SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

PETIKAN DARI MYKPMU beserta ulasan dari pemilik blog

Posted by Detguaq Saturday, November 1, 2008

Siapa dan antara yang tertekan ???

October 30, 2008 by admin

Siapa yang sebenarnya kini tertekan untuk menanti hari pemilihan UMNO yang akan diadakan pada bulan Mac ini. Bagi Datuk Seri Najib yang bertanding sebagai Presiden parti mungkin boleh merasa lega kerana beliau hampir selamat untuk menduduki takhta tertinggi dalam parti UMNO Mac ini. Yang tertekan ialah tengku Razaleigh Hamzah kerana langsung tidak nampak bayangan sokongan terhadap beliau. Ini amat memalukan kerana beliau dahulu begitu yakin ahli UMNO mahukan beliau. Rupa-rupanya anggapan beliau sebenarnya tidak lebih dari “Syok sendiri”

Bagi kerusi Timbalan Presiden, Tan Seri Muhyiddin Yassin mungkin belum boleh melenakan mata dan merasa selesa lagi kerana kerusi ini walaupun nampak selamat tetapi tidak mustahil akan ada calon-calon yang mungkin akan melepasi kuota dan akan menandingi beliau untuk kerusi Timbalan Presiden. Walaupun beliau lega dengan pencalonan berpihak kepada beliau tetapi beliau amat risau sekali jika Tan Seri Mohammad Mohd Taib atau pun Datuk Wira Ali Rustam berjaya melepasi kuota pencalonan kerana dalam masa 3 bulan apa-apa sahaja boleh berlaku.

Mengenali Tan Seri Mohammad Mohd Taib yang mempunyai rangkaian kerja yang baik dan juga pengalaman dalam banyak pemilihan UMNO, akan tercabar juga Tan Seri Muhyiddin Yassin. Rais Yatim juga yang sebelum ini merasakan dirinya begitu popular kini mulai merasakan tertekan kerana terjemahan perwakilan bahagian tidak memihak kepada beliau.

Antara mereka yang tidak boleh melelapkan mata ketika ini adalah Ketua Wanita UMNO. Calon yang memperolehi pencalonan tertinggi Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz dan juga Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kerana beliau kini dalam delima, antara mahu dan tidak untuk bertanding kerusi Ketua Wanita UMNO kerana telah layak bagi merampas takhta berkenaan dari Ketuanya.

Rafidah agak tertekan antara mahu meneruskan plan peralihan atau menentang Rafidah, sekiranya beliau mengambil keputusan menentang Rafidah dan tewas dalam pemilihan berkenaan, kerjaya politik beliau akan menjadi kelam. Jika beliau mahu meneruskan peralihan, ianya agak lama lagi dan apa juga pasti boleh berlaku dan ramai perwakilan yang mencalonkan beliau menganggap Shahrizat sebagai pemimpin yang tidak berani menyahut cabaran.

Bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO pula, yang jelas tertekan sekarang adakah calon yang mendapat pencalonan kerana kini di anggap favourite dan perlu memastikan sentiasa favourite sehinggga pertandingan Julai ini dan sentiasa memastikan berada ditahap populariti yang tertinggi. Mukhriz terpaksa menang dalam pemilihan kali ini kerana jika beliau kalah ianya melibatkan ayahnya, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang turut berkempen secara agresif sekali untuk memastikan Mukhriz menang .

Jika beliau kalah bererti, bukan hanya beliau sahaja yang kalah. Ayahnya turut kalah. Tidak mustahil Mukhriz juga boleh kalah, walaupun mendapat pencalonan tertinggi, kerana pencalonan tertinggi tidak menjaminkan kemenangan lagi. Ayahnya pernah mendapat pencalonan sebanyak 3/4 ketika menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi hanya menang dengan jumlah yang kecil sahaja.

Bagi seorang calon lagi, bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo juga kini dalam keadaan tertekan kerana kerusi Ketua Pemuda UMNO amat penting kerana jika beliau tewas bererti kerjaya politik beliau juga agak kelam kerana ini lah sahaja platform yang akan membariskan beliau berdiri sama tinggi dengan pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO.

Seorang lagi calon, Khairy Jamaluddin walaupun tertekan tetapi lebih tenang kerana ini adalah satu permulaan yang nyata bagi beliau kerana beliau kini berhadapan dengan realiti politik. Yang bertanding sekarang adalah Khairy Jamaluddin yang masih muda dan masih punyai banyak masa. Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.

Tekanan terhadap beliau tidaklah sebegitu kuat memandangkan beliau terpaksa menebas hutan yang tebal untuk mencari realiti alam politik. Banyak halangan yang perlu beliau lalui dan berjaya melayakkan diri adalah satu bonus kepada beliau dan pendorong bagi beliau pergi lebih jauh dengan membawa nama Khairy Jamaluddin. Oleh kerana usia beliau yang masih muda dan mempunyai maka tekanan tidak lah begitu ketara kepada beliau yang dianggap underdog dan bukan favourate.

Sama seperti Rosnah, hak sebagai Ketua Puteri UMNO sepatutnya adalah hak beliau, namun beliau terpaksa menghadapi tentangan dari Shahaniza yang nampak lebih popular dari beliau. Namun Rosnah tidak tertekan kerana beliau masih ‘Maintain ” dan tidak ada sebarang tanda yang menampakkan bahawa beliau hilang ke popularitinya.

- Oleh Dinno


Aku nak sedut ayat tentang calon pemuda:

Bagi kerusi Ketua Pemuda UMNO pula, yang jelas tertekan sekarang adakah calon yang mendapat pencalonan kerana kini di anggap favourite dan perlu memastikan sentiasa favourite sehinggga pertandingan Julai ini dan sentiasa memastikan berada ditahap populariti yang tertinggi. Mukhriz terpaksa menang dalam pemilihan kali ini kerana jika beliau kalah ianya melibatkan ayahnya, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang turut berkempen secara agresif sekali untuk memastikan Mukhriz menang .

Jika beliau kalah bererti, bukan hanya beliau sahaja yang kalah. Ayahnya turut kalah. Tidak mustahil Mukhriz juga boleh kalah, walaupun mendapat pencalonan tertinggi, kerana pencalonan tertinggi tidak menjaminkan kemenangan lagi. Ayahnya pernah mendapat pencalonan sebanyak 3/4 ketika menentang Tengku Razaleigh Hamzah tetapi hanya menang dengan jumlah yang kecil sahaja.

Komen aku:

DMM tertekan? hi hi hi.....sepatutnya yang duduk bawah ANJINGlah yang tertekan, bukan yang dapat pencalonan terbanyak, kerana pencalonan terbanyak inilah sebenarnya gambaran asal(gambar asli) hasrat akar umbi. APA PUNYA SPIN NI!!! Tetapi bila sampai keperingkat G2+2, gambaran ini akan diganti dengan gambar palsu undian yang mana boleh jadi undian oleh mereka adalah hasil balutan(lamination) muka Petuan Agong yang pertama. Jadi bukan sesuatu yang anih bila dilihat sejarah antara KuLi dan TDM sebabnya undi dah dibeli. Bukannya susah, cari duit haram untuk jayakan perkara haram. Dan sejarah juga menunjukkan bukan semua Melayu boleh dibeli dengan ringgit dalam menentukan survival dan maruah politik UMNO. Itu sebabnya sistem G7+2 dan G2+2 wajar dimansuhkan!!!

Bagi seorang calon lagi, bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo juga kini dalam keadaan tertekan kerana kerusi Ketua Pemuda UMNO amat penting kerana jika beliau tewas bererti kerjaya politik beliau juga agak kelam kerana ini lah sahaja platform yang akan membariskan beliau berdiri sama tinggi dengan pemimpin -pemimpin tertinggi UMNO.

Komen aku:

Aku harap DSKT akan membuka laluan kepada DMM, iaitu dengan menyertai DMM untuk mengatasi si kj yang hipokrit ini. Pasti ada tempat untuk orang berpengalaman seperti beliau. Sedang Mat Taib yang tak reti bahasa Inggerispun boleh jadi menteri besaq dan menteri pusat, apatah lagi DSKT yang juga doktor!!!

Seorang lagi calon, Khairy Jamaluddin walaupun tertekan tetapi lebih tenang kerana ini adalah satu permulaan yang nyata bagi beliau kerana beliau kini berhadapan dengan realiti politik. Yang bertanding sekarang adalah Khairy Jamaluddin yang masih muda dan masih punyai banyak masa. Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.

Komen Aku:

Tenang??? Lawak tahap gaban! Sepatutnya jika betul-betul mahukan realiti dalam politik, baik saja kj ni balik kepada asal dengan bertanding diperingkat cawangan dulu, kendian tu diperingkat bahagian dengan meredah kampung-kampung yang ada cawangan Pemuda untuk pelawa diri jadi AJK Pemuda dulu, kendian tu dah duk dua tiga penggal kat AJK tu barulah pelawa jadi KPUBahagian. Buat kerja dibahagian dulu dua tiga penggal, kendian tu barulah tawar diri kepusat sebagai EXCO Pemuda Pusat. Dah dua tiga penggal, barulah tawar diri untuk NKPUM dan seterusnya......Macamtu lah. Bukan tiba-tiba terus pegang NKPUM dan terus belagak jadi kaduk. Awat? Ingat sireh tu tak sedih pilu ke? kalau tak dak pak metua kat situ ingat sireh tu nak biaq ka kaduk naik kejunjung? Hoi!!! Piirahhh!!!

Dan yang buat aku nak teruntah ialah perenggan yang kata:

Namun sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, beliau akan merasa terkilan juga sekiranya beliau kalah kerana kerusi berkenaan adalah hak beliau secara hakiki.

Awat? Ada ka dalam perlembagaan yang kata bila seseorang tu dah jadi secara tiba-tiba sebagai NKPUM sewajibnya juga menjadi secara tiba-tiba KPUM? Lihat frasa hak beliau secara hakiki. Fahamkah sipenulis apa yang dimaksudkan dengan hak yang hakiki?

Kalau nak ampupun berpada-padalah.......mana ada manusia yang mempunyai hak yang hakiki? Hanya Allah yang mempunyai hak yang hakiki!!! Manusia dan makhluk seluruhnya terikat dengan kefanaan, hanya Allah yang Kekal. Ni apa ni takkan nak mengampu sehingga mengangkat orang yang anda ampu setaraf dengan Allah??? Maka tak hairanlah bila ada menteri kanan yang sanggup cium tangan budak kanyiaq ni depan public. Lu pikir lah sendri(pinjam kata nabil N9)

Tekanan terhadap beliau tidaklah sebegitu kuat memandangkan beliau terpaksa menebas hutan yang tebal untuk mencari realiti alam politik. Banyak halangan yang perlu beliau lalui dan berjaya melayakkan diri adalah satu bonus kepada beliau dan pendorong bagi beliau pergi lebih jauh dengan membawa nama Khairy Jamaluddin. Oleh kerana usia beliau yang masih muda dan mempunyai maka tekanan tidak lah begitu ketara kepada beliau yang dianggap underdog dan bukan favourate.

Komen Aku:

Analogi tebas hutan tu langsung tidak tepat. Terbabas dengan amat jauh dari realiti. Hanya orang yang dah mati sebelum kj aktif berpolitik(baca: kawin dgn anak paklah), anak-anak yang kecil dan yang belum lahir sahaja yang boleh termakan dengan cerita dongeng ini!. Dan kerana mudalah beliau wajib belajar dari Alif atau dari 'A'. Hangpa dok tebas dan kebaih duit dia yang dia dapat dari segala mak nenek komisen. Wang haram hanya layak dihabiskan dengan jalan yang haram.

JANGANLAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Cukup-cukuplah tu......


2 Responses to PETIKAN DARI MYKPMU beserta ulasan dari pemilik blog

  1. Siapa yang sebenar tertekan?

    UMNO yang paling tertekan.. UMNO tidak merasainya?

    Terpulang.. Rakyat akan sentiasa menekan UMNO!

     
  2. Detguaq Says:
  3. Mantra,

    tekanan dari rakyat adalah merupaka nubat paling berkesan untuk memulihkan perjuangan UMNO.

    Saya setuju bahawa rakyat menekan UMNO. Tetapi sebagai ahli saya tidak akan berhenti untuk terus bersuara sehingga apa yang didambakan oleh majoriti rakyat termasuk saya(saya juga rakyat!)tercapai.

     

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BLOG ARCHIVES

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ