Isu-isu sensitif yang dibangkitkan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) turut jadi tumpuan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang lebih tiga jam petang Selasa.

Ini termasuk ancaman Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Terpulang kepada mereka (PPP)…jika itu keputusan mereka, apa kita boleh buat,” kata Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sambil menegaskan kerajaan tidak akan meminda akta berkenaan.

Sebelum ini Presiden PPP, Datuk M.Kayveas dilaporkan berkata, parti pimpinannya menimbangkan untuk keluar BN sekiranya kerajaan tidak meminda atau menghapuskan ISA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak hadir mesyuarat berkenaan dan hanya menghantar wakil.

Selain itu, isu sensitif lain termasuk soal ketuanan Melayu yang pernah dibangkitkan pemimpin MCA dan Gerakan turut dibincangkan.

Menurut Abdullah, sebagai parti besar, BN mengamalkan siakp terbuka dan membincangkan apa juga isu dibangkitkan.

“Sebagai kerajaan yang berkongsi kuasa, kita ada tanggungjawab bersama,” katanya tanpa mengulas lanjut isu-isu sensitif lain yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. - 9/12/2008

Jangan lupa ajak Gerakan sekali, depapun dok ugut nak keluaq, pilah keluaq. Nak tengok macma mana depa nak menrai pula lepaih ni....