tindakan pencegahan.

Kita tidak pernah bergaduh dengan kaum India atau orang Hindu, kita tidak ada sejarah itu tetapi di negara lain ada. Kita tidak ada sejarah pertentangan kaum berasaskan kaum dan budaya. Buku menceritakan peristiwa 13 Mei pun selepasnya menceritakan semua salah kita. Dia tidak tengok kepada tindakan dia, keangkuhan dia macam mana dia memperkecilkan kita, memainkan semangat kaum.

Ada kesimpulan mengenai ISA?
SYED HAMID: Kita tidak akan menggunakan ISA dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak akan gunakan ISA untuk kepentingan politik parti pemerintah. Kita tidak akan gunakan ISA untuk menentukan kedudukan politik kita (parti pemerintah) selamat. Kita akan gunakan ISA dengan tegas, berhemah dan adil serta saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat untuk menentukan kita dapat memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam. Itu menjadi prinsip dan asas. Jadi rakyat tidak perlu khuatir, mereka tahu di belakang terhadap segala perkara yang berlaku di Malaysia ada undang-undang yang akan melindungi mereka.

0 Responses to ISA

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ