SILA LAWATI BLOG DETGUAQ

SILA LAWATI BLOG DETGUAQ
BLOG INI ADALAH ALTERNATIF KEPADA BLOG PELANTAQHUJAH DAN AKAN MENGGANTIKAN BLOG PELANTAQHUJAH SETELAH PIHAK BLOGSPOT SEHINGGA KINI TIDAK 'REMOVE WARNING CONTENT' SEHINGGA MENYUKARKAN PENGUNJUNG.

Sila e-mailkan....detguaq10@gmail.com

SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG SAHIH DAN BERFAKTA UNTUK DI WAR-WARKAN DALAM BLOG INI DEMI UNTUK MENGEMBALIKAN KEDAH KEPADA UMNO/BN.

SILA INBOX DALAM FACEBOOK SAYA ATAU E-MAILKAN MAKLUMAT ANDA KEPADA:
detguaq10@gmail.com

Followers

Kat Sini Juga Boleh Daftar Sebagai Rakan Blog

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

HIMPUNAN JUTAAN BELIA

RAKAMAN UNTUK SEBUAH PENGHORMATAN

Posted by Detguaq Saturday, July 26, 2008

Dipetik dari utusan:

23/07/2008

Badruddin lepas jawatan

ALOR STAR 22 Julai – Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin menyatakan kesediaan beliau untuk melepaskan jawatan tersebut bagi memberi peluang kepada muka baru.

Badruddin yang memegang jawatan berkenaan selama 15 tahun berkata,

antara sebab utama yang membuatkan beliau mengundurkan diri adalah mahu menumpukan perhatian kepada UMNO pusat dan memikul tugas baru sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Saya baru dilantik sebagai Pengerusi FAMA dan ia adalah satu tanggungjawab yang berat bagi memastikan bidang pertanian terus mendapat tempat di kalangan masyarakat.

“Saya akan meneruskan perjuangan di dalam UMNO pusat dan saya juga mahu melihat generasi baru mencorakkan kembali kepimpinan UMNO,” ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Badruddin yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO memberitahu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerai, Datuk Razak Hashim turut mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

“Kami secara sepakat mengambil keputusan ini kerana sayangkan UMNO dan pengunduran kami bukan bermakna perjuangan kami telah terhenti.

“Kami mahu melihat generasi baru yang lebih bersemangat memperjuangkan hak bangsa Melayu,” jelasnya.

Menurut Badruddin, beliau menyerahkan kepada kesemua ahli cawangan Jerai bagi memutuskan siapa yang layak untuk menggantikan tempat beliau sebagai Ketua UMNO Jerai.

“Saya tidak menyatakan siapa yang layak menggantikan saya dan semua ahli berhak membuat pilihan sendiri siapa yang layak menjadi pemimpin mereka,” jelasnya.


SEKALUNG TAHNIAH TIDAK TERNILAI untuk kedua-dua pemimpin yang meletakkan kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi demi survival MELAYU.

1. KB - Dato' Paduka Badruddin Amiruldin yang popular diperingkat UMNO Malaysia

2. TKB yang juga regu beliau semenjak Pemuda iaitu Dato Razak Hashim yang amat rapat dengan pengundi DUN Guar Chempedak khasnya dan UMNO/BN Jerai amnya. Rata-rata rakyat masih mahu beliau menjadi wakil mereka, namun takdir Allah mengatasi Tuhan Politik. Biarlah mereka berebut arang yang akhirnya menjadi abu....... Luahan sejarah silam semalam membuat aku terharu, bagaimana semangat beliau yang masih utuh terhadap roh perjuangan UMNO dulu, kini dan selamanya.....Nama anda akan tersemat wangi dalam lipatan sejarah UMNO.... Terimakasih juga kerana mengimbau sejarah UMNO cawangan Guar Chempedak yang Nenda saya(Allahyarham bekas imam)juga salah seorang Ketua Cawangan yang beliau biasa berkhidmat sebagai setiausaha.

Walaupun nenda saya tidak pernahbercerita mengenai sejarah politik beliau, namun ayahnda saya(yang juga telah meninggal) selalu bercerita hal-hal perjuangan mereka dahulu. Semangat mereka terus menular kesanubari saya menyebabka ntiada pernah ada rasa benci saya kepada UMNO. Tidak sehaluan dengan pemimpin dalam beberapa hal dalaman adalah harus pada saya.

Bolehkah ADUN Guar Chempedak yang baru ini berkhidmat sebaik Dato' Razak? semuga beliau dapat menunjukkan sesuatu perubahan bagi menggambarkan bahawa beliau layak menjadi ADUN Guar Chempedak setelah rakyat DUN Guar Chempedak memilih beliau yang bertanding atas tiket BN untuk menang pada kali ini. Dato' Dr Ku Rahman!!! Anda ditagih(demanded) khidmatmu...... Anda mesti cepat belajar untuk menyesuaikan diri dengan seluruh rakyat DUN Guar Chempedak tanpa mengira siapa. Ya....mungkin dalam UMNO anda boleh membuat percaturan, bagaimana dengan mereka yang diluar sana? Sekali lagi!!! Cepat belajar!!!

0 Responses to RAKAMAN UNTUK SEBUAH PENGHORMATAN

Post a Comment

Adap biarlah beradat

Mengenai Aku

Luahan serta pandangan dari sudut rakyat marhien. Rakyat yang akarnya adalah Melayu dan melayu itu adalah akar Tanah ini.

Tanah ini Melayu Nusantara yang punya, tetapi adat Melayu melayan tetamu umpama sedarah, melindung sahabat umpama se bapa, menyuap kawan umpama se ibu.

Adat Melayu juga bila tertindas bangun membingkas, bila di tekan bangkit melawan bila di hina terpa membela.

Fahamilah.....
Dalam adat ada kelembutan,
Dalam pendirian ada ketegasan.


Flag Counter

free counters
Related Posts with Thumbnails

BERANI BERUBAH!!!

BERANI BERUBAH!!!

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

DENYUT NADI BLOGGER PRO UMNO

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan
Maklumat di Dahulukan Fakta di Utamakan

PAPA DOLL

PAPA DOLL

BANTU KJ KELUAR UMNO

INDIKATOR

Jurublog berharap undian di atas dapat membantu memberi petunjuk kepada kj, itupun atas kenyataan oeh kj bahawa beliau akan keluar dari UMNO sekiranya ramai ahli UMNO sertai PERKASA. Inilah sahaja jasa kecil saya untuk bantu kj keluar dari UMNO.
**Ikhlas**

Twitter

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

Haramkan Parti Imigran Penjajah!

BOIKOT OLD TOWN

BOIKOT OLD TOWN

TANAK BUBUR

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    GEJUT KEDAH!!!

    GEJUT KEDAH!!!

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

    SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
    PLEASE SIGN THE PETITION FOR SSS. Click The Logo and you'll be directed to the petition.

    DARI PAS KE UMNO

    PELENGGAQ DETGUAQ